follow

Si Nerdy vs Si Tomboi 3



Di bilik tidur, begitu asyik Zara membelek buku biru itu atau di kenali sebagai diari Zaris. Buku berkulit tebal bewarna biru itu menceritakan tentang seorang budak perempuan yang bernama Zara. Hampir setiap helaian tertera nama Zara. Seolah-olah setiap muka itu tidak sah jika tidak di sebut nama Zara.Di muka surat yang kedua, menceritakan cara pertemuan Zaris dengan Zara.


 
 21 November 2010 
Entah mengapa sejak akhir-akhir ni aku selalu mimpikan seorang budak perempuan. Budak perempuan yang satu masa dahulu adalah hero aku. Nama dia Zara. Sepanjang aku dibuli, hanya seorang saja budak perempuan yang berani masuk campur. Aku kagum sangat dengan Zara. Sejak hari itu, susah untuk aku lupakan nama, suara dan wajah dia. Aku ingat lagi, pertama kali aku jumpa dia, dia memakai cap putih. Putih bagiku melambangkan kesucian hatinya. Walaupun itu kisah 14 tahun dahulu, jujur aku cakap hingga kini aku masih mengingati wajahnya. Teruja untuk aku melihat wajahnya sekarang. Mesti cun! Doaku, moga suatu hari nanti Allah mengatur pertemuan antara aku dengannya.
 

Setelah membaca coretan itu, hati Zara berdetak-detuk. Lantas kejadian sewaktu dia berumur 5 tahun dahulu terlayar di minda. Sungguh dia tidak sangka rupa-rupanya budak
yang di tolong dahulu ialah Zaris. Dan kini Zaris masih boleh mengecam wajahnya. Lagi sekali diari di selak sehelai demi sehelai. Jarinya terhenti pada satu muka surat. Apa yang menariknya, tertera bentuk love di atas coretan itu.




[LOVE]
2 Mac 2011
Sungguh aku teruja. Doa aku di perkenankan. Untuk kali kedua, aku berjumpa lagi dengan Zara di tempat aku belajar. Aku tahu Zara takkan mengingati wajahku. Tapi aku boleh ingat wajahnya. Dia dah jauh berbeza. Makin cantik. Mata dia sangat cantik. Seperti dahulu, dia langsung tak lekang dengan cap putihnya. Berganda-ganda syukurku panjatkan sewaktu mengetahui, aku sekelas dengan dia. Dari situ aku tahu, aku sebaya dengan dia. Tanpa dia sedar, sebenarnya aku selalu perhatikan dia. Sikap dia sangat unik. Suka membuli orang, terutamanya ‘Bebudak glam’. Pertama kali aku masuk kuliah, aku sudah di hiburkan dengan tindakan spontannya. Tanpa segan silu, habis Tim (Bebudak Glam) di perlinya. Gamat satu dewan dengan ketawa pelajar. Tingkah laku Zara menyuntik rasa sayang aku padanya. Aku mula sedar, sejak dahulu lagi aku memang sayangkan Zara. Kalaulah dia tahu.....

Zara menutup buku diari itu. Terasa seperti tidak sanggup untuk membaca cerita seterusnya. Entah apa lagi cerita tentang dirinya yang di tulis dalam buku itu. Terlalu banyak coretan yang membabitkan namanya. Rasa amarah mula menjalar ke segenap hatinya. Sakit hati bila dirinya di perhati dalam diam. Geram dengan sikap Zaris yang dianggap pengecut. Dan yang paling tidak di sangkanya, dia dicintai oleh budak nerd! Apa kerlas!!!

