follow

Begitu Dihatimu, Begitu Jua Dihatiku.. 3


Sudah hampir sebulan lebih aku menetap di kampung arwah nenek. Dan selama itu jugalah sudah banyak aku pelajari sesuatu yang baru. Dengan bantuan Makcik Zubedah, kini aku sudah mula melatih diri aku supaya mengerjakan solat 5 waktu itu. Atas jasa beliau juga, kini aku sudah tahu mengaji dengan lancar. Makcik Zubedah sangat penyabar orangnya. Walaupun pada mulanya aku seperti terpaksa, tapi atas dorongan Makcik Zubedah dan Azran, semua ibadat aku jadi ikhlas.
“Jauh termenung? Teringatkan saya ke?”
Aku pantas mendongak.  Kelihatan Azran mula melabuhkan punggungnya di sebelah aku iaitu di pangkin nenek.
“Huh, takde faedah langsung! Saya teringat dekat member saya je. Apelah yang diorang tengah buat sekarang ni eh?” aku bertanya sambil mendongak ke langit, walhal aku tahu jawapan itu tiada pada Azran. Dia kenal kawan aku pun tidak. Apelah..
“Member ke pakwe?” wajah tenang Azran dipandang.
“Awak ada sound trouble ke? Saya cakap tadi member kan? Bila masa pulak saya cakap pakwe...” bidasku. Huh, seumur hidup aku, aku tak pernah ada pakwe. Afeeq? Dia bukan pakwe aku. Dia hanyalah manusia yang tidak tahu menghargai kesucian wanita.
“Haa...tu mesti pikirkan pakwe. Kan?” Azran serkap jarang.
Aku menjengilkan mata padanya. Aku akui, sejak awal perkenalan aku dengannya, Azran seperti mudah membaca isi hati aku. Tetapi kenapa aku sukar untuk membaca isi hatinya? Rasa teringin benar aku mengenali isi hatinya.
“Azran...”
“Hemm...”
“Kenapa awal panggil saya CIK SOFI?” memang sejak dulu lagi aku ingin menanya hal tersebut. Panggil Sofi tidak kisah lagi. Tapi kenapa letak CIK di pangkal namaku? Aku bukan majikannya. Makcik Zubedah takde pulak panggil aku cik.
Azran tersenyum padaku. Demi melihat senyuman manis itu, aku pantas berpaling ke depan. Aku tidak tahu kenapa hatiku berdebar setiap kali Azran tersenyum pada aku. Senyuman dia...kadang-kadang buat hati aku tenang sangat sampai aku terasa nak tatap wajahnya tiap hari. Tapi pada masa yang sama, hati aku jadi tak keruan.
“Suatu hari nanti Cik Sofi akan tahu jugak.” Itu saja yang Azran mampukan katakan.
“Kenapa pula suatu hari? Kenapa tak hari ni je?” Azran ketawa mendengar soalan aku. Aku tak tahu tang mana yang lawaknya sampai dia boleh ketawa tu.
“Besok abang cik Sofi datang. Nak ambil cik bawak balik rumah. Dah sebulankan duduk dekat sini? Rasa-rasanya sebulan tu dah cukup kut untuk cik Sofi kenal diri cik Sofi sendiri. Betul tak?” Azran menunduk.
Abang nak bawak aku balik? Tapi kenapa pulak? Tiba-tiba hati aku sebak. Aku tak sanggup nak tinggalkan tempat ini. Hati aku bagai dah terkunci disini. Sebab disini, aku dapat tatap wajah Azran setiap hari.
“Taknak. Saya tak mahu balik. Saya nak duduk sini sampai bila-bila.” Aku peluk tubuh menandakan kekerasan hati aku.
“Cik Sofi, duduk sini apa yang ada? Di KL, semua benda cik boleh dapat. Kat sana tak payah la cik Sofi nak mengadap muka saya yang sememeh ni. Lepastu boleh jumpa member lama, boleh jumpa pakwe....” suara Azran semakin mengendur. Wajahnya juga keruh.
“Azran....”
“Balik la cik. Tempat cik bukan di sini. Saya cuma seorang yang...”Azran berjeda.
“Seorang apa?”
Azran memangku kepala sambil tersenyum. “Takde apa-apalah. Eh, dah nak senja ni. Saya balik dulu. Jangan lupa ngaji nanti. Hari ni malam jumaat tau.” Untuk kesian kalinya, Azran menghulurkan senyuman namun agak hambar. Sehambar hatiku. Kenapa? Kenapa disaat aku ingin mendekatinya, waktu seakan menjarakkan aku dengannya? Abang! Rika tak nak balik!!!
