follow

Isteriku 2 Alam-13

Lisa mematikan enjin motorsikal. Adnan yang duduk di belakang Lisa turun dari motorsikal. Pandangannya ditebarkan pada dusun rambutan milik abah Lisa.



“Bersih dusun ni. Abah ke yang selalu jenguk dusun ni?” soal Adnan sambil berjalan menghampiri pondok kayu di situ.

“Iyelah. Takkan monyet kut.” Bidas Lisa. Galah panjang di capainya. Kemudian rambutan yang masak ranum itu dijoloknya.

“Kalau monyet pun apa salahnya kan?” Adnan mula mengikut rentak cara Lisa bercakap. Dia menghampiri Lisa yang sibuk mengait buah rambutan.

Kerja Lisa terhenti. “Kau memang suka macam ni kan?” Adnan di jeling geram dan kembali mengait buah rambutan tadi. Ah, apesal susah semacam je nak kait buah ni? Selalu senang!

“Macam ni, macam mana?”

Lisa merengus. “Suka macam nilah. Suka balas balik apa aku cakap. Semak la kau ni!” galah di lepas kasar dan disandarkan pada pokok rambutan itu. Dia mula bergerak menghampiri satu lagi pokok.

“La.. salah ke aku balas? Kau tanya, aku jawablah.” Adnan mengambil galah tadi danbuat sama apa yang Lisa buat tadi. Adnan pelik apabila Lisa tidak menjawab soalannya. Selalu aku cakap, cepat je melenting. Ni apesal senyap?

Adnan pusing kepala ke belakang, kiri dan kanan. Tak ada? Adnan letak galah tadi. dia mencari-cari bayang-bayang Lisa. Tak ada jugak? Dah balik ke? Naik apa? jalan kaki? Ingat dekat ke dusun dengan rumah.

“Lisa! Woit! Kau kat mana?” satu pokok ke satu pokok Adnan cari. Main sorok-sorok  ke apa minah ni? tiba-tiba belakangnya terasa pedih semacam seperti ada sesuatu yang dibaling pada belakangnya. Kulit rambutan? Macam mana.....

“Woit! Awat kalut semacam ni? aku hidup lagi la. Aku tak balik rumah lagi. Hish, anak mak betul. Baru hilang kejap, dah gelabah.” Selamba Lisa berkata sambil mengunyah isi buah rambutan.

Adnan mendongak. Bulat matanya melihat Lisa baek punya landing atas pokok. How come...? bila dia naik? Secepat itu? Tanpa menggunakan tangga?

“Eh pakcik ni! cocok mata tu baru tau. Tengah panas macam ni pun boleh berangan lagi. Mehla, kalau nak join berkampung kat atas pokok ni.” Lisa tergelak. Buah yang dipetik tadi dimakan di atas pokok. Di samping skodeng tupai lalu, boleh makan di tempat yang redup. Nasiblah kalau ada kerengga. Reti-reti la jaga diri ya!

“Weh, macam mana kau naik? Kau pakai magik eh?” Adnan mendongak sambil bercekak pinggang.

“Hek eleh. Magik kemendenya? Kau tengok, pokok ni tinggi ke idak? Aku panjatlah mangkuk. Ish...” Kulit rambutan di baling ke bawah. Tepat mengena muka Adnan. Lisa terkedu dengan mulut yang berisi dengan seulas rambutan. Opps, tak sengaja!

Adnan pejam mata. Di raup wajahnya. “Kau memang cari jalan nak mampus Lisa. Kau turun cepat! Turun!” Adnan menjerit menyuruh Lisa turun.

“Memang bodohla kalau aku turun sekarang. Tak mahu aku turun, kat bawah ada buaya. Shuhh..shuhh..” menyirap darah Adnan apabila Lisa memperlakukannya sedemikian. Ini dinamakan isteri? Kurang hajar!

Adnan mencapai galah tadi dan berdiri di tempat tadi. “Kalau taknak turun, biar aku yang turunkan kau.” Gertak Adnan.

Lisa tergamam. Nekad gila orang tua ni. “Woo woo. Apa main kasar ni! ya ya. aku turun la ni. Tu! Galah tu...” Lisa menunjuk galah yang dipegang Adnan.

“Apesal? Nak aku jolok kau ke?” Duga Adnan. Pantas Lisa menggeleng. Beberapa biji rambutan di campak ke bawah sebelum Lisa turun dari situ. Dahan yang besar di pijaknya. Dan tidak semena-mena, kaki yang memijak dahan itu tergelincir lalu...

Gedebukk!

“Arghh... punggung aku!” Lisa menjerit sambil menggosok punggungnya.

Adnan yang mula-mula tercengang tergelak. Lucu melihat nangka busuk boleh jatuh dari pokok rambutan.

“Apa gelak-gelak! Tolong la. Sakit ni! aduhh...” Lisa menggosok punggungnya sambil cuba untuk bangun.

