follow

Rahsia Jodoh 1

Selepas waktu makan malam, satu keluarga duduk di ruang tamu itu. Aku yang tiada kaitan dengan perbincangan antara abah dan kakak waktu itu hanya memerhati. Ibu juga hanya melihat tanpa menyampuk.
Wajah kakak tika itu menyatakan bahawa dia tidak setuju. Aku pula seakan tidak percaya. Selepas suami kakak aku meninggal, abah membuat keputusan ingin menyatukan kakak dengan Ayman Altaf, lelaki yang pernah dicalonkan oleh abah sebagai suami kakak sebelum arwah abang ipar aku mengahwininya.
“Abah, arwah suami Rya baru setahun pergi. Takkan abah nak satukan Rya dengan Ayman? Rya langsung tak cintakan dia. Rya masih sayangkan suami Rya.”
Aku lihat mata kakak sudah kemerahan. Wajah abah pula agak tegang.
“Abah bukan buat saja-saja. abah tahu ni yang terbaik untuk Rya. Anak Rya tu perlukan kasih sayang seorang ayah. Bila kahwin dengan Ayman nanti, baru Rya terjaga...”
“Siapa kata Rya duduk kat sini tak terjaga? Dah cukup terjaga dah, abah. Hidup Rya dah cukup lengkap bila ada ibu dan abah, ada adik. abah, sudahlah. Lupakan je. Kita semua sama-sama jaga Rayyan. Tak payah orang luar.” Kakak bangun, meninggalkan ruang tamu.
Terkebil-kebil aku melihat kakak melangkah pergi masuk ke biliknya. Aku memandang ibu. Ibu hanya mengeluh, begitu juga abah.
“Ayman datang merisik ke abah?”
Abah memandang aku, “Lebih kurang macam tulah. Tak adalah ayah Ayman bawa cincin. Cuba merisik khabar kakak kamu je. Lepas tu tanya Rya tu belum berpunya ke. Kalau tak ada dia mintak izin nak masuk minang.”
“Dahtu bang, sekarang macam mana? Rya berkeras taknak.” Ibu bersuara.
“Entahlah.”
Diam seketika.
“Bang, kalau kita suruh Fya je boleh?”
Erk! Aku?
“Tak boleh Yah. Zikri tu nak Rya je, sebab Ayman cuma kenal Rya.”
Fuhh... Selamat. Nasib baik lah Pakcik Zikri berkenan dekat kakak je. Apelah ibu ni. Tak dapat kakak, adiknya pula jadi sasaran. Tak sanggup aku.
*****
Sewaktu aku pulang dari tempat aku mengajar, aku nampak seorang lelaki mengendong bayi lelaki di mini taman rumahku. Kelihatan agak mesra antara Rayyan dengan lelaki itu tatkala lelaki itu mengacah-acah Rayyan.
Teringin hendak tahu siapa lelaki itu, perlahan-lahan aku merapatinya.
“Assalamualaikum...”
Dia terkejut. Segera dia berpaling ke belakang.
“Wa’alaikumsalam.. ye?” mulutnya masih terukir senyuman selepas bergurau dengan Rayyan tadi. Aku yang buat pertama kalinya melihat wajah jejaka itu terpana seketika. Ini ke Ayman?
“Awak siapa?” tanyaku.
“Ayman. Ayman Altaf. Awak?” Ayman menghenjut-henjut Rayyan yang merengek-rengek itu.
Betullah tekaan aku. Kacak orangnya. Kenapa kakak tak terima saja lelaki ini? Bagi aku, lelaki depan aku ini lagi kacak daripada arwah suami kakak. Eh, apa aku merepek ni?
Aku tersenyum nipis lalu mengacah Rayyan. Rayyan ketawa melihat aku. Dia menghulurkan tangan. Aku terus menyambutnya. Bayi 17 bulan itu sungguh bijak. Kenal siapa makciknya.
Aku terus membawa masuk Rayyan ke dalam rumah. Terlupa akan Ayman yang berdiri di luar pada masa yang sama tertanya-tanya siapa aku.
*****
Aku mengetuk muka pintu bilik kakak yang sedia terbuka itu perlahan supaya Rayyan tidak terjaga dari tidurnya.