***

Tanpa pengetahuan Joji dan Nik, Zara mengatur pertemuan antara dia dan Zaris. Pada waktu petang, Zara mengajak Zaris ke taman yang suatu tika dulu pernah menjadi saksi pertemuan kali pertama Zara dan Zaris. Suara riang kanak-kanak seperti mengembalikan satu nostalgia.
Zaris sedikit terkejut dengan tempat itu. Mengapa Zara membawanya ke sini? Adakah Zara sudah mengingati siapa dirinya. Jika benar, alangkah bersyukurnya.
“Err...awak. Boleh saya tahu kenapa kita datang ke sini?” terpacul soalan itu dari mulut Zaris. Kaca matanya di betulkan. Zara memilih tempat duduk di situ. Teragak-agak Zaris hendak meniru tindakan Zara. Lalu dia turut berlabuh di sisi Zara.
“Kenapa? Kau tak suka ke?” soalan di balas dengan soalan.
“Eh, taklah. Saya suka....” Zaris tersenyum sendirian.
“Kenapa kau suka?” soal Zara.
Zaris terkedu. Soalan Zara membuktikan bahwa Zara masih belum kenal siapa dirinya. Tapi mengapa tempat ini menjadi pilihannya? Zaris di hambat kecewa.
“Sebab saya jumpa seseorang yang pernah jadi hero saya dahulu.” Tenang Zaris menjawab. Tidak pernah dia jadi setenang ini. Mungkin perasaan itu wujud kala berdekatan dengan Zara. Wajah Zara yang asyik memerhati seorang kanak-kanak bermain buaian di perhati lama. Sangat comel!
Zara ingin menanya, tetapi saat matanya dan mata Zaris berlaga, hatinya jadi berdebar tiba-tiba. Tajam mata Zaris menikam ke anak matanya. Wajah tenang Zaris langsung tidak dapat menenagkan hatinya kala itu.
“Zara....”
Zara berpaling. Membahang wajahnya tika itu. Dalam masa yang sama, sejuk hatinya bila Zaris memanggil namanya. Jika sebelum ini, hanya menggunakan panggilan ‘awak’  saja. Zara segera tersedar dari khayalan. Kenapa aku ada feel macam ni? Apa dah jadi dengan aku?
“Siapa hero kau tu?” Zara kembali bertanya.
Zaris tunduk. “Kenapa awak nak tahu?”
Zara pandang sebelah. “Salah ke aku nak tahu?”
Nampaknya Zara seperti nekad hendak tahu. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berterus terang pada Zara.
“Budak perempuan. Dulu saya kena buli, di sini, di taman ni jugak. Dan waktu itu, saya di selamatkan oleh budak tu. Sepanjang saya kena buli, hanya budak tu saja yang berani masuk campur. Yang lain kebanyakannya lelaki. Saya kagum sangat dengan dia. Tiap-tiap hari saya berdoa, semoga Allah mempertemukan saya dengan budak perempuan tu.” Jelas Zaris. Wajah Zara di pandang. Dia harap ceritanya dapat mengingatkan Zara tentang kisah 15 tahun dahulu.
Zara mengangguk. “Kau suka dia?”
Zaris tersenyum tepi. “Apalah gunanya jika saya letak harapan pada dia, sedangkan dia tidak ada sekelumit pun perasaan terhadap saya.” Lirihnya.
Zara terasa dirinya di sindir. Sebelum telinganya lebih panas, Zara mengeluarkan diari biru dari begnya.
“Nah! Aku dah tak sanggup nak simpan menatang ni lagi.” diari itu di letakkan pada riba Zaris. Zaris tercengang.
“Macam mana buku ni ada pada awak?” dia berdiri menghadap Zara. Dia tidak kisah jika orang lain yang baca. Biarlah satu dunia tahu apa isinya. Biar heboh hingga terpapar di kaca TV. Tapi jika orang itu Zara, dia tak boleh terima. Pasti Zara mula prasangka buruk padanya. Tidak sanggup rasanya bila diri di benci oleh seseorang yang sudah lama mendapat tempat di hati.
“Kenapa? Takut rahsia kau terbocor?” Zara buat double-jerk.
Zaris terdiam. Zara tersenyum sinis.
“Kalau nak bercinta jangan jadi pengecut. Aku kalau dengan orang macam kau ni, mentah-mentah aku reject, walaupun tinggal kau sorang lelaki dalam dunia ni.” bidas Zara.
Pedas sekali hujah Zara menyapa telinganya. Zaris terasa dirinya kerdil di hadapan Zara.
“Kau nak tahu tak kenapa aku tak suka kau dari dulu lagi? Pertama kali aku tengok kau 15 tahun lalu, aku tak mintak pun untuk jumpa kau lagi. Persepsi aku pada kau dulu, dengan sekarang tak ada bezanya. Sebab? Sebab kau tak pernah nak ubah diri kau jadi lebih yakin. Kau tak ada pendirian. Selain menyusahkan orang, kerja kau selalu menyusahkan aku. Sejak pertama kali kau masuk kelas, kau memang dah susahkan kerja aku. Eh, aku meluatlah tengok muka kau!” Zara meluahkan perasaannya sepuas hati. Rasa geram di hati seperti berbalas apabila melihat wajah mendung Zaris.
Zaris menunduk.
“Kalau kau lelaki, kalau kau gentle sangat, kenapa kau tak terus terang pada aku? Hidup aku porak peranda sejak kenal kau.” Zara menyandang begnya, bersedia hendak berlalu dari situ.
“Zara...”
Zara angkat tangan. “Jumpa aku lagi selepas kau dah jadi Zaris yang benar-benar berubah! Jangan ganggu aku jika permintaan aku susah untuk di laksanakan.” sejurus itu, Zara berlalu meninggalakan Zaris yang terpinga-pinga.
'Saya tak nak ubah diri saya supaya awak kenal wajah saya setelah 15 tahun tidak bertemu.' lirihnya, namun hanya hati yang mendengar.
Hati Zaris benar-benar tersentuh dengan sikap Zara. Sedih, kecewa, bersalah dan marah bercampur aduk. Marah pada Bebudak Glam kerana tanpa pengetahuannya, ‘harta’nya di serahkan pada Zara.