***
Setelah siap mengemas, semua luggage aku di letakkan di ruang tamu. Malam tadi abang telefon untuk mengambil aku pulang. Jadi betullah apa yang Azran sampaikan semalam. Yang anehnya, bagaimana Azran tahu terlebih dahulu dari aku?
 Untuk kesekian kalinya, aku memerhati keliling rumah nenek. Kelihatan agak kemas setelah aku bekerja keras untuk mengemas rumah ini dengan dibantu Makcik Zubedah dan Azran. Ah...Azran. aku harus jumpa dia sebelum aku pergi.
“Assalamualaikum....” salam diberi. Namun tiada balasan. Salam diberi berulang kali, namun masih tiada respon. Oleh itu aku nekad untuk masuk kedalam. Di ruang tamu tiada sesiapa. Lalu aku turun ke dapur pula. Juga tiada sesiapa. Mana Azran? Makcik Zubedah pulak kemana?
“Sofi?”
Aku berpaling ke belakang. Tersembul biji mata aku melihat keadaan Azran yang hanya memakai tuala. Barangkali baru lepas mandi. Mata aku cuba mengelak dari bertentang dengannya.
“Arr....Azran...”
“Cik Sofi buat apa kat sini?” Azran memintas.
Aku menunduk. Dalam otak sedang merangka ayat.
“Emm... saya dah nak balik.” Perlahan aku berkata.
“oh...Okey...” suaranya juga sama seperti aku. Sesekali dia mengangguk. Kemudian dia melangkah naik. Mungkin hendak ke biliknya.
“Azran... err... sebelum saya pergi, saya nak mintak maaf kalau selama saya duduk kat sini, pernah sakitkan hati awak, terkasar bahasa ke... Terima kasih sebab dah tolong saya. Nanti sampaikan salam saya pada Makcik Zubedah.”
Azran berdiri kaku di tangga. “Bila abang cik Sofi sampai?” dia berpaling sedikit. Aku hanya dapat melihat sisinya saja.
“Sekejap lagi kut.” Sejujurnya aku berat sangat nak tinggalkan kau. Tapi kau mesti nak aku pergi cepatkan?  
Azran mengangguk. “Okey...”
Aku mula melangkah ke tangga melepasinya. Setelah tiba di depan pintu utama rumah kayu itu, tiba-tiba namaku di seru. Aku berpaling menghadapnya.
“Emm..have a save journey...”
Laa...itu je? Sebak hati aku. Hanya itu saja yang dia nak kata. Bukannya nak halang aku. Tanpa balasan, aku mahu cepat beredar dari situ.
“Azran!”
Aku tersentak apabila nama Azran diseru sebegitu kuat di halaman rumah. Lantas aku mendongak. Kelihatan dua wanita yang agak berusia berdiri di situ.
“Apa kauorang buat ni? dah tak ada iman ke?”
Agak tergamam aku mendengar ayat pedas itu. Walaupun pertanyaan itu tidak dituju pada aku, tetapi aku rasa bersalah tatkala dua pasang mata itu memandang aku tajam.
Azran pantas menutup dada bidangnya yang tanpa sehelai benang itu lantas masuk.
“Eh Azran! Kau nak lari kemana ha?!” lagi sekali wanita tadi menjerit. Sungguh aku tidak paham. Apa salah Azran? Apa salah aku sampai pandang aku macam nak telan?
***
Akhirnya aku selamat tiba di rumah banglo setelah sebulan aku meninggalkannya. Di muka pintu, kelihatan papa tercegat sambil memegang tongkat. Ek? Tongkat? Tak tahu pulak aku selama ni papa pakai tongkat!
“Papa...” perlahan aku menyeru namanya. Gusar melihat responnya. Takut amarah papa pada aku masih belum hilang.
Tanda diduga, pantas tubuh aku diraih dalam pelukannya dengan kejap menggunakan sebelah tangan. Tahulah aku bahawa papa amat merindui aku dan papa dah tak marahkan aku lagi.
“Papa...rika mintak maaf...” tangan kasarnya diraih dan di kucup.
“Tak sayang... papa yang patut mintak maaf, sebab papa paksa Rika duduk rumah nenek.”
“Papa tak salah. Keputusan papa tu memang tepat. Rika dah jauh tersasar pa. Banyak benda yang Rika dah belajar kat sana.” Papa mengangguk sambil mengucap syukur pada Yang Maha Esa.
