follow

Isteriku 2 Alam-15

**Flashback balik ending bab 14**

“So... pengantin baru la ni? Wahh.. aku dah mula nampak sinar kebahgian dari muka kau. Well, selamat pengantin baru!” giliran Izz pula hulurkan tangan untuk berjabat. Lagi sekali tangan mereka bercantum.

Lisa tersenyum gembira. Nampaknya takdelah dia mati kebosanan lepas ni, sebab dia dah ada kawan. Sepesen pula tu! Memang betul la dia cakap, ‘sehati sejiwa’!

“Lisa!” Lisa berpaling ke pintu rumah. Terjengul wajah Adnan di situ.

“Apa?” sahut Lisa.

Adnan memandang lelaki di belah dinding sana. Kemudian muka Lisa pula. “Masuk kejap!” arahnya.


Lisa mengeluh.


“Beb, aku tengok korang ni kaku semacam je. Korang ni betul-betul pengantin ke adik beradik? Apesal aku tak nampak kebahagian rumah tangga ni?” soal Izz ingin mengorek hal sebenar. Wajah mendung Lisa di amatinya.


“Hemm.. takde apa-apalah. Biasalah, angin pasang-surut dia.” Jawab Lisa dengan menutup aib rumah tangga mereka.


Izz mengangguk tanpa banyak soal. “Okeyla. Aku masuk dulu. Dari pasang surut, takut jadi puting beliung pulak,” kutuk Lisa. Izz tergelak.



*****



BAB 15








“Hah, ada apehal?” sapa Lisa di muka pintu.

“Duduk sini kejap.” Pelawanya menambahkah tanda tanya Lisa. Namun begitu dia tetap akur. Dia duduk di sofa berhadapan dengan Adnan.

“Lelaki mana yang kau sembang tadi?” Adnan memandang Lisa yang bersandar pada sofa.

“Lelaki mana pulak ni. Aku tak nampak mana-mana lelaki pun tadi, kecuali kau.” Bersahaja Lisa berkata. Dia pasti Adnan juga terkena sama seperti dia ketika mula-mula melihat Izz tadi.

“Kau nak klentong aku pun agak-agak la. Aku nampak dengan mata kepala aku sendirikan? Siapa tu?” selidiknya. Dia takkan berpuas hati selagi Lisa tidak menjawab soalannya itu.

“Izz.”

“Izz? Sape tu? Nama penuh?”

“Izz Zayani.” Ringkas Lisa menjawab.

“Nama macam betina.. Tapi apesal macam...”

“Lelaki?” Lisa memintas. Adnan mengangguk.

“Sepesen macam aku la kut.” Lisa merebahkan tubuhnya pada sofa berangkai tiga itu.

Adnan mengangguk. “Lisa...?”

“Hemm...”

“Aku nak cakap ni.” Adnan meminta izin.

“Cakap jelah. Yang nak mintak izin dengan aku ni ngape? Kau cakap guna mulut aku ke?” sindir Lisa.

Adnan ketap bibir mendengar sindiran itu. “Okey. Sebelum tu, aku nak cakap peraturan dalam rumah ni dulu. Baru aku cakap point dia.”

“Hemm..” respon Lisa sambil memejamkan mata.

“Pertama, aku taknak tidur sebilik dengan kau. Sebabnya....kau tahukan?” Lisa celik mata. Adnan di lirik seketika lalu 
kembali pejam.

“Ya...kau tak cakap pun aku tahu.” mendatar suaranya.

“Good! Yang seterusnya, jangan masuk campur hak peribadi masing-masing. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Aku yakin kau pun tak nak semakkan otak kau dengan hal aku, kan? Dan kalau boleh, rahsia selagi mampu pasal kita ni. Aku taknak orang pandang serong terhadap aku.”

Lisa angguk sedikit walaupun dia sedikit tidak puas hati dengan luahan Adnan. Pandangan orang terhadap aku takde pulak dia kesah!  “Next?”

“okey. Point dia ialah, aku nak kau kerja...” ujarnya.

Serta merta mata Lisa terbuka luas. Dari baring, dia terus duduk menghadap Adnan. Terperanjat apabila perkataan ‘kerja’ menyapa halwa telinganya, 

“Kerja?! kerja apa aku boleh buat? Aku dahlah belajar tak pandai, tak tinggi macam kau. Pegang komputer pun tak reti. Kau nak aku jadi buruh? Kau tak risau ke bangunan tu nanti runtuh gara-gara aku? Aku miskin, orang pandang sebelah mata pun tak selera. Macam mana orang nak terima aku kerja?!” bentaknya panjang lebar. Adnan ni memang dah gila agaknya. Dalam sebuah keluarga, bukan ke si suami yang kena tanggung makan pakai isterinya?

