follow

Isteriku 2 Alam-8



Sengal seluruh tubuhnya. Dari kepala hinggalah hujung jari kakinya terasa penat sesangat. Dalam banyak-banyak hari, hari inilah antara hari yang palik teruk baginya.

Dia harus mandi. Ya, wajib mandi. Dari pagi sampailah sekarang dia langsung tak basahkan diri. Dalam otaknya terbayangkan betapa segarnya bila badannya di belai dengan air sejuk. Lalu tuala pada penyangkut di capai dan melangkah terus ke bilik air yang ada di dalam billik itu.

Hampir 20 minit kemudian, Lisa selesai membersihkan diri. Dia yang hanya memakai t-shirt serta tuala dengan selambanya melangkah keluar dari bilik air. Beg bajunya di selongkar untuk mencari tracksut.

“Best pakai tuala aku?”

Lisa terpana sesaat. Perlahan-lahan badan di pusing ke belakang. “Mak!!!! Ada pencuri!”

Lisa menyilangkan tangan pada dadanya. Nasib baik dah pakai baju. Bila masa orang ni masuk? Macam mana boleh masuk? Dan yang paling penting, dia tak tahu ke ni bilik aku? Mana boleh dia sukasuki nak terjah bilik aku?!

Adnan terkejut apabila mendengar jeritan Lisa. “Oit! Diam sikit boleh tak? Aku nak curi apa pada kau dalam bilik aku ni?” balas Adnan dalam nada tegas.

Lisa terdiam. Bilik dia? Lisa kehairanan sambil menggaru kepala.

“Dah, bak sini tuala aku. Aku nak mandi.” Adnan turun dari tilam lalu menghampiri Lisa.

Lisa cepat-cepat tersedar. Yeh! Aku dah ingat. Aku baru je nikah semalam dan hari ini kenduri di rumah Adnan. Aduss... benda penting macam ni pun aku boleh lupa ka? Lisa menepuk perlahan dahinya.

“Kau nak aku amik sendiri ke atau kau yang bagi kat aku?” soal Adnan menyedarkan Lisa.

“Hah, amik apa?” lurus Lisa membalas.

“Amik tuala akulah. Aku nak mandi la, makcik!” herdik Adnan. Muka Lisa membahang tiba-tiba. Lisa pejam mata saat telinganya hampir pecah mendengar suara Adnan.

 “Ish.. nantilah! Aku nak pakai seluar kejap. Tak menyaba-nyaba....” rungut Lisa. Gila ke nak amik sendiri? Ingat aku ni sape pada dia?

“Nah... selamat menggunakan tuala berkulat tu ya? sorryla, aku terpakai tadi. Lupa pulak ni bilik kau. Ingatkan ni bilik aku!”

Panas telinga Adnan mendengarnya. Dia melangkah ke bilik air dengan perasaan sebal.

Lisa menguap besar. Itu tandanya dia dah ngantuk tahap tak boleh bukak mata dah. Lalu dengan gaya yang tersendirinya, dia merebahkan tubuh pada tilam yang empuk lagi mengasyikkan. Ya Allah.... nikmatnya. Kat rumah aku tilam berapa inci je. Kat sini berpuluh-puluh inci. Empuknya tak usah kata. Sekali baring, terus terlelap. Dan Lisa terus tak sedarkan diri sambil tidur dengan gaya teady-bear terkangkang. Dia terlupa yang di bilik itu ada suaminya dan dia juga terlupa ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

***

“BANGUN!!!!!”

Lisa terus terduduk apabila terdengar semboyan bangun. Terbeliak matanya saat terpandangkan Adnan dengan wajah tegangnya. Tak lama lepas itu matanya kembali terkatup. Perlahan-lahan badan direbahkan semula pada tilam.

“Degil ya! Karang ada jugak yang mandi atas tilam ni. Lisa, bangunlah. Solat subuh sama-sama.” tubuh Lisa di goncang kasar.

“Emmm... aku tak...” Dalam mamai Lisa menjawab.

“Tak apa? Tak reti solat? Eiy, apa jenis manusia kau ni? Solat tu tiang agama. Berdosa tau tinggal-tinggalkan!” Adnan beri ceramah percuma pada Lisa. Namun tiada respon.