***
Ketukan di pintu bilik mengejutkan aku yang leka berchatting dengan Jenny leptop. Pintu di kuak dari luar, terjengul wajah abang di situ.
“Boleh abang masuk?”
“Abang memang dah masuk pun.” Sindirku membuatkan abang menyeringai. “Hemm... what’s up?”
Abang duduk di birai katil. “Tengah buat apa? Tak menganggu ke?”
“Kalau menganggu, abang akan keluar sekarang ke?” aku cuba bermain kata dengannya. Hampir sebulan selepas aku kembali ke rumah mewah ini, hubungan aku dengan abang semakin baik. Papa juga. Kini aku dapat merasakan kebahagiaan sesebuah keluarga.
“Nope. I wont, until i tell you something.” Wajah abang serius walaupun ada secalit senyuman di situ.
“Hmm... about what ek?” aku berteka-teki.
“About your husbund...”
Mata aku membulat. Melihat senyuman abang, tahulah aku yang abang hanya bergurau. Lantas aku tumbuk bahunya.
“Sakitlah! Kasar gila mak orang ni!”
“Eh hello! Siapa mak orang?! Anak pun takde, mak orang pulak. Nonsense!” aku ketawa. Tiba-tiba wajah abang berubah.
“Rika...”
Aku memandangnya. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Takkanlah dia serius kut!
“Bulan depan Rika kahwin dengan Azran ye?”
“What!!!” bagai halilintar ku rasa. Kenapa tiba-tiba?
“Ha ha... pandai abang buat lawakkan? Azran mana ni?”
“Laa...baru tinggalkan Azran sebulan dah lupa?”
Aku terdiam. Aku yang duduk di sebelah abang kembali menghadap leptop di meja belajar.
“Tak kisah la gurau ke apa ke... Rika tak nak kahwin. Heh..gila!” aku lihat di ruang chat. Jenny offline. Pasti dia penat menunggu aku tadi.
“Rika... dekat kampung nenek tu, sana sini orang sibuk kata keluarga kita tau. Yang paling teruk sekali, Azran dengan mak dia. Rika tak kesian ke dengan Azran?”
Aku hanya membisu namun telinga aku setia mendengar aduan abang. Aku dapat agak pasti kejadian sebelum aku pulang ke sini tempoh hari bakal dibangkitkan. Hakikatnya, itu semua salah faham saja. Kenapa cerita basi itu dibangkitkan hingga segar bugar di pendengaran orang?
“Ohh...jadi abang pun dah jadi macam orang kampung sana tu la? Percaya sangat cakap makcik busybody tu? Abang...kadang-kadang mata ni menipu tau.”
“Dan kadang-kadang... pokok takkan bergoyang kalau bukan sebab angin, rite?”
Aku terkedu. Ternyata abang terikut mempercayai cerita karut itu.
“Haa..abang tanyalah sama pokok..apa sebab goyang. Hish!” kelat wajahku. Abang tersenyum sambil tergeleng-geleng.
 “Abang.... Rika tak buat apa-apa. Betul! Rika cuma nak jumpa Azran untuk kali terakhir, then mintak maaf. Entah macam mana ada orang pulak kat depan rumah dia tu.” Bersungguh-sungguh aku menerangkan padanya.
“Yep.. I knew that. Rika dah pernah cerita sebelum ni. Abang kenal adik abang, tu semua fitnah. Tapi mana kita tahu, ada hikmah di sebalik semua ni. Entah-entah jodoh Rika dah tiba lebih awal dari abang. Allah tu Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui. Segala macam benda Dia boleh buat. Mungkin dengan cara ini, Rika bertemu dengan jodoh Rika. Betul tak?”
“Abang! I am 21 years old okey. I’m studying. Don’t you think that I’m too young to get married?” abang tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Think about it. Besok pagi abang tunggu jawapan Rika tau!” kepalaku dikucup lalu abang beredar dari bilik aku.
Aku hanya menekur lantai. Terngiang-ngiang permintaan abang tadi. Akal aku menolak cadangan itu, tetapi kenapa hati aku bagai tidak sanggup? Apa...aku sebenarnya sayangkan dia?
“Rika!!! Papa jatuh tangga!” jeritan itu sekali lagi mengejutkan aku yang masih berkhayal. Jantung aku berdetak kuat. Apa lagi dugaan yang bakal aku hadapi kali ni?!
