follow

Isteriku 2 Alam-7



Petang yang redup itu sangat menyenangkan hati Lisa. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh. 

Sambil menghayati alam, Lisa sibuk menyental kuman dan daki pada motor X5 warna merahnya di luar rumah. Itulah motorsikal yang pertama dia miliki, sedangkan orang lain semua dah pakai motor lagi up. Dia beli motor tu hasil titik peluhnya sendiri tau!

Motor yang bersih berkilat diperhatinya. Penat meninggung, dia berdiri tegak sambil memusing-musingkan pinggang. Keriuk-keriuk pinggangnya. Tak lama kemudian, kedengaran keluhan berat dari mulutnya.

Pejam celik, pejam celik, tinggal 2 hari je lagi status aku akan berubah. Berdebar-debar pun ada jugak. Dan selama 2 minggu selepas pergi ke kursus perkahwinan tempoh hari, aku langsung tak jumpa si Adnan tu lagi. Entah, kami pun macam tak kisah je. Nak nikah ke, tunang ke, lantaklah. Yang penting, hati orang tua kenalah jaga.

Lisa bermonolog di tangga rumah. Dia tidak sedar akan hakikat sebenar seorang isteri. Dia tidak terpikir apa tugas seorang isteri. Yang dia cuma fikir ialah mengikut apa kata abahnya.

“Jauh termenung..” tiba-tiba suara garau Idris kedengaran dari arah belakang. Lisa hanya tersenyum hambar. Idris mengambil tempat di sisi Lisa di tangga itu.

“Lisa dah sedia?” soal Idris tanpa menoleh pada Lisa di sebelah.

Lisa mengangkat kening? “Sedia apa, bah?” tanya Lisa lembut. Dia nekad untuk menghentikan hubungan dinginnya dengan abah.

“Tak tahu ke buat-buat tak tahu?” duga Idris bersama senyuman.

Lisa tersenyum kelat. “Sejak bila abah kisah Lisa sedia ke tak? Kalau Lisa kata tak sedia, abah tetap juga nak nikahkan Lisa, kan?” kata Lisa tanpa menoleh sebelah.

Senyuman Idris mengendur. Sedar dirinya seakan di sindir.

“Dahlah bah. Lisa tak kisah pun. Lisa cuma buat apa yang abah nak. Lisa nak buat abah gembira dengan tindakan abah. Lisa taknak lawan cakap lagi. Lisa dah tak sanggup nak gaduh-gaduh dengan abah. Mungkin dengan permintaan abah ni, Lisa dapat semula kasih sayang yang abah beri dulu sebelum Abang Malek pergi..” sayu Lisa meluahkan isi hatinya. Dia menunduk. Rasa sedih mula bertandang. Terasa bagai dirinya patung, yang hanya mengikut telunjuk tuannya.

Idris terasa sesak nafasnya. Dia jadi kasihan melihat satu-satu anaknya terpaksa mengikut kehendaknya. Dia tahu walaupun Lisa tidak kisah namun pada bicaranya dia tahu Lisa kecewa. Baru dia sedar yang dirinya seorang ayah yang kejam. Dia memaksa Lisa berkahwin tanpa mempedulikan perasaannya. Lisa yang kaku di sebelah di pandang. Lalu bahu anaknya di sentuh lembut.

“Lisa... abah tak kisah kalau Lisa nak hentikan semua tu. Abah mintak maaf jika cara abah dah buat Lisa terseksa...”

Lisa mendongak, lantas wajah Idris di tatap. Berkerut keningnya. Biar betul abah ni? Dah last minit macam ni baru nak cakap tentang tu? Patutnya dari awal lagi.

Lisa bangkit dari duduk. Dia memandang Idris sambil bercekak pinggang.

“Dah saat genting macam ni baru abah terfikir nak hentikan semua ni? kenapa tak dari dulu lagi? Kenapa tak sebulan sebelum sekarang ni? dulu Lisa dah bangkang, tapi abah tetap juga dengan keputusan abah. Kenapa bah? Kenapa abah tiba-tiba ubah fikiran ni?” nada yang tinggi diperlahan. Sedar atas ketelanjurannya bercakap kasar dengan abah.