“Eh Lisa. Aku kata bangun, bangunlah. Mama dengan papa dah tunggu tu.” Adnan menarik Lisa supaya duduk. “Tunggu buat apa? Nak solat, solat jelah. Tak payahlah nak tunggu aku.” Lisa baring semula.

“Masalahnya....” Adnan cuba untuk bersuara namun pantas Lisa mencelah.

“Aku uzurlah. Dah, kau blah. Kacau je!” Lisa menghalau Adnan lalu kembali sambung tidur. Bantal golek dipeluk erat.

Adnan terdiam. Merah mukanya. Penat je aku kasi ceramah. Ingatkan bini aku ni tak reti solat. Rupa-rupanya ABC. Dia melangkah keluar untuk solat bersama orang tuanya.

***  

“Lisa, pergi panggil Anan. Kita sarapan sama-sama.” suruh Datin Fatehah pada menantunya. Lisa akur.

Pintu bilik di ketuk. Tanpa menunggu balasan, pintu di tolak dari luar. Kelihatan Adnan sedang baring di tilam.

“Ya Allah... tidur lagi? Malam tadi tak tidur ke hape?? Weh Anan, bangunlah. Mama ajak breakpes tu.” Tubuh Adnan di goncang sedikit. Dengan menggunakan jari telunjuk.

“Weh Anan. Bangunlah. Malam tadi kau tak tidur ke sampai dah tegak matahari pun kau nak sambung membuta lagi...”

Adnan yang mendengar terus dudk dari baring, “Apa kau cakap? Matahari tegak? Tak cukup tidur? Ya, memang aku tak cukup tidur. Malam tadi tu aku rasa macam tidur dengan gorila je.” Dingin Adnan menjawab lalu kembali rebah.

Lisa garu kepala. Dia langsung tak tau menahu yang Adnan bekerja di zoo. Sampaikan tidur pun dengan gorila.

Ahh... baru aku teringat. Malam tadi dia tidur kat mana ya? Kalau aku dah kongker satu katil tu, kat mana lagi ruang dia nak tidur? Takkan la kat lantai? Eisshhh... kat sofa kut dan mustahil la satu tilam dengan aku. Ya. dia tidur kat sofa. Aku yakin tak ada apa-apa yang berlaku malam tadi. Yeh, aku suci lagi! Hu hu..

Lisa pantas menggeleng. Dia kembali sedar apa tujuannya ke mari.

“Anan, bangunlah. Nak tidur sambunglah malam karang. Mama tengah tungggu tu.” Lisa tetap berusaha memujuk Adnan supaya turun. Namun Adnan kaku tak bergerak.

“Huh, lantak kaulah. Kau tak lapar, tidurlah situ. Aku yang lapar terpaksa tahan lapar pulak...” Lisa ingin cepat beredar dari situ. Masakan mama memanggil-manggil ni weh!

“Eh Lisa. Anan mana?” soalan pertama diaju selepas ternampak kelibat menantu turun dari tangga.

Lisa angkat bahu, “Hemm.. tidur lagi.” Lisa melabuhkan punggung pada kerusi. Yummy! Nasi goreng dengan mihun. Wahh... jarang aku dapat sarapan sampai dua jenis ni. Tu belum kira kuih-muih lagi.

“Memandai je kata tidur ya!” sergah Adnan lalu duduk di sebelah Lisa. Hampir je sudu terlepas dari pegangan Lisa.

Kurang asam boi betul laki aku ni. Aku kasi telan garpu baru tau!

“Laa... tak tidur ke? Tadi kata tak cukup tidur...” Lisa pura-pura tak tahu.

“Hah... Anan tak cukup tidur? Aik... apa la yang kamu buat sampai tak cukup tidur tu!” celah Datin Fatehah sambil menuangkan air pada cawan Dato’ Fahami.

Lisa tersedak. Adnan terkedu. Lalu mereka memandang antara satu sama lain. Masing-masing dengan muka merahnya.

“Eh ma. Siapa kata Anan tak cukup tidur. Cukuplah! Cuma rasa macam tidur dalam kandang gorila je malam tadi...” nasi di suap tanpa memandang Lisa yang tercengang.