Adnan tercengang. “Kau ni dah kenapa? Sabar sikit boleh tak. Kang aku jahit mulut tu baru tahu. Dengarla dulu apa aku nak cakap ni. Lain kali jangan mencelah time orang tengah bercakap!” tegas Adnan memberi amaran.

Lisa garu kepala. Sedar atas ketelanjurannya.

“Maksud kerja tu, tak semestinya kena reti guna komputer, buat-buat bangunan dengan miskin kaya semua tu. Kerja tu merangkumi pelbagai aspek. Tengok aku ni, tengah buat kerja la ni. Kerja berleterkan kau!” wajah Lisa di pandang geram.

“Ya... aku tahulah! Kerja apa maksud kau tu?” Lisa mengubah topik asal.

Adnan berdehem sebelum bersuara. “Kerja yang aku maksudkan tu senang je. Sepanjang aku kerja ni, kau mesti pastikan rumah ni bersih. Aku tak mahu habuk-habuk. Bilik tidur aku pun kau kena kemas. Kalau aku malas, aku akan suruh kau iron baju kerja aku. Dan aku ni tak berapa suka sangat makan kat luar. So, kau masaklah. Aku selalu balik dalam pukul 5 petang. Jadi, pastikan makan malam tersedia pada pukul 8 tepat. Clear?” kening Adnan terjngket sedikit.

Terkedik-kedip mata Lisa mendengar maksud ‘kerja’ itu. Ini dah kira macam tugas ‘bibik’!

“Oh ya, breakfast jangan lupa ya. Tu penting!” sambung Adnan lagi.

“Kau lantik aku jadi Maid ke?” dahi Lisa bercantum.

“Lebih kurang la. Tapi tak bermakna aku suruh kau buat tu semua saja-saja tau. Ada ganjarannya sekali.”

Medengar perkataan ganjara, terus mata Lisa bersinar. Bayang-bayang duit sudah bermain di mata.

“Amacam? Kau terima tak?” soal Adnan merentap kebahagian singkat Lisa.

Lisa kembali baring di sofa itu. “Okey, aku terima!”

***

Lisa menguap luas sambil menutup pintu biliknya. Sejurus menunaikan solat subuh tadi, Lisa kembali merebahkan tubuhnya di tilam. Niat asalnya ingin rehat sekejap sebelum mandi, malang Lisa terus terlajak hingga matahari tegak atas kepala. Itulah bahana orang yang tidur lepas solat.

Sewaktu dia melepasi pintu bilik utama iaitu kamar milik Adnan, kaki Lisa terhenti di situ. Pintu itu di pandang sepi. Lisa mencebir lalu mengatur langkah ke dapur di bawah.

Peti ais di buka. Tapi hanya perasaan hampa yang diterima. Almaklumlah, rumah barukan. Isi-isi dalam peti ais ni pun kosong. Yang ada Cuma air kosong sejuk. Pagi-pagi ni takkan nak minum air kosong je!

Hamboi kau Lisa! Baru duduk rumah mewah sikit, dah belagak kaya! Lisa tersenyum sendirian memikirkan sikapnya yang berubah sedikit.

Sewaktu peti ais di tutup, sehelai nota kecil telah menarik minatnya untuk menatapnya lebih lama. Tulisan tangan yang di tulis di atas kertas kuning itu di amatinya.

                Aku keluar kejap. Kau siap-siap, pukul 11 kita keluar beli barang dapur 

Nota ringkas itu menyedarkan Lisa dari mamai. Lantas jam yang tergantung di dapur di toleh. Hah! Dah pukul 10 setengah? Janji pukul 11. Mak aih... lama giler aku membuta. Lalu Lisa berlari ke biliknya. Bersiap-siap untuk shopping.

***

Adnan menolak troli seiring dengan langkah Lisa. Lisa pula jalan dengan bersahaja sambil mata liar memandang sekitar Tesco itu.

 “Lisa, cepatlah pilih. Dari tadi berjalan, satu hape pun tak beli. Macam ni sia-sia jelah kita datang sini.” Rungut Adnan. Lisa yang di sebelah sedikit tersentak. Lantas tersenyum.

“Ouh, kau suruh aku pilih ke?” bersahaja Lia menanya.