***
Aku duduk di kerusi yang ada di ruang menunggu dihospital. Abang pula terpaksa ke pejabat memandangkan dia adalah ketua di syarikat, mengganti tempat papa. Papa dimasukkan wad kecemasan. Menurut doktor, papa masih tak sedarkan diri. Mungkin papa jatuh dari tangga teratas. Kesukaran menggunakan tongkat mungkin juga faktor papa jatuh dari tangga. Sudah sehari papa masih belum bangun. Itulah yang membuatkan aku risau kala ini.
“Erika!”
Aku terkejut mendengar nama aku diseru. Kelihatan Jenny berlari menghampiri aku. Aku tersenyum lega. Gembira kerana masih ada sahabat yang mengingati aku. Aku berpelukan dengannya.
“How you doing? Papa you macam mana?”
“Hmm... macan tu jelah. Macam semalam, tak sedar. Eh, Marsha mana? Fazura?”
“Fazura, she’s on her way. Marsha pulak, I tak tahulah. Dating kut.” Suara Jenny jelas hambar bila menyebut nama Marsha.
“Aik..lain macam je. Korang gaduh ke?”
Jenny angkat bahu. “Entahla, you. Eh, you dah lunch? Jom, kita pergi kantin.” Aku mengangguk.
***
 “What? Nikah?” serentak Jenny dan Fazura berkata. Gamat sebentar suasana kantin hospital itu.
Aku mengangguk lemah.
“You biar betul? Kenapa tiba-tiba pulak?”
“Ke kau dah...” ayat Fazura sengaja digantungkan.
“Wehh... apa kau cakap ni? Mana ada lah. Abang aku yang suruh. Takde sebab terlanjur jojo ni.” Sangkalku.
“Then what?”
“Orang kampung punya angkara. Hish...aku pun tak pahamlah. Cuma sebab satu perkara, depa dah judge aku bukan-bukan. Apa, ingat aku kemaruk sangat ke dengan mamat kampung tu. Aku bukan buat apa pun. Just nak say hye hye bye bye sebelum aku balik, tu je.”
“Lagi?” Fazura meminta.
“Lagi apa?”
“Laa...cerita la lagi. Aku sure mesti cerita kau ni tak habis lagi. Takkanlah nak say goodbye, terus kena fitnah camtu. Mesti ade reason lain ni. Betul tak?”
Aku serba salah. “Err... time tu kitorang kat dalam rumah....berdua...je...”
“Haa..aku dah agak dah. Orang kampung ni takkan buat kecoh kalau takde sebab. Kalau aku jadi makcik-makcik tu, aku pun akan kata kau bukan-bukan. Kau pun satu la. Dah tau duduk berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim tu dosa, yang kau buat jugak apesal?”
Jenny mengangguk. “Betul cakap Zura tu.”
Aku mengeluh. “Dah tu, apa aku nak buat sekarang...”
“Terima jelah....”
“Kau gila! Aku muda lagi lah. Tak puas enjoy!”
“Dah-dah la nak meng-enjoinya makcik! Baik prepare jadi isteri. Nanti lepas kahwin takde gabra.” Gurauan Fazuran disambut ketawa Jenny. Pipi aku memerah.
***
Sebuah majlis akad nikah kecil-kecillan berjalan dengan selamat. Kini aku sah bergelas isteri. Setelah melakukan solat Istikharah sebanyak lima kali, dan lima malam beturut-turut wajah tenang Azran sering mengganggu lenaku. Disaat aku dalam kebuntuan, aku hanya berserah pada-Nya. Semoga pilihan aku tepat.
Malam ini aku tidur di rumah Azran di kampung arwah nenek. Majlis akad nikah itu diadakan di kampung ini juga demi menutup mulut orang kampung. Jika diadakan di rumah aku di KL, karang ada pula yang tidak percaya. Bukankah tujuan sebenar pernikahan ini untuk menghentikan mulut-mulut orang kampung?
Pintu kayu dikuak dari luar. Muncul Azran dengan baju melayu beserta kain pelekat. Mungkin baru pulang dari surau. Sedikit sebanyak hati aku dihimpit rasa kecewa kerana Azran langsung tidak mahu memandang aku, apetah lagi bercakap. Saat dahiku di kucup sewaktu pembatalan air sembahyang tadi, tiada senyuman di ukirnya. Cuma wajah tenang seperti selalu.
Aku meletak bantal di bawah lantai. Memandangkan katil Azran katil bujang, jadi terpaksalah mengalah. Takkan la nak berhimpit. Belum sempat aku rebah, Azran terlebih dahulu baring di bawah. Tergamam aku melihatnya.
