follow

Isteriku 2 Alam-16


Mood bekerja untuk Adnan sudah kembali setelah hampir 14 hari tidak menjejakkan kaki di ofis. Hari ini bermulalah tugas Lisa seperti yang diamanatkan oleh Adnan. Pagi-pagi sejurus solat subuh, Lisa terus menjejakkan kaki ke dapur demi menyiapkan sarapan untuk sang suami. Menu yang ringkas, nasi goreng dan air milo sahaja.

Tak sedap? Telan jugak!

“Ehemm...”

Deheman Adnan mengejutkan Lisa yang sedang membasuh pinggan di sinki. Lantas senyuman di tarik. “Morning! Jemput la makan...” pinggan di libas sedikit sebelum di letakkan di tempat yang disediakan di sebelah sinki itu. Kemudian dia melangkah ke meja yang diduduki oleh Adnan. Hari ini Adnan berpakaian agak formal. Baju kemeja dengan kot yang diletakkan di kerusi sebelah.

Lisa menuang air milo panas ke cawan Adnan. “Sorrylah. Sarapan nasi goreng je. Air milo minumkan? Sorry, aku tak tahu kau suka air apa pepagi ni. So aku buat la air apa yang aku rasa aku nak buat.” Becok mulut Lisa menyapa halwa telinga Adnan. Adnan membiarkan pinggannya diisi dengan nasi goreng Lisa. Baunya pula sudah cukup menaikkan nafsu laparnya.

“Makanlah..” pelawa Lisa sambil menanti Adnan menyuap nasi goreng itu.

Adnan serba tak kena. Jelas dia agak pincang dengan keadaan sekarang. “Macam mana aku nak makan kalau kau asyik tercegat kat sini je. Ni dah mandi ke belum?” soal Adnan sambil melirik sebelah.

Lantas Lisa memerhatikan dirinya sendiri. Lalu tersengih. “Belum bos.”

Adnan terdiam. Aku di panggil bos?“Pergilah mandi. Patutlah dari atas aku dah bau semacam.” Adnan mula menyudu nasi goreng buatan Lisa.

Pantas Lisa berdiri tegak. “Baik Bos!” sekejap saja Lisa sudah lesap dari situ. Adnan pula sudah tersengih. Lucu dengan sikap Lisa pagi ni. Serta dengan panggilan baru untuknya. Walaupun perkataan bos sudah kerap kali didengar di pejabat, tetapi panggilan bos kali ni rasa berbeza sikit. Terasa sejuk hatinya apabila perkataan ‘bos’ meniti di bibir Lisa.

***

Lisa terbaring lesu di sofa. Penat tak usah cakaplah. Gila hape si Adnan ni. Rumah besar gedabak ni, ada ke suruh aku sorang yang pulun. Sah-sah aku di jadikan Maid tak rasmi dia. Tapi bila mengingatkan ganjaran yang Adnan beri, tak mengapalah. Aku ikhlass.....

Bunyi telefon bimbit Lisa mengejutkannya dari tidur-tidur ayam. Dengan malas dia mencapai telefon itu.

“Helloooo...” dengan suara yang agak malas dia menyapa.

“Amboi.. macam ni ke tegur abah?” suara garau Idris menyentak Lisa dari mamai.

“Eh abah! Assalamualaikum... abah sihat? Abah dah makan? Sorry lah, tadi Lisa baru kemas rumah. Penat sangat ni. hehe...” Lisa tergelak menutup rasa bersalahnya.

“Wa’alaikumsalam... abah kamu terlebih sihat dan terlebih makan ni. Macam mana duduk sana? Okey?”

“Okeyla jugak...” acuh tak acuh Lisa menjawab.

“Okeyla jugak? Macam tak okey je? Kenapa? Rumahnya kecik sangat ke?” Idris serkap jarang walhal dia tahu mustahil Lisa menginap di rumah yang kecil. Adnankan kaya, mestilah rumahnya juga tampak kaya.

“Bukan kecik bah. Ni terlebih besar adalah. Penat Lisa kena kemas rumah. Adnan tu suka buli orang tau!” rungut Lisa tanpa sedar dia sedang mengadu hal rumah tangganya pada Idris.

“Sabarlah. Bukan dia sengaja. Abah yakin dia buat tu bersebab. Ha, tujuan abah telefon ni nak singgah rumah baru kamu tu. Boleh ke?” tanya Idris meminta izin.

“Eh, apa tak bolehnya. Rumah Lisa, rumah abah jugak. Meh la sini. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk abah. Bila abah nak datang?”

“Mungkin hujung minggu ni.”

“Dengan siapa?” baru Lisa tersedar. Dengan apa abahnya hendak kemari? Teksi? Aishh... macam tak sesuai pulak. Apa guna ada menantu kaya kalau setakat nak ambil abah disana.

“Dengan Farid.”

Dua patah perkataan yang terpacul dari mulut abahnya membuatkan Lisa tergamam seketika. “Biar betul bah? Bukan ke abah...”

