follow

Isteriku 2 Alam-14


Lisa melangkah lemah ke kereta Adnan. Sungguh Lisa berat hendak meninggalkan abahnya. Tambahan pula Lisa belum puas lagi melepaskan rindu pada Idris. Dan kehadiran Adnan telah mencantas semuanya. Nasiblah kalau hidup jadi bini orang ni. Terpaksa berkorban. Jadi kepada sesiapa yang nak kahwin tu, baik fikir 100 kali kalau tak sanggup hadapi risiko macam ni.
Idris menyerahkan plastik yang berisi buah rambutan. “Nah, nanti kamu boleh makan dalam perjalanan nanti. Boleh hilangkan ngantuk.” Idris senyum memandang menantunya.

Adnan mengangguk. Setelah semua barang di letakkan di bonet, Adnan menghidupkan enjin keretanya.

“Abah, saya pergi dulu ya. doakan saya selamat pergi dan selamat balik. Halalkan makan minum saya sepanjang berada di sini.” Ucap Adnan ikhlas lantas menyalam Idris.

Idris yang mendengar tersenyum lebar. “yelah. Abah halalkan. Cuma satu je abah mintak, jaga Lisa baik-baik ya? Cuma dia harta yang abah ada di dunia ni. Jangan sia-siakan hidup dia. Kalau dengan abah perangai dia tak ubah, cuma pada kamu jelah yang abah harapkan. Kamu suami dia, ketua keluarga. Kamu ada kuasa nak mengawal apa saja yang Lisa buat. Dan abah harap kamu tak salah gunakan kuasa tu. Jangan hampakan harapan abah ya?” sayu Idris meminta sambil menyentuh lembut bahu Adnan.

Tersentuh Adnan dengan permintaan abahnya. Sungguh tinggi harapan abahnya. Adnan jadi ragu-ragu untuk melaksananya. “Insya-Allah bah. Saya akan buat setakat mana yang saya mampu.” Pendek Adnan membalas. Tangannya masih kekal bersalaman dengan Idris.

“Abah....” Lisa yang hanya mendengar perbualan tadi menghampiri Idris. Lalu Adnan melepaskan genggaman yang setia melekat pada tangan Idris.

“Abah, abah jangan salah sangka pulak. Lisa kalau boleh nak duduk lama-lama kat sini. Tapi tak boleh....” Lisa menyentuh lembut lengan Idris. Idris tersenyum.

“Abah pahamla. Lisa mana boleh lagi duduk bwah ketiak abah. Anak abah sekarangkan dah jadi hak orang lain. Seorang isteri mesti berada disisi suami, tau?” Idris mengusap rambut pendek Lisa.

Lisa tersenyum kelat lalu memeluk abahnya. Begitulah sikapnya apabila terpaksa berjauhan dengan abahnya. Cuba bayangkan selama ni Lisa langsung tidak pernah berenggang dengan Idris, tetapi di sebabkan suaminya, Lisa jadi terpaksa. Hati Lisa jadi sebak tiba-tiba.

Setelah itu, giliran Adnan pula memeluk tubuh Idris. Sempat lagi Idris berbisik di telinga Adnan.

“Cintai Lisa sebagaimana kamu cintakan diri kamu sendiri...” Adnan yang mendengar terus mengangguk. Wajah Idris di pandang. Terasa berat pula harapan abahnya. Banyak sungguh tanggungjawab yang harus dipikulnya.

Setelah itu, kereta milik Adnan bertolak meninggalkan rumah papan itu. Lisa di sebelah di perhati seketika. Dia tahu perasaan Lisa tika itu. kalau Lisa tak sekuat sekarang, mungkin Adnan berpeluang melihat air mata Lisa meleleh. Dia perasan mata Lisa merah. Hati Adnan jadi tak sedap pula melihat wajah mendung Lisa.

***

Kereta di berhentikan di luar rumah. Seperti yang Datin Fatehah pesan, Adnan terus memberi salam pada jirannya.

“Waalaikumsalam.. hah Adnan! Datang pun. kejap, akak amik kuncinya.” Sejurus itu, Kak Atina, jiran yang Datin Fatehah maksudkan itu meluru masuk kedalam rumah.

“Nah..” kunci rumah bertukar tangan.

“Terima kasih kak...” Adnan senyum kecil.

“Sama-sama. bini kamu mana?” Atina mula memanjangkan tengkuknya, mencari-cari kelibat Lisa.

Adnan tersengih. “Ada, kat dalam kereta tu.” Atina mengangguk.

