follow

Isteriku 2 Alam-9



“Kau apehal hah?” herdik Lisa pada Adnan sebaik pintu biliknya terkatup rapat. Oh ya, tak dilupakan Lisa turut mengunci pintu itu. takut mama potong line pulak.

“Apehal apanya?” selamba Adnan membalas lalu duduk di birai katil. Lisa yang bercekak pinggang di perhatinya.

“Eh aku tanya kau dululah!”

“Tanya apa?” soalan demi soalan berbalas. Berang Lisa jadinya.

“Aku tanya, apesal kau buat macam tu? Suka hati datuk moyang ko je kan? Kalau bukan sebab mama ada kat situ, dah lama aku potong tangan kau dengan pisau tau!” naik turun nafasnya. Adnan ni macam bius. Aku tengah marah dia, tapi dia dah serupa orang kebal yang tak boleh rasa sakit. Tengok, muka selamba je!

Adnan senyum sinis. Dengar perkataan ‘potong tangan’, memang dia sudah jangka yang Lisa bakal melenting atas tindakannya tadi.

“Cuba kau cakap dekat aku, mazhab mana yang mengatakan suami tak boleh sentuh isteri yang sah di nikahi? Cuba cerita dekat aku, dosa ke? Dan kau sedar tak apa yang kau buat ni? tengking suami tu apa hukumnya?”tenang Adnan menyusun bicaranya. Wajah Lisa yang mula mengendur di tatap.

Lisa terkelu. Sedar akan kesilapannya menengking suami walaupun dia tidak mencintai lelaki itu.

“Err.. aku...” Lisa garu kepala yag tak gatal.

Adnan bangkit dan berjalan menghampiri Lisa. Dia berdiri tegak di sebelah Lisa tanpa memandang wajahnya.

“Aku harap kau jaga pertuturan kau depan famili aku. terutama sekali sepupu aku, Ruz. Aku taknak dia syak kita kahwin bukan atas dasar cinta. Rahsia ni hanya papa dengan mama aku yang tahu, termasuklah abah. Paham?” Adnan menoleh sebelah, menanti respon Lisa.

Pantas Lisa mengangguk. Dia takut untuk memandang Adnan. Orang bersalah, selalunyakan takut?

“Bagus. Jadi, keluar je dari bilik ni, kita tukar panggilan aku-kau tu. Aku taknak orang fikir bukan-bukan pulak..” Lantas Adnan melangkah keluar dari bilik itu.

Lisa berdiri kaku di situ. Kuku ibu jari di gigit.

Apa maksud dia ni? Tukar panggilan aku-kau? Tapi nak tukar dengan apa? tukar dengn duit ke? Ahh.. bungul la kau ni! apa kena mengena dengan duit. Ish, apa maksud dia ni? okey apa panggilan tu. Sempoi lagi simple. Eh, tadi dia ada guna perkataan ‘abang’ tak silap aku?

“Lisa, turun, makan.” Sapa Adnan tiba-tiba. Lisa tersentak. Adnan di balik pintu di pandang.

“Arr.. ya, ya. jap gi aku turun.”

“Aku dah katakan tadi, tukar perkataan aku-kau tu?” Adnan mengingat Lisa.

Lisa angkat kening? Tukar? Kena tukar sekarang ke? “Kata lepas keluar bilik je...”

Adnan terdiam. A’a kan, tadi aku jugak yang cakap macam tu. Lalu Andan beredar tanpa membalas kata Lisa.

Lisa angkat bahu. Macam-macamlah suami aku ni. cepat sangat lupanya. Tapi aku masih lagi tak tahu nak tukar dengan nama apa. Aishh.. macam masalah besar plak!

***

“Weehh... apa ni? Tak aci ar..” rungut Lisa pada Adnan.

“Aishh.. Aci kat Indialah. Dah kalah tu buatlah cara kalah.” Balas Adnan pula. Puas dia dapat mengalahkan Lisa dalam permainan video.

“Ah... tak kira. Tak puas hati. Jum start balik semula!” pinta Lisa.

“E’eh. Masuk ni dah dekat 5 kali aku menangkan?” bangga Adnan berkata. Ceh! Kembang la tu!

“Seronoknya... join boleh?” tiba-tiba kedengaran suara halus mencelah.