“Err... Azran. Kenapa tidur kat bawah?”
Tiada balasan. Aku benar-benar terasa dengan sikapnya. Dia seperti tidak setuju dengan ikatan yang baru terjalin ini. Tetapi kenapa dia iyakan saja? Kenapa dipaksa diri tu untuk nikah dengan aku? Sudahnya, aku baring di tilam bujang Azran. Kepenatan menyebabkan mata aku jadi kantuk.
***
Petang besoknya, aku dan Azran pulang ke rumahku di KL dengan dijemput oleh Pak Ayob. Azran masih tidak banyak cakap. Jika aku bertanya, cuma isyarat tubuh yang diberi.
Petang itu, aku hanya duduk termenung di beranda bilik sendirian. Azran pula sedang berbual bersama abang di ruang tamu. Aku rasa agak aneh sedikit. Abang dengan Azran berbual seperti sudah lama kenal. Tiada langsung rasa kekok. Gurau senda, gelak ketawa, seperti rakan karib. Tapi mungkin disebabkan abang merupakan abang ipar Azran maka dia kenalah bermesra.
“Teringat saya ke?” tiba-tiba satu suara berbisik betul-betul di telinga aku. Azran duduk di sebelah aku.
Aku geleng kepala. Dalam masa yang sama aku cuba meredakan gelodak di hati.
“Then what? Hmm?” Azran mendepangkan tangannya di belakang aku. Jantung aku berdegup kencang. Kenapa Azran tiba-tiba menunjukkan kemesraannya?
“Errr... saya nak mandi.” Aku bingkas bangun. Tetapi tangan Azran lagi pantas menghalang aku lalu aku kembali duduk di sebelahnya.
“Awal lagi nak mandi. Kita lepak dulu kat sini ya. Lepas tu KITA mandi sama-sama. Hemm...” Perkataan ‘kita’ ditekan sedikit. Bulu roma aku tegak. Kenapa dengan Azran? Dia macam...macam dah jadi si penggoda pulak aku rasa. Tubuh aku dirangkul erat. Aku statik, tidak bergerak walaupun sedikit. Macam kayu.
“Sofi... boleh saya tanya sesuatu?” teragak-agak aku mengangguk.
“Sofi tak suka ke perkahwinan ni?” soalan itu berjaya membuat aku berpaling padanya.
“Tak suka?” Azran tanya lagi sekali.
“Tak..bukan...”
“Jadi sukalah?” Azran seperti memprovok.
“Saya tak tahulah! Tolong jangan tanya soalan tu lagi boleh tak? Saya nak mandi.” Marahku. Aku ingin bangkit namun cepat-cepat ditahannya.
“Sofi tak boleh mandi tanpa kebenaran saya.” Azran mencuit hidungku. Aku mengelak.
“Sofi nak tahu tak perasaan saya lepas kita nikah semalam?” Azran mengukir senyuman buatku. Aku mengangguk. Lagipun aku memang benar-benar ingin tahu. Kenapa dia terima walhal dia sendiri pun tidak suka. Memang la dia tak nyatakan, tapi aku boleh lihat di wajahnya.
“Sofi mandilah dulu. Malam karang bersiap. Kita keluar. Pakai cantik-cantik tau!” sejurus itu dia mengucup dahiku. Azran bangun dan melangkah keluar dari bilik. Aku terkedu. Kenapa dengan Azran? Dia macam... Ah! Aku betul-betul tidak mengerti dengan sikapnya hari ini.
***
Seperti yang disuruh, malam itu aku mengenakan blaus bewarna krim dan dipadankan dengan kain hitam. Sangat simple walaupun Azran menyuruh aku memakai lawa-lawa. Aku tertanya-tanya, apa sebenarnya tujuan Azran mengajak aku keluar malam ini?
Bunyi hon kereta bergema di luar rumah. Tirai bilik di buka, kelihatan sebuah kereta Honda City hitam metalik tersadai di luar pagar. Aku tidak tahu langsung yang abang ada beli kereta baru. Papa? Ish... papakan tak sihat. Buat apa dia nak beli kereta. Untuk aku ke? Hemm...barangkali ya. Aku mula tersenyum lebar.
“Rika... Cepatin. Azrannya udah lama nunggu.” Suara Tuti memecah anganku. Tas tangan di capai lalu menuruni tangga hingga ke ruang tamu. Wajah Azran di cari, namun tidak pula kelihatan. Yang ada cuma abang yang sedang menonton TV.
