follow

Isteriku 2 Alam-11

BAB 11
Beg baju di jinjit menuruni tangga dan Lisa menapak terus ke pintu. Beg di letak di situ.

“Adnan mana? Tak siap lagi?” soal Datin Fatehah. Di tangannya terdapat beberapa tupperware yang diisi dengan lauk-pauk.

“Entah. Kejap kata nak ikut, kejap kata taknak.” Acuh tak acuh Lisa menjawab.

“Pulak. Habis Lisa pergi dengan apa ni?” Lisa hanya mengangkat bahu.

“Ni untuk Lisa bawak ke?” wajah Lisa berubah ceria apabila melihat bekalan makanan itu. lalu Datin Fatehah menyerahkan plastik itu.

“A’ah. Boleh makan untuk malam karang. Ni Lisa nak pergi dengan apa ni? nak mama call kan teksi tak?” soal Datin Fatehah lagi.

Lisa diam. Itu yang dia fikir sejak dari tadi lagi. Dah Adnan tak mahu ikut, habis aku nak pergi macam mana?

“Apa pulak nak call teksi? Anan hantarlah ma..” tiba-tiba Adnan bersuara dari arah belakang Datin Fatehah.

Seretak Lisa dan Datin Fatehah menoleh belakang. Terkejut Lisa apabila terlihat sebuah beg di tangan Adnan. Aik, dia ni bawak beg nak pergi mana pulak? Takkan nak ikut aku kut.

“Laa.. pening mama. Tadi kata Lisa Anan tak ikut. Ni Anan dah siap dengan beg pulak. Mana satu yang betul ni?” jelas kerutan di dahi Datin Fatehah.

Lisa terdiam. Dia menghantar pandangan pada Adnan dengan soalan, ‘Apa cerita ni? kata taknak ikut?’

Adnan buat tak tahu. dia terus meluru keluar. Beg baju Lisa turut di capainya. Kemudian bonet kereta BMW 320i di buka dan beg di masukkan.

“Siapa kata Anan tak ikut? Kau ni, memandai jekan?” bahu Lisa di tepuknya. Adnan tersengih. Lisa hanya memandang tanpa riaksi dengan sikap bersahaja Adnan. Pelik barangkali.

Sengihan Adnan memudar. “Okeylah ma. Kitorang bertlak dulu.” Adnan mencapai tangan Datin Fatehah lalu mengucupnya.

“Hati-hati drive tu. Jaga menantu mama elok-elok.” Nasihat Datin Fatehah dengan menyentuh lembut bahu Lisa.

“Hem, tengoklah kalau ada mood.” Bersahaja Adnan menjawab.

Lisa tahan geram. Datin Fatehah menggeleng kepala. Adnan sudah memboloskan diri ke dalam kereta di tempat memandu.

“Ma, Lisa pergi dulu tau. Kalau rindu, calling-calling la. Tak payah malu-malu. Nombor adakan?”

“Ada... Ha, kalau Anan buat pasal, kamu report je dekat mama. Biar mama sound dia.”

“Alar, tak payah tunggu mama. Lisa sendiri yang sound dia. Mama nak suruh Lisa rotan pun Lisa tak kisah.”

Datin Fatehah tergelak. Lalu dahi Lisa di kucup mesra. “Jaga diri elok-elok.” Lisa mengangguk seraya tersenyum. Lisa cukup tersentuh dengan tabiat mamanya yang satu itu.

“Lamanya. Kau sembang apa dengan mama?” soal Adnan setelah Lisa duduk di sebelahnya di dalam kereta. Jelas senyuman pada bibir Lisa.

“Tarappapa. Dah, jalan!” arah Lisa. Senyuman masih kekal di bibir. Adnan pelik. Namun begitu, dia tetap memandu dengan berhati-hati. Nak jaga menantu kesayangan mama la kan...