Apesal mamat ni dari tadi duk sebut gorilla je? Ke dia memang betul-betul tidur dalam zoo malam tadi?

“Kandang gorila? Hish... apesal ganas sangat korang ni? Cubalah berlembut sikit. Takkan lari gunung di kejarlah.” Dato’ Fahami pula yang mencelah.

Giliran Adnan pula yang tersedak. Nasi terasa seperti tersekat di kerongkong. Dia berdehem beberapa kali.

“Eh ma. Sedap pulak nasi goreng mama hari ni. Cukup rasa je. Lain kali buat macam ni lagi ye?” teruja Adnan meminta. Lain pula respon Datin Fatehah.

“Kamu ni ngigau ke mabuk? Sepanjang kamu hidup, nasi goreng ni jelah yang mama reti masak. Sepanjang tahun rasanya sama je. Kan bang?”

Dato’ Fahami mengangguk setuju, “A’ah. Sama je. Aik, sejak dah kahwin ni lidah dah tukar citarasa ke?”

Adnan terkelu. Lagi di layan makin menjadi-jadi pulak dua orang ni meyakat. Lisa di sebelah di pandang sekilas. Hampeh betul! Selamba badak sumbu je melantak. Argh... pandang muka Lisa buatkan dia rasa nak je patah-patahkan tulang Lisa sampai lunyai.

Sakit hati dia bila mengingatkan kisah malam pertamanya malam tadi.Indah yang diimpikan, penyeksaan yang diterima. Dahlah tidur terkangkang, habis satu tilam di jadikan hak mutlaknya. Dia punya ruang hanya nun dihujung katil. Tanpa pedulikan keadaan itu, dia terus baring di sebelah Lisa. Namun malang, dia ingat dia dapat tidur dengan nyenyak. Rupa-rupanya ada gorila yang menumpang mencantas segala keselesaannya. Lisa tidur lasak. Hingga sakit pinggangnya akibat sepakan padu Lisa.

Aishh... sabar jelah dapat isteri Minah Gorila ni!

***

Riuh dapur itu dengan gelak tawa Lisa dan Datin Fatehah. Lucu pula mendengar cerita Datin Fatehah hingga senak perut Lisa dibuatnya.

“Habis tu, mama soroklah ye?” tanya Lisa masih dengan sisa ketawanya.

“Huh, mahunya mama tak sorok. Sampai ke tualah budak tu hisap puting je. Susah tau nak ubah sikap dia tu. Dulu masa hari pertama tadika, mama tak tahu langsung yang dia bawak botol susu dalam beg. Balik-balik, cikgu dia mengadu yang Anan bawak botol susu ke tadika.”

Lisa ketawa terbahak-bahak sehabis Datin Fatehah menceritakan kisah Adnan waktu dolu-dolu. Lawak tak boleh tahan bila dapat tahu kisah Adnan masa kecil dulu. Manja!

“Hamboi. Sukanya dua beranak ni!”

Datin Fatehah dan Lisa terhenti ketawa. Susuk tubuh seorang lelaki yang terpacak di dapur menggamit mereka.

“Eh Ruz. Bila sampai? Tak perasan pulak Mak Ngah Ruz dah terpacak kat sini.” Datin Fatehah menghampiri Fakhruzi lalu bersalaman.

“Taklah lama. Baru je. Macam mana Mak Ngah nak perasan kalau dah seronok sangat mengumpat orang dengan menantu kesayangan dia.” Fakhruzi memerli.

“Alar. Mana ada mengumpat. Sembang kosong-kosong je. Kan Lisa?” Lisa yang duduk di meja dapur di pandang.

Lisa mengangguk bersama segaris senyuman.

“Mama Ruz cakap, Ruz dekat KL masa Anan nikah. Betul ke?” tanyanya. Dia kembali menyambung menyiang ikan di sinki.

“A’ah. Ada kerja penting. Pekerja Ruz tak dapat attend sebab bini dia dah nak bersalin. Jadi Ruzlah yang ganti.” Terangnya. Dia melabuhkan punggung pada kerusi semeja dengan Lisa.

“Ohh.. Takpe. Mak Ngah paham. Tapi rugilah, tak dapat tengok Anan bersanding.”