“Rayyan baru tidur ke?”
Kakak tersenyum seraya mengangguk. “Penat dia main dengan mak usu dia.”
Aku tersengih. “Kak, tadi Ayman datang.”
“Oh, Fya dah jumpa dia ya? Macam mana? Terpikat tak?”
Aku menepuk bahunya. “Banyaklah. Kalau akak rasa Fya akan terpikat, kakak macam mana? Tak terpikat ke?”
Dia menggeleng. “Akak sayangkan Abang Afiq. Walaupun dia dah tak ada, rasa macam tak sanggup nak duakan cinta dia.”
Setia sungguh cinta kakak aku ni. “Kak... Abang Afiq kan...”
“Akak tahu. Eh Sabtu ni teman akak jom?” wajah murungnya berubah ceria. Sengaja tukar topik!
“Kak...”
“Fya... akak tahulah. Tapi Sabtu ni teman akak ye? Shopping.”
“Shopping? Rayyan ikut?” aku menghampiri tempat tidur Rayyan yang di kelilingi kayu itu.
“Mestilah. Tapi bukan kita bertiga je tahu? Ada sorang lagi ikut.”
Aku, kakak, dan Rayyan. Selain tu siapa? Ibu? Abah? Atau pun....
“Jangan cakap Ayman pun ikut sekali!” warning aku.
“Binggo. Mana tahu, tak melekat dengan akak, melekat dengan Fya pulak.” Guraunya. Aku tarik muka. Di buatnya mulut kakak aku masin, kan niaya! Tapi, kalau dah jodoh apa salahnya!
Ish, gatal pulak aku hari ni!
*****
Aku mengemas mejaku sambil menunggu kakak tiba untuk mengambil aku. Kebetulan pula kereta dia sedang dibaiki di bengkel, jadi dia meminjam kereta aku.
Jam menunjukkan pukul 3 petang. Suasana sekolah sudah semakin lengang. Kebanyakan pelajar sudah pulang. Hanya tinggal beberapa pelajar yang mungkin ada kelas tambahan dengan guru mereka.
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas.
‘Akak tak boleh ambil Fya sekarang. Kalau boleh pun lagi setengah jam. Akak kena ambik ibu kat rumah kawan dia.’
Laa...setengah jam lagi? Lamanya. Dah tu macam mana ni? Baru saja aku ingin membalas pesanan kakak, tiba-tiba ada mesej lain masuk. Dari seseorang yang aku tidak kenal kerana nombornya tidak tersimpan di dalam telefon bimbit aku.
‘Turunlah. Saya dah sampai.’
Siapa dia ni? Salah hantar ke? Suruh aku turun pulak tu.
Aku menjenguk keluar. Ada sebuah kereta honda bewarna hitam terparkir di dataran kejat. Tingkap di bahagian pemandu terbuka. Alangkah terkejutnya aku melihat wajah Ayman yang ada di dalam kereta itu. Dia melambaikan tangannya. Mana dia tahu aku nak balik sekarang? Mana pulak dia tahu aku kerja di sini? Ah mesti kerja kakak ni. Sengaja je!
Aku mencapai beg tangan dan buku rekod lalu menuruni tangga. Langkah demi langkah menghampiri kereta itu tiba-tiba membuat aku berdebar. Nafas ditarik sebelum masuk dan duduk di sebelahnya.
Kereta bergerak meninggalkan sekolah. Sejak aku masuk, sedikit pun aku tidak berpaling menghadapnya. Rasa janggal apabila menaiki kereta bersama seorang lelaki yang aku tidak berapa kenal itu.
“Dah berapa lama jadi cikgu?” tiba-tiba dia bertanya.
“Setahun setengah.”
“Tempat yang sama?”
Aku mengangguk.
“Ajar apa?” tambahnya lagi.
“Sains dengan Math.”
“Ohh... saya suka cikgu.”
“Apa dia?” aku kurang jelas. Dia suka cikgu mana?
“Tak, maksud saya saya suka perempuan yang jadi cikgu. Sebab cikgu perempuan ni biasanya ada wajah keibuan. Macam Afya.” Matanya melirik ke sebelah.
Aku telan air liur. Dia ni nak puji aku ke nak ngorat aku?
