follow

Tomboi as Bodyguard II

Sedar ke tak, dah hampir setahun aku kerja sebagai bodyguard pada Encik Azri Imran. Semakin lama aku semakin paham dengan kerenahnya. Setiap jadual yang dia tetapkan aku dah setkan dalam kepala otak. Segala aturan hidup dia, hampir kesemuanya aku yang ingatkan. Jawatan setiausaha tu macam dah kena kat batang hidung aku padehal setiausaha kat pejabatnya makan gaji buta.

“Ris, jom bertolak sekarang!” Azri yang hanya memakai baju sukan terus menyapa aku yang sedang mengelap kereta Mercedesnya. Sepanjang aku kerja dengannya, hampir semua kereta dia aku dah pulun. Semua jenama kereta dia ada. Kecuali kereta porsche satu tu. Dia langsung tak kasi aku can nak pandu. Hampeh sungguh!

“Alright bos! Err... bos nak jogging ke nak pergi gym?” tanyaku. Memang tu pun aktiviti dia bila hujung minggu.

“Emm... kita lepak kat Taman Titiwangsa jelah.” Aku hanya mengangguk.
Setelah sampai, aku duduk di tempat yang di sediakan. Tugas aku sebagai bodyguard tak aktif bila hujung minggu, tapi di tukarkan jadi PA dia. Selamba badak dia je nak tukar tugas aku!

“Bos... saya ada benda nak cakap.” Sapaku pada Azri yang duduk di hadapan setelah penat keliling satu taman ni. Peluh-peluh di mukanya disapu dengan tuala yang di bawanya. Entah kenapa, rasa teringin sesangat nak tolong dia lapkan peluh tu.

Hah! Kau gila ke Faris?!

“Hemm... apa dia? Nak suruh saya upkan gaji ke?” Azri tersenyum seraya memandang tajam ke arah aku. Aduhh... dia senyum makin teserlah kekacakan dia.

Woit Faris! Kau ni ngigau ke hape?!

“Err... emm... Minggu lepas saya baru dapat surat.” Terkulat-kulat aku nak cerita satu benda ni. Rasa macam tak sanggup pun ada jugak. Yelah, nak pergi jauh dari dialah katakan. Dan perubahan itu bagai memberi satu impak besar dalam hidup aku ni.

“Surat? Surat cinta ke?” selorohnya. Lagi sekali buat aku tertawan melihat cara dia tersengih tu.

Argh! Kau dah parah ni Faris!!!

“Aishh... merepeklah. Siapalah nakkan saya ni. Saya dapat surat... surat sambung belajar.” Aku memerhati riak perubahan pada wajah Azri. Dan ternyata memang wajah dia berubah 100 peratus.

“Surat sambung belajar? So?” tanyanya dengan suara ‘moody’.

“So... maybe saya kena letak jawatan.” Aku pandang tempat lain bila mata tajam Azri di pakukan pada muka aku.

“Kenapa?” tanyanya lagi tanpa mengalihkan pandangannya.

“Hah? Kenapa? Kenapa apa?” aku konpius. Dia tanya kenapa aku sambung belajar ke? Dah terang-teranglah aku nak jadi orang pandai! Ape lar....

“No! I mean... When?” dia tergeleng-geleng membetulkan soalan. Matanya sudah dikalihkan memandang tempat lain.

“Minggu depan. Hari Jumaat saya daftar.” Suasana jadi senyap. Rasa janggal pun ada jugak bila dia termenung melayan perasaan. Agak-agak tengah pikir siapa yang boleh ganti tempat aku nanti kut. Memikirkan itu, rasa sedih menyelubungi diri.

“Kat mana?” soalnya tiba-tiba.

“Err.... kat Sabah. Alah.. dekat je bos. Bos pun boleh datang lawat saya hari-hari. Alamatnya lepas ni bos kena cari bodyguard lainlah ye? Hehe..” aku cuba ubah suasana, tapi macam takde kesan pulak bila dia pandang muka aku dengan serius. Aku salah cakap ke?

“You know, susah saya nak cari bodyguard macam awak. So, mustahil saya akan dapat pengganti.” Balasnya dengan suara yang serius.

“Err... ye ke susah? Ala... rileklah. Usaha tangga kejayaan. Mesti jumpa punya. Don’t worrylah. Saya kat sana nanti selalu doakan bos selamat.” Bahu Azri aku tepuk. Nak tutup rasa sedih sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa sesedih ni. Se’tomboi-tomboi’ aku, siapa kata aku takde perasaan? Tengoklah, nak berpisah dengan bos pun rasa macam nak meraung walaupun aku tak tahu kenapa aku kena ada perasaan macam tu. Pelik... pelik....

“Jomlah. Hantar saya balik.” Azri bangkit meninggalkan aku yang terpinga-pinga melihat perubahan sikapnya. Aik! Belah macam tu je? Langsung tak kasi aku kata semangat. Ni yang buat aku rasa malas nak sambung belajar ni.