***

3 tahun kemudian.....
Zara yang sedang meronda sekeliling Hotel Pelangi selaku pembantu manager pada makciknya, terhenti melangkah.  Sayup-sayup telinganya menangkap satu suara menjerit memanggilnya.
“Ha Anis! Kenapa dengan kamu ni?” soal Zara kehairanan.
“Cik Zara. Kami ada masalah.” Kembang kuncup hidung Anis kerana baru lepas berlari.
“Masalah apa? Ada masalah dengan customer ke?” soal Zara lagi.
Anis mengangguk. “A’ah. Customer kita ni dari semalam lagi asyik memberontak. Ada masalah kecik sikit, tak habis-habis nak jumpa manager je. Saya dah cakap manager kita pergi umrah, dia taknak percaya. Bila tak dapat, dia sibuk nak jumpa Cik Zara pula. Ish, geram saya dengan perangai dia tu. Harap muka je hensem. Perangai dia, nauzubillah!” sempat lagi Anis mengutuk pelanggannya itu.
Zara menggeleng-geleng. “Jom, awak bawak saya jumpa dengan customer tu. Biar saya tembak dia.” Guraunya. Anis ketawa lucu. Semua pekerja di sini cukup gemar dengan Zara kerana layanan dan ramahnya. Dalam sikap tegasnya, dia langsung tak pernah memarahi pekerjanya tanpa sebab. Jika pekerjanya buat salah, hanya nasihat tegas saja yang di beri.
Setelah tiba di bilik yang tertera nombor 205, Zara terus memulas pintu itu. Namun belum sempat di buka, tiba-tiba terpacul wajah Azim, pekerjanya.
“Hah, Cik Zara dah sampai pun. Cik tolong la layan pelanggan kita tu. Saya dah tak sanggup nak tadah telinga. Cara dia cakap macam saya ni dah bunuh orang. Huh!” Azim menolak Zara ke dalam bilik. Zara tak sempat untuk bersuara. Hanya pesanan yang dia sempat titipkan.
“Jangan pergi dari sini tau. Kalau saya kena tangkap basah, naya je!” serentak Azim dah Anis mengangguk.
Pintu bilik tetutup sendiri. Zara sudah lali dengan kerenah pelanggan yang entah apa-apa. Selalunya semua masalah itu boleh di tangani. Dalam kes kali ni, dia yakin dia boleh tanganinya. Sewaktu dia melepasi ruang tamu mini, matanya terpaku pada gambar di atas meja. Kelihatan wajahnya sedang tersenyum elok berbingkai di situ. Zara mencapainya. Macam mana gambar aku 3 tahun dulu boleh ada di sini?
Tanpa berfikir panjang, dia menghampiri seseorang di beranda. Gambar tadi turut di bawanya. Seorang lelaki yang hanya memakai singlet serta berseluar pendek membelakanginya.
“Ehem... Encik, encik nak jumpa saya ke?” soal Zara. Lelaki itu menoleh. Saat tubuhnya di pusingkan, Zara tunduk. Dia pula yang rasa segan melihat tubuh lelaki itu terdedah.
Lelaki itu senyap. Zara berasa aneh. Lalu dia mendongak. Zara tergamam. Jantung Zara berdetak-detuk. Wajahnya kejung, bagaikan darah berhenti dari mengalir ke segenap tubuhnya. Gambar yang di pegang tadi terlepas dari genggaman.  Wajah selamba lelaki itu di perhati lama. Betul ke apa yang aku nampak ni? Berbezanya! Ahh..mungkin pelanduk dua serupa kut.
“Pecah gambar awek aku tu, kau ganti dengan bayaran double.” Kasar lelaki itu berkata.
Zara tersedar dari lamunan. Lantas gambar itu di capainya.
