follow

Si Nerdy vs Si Tomboi 2



Zara memapah Zaris perlahan-lahan setelah mereka tiba di depan rumah Zaris. Zara yang menawarkan diri untuk berbuat demikian setelah melihat kepayahan yang Zaris tanggung. Teruk juga Zaris di belasah tadi. Jangan salah sangka! Zara hanya membantu sebagai manusia yang mempunyai belas ihsan terhadap manusia. Dan baginya, membantu Zaris merupakan satu tanggungjawab.
“Assalamualaikum...” Zara memberi salam. Dia mendudukkan Zaris di tempat yang tersedia di luar rumah itu.
“Wa’alaikumsalam...” seorang wanita yang baya-baya ibu Zara terpacul di pintu.
“Mak..” wanita itu berpaling ke arah anaknya. Terbelalak mata melihat kesan lebam pada wajah anak tunggalnya.
“Masya-Allah! Apa dah jadi dengan anak aku ni?” dia duduk di sebelah anaknya. Wajah Zaris di telek-telek. Di pusingkan ke kiri dan kanan.
“Teruknya muka kamu ni Suffi. Apa dah jadi? Kamu gaduh ke?” tanyanya gelisah.
Zaris tersenyum kelat. “Errr...mak. Ni Fi kenalkan, Zara kawan Fi kat kolej.” Zara tersenyum lalu menyalaminya.
“Makcik, Mak Suffi. Panggil je Acik Lia. Tadi Fi cakap ni Zarakan? Zara ni ke yang Fi cerita kat mak dulu?” kini matanya beralih pada Zaris pula.
Zara kurang faham. Wajah Zaris menjadi sasaran dua pasang mata. Tak senang duduk jadinya.
“Eh, Zara mana pulak ni mak. Fi tak pernah cerita apa-apa la kat mak. Mak, Fi nak masuk dululah.” Zaris cuba melarikan diri dari soalan emaknya lalu bangkit perlahan-lahan.
Zara memimpin Zaris setelah melihat betapa sukarnya Zaris untuk bangun. Acik Lia hanya melihat anaknya di pimpin oleh Zara. Belum pernah Zaris membawa pulang anak dara orang sebelum ini, melainkan untuk hari ni. Zara. Nama itu pernah kerap kali terpacul dari mulut anaknya sewaktu Zaris berumur 5 tahun. Namun kini nama itu sudah jarang didengarinya. Tetapi Acik Lia tahu, Zaris masih belum dapat melupakan insan yang bernama Zara itu.
Tetapi, budak perempuan tadi juga bernama Zara. Itukah Zara yang Zaris maksudkan dahulu?
“Acik Lia, saya balik dulu ya. Pasal Zaris, nanti saya bagitahu lecture saya.”
Acik Lia pantas menahan Zara. Tak sedap hati pula. Sudah la bantu papah anaknya yang berat, pulang pula tanpa di beri minuman. “La.. awalnya. Duduklah minum-minum dulu. Mesti penatkan sebab kena papah Suffi je tadi.” pelawa Acik Lia.
Zara teragak-agak untuk bersuara. Nak tolak salah, nak terima salah. Lagipun Zara bukannya rapat sangat dengan Zaris, inikan pula mak pada Zaris.
“Dah, jangan nak pikir-pikir lagi. Jom ikut acik ke dapur. Acik buat kuih kat dapur tadi masa Zara datang. Zara tau buat kuih bengkang? Kuih Bengkang ni kegemaran Suffi tau!” Becok mulut Acik Lia. Zara tak sangka, walaupun tak sampai sejam dia mengenali  Acik Lia, Acik Lia tetap melayan Zara seperti telah kenalan lama. Terserlah keramahan Acik Lia melayan kerenah Zara, sedangkan Zara masih malu-malu tika itu.
Di samping minum petang yang di hidangkan oleh Acik Lia, Zara turut membantu Acik Lia membuat kuih bengkang. Gamat dapur itu setiap kali Zara berseloroh. Serta-merta rasa kekok yang merajai dalam diri Zara tadi, hilang.
“Ehem... seronoknya mak bergosip.” Tiba-tiba satu suara mencelah. Acik Lia tersenyum melihat anaknya yang baru lepas mandi.
Zara yang memandang Zaris sedikit terpana. Lain sungguh wajah Zaris tanpa kaca matanya. Zaris yang berseluar pendek beserta t-shirt biru itu seperti telah memukau matanya sehinggakan matanya seakan-akan terkunci pada satu arah. Rambut Zaris yang basah menunjukkan lagi wajah sebenar Zaris.
Zara cepat-cepat berpaling apabila Zaris menghulurkan senyuman manis. Erk, manis? Aku puji dia ke?
“Fi, meh duduk sini. Kita minum petang sama-sama. Hari ni Zara yang buat kuih kegemaran Suffi tau.” Beritahunya. Zara yang basuh tangan di sinki terkedu mendengar kata Acik Lia.
Wajah Zaris berubah teruja, “Iye ka mak? Emm...mesti sedapkan?”
“Eh, bukan aku buatlah. Acik Lia ni buat lawak pula. Orang tolong sikit je.” Tersipu-sipu Zara membetulkan statement tadi.
Acik Lia duduk semeja dengan Zaris. Dalam hatinya, dia berasa gembira melihat wajah ceria Zaris. Mungkinkah Zara ini yang di sebutnya dahulu hingga membuatkan Zaris tersenyum sampai telinga?
Zara menyertai dua beranak itu di meja makan. Zara tak tahu kenapa dia jadi kekok bila bersama Zaris. Pelikkan perasaan ni? 
Di kolej, watak Zaris sangat berbeza berbanding di rumah. Seakan-akan Zaris mempunya kembar. Satu perangainya ke arah selatan, satu lagi ke utara.