Adnan dan Lisa serentak menoleh belakang. Seorang gadis ayu menghampiri mereka dengan senyuman manis. Muka pun manis!

“Eh Nisa! Bila sampai?” soal Adnan. Seronok dia dapat berjumpa Nisa, adik pada Fakhruzi.

“Baru je. Ni Nisa datang pun nak jumpa abang lagi sekalilah. Tak puas bersembang dengan kak Lisa.”

Lisa tersenyum. Teringat dia waktu kenduri berlangsung. Boleh dikatakan, dia hanya bersembang dengan Nisa je berbanding berkepit dengan Adnan. Dia juga tahu Nisa ini adik pada Ruz.

“Ni mana satu yang betul ni? Nak jumpa abang ke nak jumpa isteri abang?” sindir Adnan.

Nisa tersengih lalu duduk di sofa. “Alar... senang cerita nak jumpa dua-dua. Kak Lisa, jom jenjalan?” ajak Nisa.

“Eh, nak bawak isteri abang kemana ni? tak boleh. Abang tak izinkan.” Pintas Adnan.

Nisa tarik muka. Lisa hanya membisu. Aishh... aku dah macam tali dah. Kejap tarik kiri, kejap tarik kanan.

“Alaar... abang dah 24 jam mengadap Kak Lisa. Bagilah Nisa pulak. Kak, siap cepat. Kita shopping!” teriaknya.

Lisa tercengang. Suruh aku siap? Ajak shopping! Argh... tak mahu. Aku tak suka shopping dengan orang yang giler shopping.

Lisa menghantar pandangan pada Adnan. Berharap supaya Adnan tidak mengizinkan.

“Okey! Abang izinkan.” Putus Adnan.

Lisa ternganga. Mengong sungguh! Tak paham ke panahan mata aku ni? aku tak nak!

Nisa berteriak gumbira.

“Tapi... abang kena ikut sekali.” Sambung Adnan. Nisa mengangguk laju. Lagi best!

Lisa mengalah. Lain yang aku nak, lain pulak yang jadi. Kau memang tak reti bahasalah Anan!

***

Mereka singgah di Giant. Entah apa barang yang Nisa tu nak, Lisa pun tak tahu. Lisa berpakaian agak  ringkas waktu itu. Baju t-shirt longgar dengan seluar jeans yang tidak menampakkan susuk tubuh. Pada mulanya Nisa sedikit tercengang dengan penampilan Lisa, tetapi Adnan telah mem-backup Lisa terlebih dahulu. Dia mengatakan Lisa sudah biasa perpakaian seperti ini.

Sepanjang membeli-belah itu, Lisa tidak banyak cakap. Kebanyakannya dia cuma tersenyum apabila di tanya. Adnan pula sibuk melayan kerenah adik sepupunya.

“Kak, lepas ni kitorang nak makan. Akak okeykan?” sapa Nisa yang berjalan di hadapannya.

Lisa mengangguk seraya tersenyum. “Akak okey.”

Adnan perasan sejak tadi lagi Lisa tak banyak bersuara. Muka masam kelat. Macam tak ikhlas je nak teman Nisa shopping. Dia memperlahankan langkah kakinya supaya dapat bersaing dengan Lisa yang berjalan di belakang.

“Senyap je. Bisu dah ke?” sindir Adnan.

Lisa menoleh sebelah sesaat. “Tak bisu. Boring. Bila nak balik ni?” perlahan Lisa bertanya.

“Aik, tadi kata okey?”

Lisa jeling geram.

“Alar.. lepas makan ni baliklah. Aku janji. Dahlah, tak payah nak buat muka cuka tu. Nisa nampak kecik hati pulak dia. Dahlah datang jauh-jauh.”

Lisa memandang Adnan, “Jauh? Nisa tu orang mana?”

“Orang Perak. Stay kat KL.” Ringkas dia menjawab. Lisa mengangguk perlahan.

Kelihatan Nisa sudah jauh berjalan di hadapan. Tinggallah Lisa dan Adnan di belakang. Adnan yang perasaan akan keadaan itu segera menggamit jari-jemari Lisa.

“Jomlah, Nisa dah jauh tu..” ujarnya seraya meluaskan langkah agar dapat menghampiri Nisa yang sudah berada di pintu utama.