“Ma...maaf, sa...saya tak sengaja.” Zara meletak gambar itu di rak sebelah. Sempat lagi dia meniup agar gambar itu tidak berhabuk.
Matanya tidak berani hendak menentang pandangan tajam dari lelaki yang mempunyai iras seperti wajah Zaris. Tapi tadi dia cakap, gambar tu gambar awek dia. Takkan la awek dia pun seiras dengan muka aku?
“Saya Zara Imanina, selaku pembantu Manager Hotel Pelangi. Manager kami tiada kerana menunaikan umrah. Jadi saya sebagai pembantunya, saya akan tolong setakat mana yang saya mampu. Maaf jika khidmat yang di sediakan tidak dapat memuaskan hati encik” Ucapnya dengan kepala di tundukkan.
Zaris tersenyum sendirian. “Memang aku tak puas hati. Apa ni? Air-cond pun rosak. Air di tub pun tak berfungsi. Tempat tidur pula, langsung tak menarik. Warna yang suram, hapak pulak tu. Macam ni kau nak majukan hotel cikai ni? Huh...baik bungkus jelah.” Zaris sengaja membakar hati Zara.
Bibir di ketap rapat. Kalau diikutkan hati yang panas, sudah lama di cilinya mulut klon Zaris itu.
“Lagi sekali pihak kami minta maaf. Boleh saya check?” Zara meminta izin. Namun begitu, alasan yang di beri lelaki itu seperti tidak logik. Inikan bilik antara yang termewah dan termahal. Sungguh tak masuk akal bila terlalu banyak kerosakannya. Kalau satu tu, boleh di terima lagi.
“Silakan...”
Zara mengangguk. Di bilik air, setiap saluran air di periksanya. Zaris memerhati tindak tanduk Zara.
“Maaf encik. Saya rasa encik silap. Setelah diperiksa, saya dapati tiada satu pun yang rosak seperti yang encik katakan tadi. Bukan pada paip tub saja, bahkan setiap paip didalam ni saya sudah periksa. Semuanya masih okey.” Terang Zara dengan tenang. Walaupun dalam hati bertimba-timba kutukan di hadiahkan untuk lelaki itu.
“Okey. Macam mana pula dengan air-cond? Kau nak pelanggang kau ni mati terseksa gara-gara kepanasan ke?” lagi sekali diri Zara di ujinya.
Zara tarik nafas. “Baik, biar saya yang periksa.”
“Maaf encik, air-cond ni masih elok. Jadi mutahil cik akan mati kepanasan.” Perli Zara.
“Tempat tidur?”
“Maaf encik, tempat tidur encik saya dah tukar untuk kali ketiga.”
“TV?”
“Maaf encik, TV ni masih elok. Siap ada siaran astro lagi.”
Zaris terdiam. Sudah kering ideanya hendak mengenakan Zara. Sejak tadi Zara mengikut arahannya dengan tenang.
“Encik, ada apa-apa lagi masalah ke?” soal Zara.
“Malam ni saya nak awak sediakan tempat makan untuk dua orang di tepi pantai. Sediakan makanan yang terbaik yang ada kat sini.” Arah Zaris lagi. Kali ni suaranya kedengaran agak lembut. Tidak seperti tadi yang menggunakan bahasa kasar.
Zara mengangguk lalu mencatat sesuatu pada buku kecil.
“Itu saja?”
“Yup! Itu saja. Kenapa, awak nak saya bagi kerja lagi ke?” sengaja Zaris menguji tahap kesabaran gadis itu.
Zara menjeling geram pada Zaris. Kemudian cepat-cepat dia berlalu dari situ. Sesak nafasnya berlama-lama dalam bilik itu.
“Cik Zara, macam mana?” Anis yang setia di luar terus menyoal Zara.
“Nah, awak sediakan ni.” kertas tadi di koyak. Soalan Anis tadi dibiarkannya.

