follow

Begitu Dihatimu, Begitu Jua Dihatiku.. 1


 Aku begitu asyik membelek gaun bewarna biru laut itu. Biru merupakan warna kegemaran aku. Jadi segala warna yang bersangkut paut dengan warna biru, pasti berjaya menarik perhatian. Ketika itu aku berada di salah satu butik didalam shopping mall.
“Rika, cantiklah dress ni. Belikan untuk aku ek?” Marsha muncul dengan ditangannya terdapat gaun. Gaun paras paha itu di tayang-tayang, sesekali di padankan pada tubuhnya. Aku mengangguk.
“No hal. Kau pilih je mana kau nak. Hari ini aku belanja.” Aku tersenyum bangga. Selain Marsha, Jenny dan Fazura juga turut serta. Kecoh butik itu akibat sorakan 3 rakan karibku bila mendengar tawaran yang dianggap pucuk dicita, ulam mendatang.
“Rika, you tak risau ke?” soal Jenny dengan pelat cinanya. Dan dia memang berlatar belakangkan cina. Semua rakan aku jenis yang standard. Dan itu demi menjaga maruah aku juga. Yelah...takkan anak Dato’ macam aku kena kawan dengan orang yang low profile. Huh! Aku lagi selesa dengan rakan aku sekarang ni.
“Risau for what? Jenny, hari ni I belanja k. Just choose what you want. Tak payah la nak pusing-pusingkan kepala pikir benda-benda tak penting tu.” Jawabku tenang. Mata masih melekat pada gaun tadi. Dalam hati berkira-kira mahu membelinya atau tidak.
“Rika. I mean, our class. Dah lebih 8 kalikan kita ponteng. Dah tu, hari ni kelas Sir Wafir. You macam tak kenal kalau orang tua tu marah macam mana.” Jenny juga sibuk membelek gaun yang aku pegang tadi. Luahan Jenny tadi langsung tak lekat dalam kepala otak aku.
“Erika! You dengar tak?”
“Ye.. I dengar. But, who cares? Jenny, rilek la. Inilah masanya kita nak shopping. Malam dah clubbing. Siang pun kena pergi kelas. Ala..bukan selalu. Ke you tak sudi terima tawaran I?” aku mula tarik muka. Kenapa entah hari ni Jenny nampak baik sangat. Selama ni dia takde la risau macam hari ni. Dia ponteng kelas pun atas kerelaannya sendiri.
“No! Bukan tu.. I’m just..”
“ERIKA SOFILA BINTI KAMARUL JAZMAN!” tiba-tiba nama penuh aku diseru. Aku agak tergamam. Suara garau yang sentiasa dingin itu memang sudah sebati dalam hidup aku. Aku memang sudah cam suara itu milik siapa.
“What are you doing, Erika? You sholudn’t be here, rite?!” dingin suara itu menegur aku dari belakang. Aku terkedu.  Jenny juga kaku seperti aku. Gaun tadi perlahan-lahan disangkut pada tempat asal tadi.
“Answer me, Erika!” sergahnya lagi dengan suara yang makin lantang. Terangkat bahu aku jadinya. Jenny perlahan-lahan mengundur lalu menghampiri Marsha dan Fazura yang pucat.
“Err... Rika..” kelu lidah aku untuk menjawab. Aku memang macam ni. Bila Edika Safwan, abang kandung aku melenting dalam keadaan marah automatik lidah bagai terkunci. Cuma bila abang senyap, aku berani melawan.
“Balik...”arahnya.
“Abang....” aku cuba merayu. Muka dah tebal seinci menahan malu. Siapa tak malu bila kena marah di dalam butik. Walaupun dalam ni tak ramai orang, tapi melalui kaca lut sinar itu, orang luar boleh lihat dengan jelas apa yang berlaku didalam.
“Now!”
“Ab...”
“I said now!”
Tersentak aku mendengar tengkingan itu. Aku akui, ini bukan kali pertama abang aku marah sampai terpekik terlolong ni. Abang Erika memang dingin macam iceberg sejak pemergian arwah mama. Jarang aku dapat bersembang dengan dia. Ah! Aku pun tak heran sangat la. Buat berat kepala je pikir semua tu.
Tiba-tiba tangan kiri aku ditarik kuat. Pintu kaca di tolak kasar. Tergopoh-gopoh aku berjalan mengikut rentak kakinya. Waktu itu, abang masih pakai baju kerja. Aku tak boleh fikir bagaimana abang boleh tahu yang aku ponteng kelas lagi hari ini.
