follow

Rahsia Jodoh 2

Ah malangnya nasib aku hari ini! Aku betul-betul tertekan dengan situasi sekarang. Sudahlah aku ada kursus, kereta pula buat hal. Kalau diikutkan, jauh lagi tempatnya. Ini aku baru sampai Kampar. Tak sampai setengah jam memandu, aku dah rasa lain macam. Aku tidak tahu apa puncanya. Bila diperiksa tayar, okey saja.
Sudahnya, aku terpaksa meminta pertolongan abah. Aku berdecit. Panggilan tidak diangkat. Kemudian aku menelefon kakak. Setelah cakap-cakap, akhirnya kakak datang juga. Itu pun agak keberatan kerana dia belum sempat mandikan Rayyan.
Setelah dua puluh minit berada di dalam kereta, aku terdengar bunyi hon kereta di belakang. Aku tergamam. Honda Accord! Kenapa dia pula yang datang? Ah, kakak ni!
Aku menurunkan tingkap kereta.
“Macam mana boleh rosak?”
Ish, tanya soalan tu buat apa. Dah tentu-tentulah aku tak tahu. Kalau aku tahu, dari tadi lagi aku dah repair kereta ni. Aku hanya mengangkat bahu.
“Hemm, takpelah. Fya tinggal kereta kat sini. Biar abang hantar Fya je. Boleh?”
Kalau aku kata tak boleh, boleh tak? Ish, macam mana aku nak elak ni.
“Fya jangan risau. Kakak Rya yang suruh abang ke sini. Ibu Fya pun tahu. Jomlah cepat. Nanti lambat sampai.” Dia membukakan pintu kereta aku.
Ibu dengan Rya je? Abah, macam mana? Ish, kenapalah dia ni baik sangat dengan aku. Siap bukakan pintu. Aku benar-benar tidak selesa dengan layanannya.
Aku membuka bonet untuk mengambil beg pakaian. Setelah itu, Ayman menghulurkan tangannya. Lalu aku serahkan beg itu padanya. Kemudian dia mempelawa aku masuk.
“Kereta saya macam mana?”
“Abang dah call kawan abang, kawan kak Rya jugak. Nanti kunci penduanya Kak Rya bagi pada kawan abang tu. Dia mekanik. So, Fya tak payah risau. Fya nak pergi Ipohkan?” dia mula menarik hand-breknya lalu bergerak mengikut arus laluan kereta.
Aku mengangguk sambil memakai tali pinggang keledar.
*****
“Thanks,” ucapku tanpa memandangnya. Aku segan, aku malu tiap kali berhadapan dengannya. Aku sendiri tidak tahu apa sebanya.
“No sweat. Fya kat sini berapa hari?” Ayman memandang bangunan Heritage Hotel yang tinggi itu.
“Lima.”
“Ohh....” dia mengangguk.
Lama kami terdiam. Dalam hati aku mahu dia segera pergi dari sini. Sebab rasa malu aku sudah tidak tertanggung lagi ditambah pula dengan rasa debar tiap kali dia memandang aku. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku menarik beg baju aku untuk check in hotel.
“Err... saya nak masuk, nak check in dulu. Hmm, kalau Ayman nak balik dulu pun tak apalah. Saya okey sorang-sorang kat sini.” Aku mula mengatur langkah.
“Fya!”
Langkah aku terhenti lalu berpaling ke arahnya.
“Kalau ada apa-apa, call abang tau. Abang ada je kat Ipoh ni.”
Ada kat Ipoh? Atas urusan apa? “Ay....err abang ada apa kat Ipoh? Kursus jugak ke?” aku terpaksa memanggilnya dengan gelaran yang sepatutnya kerana dia pun sudah mula membiasakan dirinya dengan panggilan itu.
Ayman tergelak. “Bukan kursuslah cik adik. Site visit.”
Aku termalu sendiri. Ohh, patutlah aku nampak beg baju lain dalam bonet tadi.
“Fya masuk dulu. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
Lantas aku segera masuk ke dalam hotel itu.
*****
“Akak!”
“Ish, gelojohnya adik akak ni. Assalamualaikum....” aku terdengar suara kakak ketawa di hujung talian. Dia memang sengaja.
“Wa’alaikumsalam! Akak ni dah kenapa? Kenapa suruh Ayman?” aku berdecit.