                ******

“Masuk!” sahut Azri sebaik bunyi ketukan pintu kedengaran.

“Hai Bos!” aku angkat tangan lalu duduk di kerusi yang di sediakan di hadapan Azri. Azri membalas dengan senyuman hambar. Waktu itu dia sedang menulis sesuatu pada kertas yang aku langsung tak tahu apa ke bendanya.

“Err... Bos! Saya... saya nak kasi ni.” sepucuk surat di letakkan di hadapannya. Riak wajah Azri yang serius makin menjadi-jadi seriusnya tatkala terpandangkan surat itu.

“What is this?” tanyanya seperti tak puas hati. La... lu tak baca ka apa isi surat tu? Aduss...

“Laa... bos tak tahu ke tu roti mamak yang saya beli tahun lepas? Bos ni...” aku geleng-geleng. Kesian... muda-muda lagi dah biul!

“No! Maksud saya, kenapa hantar surat letak jawatan ni? kitakan kontrak setahun.” Azri pandang aku dengan riak tak puas hati.

“Bos... mak saya suruh saya letak jawatan. Dia cakap pembelajaran saya lagi penting daripada cari duit ni. Lagipun memang saya nak resign sebab dah lama saya impikan tawaran ni. Harap bos paham....” Aku terangkan padanya. Apesal dengan bos aku ni? tak paham-paham lagi ke? Kan hari tu aku dah cakap pasal benda ni.

“Okeh.. you can go now...” pintanya perlahan. Aik! Halau aku macam tu je? Kau ni, langsung tak kasi aku kata-kata semangatlah. Sejak aku bagitau pasal benda ni hari tu, aku berharap sangat yang kau akan kasi kata taklimat walaupun sikit. Sekurang-kurangnya ada sikit semangat aku nak belajar. Kalaulah kau tau.......

Aku beredar meninggalkannya. Aku anggap pengusiran dia tu sebagai penerimaan surat perletakan jawatan itu.

                *****

Sudah hampir satu jam lebih aku jadi penghuni di KLIA itu. Motif aku? Aku pun tak berapa pasti. Flight aku pada pukul 8 malam. Tapi aku dah ada kat sini dari pukul 6 setengah. Separuh hati aku berharap sangat Azri dapat hadir setelah 2 hari tak berjumpa sejak surat letak jawatan di berikan padanya. Aku pelik, kenapa dia jadi sedingin itu bila berhadapan dengan aku. Nak kata aku buat salah, dah penat aku korek setiap benda yang aku dah buat pada dia. Akhirnya aku putus asa.

Masa berlalu begitu pantas. Aku kerja dengan dia hanya selama 8 bulan walaupun kontrak masih ada lagi 4 bulan. Masa yang ada sudah memadai untuk aku kenal Azri lebih mendalam. Kekadang sehari tak dengar arahan dia buat hidup aku huru-hara. Jadi sebab itu aku tak kisah kerja dengan dia setiap hari asalkan dapat ushar muka hensem dia.

Rindu ke aku? Yup! Memang aku rindu. Rindu dengan suara tegas dia. Rindu dengan wajah dan suara serius dia. Senyum tawanya langsung tak boleh aku lupa. Pandangan dia yang tajam bila aku buat salah, lagilah aku tak boleh lupa. Semua tentang diri dia tu, memang sangat mustahil untuk aku lupakan. Dan dalam diam, aku hanya mengaku aku cintakan dia dalam hati. Takde siapapun yang tahu termasuklah mak aku.

Jam di tangan di toleh. Lagi 15 minit sebelum jadual perlepasan tiba.

“Hai..” sapa satu suara. Ya.. suara tu yang nak sangat aku dengar selama ni. kalau boleh, aku nak dengar siang malam.

Aku pandang Azri yang duduk di sebelah dengan riak terkejut. Senyuman sinis terbit di bibirku. “Datang jugak boskan? Ingatkan dah taknak tengok muka buruk saya dah.” Aku pandang sekeliling bagi menghilangkan rasa sebak.

“Siapa kata taknak?” tanyanya dengan nada tegas. Ya, itu satu lagi yang aku rindu nak dengar. Suara tegasnya.

“Yelar... dah 2 hari bos langsung taknak.....” ayat aku tergantung apabila tangan kiri aku di sentuh lembut. Sapo yang berani sangat ni? Kuwang ajaq!!

“Husna... awak takkan paham. 2 hari tu betul-betul buat saya terseksa. Saya bukan taknak tengok muka awak, bahkan kalau boleh saya nak tengok hari-hari. Cuma saya tak boleh.  Saya takut saya tewas dengan perasaan saya. Saya takut saya akan nangis depan awak. Dan saya tak mahu awak tengok semua kelemahan saya tu.” Luahnya dengan nada yang tulus.