“Macam mana abang tau?” tanyaku setelah 10 minit keadaan dalam kereta senyap.
Abang menoleh sekilas pada aku. “Sir Wafir call papa. Then call abang. Apa nak jadi dengan Rika ni? Rrika nak jadi apa? Kelas selalu ponteng. Apa lagi yang Rika tak puas hati? Cuba cakap dekat abang?”
Aku bungkam. Hanya tunduk.
“Rika, abang tak tahu macam lagi nak ubah sikap Rika ni. Nak abang carikan suami baru nak berubah ke?” abang mula menggertak aku dengan perkataan suami itu. Aku memang benci dengan perkataan itu. Tak habis-habis suruh aku kahwin. Tengok umur la. Ada ke aku yang 21 ni suruh kahwin?
“Abang! Rika taknak kahwin....”
“Dahtu, nak jadi Andartu?”
“No!” bantah aku. Aku merengus. Malas mahu menikam lidah dengannya lagi. Buat sakit hati.
***
+ ‘Tempat biasa, dear! 8pm. Datang tau. I’m missed you badly!’- Afeeq Aiman.
SMS yang baru diterima itu di baca berkali-kali. Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Walaupun sepatutnya aku gembira terima mesej itu, tapi mengenangkan keadaan aku sekarang ni, wajar sangatlah aku gelabah macam kucing kehilangan anak. Abang dengan papa dah sepakat nak kurung aku selagi aku tak boleh janji untuk berubah. Apalah! Pendek akal. Ingat dengan kurung, aku boleh berubah? Keluar bilik, macamlah aku terus jadi baik. Mulut di cebik.
Nombor Marsha didail. Tak lama kemudian, panggilan di jawab.
“Hello..” manja sekali suara Marsha waktu itu. Mungkin beginilah cara dia bercakap dengan ‘balak-balak’ dia.
“Hello. Sha! Kau sibuk ke?” tanyaku, kerana risau tengah mengganggu aktiviti lapangnya petang ini.
“Actually.. yes. But, sokey la. What is it? Ish... Farish, stop it la. Geli!” kedengaran suara orang mengekek di hujung talian. Aku terkedu. Ternyata aku memang tengah kacau aktivitinya petang ini. Sedikit sebanyak aku agak kurang senang dengan sikap Marsha yang terlalu ‘open’ itu.
“Hello! Dah tidur ke Rika?” suara Marsha menyentak aku dari terus berkhayal. Sesekali suara garau di hujung talian kedengaran.
“Err... tak. Sha, malam ni macam biasakan?”
“Yep! Why? Kau tak boleh ke?” suara Marsha bula bertukar nada serius.
“Kau amik aku malam ni, boleh?” pintaku sambil berjalan ke beranda bilik.
“Laa..kereta kau kenapa? Masuk workshop ke?”
“Bukan. Papa aku dah kuatkuasakan perintah berkurung. From now on, aku dah tak boleh bawak kereta, tak boleh shopping, tak boleh hang out macam biasa. And the worst thing is, aku kena kurung dalam bilik aku sendiri. Pastu nak ke kelas, abang atau driver yang hantar. Hish... aku rasa macam budak tadika je. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh.” Rungut aku. Terasa kurang sikit beban setelah meluahkan masalah pada Marsha.
“alala... poor girl. Okey, malam ni aku datang.”
“Alright. But, senyap-senyap. Jangan sampai abang aku perasan.”
“No hal!”
***
Kasut tumit tinggi berwarna hitam di capai. Setelah berjaya berlari menghampiri pintu pagar dengan berkaki ayam, aku terus memboloskan diri ke dalam kereta mini cooper milik Jenny. Aku mula menarik nafas lega.
“Best dapat keluar kandang?” Fazura yang duduk di sebelah tempat pemandu menegur.
Aku angguk. “Maunya tak best? Kandang berbau, siapa suka?!” aku melawak. Marsha dan Fazura tergelak. Jenny tergeleng-geleng sambil tersenyum.
***
Aku tak tahu kenapa mood aku hari ini down. Berada di kelompok yang sedang bersuka ria begitu melemaskan. Serba tak kena jadinya walhal sebelum ni aku suka sangat dengan suasana ini. Apa puncanya, aku pun tak pasti.