“Abang... mana Azran?”
“Tu...kat luar. Dah lama dia tunggu Rika bersiap.” Kata abang tanpa berkalih dari kaca TV. Aku keluar dari rumah. Mula mencari kelibat Azran. Tak ada pulak. Kata di luar.
“Baaa!”
“Arhhhh!” spontan aku terjerit. Sesak nafasku sekejap. Azran! Aku menjelingnya geram. Suka sangat buat aku terkejut.
“Jangan jeling macam tu. Abang tak tahan....” pipiku di cuit lembut. Aku memandang sisi, cuba mengelak dari bertentang dengannya. Berdebar jantungku saat gelaran baru itu meniti di bibirnya. Sikapnya sangat sukar dijangka.
“Jom...” aku membekukan diri. Merajuk!
“Ala...merajuk la pulak. Apa nak buat ye?” Azran mengusap dagunya. Tidak semena-mena wajahku membahang saat bibir Azran menyentuh lembut pipi kananku.
“Azran!!”
“Hehe...Jom!” Azran mencapai tanganku tanpa menghiraukan aku yang sedang marah. Suka hati dia aja!
Tanganku di lepas dan Azran mula membuka pintu kereta hitam itu untukku. Jadi Honda City ini milik Azran? Aku tak mimpikan? Tapi macam mana...
“Silakan....” aku tersentak. Dalam kebingungan, aku masuk juga kedalam kereta itu.
***
Aneh! Sungguh pelik aku dengan sikapnya. Terlalu caring, hingga aku jadi malu sendiri. Lagi-lagi ketika direstoran sewaktu makan malam tadi. Sikapnya yang gentle, senyumannya yang manis, dan panahan mataya sentiasa membuat hatiku bergoncang hebat. Tidak dinafikan, lelaki sepertinyalah yang aku idamkan untuk menjadi pembimbing aku suatu hari nanti. Bagiku, Azran sudah cukup sempurna. Tetapi aku was-was, adakah sikap yang ditunjukkan itu ikhlas? Atau sekadar untuk mengambil hatiku? Atau ini tektiknya menceraikan aku?
Astaghfirullah....jauhnya aku berangan. Berdosa aku berprasangka padanya, suamiku sendiri.
“Sofi....”
Aku menoleh sebelah. Kami sama-sama bersandar di sisi kereta, sama-sama menghadap langit yang hitam pekat beserta kilauan bintang.
“Tadi abang ada cakap, apa perasaan abang selepas kita nikah...”
Aku mengangguk. “Jadi?”
Azran tersenyum lalu berpusing menghadap aku. “Bahagia, lega, bertuah dan selamat.”
Berkerut dahiku mendengarnya. Apa dia cakap ni? empat patah perkataan, tetapi aku masih tak boleh tangkap. Itu ke perasaannya? Macam tipu je...
“Abang bahagia, kerana berjaya memperisterikan Sofi. Abang lega, kerana lepas juga sesi lafaz nikah tu. Terus terang yang abang sebenarnya cuak tau. Takut tak sah...” tergelak aku. Apalah...lafaz je. Bukan suruh bunuh pun.
“Next?”
“Abang rasa bertuah, sebab berjaya memiliki Sofi secara sah walaupun tidak mutlak.” Aku menunduk. Rasa terpukul. Aku belum bersedia memberinya keseluruh jiwa dan ragaku, juga batinku. Isteri apa aku ni? Daguku dipaut supaya memandangnya.
“Akhir sekali... abang rasa selamat. Selamat dari zina hati dan godaan syaitan. Abang selalu rasa rindu bila Sofi dah takde, dah balik KL. Kadang-kadang abang teringin nak peluk Sofi, tapi abang masih ada iman. Bila Sofi dekat dengan abang, senyum pada abang, abang rasa nak sentuh pipi Sofi time tu jugak. Tapi abang tahu, tu semua godaan syaitan. Bila abang dah kahwin, kira abang terselamat dari menambah dosa.” Azran mencapai tanganku yang kesejukan. Terharu aku mendengar bait-baitnya yang dituturkan itu. Tetapi aku masih belum jelas tentang perasaanya. Dan aku mahukan kepastian.
“Abang sayangkan Sofi. Sejak dulu lagi. Sejak abang nampak Sofi baru sampai di kampung hari tu, hati abang mula terpaut pada Sofi. Mungkin Sofi tak rasa apa yang abang rasa, tapi itulah hakikatnya. Perasaan ingin memiliki Sofi dah lama wujud sejak pertama kali abang nampak Sofi. I’m really really in love with you...” tanganku di kucupnya. Menitis air mataku mendengar pengakuan yang aku benar-benar ingin tahu.