Adnan masih dengan gelaknya. Lisa jadi berang.

“Arghh!” tiba-tiba Lisa menjerit. Auch! Sakitnya. Apesal pulak ni?

Adnan terdiam. Dia menghampiri Lisa yang kembali duduk. Lisa memegang buku lalinya.

“Kenapa ni? sakit ke?” Adnan mula kalut. Dia tak tahu apa yang harus di buat.

“Soalan bodoh apa yang kau tanya ni? Mestilah sakit! Aduuhh... ni kau punya pasal la ni. kalau kau tak suruh aku turun cepat tadi, takdenye aku terseliuh macam ni.” Lisa menekan kaki bagi mengurangkan rasa sakit.

“Hah? Salah aku? err... kau seliuh ke? Aku tak reti bab urut-urut ni.” kalut Adnan membalas.

“Aku pun tak hingin kau urut la. Nanti habis lunyai kaki aku ni nanti. Arghh... rasa macam dah patah kaki aku ni.”

“Hah?! Patah?” spontan Adnan terjerit di tepi telinga Lisa.

Lisa melirik wajah Adnan. Pelik, sudah semestinya. Apesal kalut semacam? Aku bukan nak mati pun. Ke memang  macam gini perangai dia? 

Tiba-tiba Lisa terasa badannya terlayang ke atas. What? Dia... hamboi! Beraninya dia.

“Woi... lepaslah. Aku boleh jalan lagi ni.” Lisa menepis tangan Adnan yang mencempung badannya. Adnan mengendahkan arahan Lisa. Dia menghampiri pondok kayu tadi. perlahan-lahan tubuh Lisa di letakkan di pondok itu.

Malu. Itu yang dirasai Lisa tika ini. Membahang wajahnya akibat malu. Jantung mula gerak aktif. Belum pernah mana-mana lelaki buat sebegitu rupa. Farid pun tak pernah lagi. Pimpin aku jalan tadi pun boleh lagi. Tak payah la sampai nak angkat melambung tinggi macam tadi. aku bukan tak boleh jalan langsung.

“Kau tunggu sini. Aku amik motor.” Tak lama kemudian Adnan sudah lesap di balik pokok-pokok. Lisa mengeluh berat. Selalu aku panjat pokok turun dari pokok tak pernah tercedera macam ni. entah mana silapnya, tetiba hari ni nasib aku malang. Hai badann... kasihan kau.

“Dah, jom balik. Kaki kau dah bengkak tu.” Adnan turun dari motor dan memimpin Lisa menghampiri motorsikal.

Lisa sedikit tercengang melihat Adnan menunggang motorsikal kapcainya. “Kau reti bawak motor?” tanyanya.

“Apa ingat aku reti bawak kereta je ke? Motor aku lagi up daripada besi buruk ni tau.” Sempat lagi Adnan memerli motorsikal kesayangan Lisa. Lisa yang sudah selesa duduk di belakang Adnan memukul belakang badan Adnan.

“Lagi sekali kau kutuk baby aku, siap kau aku kerjakan.” Gertaknya. Adnan tergelak. Motorsikal di tunggang perlahan-lahan. Tanpa Adnan ketahui, Lisa tersenyum sendirian di belakang.

***

“Arghh.. sakit bah. Sakit!” Lisa menjerit. Sakit tak terkata bila bahagian yang sakit itu lagi di tekannya. Abah ni reti urut ke idak? Ni bukan tambah elok, lagi parah adalah.

“Ish kamu ni. diam boleh tak? Mula-mula memang la sakit. Nanti hilangla sakit tu. Ni urat kamu yang bengak. Macam mana la kamu boleh seliuh ni? Anan, Lisa buat apa tadi?” soal Idris masih dengan urutannya. Adnan yang selamba menonton Buletin di TV di perhatinya.

“Hah?”

“Tadi Lisa buat apa sampai jadi macam ni?”

“Ohh.. Panjat pokok. Lepas tu tak reti turun.  Sendiri yang cari sakit, kan diri sendiri susah.” Bersahaja Adnan menjawab soalan Idris tadi. sempat lagi wajah masam kelat di jelingnya. Adnan tergelak dalam hati.

Mata Idris membulat, Lisa pula menunduk. Siaplah aku kena sound dengan abah. Mangkuk hayun betul Adnan ni.

“Ish budak bertuah ni. Aku dah kata, jangan panjat pokok, degil jugak! Tengok, kan dah dapat sakit. Haih... apa nak jadilah dengan kamu ni, Lisa.” Idris sengaja menepuk tempat kaki Lisa terseliuh tadi.

“Argh! Abah! Apa ni, sakitlah.  Tu ha, menantu kesayangan abah yang suruh orang turun cepat-cepat. Orang pun ikutlah.”