***

Zara setia berdiri di sisi meja bulat itu. Malam yang gelap hanya di terangi dengan cahaya lilin. Zaris tiba dengan pakaian santainya.
Zaris duduk tanpa mempedulikan Zara di situ.
“Kalau takde apa-apa, kami pergi dulu.” Zara tunduk sedikit. Lalu bersedia untuk melangkah pergi di ikuti pekerja²nya.
“Kejap!” Zaris mengarah pekerja yang lain pergi. Tinggallah Zara dan Zaris di situ berduaan.
“Have a sit...” pelawa Zaris.
Zara kerut dahi, “perlu ke?”
“Wajib!” akhirnya Zara hanya menurut dalam keadaan yang penuh tanda tanya .
Zaris menadah tangan untuk berdoa diikuti oleh Zara. Lalu Zaris menjamah makanannya. Hanya Zara yang masih kaku di situ.
“Awak taknak makan ke?” soal Zaris.
“Awak ni siapa?” akhirnya terpacul juga soalan yang ingin di tanyanya.
Zaris tersenyum. “Nama saya Zaris Suffi yang dulu di kenali sebagai budak nerd. Dan awak?”
Zara hanya memerhati Zaris. Tiada hati untuk memperkenalkan dirinya.
“Dan awak... Zara Imanina, yang dulu saya puja hingga kini.” Zaris menjawab bagi pihak Zara sendiri.
“Tapi kenapa?” lagi sekali Zara menanya.
“Kenapa apa?”
“Kenapa awak jumpa saya balik?” Zara masih statik seperti tadi. Zaris bangun dan meletakkan kerusi di sebelah Zara. Wajah ayu Zara menjadi tatapannya.
“Sebab saya nak cari semula cinta saya yang telah hilang 3 tahun lepas. Saya hendak memiliki cinta saya dari insan yang pernah menyedarkan saya dari hidup yang membosankan. Saya hendak berterima kasih pada dia yang dah mengisi hidup saya dengan kenangan yang indah walaupun untuk seketika. Dan untuk kali ni, saya takkan lepaskan peluang yang ada di depan mata.” Redup padangan Zaris menikam anak mata Zara.
Zara terpaku mendengar madah Zaris. Terharu dan sebak hatinya mendeangar luahan itu.
“Dulu cinta saya pernah cakap, jumpa semula cinta saya setelah saya berubah untuk menjadi lebih yakin. Dulu cinta saya cakap, saya tak ada pendirian, selalu susahkaan orang termasuk cinta saya sendiri...”
Zara segera bangkit. Mendengar kata-kata Zaris mengingatkan semula dia pada kisah dahulu. Mendengar bicara Zaris itu seolah-olah menoreh semula bekas luka 3 tahun dahulu.  Pedih hatinya bila Zaris seolah-olah memerlinya tika itu.
Pantas lengan Zara ditangkap Zaris.
“Lepaslah!” Zaris bangun.
“Kenapa saya kena lepaskan cinta saya?” matanya dipakukan pada Zara yang sedang memandang pantai walaupun dalam pekat malam. Kepalanya dulu yang hanya bertemankan topi kini sudah tiada lagi. Apa sudah jadi dengan Zara sekarang? Kenapa hatinya makin keras?
“Sebab saya bukan cinta awak!” jerit Zara kasar. Di cuba rentap tangannya dari genggaman Zaris, namun gagal.
“Untuk selama-lamanya, Zara Imanina ialah cinta hati saya. Bodohlah saya jika saya lepaskan dia pergi.” Tenang Zaris membalas.
“Awak nak balas dendam ke?” suara Zara mengendur. Air mata mula menakung dan bila-bila masa saja ia akan mengalir.
Zaris menyentuh lembut bahu Zara supaya menghadapnya. Zara menunduk memandang pasir pantai.
“Zara, saya tak berniat pun untuk membalas dendam. Niat saya ikhlas. Tujuan saya kemari hanya untuk mendapatkan cinta saya semula. Kenapa Zara pergi? Kenapa Zara biarkan saya terkapai-kapai sorang diri? Kenapa Zara terus hilangkan diri tanpa khabar berita?” bertalu-talu soalan di lontarkan pada Zara yang masih kaku itu.
“Zara... please? Jangan tinggalkan saya lagi...” sayu sekali suara Zaris meminta.