Tangannya ku gapai lalu ku kucup lembut. Alhamdulillah... cintaku berbalas jua.
“Sofi pun sayang abang....” Fuh....lepas jugak. Walaupun rasa agak janggal menyebut perkataan ‘abang’ itu, aku tahu aku harus membiasakannya. Azran tersenyum lebar, lalu menarik aku ke dalam dakapannya.
“Tapi kenapa malam lepas nikah abang macam....tak suka je?” pelukanku lepaskan. Wajah tenang Azran kutatap.
“Siapa kata tak suka? Malam tu malam pertama kita tau. Siapa yang tak suka. Cuma waktu tu abang rasa serba-salah dengan Sofi. Abang nikahi Sofi, demi menutup mulut orang kampung, demi maruah keluarga abang, bukan sebab abang betul-betul ingin mengahwini Sofi. Abang takut Sofi tak boleh terima pernikahan kita ni,” Dahiku dikucupnya. “Tapi abang bersyukur dengan takdir Allah. Melalui gerak hati abang yang Allah tentukan, akhirnya berjaya juga abang memiliki Sofi sebelum kena kebas dek ‘pakwe’. Abang mintak maaf, sebab buat Sofi sedih pada malam pertama kita?”
Aku geleng kepala sambil tersenyum manis. “Tak..abang tak salah. But, pakwe? Bila masa Sofi ada pakwe? Takde siapa sebenarnya yang nak kebas hati Sofi, selain abang. Sebenarnya apa yang abang rasa waktu pertama kali kita jumpa hari tu, hampir sama dengan Sofi. Rasa something. Cuma rasa memiliki tu, tak ada lagi laa...” Aku tarik sengih. Azran tergelak.
“Abang nak selesaikan semuanya malam ni juga.” Terangkat keningku mendengar hujahnya.
“Semuanya? Ada lagi yang Sofi tak tahu ke?”
“Yep.... banyak lagi yang Sofi tak tahu sebenarnya...” aku mencekak pinggang.
“Ok..tell me what is it?” tegang sedikit suaraku. Azran tersenyum.
“Sebenarnya abang kerja bawah Edika. Satu ofis.” Tersembul biji mataku. Kerja bawah Edika? Abang aku?
“Kenapa tak cakap?!”
“Kan abang dah cakap ni..” aku tarik muncung. Sampai hati Azran taknak beritahu selama aku duduk di kampung hari tu. Yang abang pula, langsung tak nak cakap.
“Sayang... bukan sengaja. Ni semua rancangan papa dengan abang.”
“Papa pun tau?” Azran mengangguk.
Azran mula menceritakan kisah yang sepatutnya aku tau. Mengikut kata Azran, memang Azran bekerja bawah abang. Walaupun abang majikannya, tetapi hubungan mereka agak rapat seperti kawan karib, malah mereka sebaya lagi. Tidak hairanlah jika lihat abang dan Azran berbual bagai kenalan lama. Hingga pada suatu ketika, abang mengadu masalahnya pada Azran. Iaitu perihal aku yang selalu buat pasal hingga memalukan papa. Kebetulan pula kampung Azran sama dengan kampung nenek, duduk berjiran pula tu, jadi atas cadangan Azran, abang dan papa bersetuju menghantar aku ke kampung. Kata Azran lagi, abang memang mengharapkan Azran supaya mengubah aku kearah kebaikan. Benarlah kata mak mertuaku dahulu, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.
“Ohh...No wonder la abang nampak mesra je dengan abang Edika. Lepas tu siap panggil kita CIK Sofi lagi. Formal sangat!”
Azran tersengih. “Abang sengaja tambah Cik pada pangkal nama sayang, ingat nak usik je. Tapi lama-lama sedap pula bila didengar.” Aku tergelak.
“Jadi kereta ni, memang kereta abang la?” aku mengacu jariku pada kereta yang aku sandar.
“Yelah. Apa, ingat abang kerja bawahan, abang tak mampu beli kereta ni ke?” Aku tersenyum lalu mengangguk. Azran berubah riak. Lantas aku memeluknya. Tidak dihiraukan Azran yang marah.
“Mulut abang ni masin jugakkan?”
“Masin? Apa yang masin?”
Aku tersenyum dalam dakapannya. Masih lagi aku ingat, sewaktu aku ingin memanggil Makcik Zubedah dengan panggilan ‘mak’. Azran pula menyampuk time aku nak layan blues dengan makcik Zubedah.