***

Perjalanan dari rumah Adnan di Teluk Intan ke rumah Lisa iaitu Bagan Datoh mengambil masa hampir satu jam. Rumah Lisa terletak di pendalaman. Lisa yang terlelap di sebelah di pandang Adnan. Adnan menggeleng-geleng. Naik kereta tak sampai satu jam pun dah boleh terlelap.

“Lisa... Lisa! Dah sampailah woit. Bangun!” bahu Lisa di goncang sedikit. Lalu Adnan keluar dari keretanya. Setelah itu badan di renggangkan, menghilangkan rasa sengal.

Terpisat-pisat Lisa bangun dari tidur. Mata digosok lalu dia melilau sekeliling. Dah sampai! Pantas Lisa keluar dari kereta.

“Assalamualaikum! Abah!” tinggi suara Lisa memanggil abahnya. Tangga di daki. Walaupun Idris telah membuatkan dia kecewa, dia tidak boleh menafikan yang dia teramat rindu pada abahnya. Mana taknya, sepanjang Lisa membesar belum pernah dia berjauhan dari abahnya. Tambahan pula, hanya Idris seorang tempat Lisa bergantung. Terlalu banyak jasa Idris padanya.

Idris yang baru keluar dari bilik sedikit tercengang. Sejuk hatinya tatkala melihat susuk tubuh Lisa berdiri di depannya. Rindu! Ya, dia rindu dengan anaknya. Satu-satu anaknya yang telah dikahwin paksa. Menyesal, memang sudah sebati dalam jiwanya apabila dia mula sedar akan khilafnya itu.

Lisa menghampiri Idris dan mengucup tangan tua abahnya. Idris tersentuh. Lalu dahi anaknya di cium, lama.

“Anak abah sihat?” penuh prihatin Idris bertanya.

Anak abah? Ah... dah lama aku tak dengar gelaran itu. pantas Lisa mengangguk. “Lisa sihat. Tapi lepas jumpa abah lagi sihat kut. Abah sihat? Abah dah makan? Tengah hari tadi abah masak apa?” tiga soalan di lontarkan pada masa yang sama.

Idris tergelak. “Banyak tanya pulak. Abah dah makan. Alar... masak orang bujang je.” Selorohnya. Lisa ketawa.

“Menantu abah mana? Tak nampak pun! Lisa tak ajak masuk ke?” tanya Idris sambil menjongketkan keningnya.

Lisa tergamam. Aduhh! Lupa pulak Adnan ada sekali. Lantas Lisa menepuk dahinya sendiri.

“Abah... Adnan ada dekat bawah la. Lisa lupa nak jemput masuk. kejap ek!” Lisa menapak ke pintu rumah. Ligat matanya mencari Adnan. Namun tiada. Tiba-tiba anak matanya terpaku pada satu arah. Aik, apa dia buat dengan mamat tu? Mesra alam rupanya laki aku ni...

Lisa turun dari rumah. Dia melangkah menghampiri Andan. Belakang Adnan di tepuk perlahan, “Weh, abah panggil kat atas tu. Pi lahh..” kata Lisa.

“Ha... okeh. Farid, saya masuk dulu ye. Oh ya, ni kenalkan. Lisa, isteri saya.” Kenal Adnan pada Farid.

Farid sedikit tercengang. Lisa di sebelah Adnan di perhatinya. Dia menguntum senyuman apabila ternampak Lisa mengenyitkan sebelah mata tanpa pengetahuan Adnan. Faham dah!

“Ohh.. ni isteri Encik Adnan. Cantik! Macam bidadari. Kalau saya dapat isteri macam Lisa, saya ikat dia ketat-ketat.” Gurau Farid. Lisa menjengilkan matanya.

Adnan kerut kening. Bini aku serupa jantan macam ni dia kata bidadari? Ada masalah kornea mata ke?

“Err... Lisa borak-boraklah dulu. Abang masuk kejap.” Ujar Adnan. Lisa mengangguk seraya tersenyum nipis.

Setelah yakin Adnan sudah masuk ke dalam rumah, dia menghampiri Farid yang duduk di atas motornya.