Fakhruzi tersenyum, “Takpe. Gambarkan ada..” katanya. Datin Fatehah mengangguk menyetujui kata Fakhruzi.

Kemudian Lisa di depan di pandang. Khusyuk betul potong bawang. Dari hari pertama jumpa, tak pernah pun perempuan itu menoleh pada aku. Cuma pandang sekilas je. Tapi aku? Kenapa aku tak macam dia? Kenapa aku rasa nak pandang lagi lama, tanpa berfikir untuk menoleh ke arah lain?

 “Eh, Ruz makan tengah hari kat sini jelah. Hari ni menu spesial sikit. Menantu Mak Ngah yang tolong masak.” Pinta Datin Fatehah tersenyum lebar.

Fakhruzi tersedar dari berkhayalkan Lisa. Dia mengangguk seraya tersenyum.

“Err.. Mak Ngah! Pengantin lelakinya mana ni? Tak muncul-muncul pun...”

“Ehem... apesal sebut-sebut nama aku ni?” celah Adnan tiba-tiba lalu duduk di sebelah Lisa.

“Hah Nan. Baru nampak muka kau. Ni ha... aku ada ole-ole sikit dari Kandang Lembu(Kuala Lumpur). Hadiah untuk perkahwinan kau.” Sebungkus beg kertas di serahkan pada Adnan.

“Banyak la kau Kandang Lembu. Kat KL apa hade...” lalu isi beg kertas itu di lihatnya. Terdapat 2 helai baju Polo bewarna merah di dalamnya. Lisa memerhati gelagat Adnan sambil terus mengupas bawang.

“Sorrylah bro. Aku tak pernah beli hadiah untuk pengantin. So aku tak tahulah apa benda yang sesuai untuk korang. Ni pun aku beli last minutes,” Fakhruzi merendah diri. Jujur dia kata yang dia tak pernah beli hadiah untuk pengantin. Adnanlah orang yang pertama dalam rekod hidupnya.

“Takpelah. Ni apesal satu baju kecik ni?” sehelai baju bersaiz kecil di angkat tinggi.

“Tu untuk akulah tu..” sampuk Lisa. Fakhruzi tersengih. Adnan malu sendiri. Dah hadiah untuk pengantin, mestilah sang isteri pun dapat habuannya.

“Thanks bebanyaklah Ruz. Susah-susah je. Nanti kau kahwin aku beli seluar pendek pulak.” Seloroh Adnan. Dia dengan selambanya mendepangkan tangan kiri ke belakang Lisa.

Lisa terhenti dari mengupas bawang. Bagai renjatan elektrik saat Adnan menyentuh bahunya. Tiba-tiba dia jadi berdebar. Mukanya merah serta-merta. Ada rasa geram di hatinya. Benci dengan aksi spontan Adnan. Tak pasti sama ada spontan atau sengaja, tapi ini sudah mendatangkan marah! Suke-jiwa mak bapak kau je kan?!!

Fakhruzi yang melihat kemesraan itu tersenyum tepi. “Agak-agaklah. Beli seluar tak cukup kain buat apa? Kat rumah aku pun melambak lagi.”

Adnan tergelak. Tangannya masih setia terlekap pada bahu Lisa. Dia tak tahu jin mana yang merasuknya saat itu. Apa yang dia tahu, dia seperti punya hak untuk berbuat demikian. Dia tahu Lisa pelik. Dan entah kenapa terasa egonya tercabar saat Fakhruzi memandang isterinya lama tadi. Dia perasan semua itu!

“Err... nak masuk bilik kejap..” Lisa bersuara dan sebuah jelingan maut di hadiahkan pada Adnan. Adnan mengerti dengan pandangan itu. Tanda marahlah tu...

“Abang ikut..”Adnan berjalan membuntuti Lisa. Lisa yang mendengar gelaran ‘abang’ seriau jadinya. Apehal mamat ni? Kena sampuk ke hape?

Datin Fatehah tersenyum mekar dengan kemesraan anak-menantu nya. Fakhruzi pula dengan senyuman kelatnya. Tak pasti kenapa hatinya merudum tatkala melihat kemesraan pasangan itu. Aku jeles ke? Tapi kenapa?


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post