***  

“Awak... terima kasih ya?” Zaris berdiri di muka pintu sambil memerhati Zara yang sedang memakai sneakernya.
Zara menoleh seketika pada Zaris. “No hallah. Tapi, kenapa kau kena belasah tadi? Mesti ada sebabkan?” Zara memerhati wajah Zaris. Jujur dia cakap, dia lagi suka wajah Zaris saat ini. Di sebalik kaca matanya, rupa-rupanya Zaris memiliki sepasang mata bewarna coklat. Sungguh Zara terpesona dengan rupa Zaris tika itu.
Zaris mengeluh. Lalu dia menceritakan kejadian yang sebenarnya termasuklah punca dia dibelasah teruk tadi.
“Jadi, sebab bebudak Glam tu kau jadi macam ni?” Zaris mengangguk lemah.
Zara menggeleng-geleng. “Apa nak jadilah dengan kau ni. Kau tu laki, takkan dengan perempuan pun kau tak berani lawan. Ke ada sebab kau patuh je cakap bebudak tu?” Zara mula sangsi. Dalam Zaris bercerita, satu benda je yang dia masih tak paham. Apa punca bebudak glam tu upah Zaris untuk jadi “stalker’ Zara and da’ geng, dan mengapa Zaris terima je?
Zaris tunduk. Dia masih belum sedia untuk menceritakan perkara sebenar. Ia membabitkan dirinya dan Zara yang dijumpainya 15 tahun yang lalu.
“Okey, aku tak paksa kau untuk cerita benda ni. Tapi aku tetap tunggu kau bukak mulut untuk bagitahu apa yang aku nak tahu. Jangan sampai aku cari sendiri dari bebudak tu,” Zara mencapai beg sandang dan mengatur langkah untuk pulang.
“Assalamualaikum...” sempat Zara memberi salam.
Zaris hanya menjawab dalam hati. Senang hatinya dapat berbual lama dengan Zara. Dia tahu Zara masih belum dapat mengecam siapa dirinya, tapi dia tahu siapa Zara. Dia ingat wajah Zara walaupun sudah berbelas tahun tidak menemui gadis itu. Hatinya tetap berharap pada insan yang tidak mengenali dirinya. Moga insan yang di sukainya itu akan sedar siapa dia. Itu doanya.