“Sayang, kenapa senyap je ni?” tiba-tiba Afeeq Aiman muncul. Berpeluh-peluh dahinya, mungkin baru membuat ‘senaman’ di atas lantai yang disimbahi lampu kelap-kelip. Afeeq Aiman duduk di sebelah aku. Cawan yang berisi air kencing syaitan di capai dan diteguk rakus. Aku berpaling. Hendak termuntah pun ada lihat dia minum. Jujur aku katakan yang aku pernah memasang niat ingin mencubanya. Tetapi akalku menghalang keras. Ya, aku masih sedar agamaku.
“Erika sayang, I tanya kenapa diam? You ada masalah ke?” Afeeq Aiman memberi tumpuan sepenuhnya terhadapku.
“Papa dengan abang I....”
“Kenapa dengan diorang?”
“Diorang kurung I dekat rumah. Nak buat apa pun tak boleh. Ni nak keluar pun takde siapa yang tau. You, I rimaslah macam ni.” aku menggoyang-goyangkan pehanya.
Afeeq Aiman tersenyum. Dia cuba menghampiri wajahku. Pantas aku tolak. Walaupun aku agak bersosial, tapi bab-bab macam ni memang aku anti. Aku masih reti jaga kesucian aku. Niat aku datang sini, cuma hendak tenangkan kepala otak yang tengah serabut. Bukan hendak menjual maruah. Aku akui, tempat ini memang ramai pelacur yang sedia dilanggan serta lelaki miang. Aku juga sedar risikonya berada dalam kalangan orang sebegini. Tapi selagi aku waras, selagi itu aku takkan terjebak dalam kelompok itu.
“Rileks la sayang. Sekarang kita enjoi dulu. Lepas tu kita fikir macam mana nak selesaikan masalah you tu. Hmm..” Sekali lagi Afeeq Aiman cuba menghampiri wajahku. Aku menjauhinya dengan menjarakkan tempat duduk kami. Muncung ditarik.
“What’s wrong?” tangan aku dicapainya.
“I dah cakapkan I tak suka!” ujar ku tanpa berpaling padanya.
“Alaar.. just once. Please sayang! You cantik sangat hari ni. I tak tahan la..” Afeeq Aiman mendekatkan jaraknya. Di rangkul bahu aku sepaya rapat dengannya. Aku cuba mengelak, tetapi gagal. Mulutnya mula ingin menjamah pipi aku.
“No Afeeq. Afeeq... wake up Afeeq. You drunk! Afeeq!” aku cuba menahan wajanya dengan tangan.
“Sayang... rilek la. Sekali ni je. Bukan I mintak banyak pun.” Afeeq cuba menolak tubuhku hingga terlentang pada sofa.
“Afeeq!!!” aku menjerit dengan mata yang terpejam. Tiba-tiba atas tubuh aku ringan dan suasana dalam kelab ini jadi senyap sunyi seperti hanya aku seorang yang berada di situ. Perlahan-lahan mata di buka. Terkejut bukan kepalang aku tatkala melihat susuk tubuh itu di pukul bertalu-talu.
“Abang!” aku bangun untuk menghentikan pergaduhan itu. Takut pula kes kecil begini boleh sampai ke balai polis.
“Abang! Dah la!” lengan abang ditarik.
“Dah apanya? Rika sedar tak apa yang dia buat tadi? Budak ni memang kurang ajar! Selagi setan ni hidup, abang tak akan puas hati.” Abang cuba mara kehadapan. Aku pantas berdiri di depannya dengan mendepangkan tangan.
“Abang, just stop it! Orang tengok la.” Tegahku lagi. Mata abang mencerun padaku. Mulalah aku kecut perut. Abang mencapai tangan aku keluar dari tempat yang sesak ini.
***
Pang!!!
Aku tergamam. Untuk pertama kali papa menaikkan tangannya mengena pipi aku. Berpijar rasanya. Pantas tangan kiri melekat pada pipi. Pasti ada kesan lebam. Air mataku bergenang. Sampai hati papa....
“Papa betul-betul kesal dengan sikap kamu, Erika. Tak sudah-sudah nak malukan papa!” Tengking papa. Matanya merah menikam wajahku. Aku hanya mampu menekur lantai.