“Okeyla kak. Saya minta diri dulu.” tangan Adnan di lambai, Atina tersenyum dan mengangguk sedikit.

Bunyi pintu kereta di tutup menyentak Lisa yang sedang berkhayal. Adnan di sebelah di pandang sekilas.

Adnan memerhati Lisa yang tersandar lesu di sebelah. Kereta di pandu berhati-hati.

“Kaki kau dah okey ke?” soal Adnan sekadar memecah kesunyian.

Lisa hanya mengangguk.

“Boleh jalan sendiri?” lagi sekali Lisa mengangguk. Tiada hati untuk menjawab soalan itu dengan menggunakan suara.

“Bisu ke?” Lisa mengangguk. Tak lama kemudian dia menggeleng semula. Adnan di sebelah di jeling geram. Saja je nak kenakan aku!

“Kejap angguk, kejap geleng. Kau demam ke? Apesal senyap je dari tadi?” tanya Adnan lagi masih belum mahu berhenti.

“Aku akan demam kalau kau tanya soalan lagi. Bawak kereta senyap-senyap tak boleh ke?” Lisa merengus.

Adnan tersenyum. “Kau period ke?”

Soalan sensitif itu membuatkan Lisa berpaling sebelah. “Kau diam boleh tak? Berapa kali aku nak period?” walaupun malu, Lisa tetap menyangkal tuduhan Adnan itu.

“Kalau aku tak diam, kau nak buat apa?” lagi soalan diajunya. Dia memandu sambil tersenyum. Sikit-sikit rasa bosannya berlalu pergi setelah dapat bercakap dengan Lisa.

“Kau nak tahu?” duga Lisa.

“Why not?” Adnan tersenyum.

Lisa memusingkan badan menghadap Adnan di sebelah. “Aku akan kunyah kau hidup-hidup. Biar mampos. Ada pun menyesakkan hidup aku je. Baik layan jin dari manusia macam kau. Huh! Aku pun tak tahulah kenapa aku kena kahwin dengan lelaki macam kau ni! Gila!” Puas hati Lisa dapat meluahkan geramnya. Anak matanya di talakan ke luar tingkap.

“Dah puas? Ada apa-apa lagi nak cakap ke?” tenang Adnan bertanya. Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata  Lisa tadi. Dia tahu Lisa menyimpan perasaan amarah padanya. Cuma tidak terluah. Sebab itu wajahnya cemberut saja. Automatik jadi bisu.

Lisa masih mendiamkan diri.

“Aku tau kau marah kat aku. Luah je apa yang kau nak luahkan. Kau nak bunuh aku sekalipun aku tak kisah. Janji kau puas.” Wajah Adnan masih selamba.

Lisa memandang sebelah. Adnan yang sedar dirinya diperhati melepaskan senyuman untuk isterinya. Tiba-tiba jantung Lisa berdetak pantas. Terpana dia melihat keindahan senyuman dari Adnan.

“helloo.... tidur dalam iman ke?” Adnan mengawang-ngawang tangannya di hadapan Lisa dengan tangan kanan masih memegang stereng kereta. Lisa cepat-cepat tersedar. Dia berdehem bagi menutup malunya.

“Emm... lambat lagi ke sampai? Punggung aku dah kematu ni.” Lisa membetulkan duduknya. Panas pulak punggungnya duduk lama-lama dalam kereta ni.

“15 minit lagi sampai la kut. Kau lapar tak?” Lisa di sebelah di pandang sesaat.

“Tak.” Ucapnya sepatah.

Kerriuukkk!

Adnan seperti dapat menangkap bunyi aneh itu. Lantas wajah Lisa di amatinya. Lambat-lambat Adnan tersengih.

“Tak lapar konon. Bunyi tadi tu siapa punya? Takkan DJ radio ni pasang lagu ‘lapar’ kut.” Sindirnya.

Lisa senyap. Dia malu sendiri. Akhirnya Adnan mengutuskan untuk singgah di gerai yang berhampiran dengan rumah banglo yang bakal mereka menginap.

***

Lisa tarik nafas lega sejurus keluar dari kereta. Akhirnya dia sampai juga ke destinasinya. Kagum dia melihat keindaham rumah banglo di Desa Lang Damai, Ipoh. Di sisi kanan luar rumah ini terdapat taman mini. Petang-petang kalau lepak situ mesti best. Lisa mula mengangankan hidup di rumah mewah ini. Begitu jauh bezanya dengan rumah di kampungnya.