Akhirnya aku tiba juga di rumahku. Saat kaki sebelah menjejak tanah, tiba-tiba Ayman memanggil aku.
“Besok macam mana? Rya guna kereta Fya lagikan? Saya hantarlah besok.”tawarnya. aku makin tidak selesa bila lelaki itu menawar lebih-lebih. Risau kalau ibu dan abah fikir yang bukan-bukan tentang aku.
“Eh tak apalah. Besok saya naik dengan kakak saya macam pagi tadi. Satu lagi, besok tak payah ambil saya macam tadi. Assalamualaikum...” aku segera keluar dari perut keretanya. Tanpa menunggunya pergi, aku masuk ke dalam rumah.
Aku jadi serba-salah melihat ibu di muka pintu. Di belakangnya ada kakak. Konspirasi apa ni? Rasa takut bertukar jadi rasa macam nak marah. Kata lagi setengah jam. Ini aku nampak ibu dengan kakak awal-awal lagi terpacak di depan pintu.
*****
“Kakak sajakan?” aku menerjah dalamnya.
“Saja apa? Eh seronok tak naik kereta Ayman? Akak pun tak pernah naik satu kereta dengan dia tau!” kakak tergelak.
Aku membulatkan mata. “Seronok apanya? Ingat Fya sukalah? Akak ni, kan ibu dah salah sangka.”
“Ala, ibu okey tu. Percayalah!” yakin sungguh dia ni.
“Besok Fya taknak naik dengan dia lagi. Kalau tak, Sabtu Fya taknak ikut.” Ugutku sebelum menapak keluar dari situ.
“Berani buatlah. Nanti kalau Ayman yang paksa Fya ikut jangan salahkan akak.”
Hah? Apesal pulak? “Apa kakak cakap?”
“Tak ada apa-apa. Rayyan kentut tadi. Kan sayang?”
Aku tak puas hati. aku tak tahu kenapa, tetapi sejak aku jumpa Ayman kakak jadi perahsia ya amat!
*****
Seperti yang dijanjikan, hari ini kami pergi membeli-belah. Aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan. Nak dukung Rayyan, awal-awal lagi Ayman dah ambil tempat aku. Sudahnya, aku jadi ekor mereka sajalah.
Kami berhenti di satu kedai pakaian lelaki. Aku dan kakak hanya tunggu di luar. Kali ini baru aku dapat dukung Rayyan.
“Jaga Rayyan ya? Akak nak pergi toilet kejap.” Aku mengangguk. Sejurus itu, Ayman menghampiri.
“Kak Rya mana?”
“Toilet.” Kataku tanpa memandangnya kerana aku begitu asyik melayan Rayyan.
Aku berasa janggal apabila matanya leka memandang aku. Terasa segala tindakan aku serba tak kena hari ni.
“Mana mama Rayyan ni?” aku bersembang dengan Rayyan.
“Fya, tunggu sini ya. Saya nak pergi kedai tu kejap.” Aku mengangguk dan kembali bermain dengan Rayyan. Sesekali pipinya aku kucup.
*****
“Fya panggil Ayman abanglah mulai sekarang ya?”
Erk? “Kenapa pulak?” haih.. Kakak ni macam dah confirm je Ayman jadi bakal suami dia.
“Yelah. Nantikan Ayman jadi abang ipar Fya. Lagipun Ayman tua empat tahun. Logiklah panggil abangkan?”
Sudah. Makin bertambah janggallah aku. Kakak ni! Aku memandang sekilas wajah Ayman. Macam tak suka je.
“Akak, tak payahlah. Ayman pun tak suka tu.” Kataku.
“Eh, tak apa. Err...abang tak kisah.” Dia ukir senyuman.
Ah! Orang macam Ayman kalau dah tak suka tu mana mahu ngakunya. Tengok muka pun tahu.
“Fya, pegang Rayyan kejap. Akak nak basuh tangan.” Segera aku menyambutnya. Rayyan merengek sedikit. Aku cuba memandang reaksi Ayman. Ternyata dia juga memandang aku. Aku hanya tersenyum hambar.
*****
Aku melihat beg kertas pemberian Ayman. Sewaktu aku menerimanya, aku berkeras untuk tidak menerima dari pemberiannya. Pada aku diberi, walhal untuk kakak takde pun dia beri apa-apa. Untuk Rayyan adalah.