“Nasib baik abang kamu sempat sampai. Kalau tidak, semuanya habis tau tak?! Lepas ni apa lagi yang tinggal untuk kamu? Harga diri Rika boleh tak ada! Mana papa nak letak muka ni nanti, Rika... astaghfirullah....” turun naik dada papa akibat terlampau marah. Dalam keadaan itu, papa masih sempat mengucap. Abang pula hanya duduk di sofa di ruang tamu dengan wajah yang tegang.
Papa terduduk di sofa. Hanya aku yang berdiri tegak di situ.
“Apa lagi yang tak cukup Rika? Duit? Tiap-tiap minggu papa bagi alaun. Tiap minggu Rika, bukan tiap bulan! Apa lagi, kasih sayang? Papa tatang Rika bagai minyak yang penuh walaupun mama dah tak ada. Tapi apa sudahnya? Ini yang papa dapat. Malu yang papa dapat! Ya Allah...” tambah papa lagi bersama keluhan. Saat itu air mata aku berjujuran. Sakit, takut dan marah bercampur baur. Ya, aku akui papa memang sentiasa lebihkan aku dari abang. Tapi aku ada hidup aku sendiri. Aku inginkan kebebasan. Aku suka dengan hidup aku sekarang ni. Tapi kenapa papa larang? Papa pernah cakap, kalau aku bahagia, papa juga akan bahgia. Sekarang apa sudah jadi?
“Sudahla. Erika masuk tidur. Dah lewat malam. Besok pagi papa nak jumpa Rika. Ada benda papa nak cakap.” Papa bangun dan perlahan-lahan mendaki tangga untuk masuk ke biliknya.
Tangisan aku sudah reda. Abang yang duduk di sofa bangun.
“Erika suka tengok papa macam tu?” soalan abang itu membuatkan air mata aku jatuh lagi. Semua kesalahan dan tuduhan diletak atas bahu aku. Mereka memarahi aku tanpa memberi peluang untuk aku bersuara. Aku tahu aku salah, tapi mereka seolah-olah mula memulau aku. Ya, aku tahu semuanya bermula dari diri aku sendiri. Semua berpunca dari diri aku sendiri. Dan sekarang ini, aku mula terasa seperti orang asing dalam rumah.
“Nah,” telefon bimbit aku dihulur. Teragak-agak aku mencapainya. Pasti aku tertinggal telefon sebelum keluar rumah tadi.
“Tak ada benda yang Rika sorok, abang tak tahu.” Lantas abang berlalu dan masuk ke dalam bilik. Tinggallah aku keseorangan di ruang tamu itu.
Aku yakin abang muncul di kelab tadi setelah membaca SMS dari Afeeq Aiman itu. Ah! Mengenangkan lelaki itu, buat sakit hati je. Lelaki keparat. Dah buaya, tetap buaya. Yang aku pun bodoh, percaya sangat dengan lelaki keparat tu kenapa?!
Tapi macam mana abang tau, aku dekat kelab. Dalam mesej tak tulis pun tempatnya di kelab.
‘Tak ada benda yang Rika sorok, abang tak tahu.’
Aku terduduk di sofa. Mula menangkap di sebalik hujah abang tadi. Walaupun abang dingin, namun segala aktiviti aku dia ambil tahu. Kemana aku pergi, dia tahu. Apa yang terjadi, dia cepat saja bertindak.
***
Aku menuruni tangga setelah selesai membersihkan diri. Niat untuk ke dapur terbantut apabila terdengar namaku diseru. Kelihatan abang sedang duduk di sofa. Tak kerja ke hari ni? Oh ya... hari ni hari minggu. Patutlaa..
“Ada apa?” dingin aku menanya.
Abang mendongak seketika. Kemudian matanya terarah pada belakang aku. Papa mara lalu duduk di sofa. Aku yang berdiri turut duduk di situ.
“Semalam papa cakap ada benda nak bagitahu Rika. What?”
Papa memandang wajah aku. Kemudian abang pula. Mereka saling bertatapan. Aku makin rasa pelik.
“Papa nak hantar Rika ke rumah arwah nenek.”
Terlopong aku mendengar kata papa itu. “Rumah nenek? You must be kidding rite? Nak buat apa kat sana? Nenek bukannya ada. Taknaklah Rika!” aku peluk tubuh. Duduk rumah pusaka tu buat apa? Kang hantu nenek serang aku pulak. Huh! Aku tekad tak mahu ikut cadangan papa itu.