Zara serba-salah. Sejujurnya, Zara juga sukar untuk meninggalkan Zaris 3 tahun lepas. Namun kerana ikutkan kata hati, Zara nekad juga. Lantas dia mengikut makciknya bekerja di sini. Dia berharap dapat melupakan Zaris setelah berada jauh dari tempat belajarnya. Namun, sepanjang dia berada di sini, dia telah bermunasabah diri. Sepanjang dia berada disini, perasaan bersalah memang susah untuk disangkal. Menggunung rasa kesalnya kerana melukakan hati insan yang mula bertapak di hati dalam diam. Cintanya hanya untuk Zaris, si nerdy yang di kutuknya tika dulu.
“Tolonglah paham. Saya tak layak untuk awak. Sayakan jahat. Dulu saya kutuk awak habis-habis. Awak tak rasa ke yang awak dah jilat ludah sendiri? Kenapa awak kutip balik orang macam saya ni?” Lirih Zara. Air mata akhirnya mengalir jua. Tak sanggup lagi dia membendung rasa sedihnya.
Zaris menutup mulut Zara dengan jarinya. “Syhhh.. jangan cakap macam tu. Saya sayang awak seadanya. Yang jahat boleh jadi baik, dan yang baik akan sentiasa baik jika kena dengan caranya. Tolong...jangan buang saya lagi. Awak boleh tipu saya, tapi awak tak boleh tipu perasaan sendiri.” Lembut Zaris memujuk.
Zara masih menunduk. Tidak berani dia menentang mata Zaris. Dia takut dia tenggelam dengan perasaannya. Sungguh dia merasakan dia tidak layak untuk insan yang pernah menjadi hamba abdinya suatu tika dahulu. Dalam melayan perasaannya, tiba-tiba Zaris melutut dihadapannya persis dalam cerita di TV. Hati Zara mula tak enak. Melalui cara Zaris dia sudah dapat mengagak apa yang akan jadi seterusnya.
“Zara Imanina, sudikah awak mengisi kekosongan di hati saya?” ucap Zaris sambil menadah tangan kanannya pada Zara.
Zara terkaku. Terbeliak mata Zara melihat adegan spontan itu. Nasib baik suasan agak kelam. Jika tidak, pasti ramai mata yang memerhatinya.
“Zara..will you be my wife?” ucap Zaris lagi dengan lebih jelas. Kebisuan Zara membuatkan Zaris gelisah.
Lalu Zaris mengeluarkan sekotak baldu dari poket dan dikeluarkan isinya. Cincin emas putih itu di sarungkan pada jari manis Zara. Syukur Zara tidak membantah. Dia hanya bertindak mengikut kata hati. Zaris berdiri semula.
“Say something, please?” sungguh kebisuan Zara membuat hati Zaris tidak tenang. Kenapa senyap? Dia terima ke tidak?
Semakin deras air mata Zara mengalir. Tidak tahu ayat macam mana yang bisah di ungkapkan. Yang dia tahu, hatinya cukup terharu dengan lamaran Zaris malam itu.
Zaris tersenyum. Air mata Zara di seka lembut. Lalu di tarik tubuh itu ke dalam pelukannya.
Zara terkejut lalu segera menepis tangan Zaris yang mula merangkul tubuhnya.
“Why?” kening Zaris terangkat.
“Kalau nak peluk pun tunggu la lepas sebulan lagi.” Teragak-agak Zara berkata. Keadaan yang suram dapat melindungi wajah Zara yang mula kemerahan.
Zaris sedikit tercengang. Namun tak lama kemudian, Zaris tersenyum nakal. Akhirnya dia dapat menangkap maksud di sebalik ungkapan Zara tadi. Tahulah dia bahawa Zara sudah pun menerima lamarannya. Dia nekad akan mempertahankan cintanya. Cintaku hanya untuk dia seorang, hingga hembusan nafas terakhir. Dia mengucup jarinya sendiri dan di lekapkan pada bibir Zara. Tak dapat peluk, bagi kiss pun jadilaa....walaupun bukan secara terang-terangan.
Terbelalak mata Zara. Zaris ketawa. Lantas pipi Zara di cubit geram. Dan Zara apa lagi, terus memukul lengan Zaris. Zaris pantas mengelak. Adegan berkejaran di persisiran pantai berlaku tanpa menghiraukan suasana yang kelam.
Anis dan Azim yang memerhati adegan itu hanya tersenyum. Hanya mereka berdua yang paham. Pekerja yang lain hanya memandang kehairanan melihat dua pasangan yang berkejaran seperti kanak² ribena.

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post