Aku bukannya apa, tidak selesa dengan kebaikan dia. Perhatiannya terhadap aku lebih sangat daripada kakak. Ni siap belikan aku baju kurung moden warna putih lembut. Aku ingat lagi kata-katanya sewaktu aku berkeras menolak pemberiannya itu.
“Abang belikan untuk Fya. Abang ikhlas. Tapi kalau Fya tak suka, Fya bagilah Kak Rya.”
Suaranya sedikit kecewa. Kalau aku tak suka, aku tak pakai. Nak bagi kakak? Tak ada maknanya. Cari nahas adalah. Karang ada saja benda nak dibahannya bila dia tahu Ayman bagi baju pada aku, bukan pada dia.
Selain rasa tak selesa dengannya, aku risau jika perasaan aneh untuk Ayman mula menjalar dalam hati. Setiap kali aku memandangnya, pasti ada debar. Kakak pula, suruh aku gelar Ayman abang. Ah! Makin kekoklah aku.
*****
Ketukan di pintu mengejutkan aku yang sedak menyemak kerja sekolah pelajar aku. Setelah aku mengizinkan untuk masuk, terpacul wajah abah dibalik pintu.
“Fya sibuk?”
“Tak sangatlah. Ada apa Bah?”
Abah duduk di birai katil aku.
“Semak kerja budak sekolah ya?”
“A’ah. Budak-budak kelas Fya banyak yang malas nak buat homework. Ni bila hantar, buat homework cincai-cincai je. Bukannya Fya tak tahu depa tiru kerja kawan dia. Jawapan sebijik sangat.” Bebelku. Abah pahamlah. Sebab dulu dia juga seorang guru. Namun kini dia sudah naik pangkat menjadi pengetua. Tapi tidak sama tempat aku mengajar.
“Biasalah Fya. Tulah namanya cabaran seorang cikgu. Benda yang kita tak suka tulah yang kita kenang nanti.” Kata abah menenangkan aku. Aku hanya tersenyum.
“Fya...”
“Hmm?”
“Fya suka Ayman?”
Bagaikan tersekat air liur di tekak. Terkejut dengan soalan abah itu. Tangan yang  tadinya ligat menyemak kerja sekolah pelajar-pelajar terus terhenti. Apa, abah dah syak sesuatu ke? Apa yang patut aku jawab?
Aku buat-buat tergelak sebelum aku membalas soalan abah, “Apalah abah ni. Ke situ pulak abah fikir. Ayman tukan bakal abang ipar Fya. Bakal suami kakak. Takkan Fya nak simpan perasaan kat dia.” Aku ukir senyuman lebar. Tetapi kenapa hati aku bagai di gigit-gigit?
“Hmm, baguslah macam tu. Abah risau kalau Fya ada hati pada Ayman. Susah jadinya. Karang ada yang masam muka adik beradik.” Terang abah.
Aku mengangguk. “Err...jadi ke bah kakak dengan Ayman tu?”
“Apa Ayman pulak? Panggil abang. Dia tu abang kamu. Tua empat tahun tahu.” Sangkal abah dengan mata yang dikecilkan. Kenapa beria sangat suruh panggil abang? Aku tak biasa. Janggal.
“Arrr...jadi ke kakak dengan abang tu?”
 “Mestilah. Lagipun abah tengok kakak pun dah macam boleh terima Ayman. Siap keluar shopping lagikan?”
Aku angguk. Entah kenapa aku rasa sedih.
“Dahlah. Fya sambung kerja tu. Abah keluar dulu.”
“Abah....” aku memanggilnya ketika abah sudah membuka pintu bilik.
“Bila tiba masa Fya, abah akan buat sama macam Rya ke?”
Abah diam. Mungkin cuba mencerna maksud ayat aku. Aku tak mahu kelak jodoh aku akan ditentukan abah atau ibu. Aku mahu pilihan hati aku sendiri.
“Abah buat sebab abah nak yang terbaik untuk anak abah. Tentang jodoh, biar takdir yang menentukan. Fya jangan fikir sangat ya?” aku tersenyum sedikit. Abah keluar dari bilik.
*****

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post