“You have no objection! Tuti!” tegas papa. Papa memanggil tukang gajinya.
“Tolong kemas semua baju Erika.” Arah papa. Aku mula kalut. Kelihatan Tuti sedang berjalan ke bilik aku.
“Papa! Apa ni? Rika taknak lah! Please la pa... abang....” aku merayu pada abang yang diam sejak tadi.
“Abang tak boleh buat apa-apa. Semua keputusan di tangan papa.” Nampaknya abang juga menyebelahi papa.
“Abang! How could you? Apa guna Rika ada abang? Ohh...nampaknya semua orang dalam rumah ni mintak sangat Rika keluar rumahkan? Semua orang dah tak sayang Rikakan? Rika baru sedar yang diri Rika ni macam sampah dalam rumah.” Sinis aku membidas mereka. Hati aku sakit melihat papa dan abang bagai tidak terasa dengan luahan aku.
“Tuan, semua sudah beres.” Tuti muncul dengan 2 beg luggage aku. Terbeliak biji mata aku melihatnya. Papa betul-betul nekad!
“Papa! Apa ni? Tuti, awak letak balik beg-beg ni dalam bilik saya. Saya tak pergi mana-mana dan takkan pergi mana-mana.” Aku juga bertekad untuk tidak patuh pada arahan papa. Nyata papa terkejut dengan keputusan aku.
“Tuti, letak dalam bonet. Suruh Pak Ayob sedia.” Papa bangun dan berjalan ke pintu utama.
Aku makin tak tentu arah. Beg pada tangan Tuti dirampas. Sedikit pergelutan berlaku kala itu. Abang menerpa lalu menahan aku dari menarik beg itu.
“Just do it Erika. Apa yang susahnya?” abang memegang bahu aku. Aku menepis kasar.
“Apa yang susah? Abang, yang laluinya Rika. Not you!” aku segera berlari untuk masuk ke bilik. Namun tangan sasa abang pantas menahan. Cuba ditepis, tetapi genggaman abang terlalu kuat. Abang tarik aku keluar. Pintu kereta di buka.
“Masuk...”
“Taknak! Lepaslah!!” aku masih cuba untuk lepaskan tangan aku. Adeehh...patah jugak pergelangan tangan aku ni nanti.
Abang melepaskan genggamannya dan menolak tubuh aku supaya masuk dan duduk didalam kereta.
Sudahnya, aku mengalah. Tak guna berusaha berbagai cara pun. Pasti tiada hasilnya. Mereka semua memang betul-betul minta aku lesap dari rumah banglo ini. Mereka bencikan aku. Pak Ayob yang alim tu pun sokong papa. Tuti yang bendul pun ikut je. Semua insan dalam rumah ini dah tak sayangkan aku.
Kereta mewah yang aku naiki mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan rumah yang aku duduki selama 21 tahun. Setitis air mata jatuh berjuraian di pipi. Semua dah tak sayangkan aku. I’m useless. Mama.... Rika rindu mama. Kalau la mama ada lagi....
Aku tersedar dari tidur apabila nama aku di seru. Tengkuk di urut-urut akibat tidur dengan kepala yang tidak beralas.
“Erika... bangun nak. Kita dah sampai ni.” lembut Pak Ayob menyedarkan aku.
Aku mengangguk. Lantas aku keluar dari kereta. Mata aku di jamu dengan pokok rendang yang menghijau. Sesekali angin menerpa pada wajah. Terasa sungguh nyaman.
“Seronokkan?” Pak Ayob menegur sambil mengangkat luggage aku keluar dari bonet.
Aku tersenyum. Pak Ayob merupakan seorang duda. Isterinya meninggal gara-gara kanser payudara. Namun begitu, Pak Ayob langsung tidak pernah mencari pengganti untuk isterinya. Cintanya begitu telus sehingga tidak sanggup mencari insan lain mengambil tempat isterinya. Dan aku sangat sayangkan Pak Ayob. Dia baik. Pernah sekali itu, dia hendak mengajar aku solat. Tetapi aku katakan yang aku belum sedia.
“Itulah bestnya duduk dekat kampung. Jujur Pak Ayob cakap, duduk dekat kampung lagi best dari di KL rumah Rika tu. Sini sejuk, tenang je. Jadi tak rugilah Erika datang sini.” Pak Ayob menutup bonet dan berdiri agak jauh dari aku.