“Cehh... siap berabang-abang lagi kau ye?” Farid senyum mengutuk.

Mata Lisa membulat. Pantas lengan Farid di cubit dan di pulasnya.

Farid mengerang kesakitan. Dia yang duduk menyenget di atas motor terpaksa berdiri untuk menghentikan cubitan berbisa dari Lisa.

“Woit! Apa kena dengan kau ni? Sakit la! Dah jadi bini orang pun garang macam singa!” bidas Farid. Lengan yang memerah di usap kasar. Sakit! Pedih! Berbisa!

Lisa peluk tubuh. “Padan muka! Aku suruh kau layan je apa cakap Anan tu. Ni kau kasi tambah rencah pulak. Hamik tu! Sedap tak?!” Marah Lisa. Sememangnya Lisa malu apabila terdengar Farid mengatakan ‘ikat ketat-ketat’ tadi. Ahh... mengong kau Farid!

Farid duduk semula di atas motornya. “Laa... salah ke apa aku cakap tadi? Kalau aku dapat bini macam kau, aku ikat ketat-ketat tau. Tapi masalahnya, kau tu bukan bini aku. Kalau jadi bini aku, tahulah nasib kau.” Farid memandang Lisa dengan senyuman nakalnya.

Lisa jadi seriau melihat senyuman itu. Lalu kepala Farid di sekehnya. “Gila. Kau memang sewel. Dahlah, malas layan kau!” Lisa melangkah pergi. Namun di cantasnya apabila lengan Lisa di capai Farid.

“Beb, alah. Kau merajuk ke? Okey, sorry. Aku dah tak buat dah. Eeii... tak best la dayang aku buat muka masam kelat tu. Senyum la sikit.” Pujuk Farid. Pautan di lengan Lisa di lepaskan.

Lisa mendengus. “Aku benci kaulah!” katanya.

Farid tersenyum, “Aku sayang kaulah, Dayang.”

Lisa ketap bibir. “Aku benci-benci kau! Paham?” Lisa jeling Farid. Hanya Farid seorang yang kerap memanggilnya ‘Dayang’. Dah banyak kali ditegah, tapi makin dibuat lagi adalah.

“Aku sayang-sayang kau, DAYANG! Paham?” Farid membalas dan masih tersenyum. Walau sekasar mana pun Lisa tetap mempunyai sikap perempuan. Tengok! Sikit-sikit tarik muncung. Merajuk!

Lisa jeling maut. Farid angkat tangan, mengalah. “Okeylah. Sory ye adik. Abang janji tak buat lagi. Abang cuma rindu je dekat adik comel ni. Jom jenjalan? Naik motor kau.” Ajak Farid. Sempat dia menggosok kepala Lisa.

Wajah Lisa berubah ceria. “Jom! Tapi....” Lisa memusingkan tubuhnya. Muka pintu rumah menjadi sasaran. Lisa kaget saat terpandangkan susuk tubuh Adnan di muka pintu rumah itu. jelas wajah Adnan tampak masam. Eh, muka dia bukan ke sentiasa masam je. Apa nak kisahkan?

“Tak boleh la bro. Laki aku kat rumah. Aku baru je berbaik dengan abah aku. Kang aku lepak ngan kau, tinggalkan suami kat rumah, makin benci pulak abah kat aku. Sory ye, Rid?” wajah Lisa serba-salah.

Farid mengeluh. Lemah dia mengangguk. “Takpe, aku paham. Dah jadi isteri orangkan? Mana boleh lepak sesuka hati. Okeylah, aku gerak dulu. Besok kalau free, datanglah kedai ayah aku. Nanti boleh lepak dekat situ.” Sarannya dengan suara lemah. Tak dapat lepaskan rindu untuk hari ni, besok mesti jadi!

Lisa tarik sengih, “Okeh! InsyaAllah, aku pi.”
Lantas Farid berlalu bersama motorsikalnya. Lisa hanya memerhati Farid yang menghilang.

***


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post