follow

New Strory!

*new E-novel will coming! my second E-novel. actually, thirdly larr... ^,^


ISTERI KU 2 ALAM


Salah ke jika seorang gadis hidup dalam 2 alam? Bunyi macam pelik, tetapi itulah gaya hidup Dayang Marlisa. 2 alam bukannya ada kaitan dengan alam ghaib, tetapi alam yang Dayang Marlisa cipta sendiri dengan alasannya tersendiri. Siangnya bertukar menjadi ‘jantan’, malamnya berubah menjadi ala-ala ‘gadis melayu’. Kononnya...
Hubungan yang terjalin antara ayah Dayang Marlisa dengan Dato’ Fahami telah mencipta satu perjanjian bagi membalas budi. Atas arahan mereka juga, Dayang Marlisa dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki kacak merangkap kepada anak Dato’ Fahami.
Meladeni hidup rumah tangga, berbagai dugaan yang di terima. Dia sentiasa bertarung dengan perasaan sendiri. Sikap Adnan Harez yang berubah dari hari demi hari membuat dia serba tak kena. Melihat suaminya sendiri, bagai ada perasaan halus menyentuh tangkai hatinya. Dalam rasa bahgia, dia kecewa dengan layanan dari ahli keluarganya. Terasa diri pembawa malang pula.
Adnan Harez tidak mahu menggit jari sendiri tatkala terpandangkan sepupunya, Fakhruzi sentiasa berdamping dengan isterinya. Dalam masa yang sama, dia tak mahu jadi gila apabila hampir setiap masa dilayan oleh orang gila yang juga merupakan sepupu Dayang Marlisa, Luna Maizura.
Dayang Marlisa tersepit antara cintanya terhadap suami atau hutang nyawanya terhadap Fakhruzi. Siapa kata wanita 2 alam yang serba-boleh sepertinya mampu mengatasi kekusutan ini, sedangkan dia cuma perlu memilih antara 2 lelaki itu.

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post