Aku mencebik. “Tak rugi Pak Ayob cakap? Best tu memangla best. Tapi nak buat apa dekat sini? Nenek dah takde. Rumah ni, eeeii..dah serupa rumah hantu. Takkanla Rika nak duduk sini sorang-sorang. Kang tak pasal-pasal roh nenek serang Rika pulak. Pak Ayob teman Rika kan?” aku berharap Pak Ayob mengangguk. Yelah, takkan nak biarkan aku duduk sensorang dalam rumah papan ni. Patut dirobohkan aja.
Pak Ayob menggeleng seraya tersenyum. “Pak Ayob balik dulu ya. Assalamualaikum...”
“Pak Ayob! Jangan tinggalkan Rika sorang-sorang. Pak Ayob dah tak sayangkan Rika jugak ke?”
Pak ayob terhenti dari membuka pintu kereta. Wajah sayuku di perhatinya. “Apa maksud Rika dengan jugak tu?”
Aku tahan sebak. “Yelah. Papa halau Rika. Abang tak amik peduli dengan Rika. Ni Pak Ayob pulak nak tinggalkan Rika sorang-sorang. “ Aku menunduk. Terkilan dengan sikap semua insan yang ditatap tiap hari itu.
“Erika. Kami semua buat ni bersebab. Erika pernah dengar tak, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari sendiri? Pak ayob harap Rika dapat cari diri sendiri Rika di sini. Erika dah jauh tersasar, nak. Masih ada masa untuk Rika berpatah semula pada yang Berkuasa. Moga Allah beri petunjuk sepanjang Erika berada disini. Pak Ayob sentiasa doakan Erika. Assalamualaikum..” Sejurus itu Pak Ayob memboloskan diri ke dalam kereta. Salamnya aku jawab dalam hati.
Aku hanya melihat kereta mewah itu meninggalkan perkarangan rumah, juga diriku yang keseorangan disini.
Jadi sekarang ni, apa yang patut aku buat? Rumah papan dua tingkat itu di perhati. Nampak usang sekali. Di sekeliling rumah itu terdapat pasu bunga yang tiada bunganya. Ada yang tinggal batang, ada yang ditumbuhi rumput. Sungguh tak terurus rumah ni. Aku paling tak suka tempat yang serabut macam gini.
Ketika aku naik kerumah, tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi. Pada anggapan aku, pasti ada orang lain di sini. Bulu roma aku mula tegak. Bayangan yang negatif mula bermain di fikiran. Tetapi nasib baik rumah ini dikelilingi jiran. Jika ada han....
“Assalamualaikum...”
Aku kaget. Jantung aku berdegup pantas apabila disapa tiba-tiba. Lantas lelaki yang berdiri di halaman rumah dipandang.
“Eh, awak nak saya mati ke?” tangan mengusap dada. Betul-betul buat orang terkejut.
“Maaf, tak tahu pulak cik terkejut. Cik ni cucu arwah Makcik Piah ke?” pemuda itu menanya.
Dahi aku bercantum. “Awak siapa?”
“Saya tanya cik dulu.”senyuman bergayut di bibirnya. Aku ketap bibir. Main-main pulak dia ni.
“A’ah... saya cucu Makcik...apa tadi? Peah?”
“Makcik Piah.”
“Ha..tu la dia. Saya cucu makcik tu. Awak siapa? Cucu dia jugak ke?” laju aku menanya.
Pemuda itu tergelak. “Taklah. Saya jiran belah sana tu. Nama saya  Azran.”
“Ohh... Saya Erika Sofila, panggil je Rika.” Azran mengangguk.
“Okeylah. Kalau ada apa-apa, singgah la rumah saya tu. Oh ya... jaga-jaga. Malam-malam kat sini, lain macam sikit. Takut cik tak biasa pulak.” Azran berlalu meninggalkan debar dalam hati. Apa maksud dia dengan lain macam? Malam-malam? Huh, nak kencing aku la tu! Mulut di cebik.


2 Comments:

Blogger Unknown said...

knapa x bwt disable highlight text? bahaya tau. nanti ada org curi.buat ni http://tutoriallzz.blogspot.com/2011/12/disabled-highlight.html.

 
Blogger Soph Erik said...

thanks bagitahu ^_^. sebelum ni memang terpikir nak buat camtu. cuma tak ada masa. sekarang dah disable!

 

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post