Mula-mula aku terkejut bila dia panggil aku HUSNA. Dan bertambah-tambah terkejut bila nampak hidung dan mata dia merah. Dia selsema ke? Atau.... nangis?!!

“Boss.....” ayat aku lagi sekali terbantut apabila mulut aku di tutup dengan jarinya. Tindakan dia tu langsung aku tak pernah alami. Rasa kekok!

“Husna.... biar saya habis cakap dulu.” Aku diam lalu mengangguk. Tangan kiri aku masih di genggamnya.
“Husna tau tak kenapa saya suruh awak kerja dengan saya tiap hari? Sebab saya rindu! Saya rindu bila sehari tak nampak muka awak yang cute ni.” dagu aku di cuitnya. Aku hanya diam menanti bicara seterusnya.

“Bila malam, saya tahu yang awak tak boleh keluar sebab mak tak kasi. Jadi saya selalu tengok gambar ni bila saya teringin sangat nak lihat muka Husna.” I-phonenya di keluarkan dan terpampang jelas di skrin depan. kalau cun takpe jugak. Ni tak, ada ke dia tangkap muka aku tengah tidur dalam kereta sambil hisap ibu jari. Hampeh sungguh! Nasib baik air liur tak meleleh. Huish! Buruk benor rupanya.

“Nampak macam tak senonoh, tapi bagi saya awak nampak cute. Dan awak nak tahu, bukan satu je gambar yang saya ada. Banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak tu, nilah gambar feveret saya tau!” kelihatan Azri tersenyum memandang gambar aku pada skrin I-phonenya. Kalau aku tak waras, dah lama aku hempuk telefon tu. Biar pecah berderai. Tak patut betul, ada ke amik gambar tu?!!

Sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap melalui speaker di KLIA. Penerbangan ke Sabah bakal berlepas 5 minit lagi. Aku pula segera bangkit lalu luggage di capai.

Aku tak jadi melangkah bila tangan kiri di genggam lagi sekali oleh orang yang sama. “Husna... awak betul-betul nak pergi ke? Awak sanggup tinggalkan saya?”ujarnya dengan suara yang sungguh sayu.

“Mestilah bos. Kenapa pulak saya tak jadi? Kalau bos jadi saya, mesti bos akan pergi jugak. Peluang ni datang sekali je tau.” Balasku lalu pandang ke balai berlepas. Sudah ramai orang yang berbaris di disitu.

“Dan kalau saya jadi awak, saya takkan pergi. Sebab saya, Azri Imran dah jatuh hati pada bodyguardnya. Husna... saya sayang awak. Cintakan awak. Awak boleh bayangkan tak, betapa deritanya saya bila berjauhan dengan awak nanti.” Terpana aku apabila setitis demi setitis air mataya gugur jua. Dan juga terkejut mendengar ayat keramat yang baru diluahkannya.

“Bos... Bos nangis?” soalku. Terkejut beruk aku bila lelaki yang gagah kononnya,   mengalirkan air mata.

“Ya... saya menangis. Menangis sebab awak Husna.” Kedua tangan aku di genggam.

Dan kalau kau nak tahu, sungguh tak tergamak untuk aku tinggalkan kau. Aku baru sedar, yang aku bukan bertepuk sebelah tangan. Tapi takkan aku nak pilih untuk tinggalkan cita-cita aku, demi dia?

“Bos... saya... saya tak ready lagi untuk masuk dalam dunia cintan-cintun ni. So... harap bos paham.” Genggaman tangannya aku lepaskan. Lalu beredar segera. Aku berlari anak mendekati balai berlepas. Air 
mata aku jatuh. Malunya aku kalau dia nampak aku cengeng macam budak-budak ni.

 “Husna....!!!” mendengar jeritan itu, kaki aku terhenti serta-merta. Badan aku di pusingkan menghadapnya.

“Sayang.... kenapa nangis ni?” aku tersenyum dan tergeleng-geleng. Tak sangka, belum pernah lagi mana-mana lelaki panggil aku ‘sayang’ kecuali arwah ayah aku.

“Saya paham. Husna pentingkan cita-cita Husna.” Tangan aku di capai lalu sebentuk cincin di letakkan di tapak tangan.

“Saya bagi cincin ni, tanda penerimaan Husna terhadap saya. Kalau cincin ni tersarung kat jari Husna bila balik dari studi nanti, tandanya Husna terima saya seadanya. Dan kalau tak, maknanya Husna mungkin dah ada orang lain.” Aku tersenyum lalu memasukkan cincin itu ke dalam poket seluar jeans.

Tanpa banyak bunyik, aku terus pergi tinggalkan dia. Tak sanggup nak nangis depan dia. Selamat tinggal Bos Azri. Kalau ada jodoh, harap aku di beri kesempatan untuk menatap wajah Bos....

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post