Idris serba-salah. Jelas riak bersalah pada wajahnya. “Abah sedar, abah terlalu memaksa Lisa. Dulu abah hanya fikirkan kebaikan Lisa dan kebaikan abah juga. Tapi abah langsung tak tahu apa perasaan Lisa waktu tu,”

Lisa meraup wajah. Dia memang nak batalkan pernikahan ni. Tapi dia takut abah yang dapat malu. Apa orang kampung kata nanti jika dia tak jadi nikah? Berbagai-bagai fitnah yang akan di lontarkan.

“Takpelah abah. Dah terlambat pun. Takpe, Lisa ikut je. Apa nak jadi pun jadilah. Lisa dah tak boleh nak buat apa dah sekarang ni. Alang-alang dah sampai sini, baik kita teruskan je.” Sejurus itu Lisa masuk ke dalam rumah. Biarlah. Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Biar masa yang mengatur hidupnya.

Hati Idris bagai di carik-carik. Sedih dia melihat anaknya. Kerana ego diri sendiri, Lisa yang kena hadapi semuanya.

***

Riuh rendah rumah banglo itu dengan suara pelbagai umur. Yang tua dengan gosipnya. Yang muda dengan gelak tawanya. Yang kanak-kanak dengan jeritan kegirangannya. Terasa seperti bergegar rumah itu di buatnya.

Tema perkahwinan Adnan ialah kuning keemasan. Di sebabkan Adnan dan Lisa yang seperti nak tak nak je kahwin, jadi tema itu Datin Fatehahlah yang pilih. Dia harus sedar, perkahwinan itu bukan atas cinta semata-mata. Cuma atas talian persahabatan suaminya saja.

Dan atas permintaan bakal menantu kesayangannya, kenduri kahwin hanya akan di sambut di rumah pihak lelaki dan akad nikah dimasjid berhampiran rumah Lisa, iaitu di Bagan Datoh. Lisa tak mahu terlalu bermegah-megah di tempat sendiri. Dan dia juga hanya mahu di adakan di Teluk Intan. Tak mahu jauh-jauh. Datin Fatehah hanya mampu menurut. Biarlah. Dia juga sudah mula menyayangi Lisa, sama seperti kasih pada anaknya.

“Abang.. nampak Anan tak?” tanya Datin Fatehah pada suaminya.

“Entahlah. Dari pagi tadi abang tak nampak batang hidung dia. Cuba tengok dekat bilik. Rasanya tak keluar lagi dari tadi.” Saran Dato’ Fahami. Datin Fatehah mengangguk. Lalu dia mendaki tangga. Pintu bilik Adnan di ketuk perlahan. Datin Fatehah masuk apabila tiada sahutan dari dalam.

Sewaktu masuk, matanya terpandangkan susuk tubuh sedang meniarap di atas tilam. Datin Fatehah menggeleng.

“Bertuah punya budak! Orang sibuk-sibuk dekat bawah, kamu sibuk dengan laptop je ya!” telinga Adnan dipulasnya lama.

Adnan mengerang kesakitan. Akhirnya Datin Fatehah lepaskan juga tangannya.

“Apalah mama ni. Bakal pengantin mana boleh buat kerja berat-berat.”

Datin Fatehah mencebik, “Pandailah kamu! Dari buang masa macam ni, baik tolong apa yang patut dekat bawah. Yang nak kahwinnya kamu, bukan orang yang dekat bawah tu,” Bebel Datin Fatehah. Adnan juling mata ke atas.

“Baiklah mamaku. Kejap lagi Anan turunlah.” Ujar Adnan lalu kembali menghadap laptopnya. Datin Fatehah mengeluh.

“Kamu tak rasa apa-apa ke?” soal Datin Fatehah sambil melabuhkan punggung di samping Adnan.

 Adnan tercengang dengan soalan mamanya.

“Rasa? Rasa apa ma? Rasa sakit telinga adelah.”

Datin Fatehah terasa dirinya diperli. Lalu lengan anaknya di cubit.