“Tapi kenalah kahwin dengan anaknya dulu. Betul tak mak?”
“Sayang....”
Aku menggeleng-geleng “Takde apa-apalah. Sofi nak cakap, yang Sofi sayang abang. Sayang sangat......” pelukan di balas beserta kucupan di kepala. Aku bahagia Ya Allah... terima kasih atas anugerah yang Kau turunkan pada hamba.
***
Meriah rumahku dengan kunjungan sedara mara serta kenalan rapatku. Kenduri kecil-kecilan sempena penyatuanku dengan Azran berjalan dengan lancar. Walaupun kecil, tetapi sebenarnya agak besar jugaklah. Hampir 6 khemah didirikan hingga ke luar pagar rumah. Atas permintaan aku juga, majlis ini diadakan di rumah saja dan tidak di dewan. Lagipun buat apa membazir walhal buat di rumah lagi berbaloi. Tak payah sewa dewan. Majlis ini pun diadakan selepas papa benar-benar sembuh. Ambil masa sebulan jugaklah selepas aku nikah.
“Tahniah Rika. Cantik you! Tak sangkakan you dah kahwin. Ni dah langkah batu ni...” berkerut dahiku mendengar perkataan ganjil itu.
“Haha... Langkah bendul la Jenny. Apelah...kawan dengan orang melayu pun grammar tak betul-betul lagi.” Sindir Fazura. Aku tergelak melihat kerenah mereka. Jenny muncung sedepa.
“Eh, Marsha tak ada ke?” sejak mereka datang, wajah Marsha langsung tidak kelihatan.
“You tak tahu ke? Dia kena lock up la. Sebab dituduh mengambil ecstacy.”
“Hah? Betul ke?” Fazura mengangguk. Tak sangka Marsha sanggup mengambil najis itu.
“Emm...Afeeq, dia tak datang ke? Hari tu aku yang bagi sendiri kad jemputan pada dia.” Tanyaku. Sewaktu kad undangan berada di tangannya, jelas wajah Afeeq berubah. Mukanya juga seperti tidak terurus dengan jambang. Dan sebelum aku pulang, dia meminta maaf dariku atas tragedi yang berlaku sebelum ini. Dengan hati yang terbuka, aku memaafkannya.
“Dia? Rika...siapa yang tak kecewa bila orang yang kita sayang, dah kahwin? Tu pergi rawat hati la tu. You tak payah la pikirkan sangat,” tersentak hati aku mendengar ayat selamba dari Jenny? Afeeq, dia sayang aku?
“So... Rika. Lepasni kami dapat la anak sedara. Kan?” usik Fazura mencantas lamunanku. Aku memukul lengannya. Bukan perlahan, agak kuat jugalah ton suaranya.
“Insya-Allah... doakanlah. Agak-agak bulan ni dapat kut.” Membahang wajahku. Azran! Sejak bila dia ada kat sebelah aku? Tak malu betul lah!
“Ececeh... blushing! Aku nak satu boleh? Kau buatlah kembar.” Tak tertanggung rasanya maluku saat itu. Permintaan Fazura teramatlah sengal. Otak kuning betul.
“Hopefuly...” Azran memaut pinggangku kejap.
“Okeylah. Kitorang balik dulu. Good luck for tonight!” lagi satu usikan Fazura lemparkan sambil mata dikenyitkan. Dan rasanya hendak je aku sorok diri aku bawah meja. Tak sanggup aku menghadap wajah Azran saat ini.
“Dia cakap good luck. Harap-harap berjaya la ye... walaupun sebelum ni kita dah try..” akibat malu yang melampau, aku menyiku perutnya lantas berlalu dari situ. Gatal! Tak nyempat-nyempat.... dari jauh aku dengar suara hilai tawa Azran. Sejuk hatiku mendengar suaranya.

Syukur Alhamdulillah.... Takdir itu sangat misterikan? Sama juga seperti jodoh. Takdir dan jodoh, memang tak boleh di pisahkan. Aku ingat lagi pesan Pak Ayob, yang baik itu datangnya dari Allah. Yang buruk itu dari diri sendiri. Tetapi yang buruk itu jugalah mengubah diriku kepada kebaikan. Allah memang Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi sentiasalah meminta petunjuk dariNya, pinta pertolongan dariNya. Kerana sesungguhnya Allah swt malu untuk tidak menunaikan doa hamba-hambaNya.

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post