Adnan ketap bibir. Budak ni memang mengidam penumbuk aku gamaknya. “Iyelah! Habis tu, takkan aku kut. Barang dapurkan? Mestila orang perempuan lagi expert.” Adnan merengus geram.

Lisa masih selamba. Tidak terasa langsung dengan kata Adnan. Dia akhirnya memilih mana-mana barang keperluan dapur yang mana sesuai ikut anak tekaknya. Langsung tak ditanya apa yang Adnan makan dan yang tidak. Sayur apa yang dia nak, dia amik. Mana yang taknak, di pandang sekilas je. Adnan hanya mengikut jejak Lisa.

Hampir satu jam mereka berada di dalam Tesco. Setelah puas dengan barang yang di beli, Adnan bercadang untuk singgah di restoran yang berada di dalam Tesco untuk makan tengah hari.

“Lisa?” Lisa angkat muka apabila namanya di seru. Mulutnya yang masih ada nasi di kunyahnya. Melihat gerangan yang berdiri di depannya, terus mata Lisa membuntang. Terkejut melihat insan yang berdiri di hadapannya. Nasi yang tersekat di kerongkong ditelan seksa.

“Eh Mak Long! Mak Long buat apa kat sini?” soal Lisa sekadar berbasa basi.  Jika bukan sebab dia ni lagi muda dari orang di depannya, tak kuasa dia hendak beramah bagai ni. Seteruk-teruk aku, se-menyampah aku pada famili makcik aku ni, hormat tetap terletak di tangga teratas. Itu yang abah tegaskan. Tapi bila orang tu dah naik lemak, hormat memang sudah terletak di bawah tapak kaki. Dengan aku jangan main-main!

“Shopping dengan Luna. Ni ke suami kamu?” ramah sekali Zarina bertanya. Jarinya diunjukkan pada Adnan.

“Arr... a’ah.” Balas Lisa teragak-agak. Apa orang tua ni tak datang ke masa aku nikah hari tu? Eh, patutlah. Belum sempat sesi bernikah berakhir, diorang terus lesap. Nampak sangat aku ni tak penting di mata mereka. Tapi apesal tetiba friendly semacam hari ni? Buang tebiat?

Adnan mengangguk sedikit. Tiba-tiba tempat mereka di datangi sepupu Lisa, Luna Maizura. Lisa yang pada awal lagi menyampah dengan sepupunya itu, hanya mencebik. Sakit mata dia melihat pakaian Luna yang menjolok mata.

“Wahh...mencekik rupanya anak buah mama ni. Dan ni...siapa pulak?!” Luna mengacukan jarinya pada Adnan.

Ni sorang lagi. Minah ni lagi teruk. Time kaum kerabat bernikah, dia langsung tak tunjuk muka. Itu pasal muka dia macam tertelan asam bila nampak Adnan di situ.

“Adnan, suami Lisa.” Adnan menyambung bicara Luna seraya tersenyum.

Luna bagaikan terpaku melihat segaris senyuman itu. Cukup-cukup memukau pandangan matanya.

“Ehem... Err... Mak Long dengan Luna dah makan ke?” suara Lisa memecah kesunyian antara mereka walaupun restoran itu gamat dengan suara orang ramai. Dalam masa yang sama, dia segera menghentikan pandangan menggoda Luna pada suaminya. Jeles ke aku? Ouh..tidak sama sekali. Aku cuma hendak mempertahankan rumah tangga ni. Betul ke?

“Belom!” pantas Luna menjawab. Pantas Zarina memukul lengan anaknya.

“Takpelah Lisa. Kome makanlah berdua. Mak Long pun dah masak kat rumah. Makan kat kedai, siapa nak jamah lauk-pauk kat rumah tu. Membazir pulak karang.” Ujarnya tanpa langsung timbul rasa kekok.

Lisa mengangguk tanpa banyak soal. Akhirnya Zarina melangkah pergi sambil menarik lengan Luna supaya mengikut jejaknya. Dari jauh dia nampak mak longnya bergelut dengan Luna. Huh.. entah apa yang di gaduhnya pun aku tak tahulah.

“Lisa... Luna tu sepupu kau eh?” soalan Adnan menghentikan tangan Lisa dari menyuap nasi ke mulut. Lisa hanya mengangguk.

“Apesal? Dah berkenan?” Adnan tersengih seraya menggeleng. Lisa mencebik. Beranilah kalau nak jadikan si Luna tu madu aku. Kalau madu aku orang yang baik-baik, kira boleh terima lagi. Kalau Luna, Nauzubillah...


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post