“Lah. Salah ke? Kakak tak sempatlah. Nak mandikan Rayyan lagi. Ibu tak ada, pergi pasar. Jadi akak mintak Ayman hantar. Lagipun dia kebetulan nak pergi Ipoh jugak.” Sungguh selamba suaranya.
“Akak, Fya tak sukalah. Fya taknak terhutang budi dengan orang.” Ujarku.
“Ke Fya takut Fya terjatuh hati pada Ayman?”
Gulp! Aku tergamam seketika. Itu tidak benar, tetapi kenapa aku jadi kelu untuk menyangkal tanggapan kakak itu?
“Cuak dah? Ha ha. Taklah, kakak gurau. Fya jangan risau. Kakak tak jealous pun Ayman keluar dengan Fya.”
Tipulah tak jealous. Bakal isteri mana yang tak cemburu bila bakal suaminya keluar dengan perempuan lain.
“Eleh, mulut yelah cakap macam tu. Hati akak tu macam mana?” aku mencebik.
“Akak serious. Aku tak jealous. Okeylah Fya. Rayyan merengek tu. Nak susu kut. Nanti kalau Ayman ajak jalan-jalan, Fya ikut ajelah ya.”
What? Dengan penuh tidak kisahnya dia menyuruh aku lebih dekat dengan Ayman? Cara dia cakap tu macam menggalakkan lagi Ayman main kayu tiga. Kakak ni, biar betul!
*****
‘Abang kat lobi. Fya turun ya?’
Ah sudah. Ini lagi seorang. Aku tak suruh pun dia datang. Tup-tup dah ada kat lobi. Apa yang ada dalam minda dia sebenarnya? Tidak ke dia fikirkan perasaan kakak bila tahu dia keluar dengan perempuan lain, walaupun perempuan tu adik pada bakal isteri sendiri?
Sudahnya, aku turun juga dengan memakai kardigan dan seluar slack. Tudung hanya diselimpangkan di bahu.
Aku melihat Ayman yang sedang duduk di sofa sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
“Ada apa nak jumpa saya?” terus aku duduk di sofa bertentangan dengannya.
Dia memandang aku atas bawah. Kenapa? Ada yang tak kena ke?
“Kenapa?”
“Abang baru nak ajak Fya pergi makan. Ingatkan Fya dah siap-siap sebelum turun tadi.” Terangnya.
Ohh...ada agenda! “Abang tak bagi tahu pun tadi. Manalah Fya tahu.” Kataku.
Ayman tersenyum. “Hmm, jom jelah. Pakai macam ni pun dah cantik.” Dia bangkit dari duduknya.
“Hah? Nak pergi mana? Dah malamlah. Saya nak rehat, penat kursus tadi pun tak hilang lagi. Besok ada lagi kursus. Besok lagi lama tahu. Lusa pun sama. Lagipun saya jarang keluar malam. Lagi-lagi dengan....dengan lelaki.”
Terukir wajah kecewa di wajahnya. Baru aku sedar yang aku sudah mengadu panjang lebar di hadapannya. Siapa dia dengan aku sehinggakan aku hendak memberitahunya perihal aku?
Ah! Tapi kenapa hati bagai ingin memberontak melihat wajah hambarnya. Terasa tidak sampai hati pula hendak mengecewakan harapannya.
“Tak apalah kalau macam tu. Lupa pulak abang Fya datang sini ada kursus. Sorry, mungkin lain kali kut. Abang balik dulu...” mendatar suaranya. Betapa kecewanya dia. Ah, apa patut aku buat ni? Tahan dia? Atau biarkan dia pergi?
 “Abang!” Ayman sudah sampai di muka pintu sewaktu aku memanggilnya.
Dia berpaling. Aku menghampirinya. “Hmm, tak apalah bang. Kita keluar. Tapi....malam ni je.”
Sekejap sahaja senyuman terukir di bibirnya. Barulah hati aku sedikit lapang.
“Serius ke ni?” matanya bersinar beserta senyuman lebar.
Aku mengangguk. “Tapi Fya kena naik dululah. Nak salin baju.”
“Alah Fya, takpa. Macam ni pun dah okey.” Ujarnya. Dari suaranya, dia kelihatan sangat gembira.
“Apalah abang ni. Ini di kata okey? Abang tunggu kejap. Tak lama. Lagipun Fya tak bawak purse ni.” Akhirnya dia mengangguk. Dia gembira, apatah lagi aku. Rasa hati aku melompat-lompat sebab dapat keluar dengan Ayman. Kenapa itu yang aku rasa ya?
*****

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post