***

Zara melangkah ke pokok rendang di padang, tempat biasa mereka lepak. Dari jauh sudah kelihatan susuk tubuh Joji dan Nik.
“Yo! What’s up?” bekalang badan Nik di tepuk. Nik yang terkejut mengurut dadanya.
“Kalau bukan sebab kau tu kawan aku, dah lama kau makan penumbuk aku tau!” marah Nik. Zara menyusun jari seraya tersengih. Lalu dudu bersila di sebelah Nik.
“Ha, apesal nak jumpa ni? Telefon terus tak boleh ke? Macam ada masalah besar pulak sampai nak face-to-face ni.” kata Zara kehairanan.
Nik dan Joji saling berpandangan. “Semalam betul ke kau dating dengan hamba abdi kita tu?” soal Joji.
Zara terdiam. Hamba abdi itu pasti Zaris. Dia sudah agak cerita ini akan sampai juga ke telinga mereka. Dan yang tak bestnya, diorang cakap aku DATING? Huh! Nonsense!
“Cerita tahyul mana kau cilok ni?”
“Bebudak glam tu cakap.” Beritahu Nik tanpa berfikir panjang.
Joji ingin menekup mulut Nik tapi tak sempat kerana Nik terlebih dulu bersuara. Zara yang melihat tersenyum. Lantas wajah Zaris terlayar di minda.
“Zar...kau jangan cakap kau dah jatuh hati pada budak nerd tu!” Joji serkap jarang. Takut pulak dia melihat senyuman di bibir Zara.
Zara yang mendengar terus menikam anak mata pada Joji. Senyuman tadi terus menghilang. Wajahnya pula berubah tegang, “Aih, ni dah lebih. Mula-mula kau cakap aku DATING, la ni kome tuduh aku ada hati kat budak nerd tu pulak. Apa cerita ni? Kau kawan aku ke kawan bebudak glam tu? Kau lebih percaya orang luar dari geng sendiri. Ini ke kawan?” nafinya. Terguris hati Zara apabila sahabat²nya seperti lebih percayakan orang yang paling anti dalam grop mereka.
Joji dan Nik telan air liur. Lidah bagai terkunci apabila tuduhan itu mengena batang hidung sendiri.
“Semalam Zaris kena belasah. So, aku la yang tolong hantar dia ke rumah. Sepanjang perjalanan aku pimpin dia. Kau tak tengok macam mana rupa dia. Teruk mamat tu kena belasah. Muka dia, tak usah cakaplah. Dah la tak hensem, lepas kena hentam entah apa jadi agaknya.” Zara menggeleng-geleng.
Joji dan Nik khusyuk mendengar cerita Zara. “Betul ke ni?” soal Nik.
Zara menjeling malas. “Apa pekdah aku nak kencing korang? Korang tu kawan aku dunia akhirat. Tak tergamak aku nak khianati persahabatan kita ni hanya dengan menipu.” Terang Zara lagi.
Joji dan Nik mendengar tanpa reaksi.
“Tak percaya jugak?”
“Kenapa pulak budak nerd tu kena belasah?” tanya Joji.
“Bebudak Glam punya kes la.” Jawab Zara.
“Hah?” serentak Joji dan Nik berteriak.
“Iye! Dia bengang dekat Zaris sebab dia sekarang berada di pihak musuh depa. Jadi, dia suruh geng apetah, suruh kasi lenyek si nerdy tu.” Jelas Zara. Lidah dia jadi berbelit pula. Kejap sebut Zaris, kejap mamat, lepas itu budak nerdy pulak.
“Musuh depa tu, kita la kan?” soal Nik dengan jari diacukan pada dirinya.
Zara membalas dengan anggukan.
“Mak aih. Nekad giler meminah tu. Sampai sanggup lanyak orang. Hish, gerun pulak aku. Macam mana kalau kita pun jadi mangsa macam budak nerd tu?” Nik yang terkenal dengan sifat lurusnya membuat muka takut.
“Nehh...takde benda nak takut. Masing² ada taktik nak lawankan?”
“Lawan apa ni?!” tiba-tiba suara lunak milik bebudak glam itu mencelah. Serta-merta Zara dan rakannya mendongak. Zara yang melihat wajah itu hanya pandang sesaat lalu mencebir.