“Iyelaha. Kalau kamu tak panjat pokok, tak adanya benda ni semua berlaku.” Lagi sekali kaki Lisa di pukulnya. Bergema satu rumah dengan jeritan Lisa. Tak guna kau Anan! Sebab kau aku kena sound. Dan sebab kau, abah lebih berpihak pada menantu dari anak sendiri.

Hampir tawa adnan tersembur. Namun cepat-cepat ditekup mulutnya.

***

Waktu menginjak ke 1:30 pagi. Namun Lisa masih belum tidur. Degil sungguh matanya hendak dikatup. Dia mengiring, menghadap Adnan yang tidur di bawah. Adnan tidur terlentang dengan tangan dijadikan alas kepala. Lama di perhatinya. Perfect! Adnan cukup sempurna di mata perempuan. Senyuman dia boleh menganggu-gugat jiwa-jiwa kaum hawa. Termasuklah aku.

Matanya agak sepet. Orang pernah cakap, mata sepet ni keturunan Banjar. Kalau mata bulat keturunan jawa. Ho ho. Boleh caya ke? Tapi majoritinya macam itulah. Lainlahlah kalau seseorang itu keturunan dari keluarga cina. Macam aku. Arwah mak aku dulu sangat seiras macam Cina. Sebab nenek aku yang dulu sembah patung masuk Islam sebab kahwin dengan Atok, yang seratus peratus melayu dan beragama Islam. Almaklumlah, cintakan buta. Tak kisahlah seseorang itu berlainan jenis mahupun agama, kalau dah jodoh tu siapalah kita nak halang.  

Sama macam aku. Siapa aku nak halang perkahwinan yang sudah tertulis sejak azali lagi bahawa jodoh aku bersama lelaki yang belum aku kenal sepenuhnya. Adnan pulak, bukannya nak try usha peluang nak pikat hati aku. manalah tahukan, boleh pulak aku TERjatuh chenta kat mamat ni.

Uiksss! Apa aku merepek ni?

“Dah puas tilik muka aku? ada berepa jerawat tumbuh pepagi buta ni?”

Lisa terperanjat. Dadanya di usap-usap. Ya Allah. Ingatkan dah tidur. terkejut aku!

“Sengal la kau! Nasib baik aku tak mam (mampus) tadi. hish...” Lisa baring menelentang memandang atas.

“Aku tahu aku hensem. Kau taknak cakap pun aku tahu dah.” Sempat lagi Adnan memuji diri sendiri.

Lisa mengiring semula. “Eh, kau perasan melangit pun, tak akan dan tidak sesekali aku cakap yang kau ni hensem. Hancuss adelah. Bajet je!” bidas Lisa.

Adnan pantas duduk. Lisa yang baring di pandang tajam.

Lisa terpana melihat Adnan yang duduk sambil menjeling tajam. Gulp! Mata dia... aku lemah!

“Apesal? Dah cair ke? Haha... aku tahu aku hensem. Kau tak cakap pun aku tahu yang aku ni kacak. Lebih kacak dari Farid tu.” Pujinya lagi.

“Eh, berenti dari puji diri sendiri boleh tak? Abah aku lagi hensem la!” lantas Lisa menarik selimut hingga menutupi seluruh badannya. Mata di katup rapat.

Adnan tergelak.

“Lisa, besok aku kena balik. Lagi 5 hari aku kena masuk ofis balik.” Beritahunya.

Lisa membuka semula selimutnya. Adnan yang terpejam di bawah di pandang.

“Apesal kejap sangat? Aku tak puas lagi...”

“Tak puas dating dengan Farid?” pintas Adnan. Lisa angkat kening. Tagline mana dia copek ni? aku..Farid.. DATING? Hukoloh... bunyi macam jeles je!

“Ngek la kau. Siapa kata aku dating dengan Farid? Aku tak puas nak lepas rindu dekat abah. Menuduh je kerja kau ni!”

“Baguslah.” Ujarnya dengan mata yang masih di pejam.

“So..?”

“So apa?”

“Balik jugaklah?”

“Iyelah Mak Bedah oi. Banyak benda aku kena buat. Dekat ofis bertimbun-timbun kerja yang menanti aku siapkan. Lainlah kau, goyang kaki korek duit abah je. Senanglah hidup. Lepas ni aku poket aku pulak jadi mangsa kau.” Adnan mengereng membelaki Lisa.

Lisa ketap bibir. bantal bushuk Lisa di pukul tepat mengena kepala Adnan.

“Auch! Woit! Tak sekolah ke? Nak pukul janganlah dekat kepala!”

“Padan muka! Sekolah tak sekolah, tu hal aku. bai! Good Night!” selimut ditarik menutup seluruh tubuhnya.

Adnan merengus geram. Pada pukul 2 pagi, barulah masing-masing dapat tidur dengan nyenyak.


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post