Bagai renjatan elektrik meresap dalam tubuh. Lisa terpana apabila tangan kanannya berada dalam genggaman Adnan. Dia juga terpaksa menyaingi langkah Adnan. Dia menunduk sedikit. Mak aih.. eratnya! Dia ni risau aku hilang ke? Woit pakcik, aku boleh jalan sendiri la.

Baru je Lisa hendak membuka mulut, tiba-tiba dia membatalkan niatnya. Teringat semula pertelingkahan kecil tengah hari tadi.

‘Cuba kau cakap dekat aku, mazhab mana yang mengatakan suami tak boleh sentuh isteri yang sah di nikahi?’

Oleh sebab itu Lisa hanya membiarkan tangannya di genggam Adnan. Dalam diam, dia berasa selesa. Terasa seperti diri di lindungi, rasa seperti selamat tika di sampingnya. Seyuman kecil di ukir. Entahlah, sukar ditafsirkan perasaanya saat ini. Yang pasti, hatinya jadi sejuk apabila Adnan mengeratkan lagi genggamannya.

***

Pintu bilik air di kuak. Rambut yang basah di lap dengan tuala kecil. Adnan yang duduk di beranda menjadi perhatiannya. Setelah di sisir rapi rambutnya, dia melangkah ke beranda. Kerusi yang tersedia di sebelah Adnan di duduki. Humm.. nyaman. Malam-malam macam ni memang sesuai nak hilang stres. Dalam masa yang sama, boleh hilangkan rasa sengalnya akibat berjalan lama bersama Nisa tadi.

“Anan....” panggilnya.

“Hemmm...” sahut Adnan tanpa memandang Lisa sambil menaip sesuatu pada leptop.

“Kau cuti kerja berapa hari?” Adnan di sebelah di pandang.

“2 minggu.”

Lisa menjuih bibir sedikit. Aku cakap bukan nak pandang.

“Kita dah kat sini berapa hari?” tanyanya lagi.

Adna diam sejenak. Kemudian dia berkata, “dalam 3-4 hari kut..”

Lisa mengangguk perlahan. hish, bukan nak pandang aku. Aku ada hajat ni!

“Sedar tak sedar dah 100 hari kita nikahkan...” selamba Lisa berkata. Lisa melirik sebelah. Cuba memancing reaksi Adnan dengan berkata begitu.

“Hemm...” responnya.

Lisa jadi geram. “Anan!” hish, dia memang tak fokus pada akukan?!

Adnan mendongak. Berkerut dia memandang Lisa. “Kau ni apehal? Memekak je dari tadi. hish!” rungutnya lalu kembali menghadap skrin leptop.

Lisa tarik muncung. “Anan!” makin tinggi suaranya memanggil Adnan.

Adnan mendengus. Lisa dipandang geram. “Kau nak apa ni, Minah?!” Adnan jadi berang pula. Dari tadi Anan.. Anan. Sedap sangat ke nama tu?

“Aku nak balik rumah abah besok. Ek?” matanya di kerdip-kerdipkan.

Adnan terpaku. Comel pulak gorila ni buat muka cam gitu.

“Nak buat apa?” dingin suaranya.

“Nak buat bodoh....” balas Lisa selamba. Apeda... orang nak balik rumah abah, nak jumpa abah la. Ape ke mengong laki aku sorang ni.

“Hemmm..” Adnan kembali menghadap Leptopnya.

“Apa hem-hem? Dah tak reti nak bercakap ke?”

“Ye, pi jelah.”

Lisa jongket kening. Macam tu je?

“Okeh!” Lisa mengangguk. Ahh... tak sabarnya nak tunggu besok. Rindu pulak dekat Farid a.k.a abang angkat aku tu. Lama tak sekeh kepala dia. Apa dia buat sekarang ek?

Lantas Lisa bangkit untuk mencapai telefon bimbitnya. Badan Nokia 1202 di tekan-tekan dan mesej di hantar pada Farid. Sambil menunggu respon, dia meniarap di atas tilam.

20 minit masa berlalu. Namun tiada respon dari Farid. Mana mamat ni? Aku mesej tak balas pon. Takkan tak rindu kat aku kut!

Lisa menguap luas. Arghh... dari tunggu mesej yang tak sampai² tu, baik aku tido! Lagi Syokkk!


 Post tanpa di semak.

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post