“Kau nak tau apesal? Nak join ke? Besok datangla gelanggang taek kwa do. Kita battle. Ada bran?” selamba Zara membidas Tim, the leader of bebudak glams.
Tim mencebik. “Huh, apa barang lawan dengan kau? Tak mencabar!” balas Tim. Gengnya yang di belakamg mula tergelak lucu. Zara berang. Dia bangkit dan berdiri sama tinggi dengan Tim.
“Kau nak yang mencabar?” Zara mengangkat kening sebelah. Wajah Tim masih selamba.
Zara terus mengangkat buku limanya. Di tarik dari belakang dan di tuju pada pipi Tim.
“Arghhh!!!” Tim menjerit sambil pejam mata.
Zara ketawa terbahak-bahak, di sertai Nik dan Joji yang masih bersila di atas rumput itu.
“See! Tak mencabar konon. Belum kena lagi dah jerit macam hantu. Tu belum aku cubit lagi.” Sisa tawa masih lagi kedengaran di bibir Zara.
Tim ketap bibir. “Kau orang nak apa hah? Apesal rampas budak nerd tu dari kitorang?!” terpancul juga soalan itu dari bibir Tim.
Zara masih tenang mendengar soalan itu. “Biarlah. Dah dia yang sanggup. Nak buat macam mana?”
Tim yang pada mulanya dengan muka ketat, kini diganti pula dengan senyuman.
“Tapikan, bagi aku sesuai pulak bila nampak kau berpeluk dengan budak tu semalam. Sweet couple! Korang dah ehem-ehem ke?” Tim cuba mengorek. Sengaja membakar hati Zara.
“Kau jaga sikit mulut celopar kau, Timah! Jangan sampai aku buat kau kutip gigi kat tanah. Kau nak?” Zara mengetap rahangnya. Tuduhan Tim betul² sudah melampau. 
Tim ketap bibir kala nama KLASIKnya menitir di bibir Zara, “Eh’eh, yang kau nak marah ni apesal? Aku tanya je kan? Ke korang memang dah....” Tim mencantumkan jari telunjuk kiri dan kanannya.
Sungguh teruji kesabaran Zara tika itu. Demi mengikut perasaan, hampir saja tumbukan padu mengena pipi Tim. Namun segera di cantas oleh Joji.
“Beb, kau gila ke? Kau teringin nak kena buang kolej?” tegas Nik menyoalnya.
Zara menjatuhkan tangannya.
“Well, nampaknya kau ni takdelah berani sangat. Oh ya, kau nak tau tak kenapa si nerdy tu sanggup jadi mata-mata kitorang dan sanggup jadi hamba abdi korang?” Tim mula membuka tawaran menarik untuk Zara. Zara pula seakan disorongkan bantal, terus mengangguk.
“Good! Jumpa kau kat parking kereta lepas habis kuliah nanti. Kau sorang je! Tapi kalau kau nak bawak geng kau ni....” Tim mencebik memandang wajah Joji dan Nik seolah-olah mereka itu sampah masyarakat.
“Kau tanggung malu sendiri. So... bai!” akhirnya Tim mengatur langkah untuk pergi dari situ. Sayup² kedengaran gelak tawa dari rakan Tim. Entah apa yang lucu pun mereka tak tahu.
Joji dan Nik saling berpandangan. Joji angkat kening, Nik pula angkat bahu.
“Zar... kau okey ke? Kau jangan ambil hati sangatlah dengan mulut murai tu. Anggap je bagai angin yang lalu.” Madah Nik.
Zara menunduk. “Lepas kelas nanti aku nak jumpa diorang.” Sejurus itu Zara mencapai begnya dan berlalu meninggalkan Joji dan Nik yang nyata masih terpinga-pinga dengan keputusan Zara.
Zara tak tahu kenapa tawaran Tim tadi amat penting baginya. Jika Zaris sendiri tidak mahu beritahu, biar dia dengan caranya untuk mengetahui hal tersebut. Dia semakin yakin semua itu ada kena mengena dengan dirinya. Tapi kenapa harus dia? Kenapa harus ada Zaris dalam masalah ni? Apa sebenarnya dalang Tim di sebalik semua ni? Berbagai-bagai soalan berlegar di benaknya.