“Ha..udah-udah berangan tu. Tolong angkat barang ni. Hish..habis kereta aku. Kalau semut ni buat sarang dalam kereta aku, kau orang first aku cari.” Gertaknya. Semut-semut hitam jelas berkeliaran di dalam bonet keretanya. Ni semua sebab rambutan yang Idris beri tadi.

Lisa mencebir. “Elehh.. Benda macam tu pun nak kecoh. Bodoh..” kutuk Lisa perlahan. Kalau Adnan dengar mati dia kena pijak.

Setelah luggage Adnan di bawa masuk, giliran Lisa pula mengangkat barangnya. Dalam otaknya terbayangkan tilam empuk. Rasa sengal di segenap tubuhnya membuatkan Lisa tidak sabar hendak merehatkan diri. Siapa kata duduk sebelah drebar tak ada sakit-sakit?  Kalau dah asyik melayan mulut Adnan, bukan badan je sakit, hati pun terkena tempias sekali.

“Baru pindah ke?” tiba-tiba Lisa di sapa oleh satu suara. Dia pusing ke kiri dan kanan. Mencari gerangan suara itu. Lalu matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang bersandar di dinding pembahagian rumah. Rumah Adnan ni jenis banglo berkembar, tapi hanya satu saja kembarnya. Begitu juga dengan rumah lain. Setiap rumah bercantum dua.

“Arr...a’ah.” Teragak-agak Lisa menjawab. Setelah barangnya diletakkan di depan pintu rumah, dia melangkah menghampiri lelaki tadi.

“Ohh... baguslah. Aku ada geng nak sembang. Nampaknya kita sehati sejiwa la ya!” teruja sekali lelaki itu berkata.

Lisa agak pelik. Sehati sejiwa? Apa yang sehati, apa yang sejiwa? Aku tengok jasad, jasad sendiri. Hati masing-masing ada. Eh kejap! Suara dia... tak garau pun. Cuma serak-serak basah je.

“Aku Izz. Izz Zayani. No IC, 900213-08-6472. Status, masih single. Jantina, opcoz perempuan. Cuma tak tulen sangat la.. Err..kau nak nombor surat beranak sekali ke? Sorry la. Aku tak ingat pulak nombor tu. Besok aku bagitahu kau.” Terangnya seakan mengerti dengan riak muka Lisa.

Terkebil-kebil Lisa melihat kepetahan makhluk yang bernama Izz Zayani tadi. Tak sangka tanggapannya tadi menyimpang sangat.

“Kau..Izz? Pompuan? Aku tak mimpikan?” Lisa menepuk pipinya.

Izz kehairanan. “Takde orang mimpi bawah terik panas ni la!” sergah Izz pada gadis yang memakai cap hitam.

Lambat-lambat Lisa tersenyum. Lalu tangan di hulur. “Aku tak sangka kita sepesenkan? Ha ha... Aku Lisa, Dayang Marlisa. No IC, aku malas nak ingat. Status, bini orang. Jantina, belum kenal pasti.” Lisa ketawa setelah menghabiskan bicaranya. Izz juga ikut ketawa.

“So... pengantin baru la ni? Wahh.. aku dah mula nampak sinar kebahgian dari muka kau. Well, selamat pengantin baru!” giliran Izz pula hulurkan tangan untuk berjabat. Lagi sekali tangan mereka bercantum.


Lisa tersenyum gembira. Nampaknya takdelah dia mati kebosanan lepas ni, sebab dia dah ada kawan. Sepesen pula tu! Memang betul la dia cakap, ‘sehati sejiwa’!

“Lisa!” Lisa berpaling ke pintu rumah. Terjengul wajah Adnan di situ.

“Apa?” sahut Lisa.

Adnan memandang lelaki di belah dinding sana. Kemudian muka Lisa pula. “Masuk kejap!” arahnya.

Lisa mengeluh.

“Beb, aku tengok korang ni kaku semacam je. Korang ni betul-betul pengantin ke adik beradik? Apesal aku tak nampak kebahagian rumah tangga ni?” soal Izz ingin mengorek hal sebenar. Wajah mendung Lisa di amatinya.

“Hemm.. takde apa-apalah. Biasalah, angin pasang-surut dia.” Jawab Lisa dengan menutup aib rumah tangga mereka.

Izz mengangguk tanpa banyak soal. “Okeyla. Aku masuk dulu. Dari pasang surut, takut jadi puting beliung pulak,” kutuk Lisa. Izz tergelak.


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post