“Kamu tau tak lusa kamu dah nak nikah?” sambung Datin Fatehah. Adnan mengangguk. Dari meniarap, dia duduk bersila menghadap Datin Fatehah di atas tilam.

“Anan taulah ma. Lusa Anan nak tunang dan nikah dengan orang yang Anan tak kenal langsung tu. Puas hati?”

Datin Fatehah menjeling Adnan. “Dah tu, kamu ikhlas ke?”

Adnan angkat bahu. “Ikhlas ke tak, ada papa kisah? Berani ke mama nak batalkan semua ni?” duga Adnan. Dia tahu Datin Fatehah takkan berani mengikut kehendaknya..

“Adnan. Walau apa pun yang terjadi, walau apa pun yang berlaku, semua tu ada hikmahnya. Mama harap Adnan pertahankan rumah tangga Adnan ya? Mama tak mahu baru kahwin sebulan, korang dah berpecah-belah. Mama tak mahu macam tu. Kalau ada masalah, bincang elok-elok.” Wajah anaknya dipandang penuh kasih. Tangan Adnan di sentuh lembut.

Adnan membisu tika mendengar hujah ibunya.

“Bila dah jadi suami isteri nanti, Anan kenal isi hati Lisa dulu. Mama tahu anak mama ni boleh.” Datin Fatehah menepuk bahu Adnan. Adnan tersenyum kelat.

“Kalau nak harapkan Anan je yang sayangkan dia, mana nak bahagia ma...” Balas Adnan hambar.
Datin Fatehah menggeleng-geleng, “Sia-sia jelah mama hantar kamu belajar tinggi kalau hal kecik macam ni pun kamu tak reti nak handlekan.”

Adnan kerutkan kening. Tak paham dengan bicara mamanya. Apa kena-mengena belajar tinggi dengan soal rumah tangga?

“Kamukan lelaki. Akal ada 9 lagi tu. Kamu  gunalah kuasa sebagai suami untuk pikat Lisa. Senang jekan? Perempuan ni walau sekeras mana pun, tetap cair bila pandai memujuk. Percayalah. Mamakan perempuan?” Datin Fatehah tersengih nakal. Dia berharap anaknya faham akan maksudnya.

Lambat-lambat Adnan tersenyum. “Mama ni, nakal jugak ya?”

Datin Fatehah tersenyum. ”Anan tau, kali pertama mama jumpa Lisa, mama mula sayangkan dia. Kalau sehari mama dah mula sayangkan dia, takkan Adnan yang duduk serumah dengan dia tak boleh pupuk cinta tu? Betul tak?” tanyanya lagi.

“Mama, mama pahamkan keadaan Anan sekarang? Hati Anan pernah dimainkan. Anan tak rasa semudah itu untuk jatuh cinta pada orang yang tak serupa orang tu.” Katanya sempat lagi memerli Lisa.

“Adnan, yang lepas tu biarlah lepas. Bukalah lembaran baru. Sekarang ni tumpuan Adnan pada Lisa saja. Mama tahu Adnan pernah putus cinta dulu. Tapi kali ni mama yakin, Lisa memang untuk Adnan. Mama percaya Lisa mampu bahagiakan Anan.”

Adnan terdiam seribu bahasa. Dia sedang mencerna setiap butir bicara mamanya.  Ada betulnya jugak apa yang di katakan. Telahan seorang ibu selalunya mengena. Dia tidak seharus menoleh ke belakang lagi. Masa depannya ialah Lisa. Ya, mungkin ada hikmah setiap yang terjadi. Dia juga dapat merasakan masa depan yang cerah tika bersama Lisa nanti.

“Okeylah, mama nak turun dulu. Fikir-fikirkan apa yang mama cakap tadi.” Sempat dia berpesan sebelum lesap dari bilik anaknya.

Sewaktu Adnan sibuk melayari internet, tiba-tiba dia dikejutkan dengan panggilan dari telefon bimbitnya. Blackberry warna hitam di capai. Satu miscall terpapar pada skrin. Butang di tekan, lalu muncullah nombor yang amat familiar baginya. Adnan jadi berdebar-debar saat mengingatkan pemilik nombor itu.


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post