***

Zara mengatur langkah ke tempat parking kereta. Dari jauh sudah ternampak susuk tubuh Tim dan gengnya.
“Ehemm...” Zara berdehem. Lantas perbualan mereka terhenti. Masing-masing memandang wajah Zara yang sentiasa setia dengan cap putih di kepalanya.
“Well, nampaknya kau memang nak tau sangat, kan?” Tim menghampiri Zara.
“Cepatlah bagitahu. Aku takde masa ni.” Zara mencipta alasan. Hakikatnya, dia hendak termuntah melihat kegedikan geng Tim, termasuklah Tim sendiri.
“Ambooii..busynya? Dah ada temu janji dengan Zaris ke?”
Zara makin geram. Kalau takat panggil aku sebab nak sakitkan tahi telinga aku, awal-awal lagi aku dah blah!
“Dia takde, sakit kena belasah.” Mendatar Zara menjawab.
Tim pura-pura terkejut. “Oh My God! Betul ke? Eh, nampaknya semua kau tahukan kalau babitkan budak nerd tu?” Tim masih belum putus asa untuk membakar hati Zara.
Zara mendengus. Cap di kepala di betulkan, “Eh, Patimah! Kalau takat nak penuhkan tahi telinga aku dengan suara sumbang kau ni, baik tak payah la. Simpan je untuk tahun depan! Aku pun ada hal lagi yang nak di buat dari mengadap muka plastik macam korang semua ni!” Zara terus berlalu. Geram dia apabila dia di tipu.
“Whow! Marah! Nampaknya orang tu taknak tahulah rahsia si Nerdy ni!” walaupun sudah 2 meter dia berjalan, suara itu masih dapat di dengari Zara. Zara berhenti dari melangkah. Dia berpaling. Dari jahu dia ternampak Tim sedang memegang sesuatu buku bewarna biru laut. Zara melangkah semula ke tempat parkir tadi.
“Ni, buku sampah ni adalah milik Zaris Suffi. Cuma dengan benda ini, aku boleh kawal setiap tindak-tanduk budak nerd tu.” Tersenyum lebar Tim menjelaskan pemilik buku itu. Zara cuba merampas, tetapi Tim lebih pantas mengelak.
“Kau nak tahu tak apa isi dalamnya?” bisik Tim.
Zara makin tak sedap hati. Cara Tim beritahu seolah-olah buku itu menceritakan satu rahsia yang membabitkan dirinya. Zara menjeling geram pada Tim.
“Guys! Dengar sini! Dalam buku ni hampir setiap muka surat menceritakan seorang budak perempuan yang bernama Zara. Setiap hari si nerdy ni rindukan budak yang bernama Zara tu. Kau nak aku bacakan satu page tak? Mana tahu kau tertarik nak tahu, kan?” Tim mula membuka buku itu. Zara pantas merampas buku biru itu. Lantas dia berlalu dari situ. Tim hanya tersenyum. Sedikit pun dia tidak terasa dengan sifat kurang ajar Zara. Tibalah masanya Zara mengetahui cerita yang sebenar. Kalau dia berkuasa, sudah lama di canangkan nama Zara dan Zaris dia board. ‘Zara bercinta dengan budak Nerdy.’ Pasti menarik!



2 Comments:

Anonymous nur azura mohd said...

nape x nk htr kt penulisan2u? nape x wt disable highlight teks? nanti senang2 je org curi. apa pon best arr cite ni.

 
Blogger Amani Azwa said...

Azura | tak tepikir nak hantar... disable text? x reti la..

 

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post