“Bukan abah apa? Dahlah Lisa, abah nak keluar ni. Farid tunggu kat luar tu. Dah cakap dekat dia pasal nak pergi rumah kamu ni. Saja je abah nak bagitahu kat kamu. Assalamualaikum....” talian terputus sejurus salam Idris berbalas.

Lisa terpaku sejenak. Abah...dengan Farid?  Nampaknya abah dah berubah. Abah dah jadi macam dulu. Abah dah tak anti dengan Farid lagi. Wahh... ada hikmah rupanya aku kahwin dengan Adnan ni. Lisa tersenyum sendirian di ruang tamu hingga terlelap.

***

Kedengaran bunyi enjin kereta Adnan memasuki perkarangan rumah. Jam tepat-tepat menunjukkan pukul 6:45 petang. Mengikut kata Adnan, mungkin perjalan dari tempat kerja Adnan kerumah dalam 15 minit.

Ketika Lisa menuruni tangga, matanya di sapa dengan tubuh Adnan yang terbaring lesu di sofa. Gaya macam penat giler. Elehh, penat dia, penat lagi aku yang kena kemas satu rumah ni.

“Penat sangat ke?” sapa Lisa bersahaja sambil duduk di sofa. TV di hidupkan.

Adnan menoleh sedikit. “Kau dah masak ke?”

Lisa menoleh sekilas. “Belum...” remote control di tekan-tekan.

Tiba-tiba Adnan bangkit dari baring. “Apa? Belum? Eh, tugas punya kecik macam tu pun kau tak boleh buat ke?” sergah Adnan. Tajam matanya menikam anak mata Lisa.

Lisa kaget. Terkejut dengan perubaham sikap Adnan. Aikk... aku tak masak dinner, dah nak menengking?

“Aku dahlah penat balik kerja. Lunch aku terlepas, malam ni takkan aku tak makan kut.” Suara Adnan mulai kendur. Merajuk! Dan sememangnya dia sangat lapar waktu itu. Disebabkan Adnan yang sudah lama tidak masuk kerja, bertimbun-timbun fail di atas mejanya. Semua itu memerlukan pemeriksaan darinya.

Lisa mencebik. “Nanti aku masaklah. Bukan lama pun nak masak...” beritahu Lisa tanpa secalit senyuman.

Adnan yang mendengar sedaya upaya menyembunyikan senyuman. Perlahan-lahan dia bangun dan melangkah masuk kebiliknya. Perutnya mula mendondang sayang. Makan nasi goreng ketika sarapan pagi tadi membuatkan dia ketagih untuk merasa air tangan isterinya lagi. Boleh tahan jugak masakan Lisa. Lihat pada luaran, pasti tak jangka bahawa isterinya pakar dalam masakan. Pakar ke? Boleh laa...

***

Teragak-agak Lisa hendak mengetuk pintu bilik Adnan. Risau dia menganggu aktiviti Adnan di dalam. Nehh... aktiviti apa je yang mamat ni buat selain tidur. Kan?

Akhirnya Lisa ketuk jugak pintu Adnan sebelum tombol pintu di pulas. Perlahan-lahan kepala dijenguk kedalam. Mak aih! Luasnya bilik. Bilik aku pun tak seluas bilik ni. Ala.. nama pun bilik utamakan? Apa nak heran...

“Ada masalah ke dengan bilik aku?”

Terangkat badan Lisa kala di sergah oleh Adnan. Terkejut mak! “Kau ni, nak tegur kasi mukadimah sikit boleh tak? Terkejut aku!” pintu bilik Adnan di buka luas sedikit. Di lihat Adnan sedang duduk di atas tilam sambil menghadap laptopnya.

“E’eh, kita pulak yang kena. Kau yang patutnya bagi mukaddimah. Bilik siapa sekarang ni?” bidasnya. Lisa mula tarik sengih.

“Ada apa hal kau nak jumpa aku ni?” soal Adnan.

Lisa berdiri tegak di tepi pintu. “Err... hujung minggu ni abah nak mai sini.”

Adnan yang menghadap laptopnya berpaling. “Bila?!”

Lisa ketap bibir. Sejak bila laki aku ni jadi pekak? “Hujung minggu ni!” beritahu Lisa lagi sekali.

Adnan diam sekejap. “Dengan teksi?”

Lisa menggeleng. “Naik motor kut, dengan Farid.” beritahunya. Adnan yang mendengar nama Farid mula tak sedap hati. Ni datang nak usha bini aku ke hape?

“Tak payah susahkan si Farid tu. Nanti aku amik sendiri abah kat sana.” Putusnya.

Lisa masih dengan riak selambanya, “Okeh la kalau macam tu.” Lisa menutup kembali pintu bilik Adnan. Sebelum terkatup rapat, telinganya sempat mendengar suara sumbang dari dalam bilik.

“Sikit-sikit Farid. Sikit-sikit Farid. Macam dah takde nama  lain nak disebutnya!” gumam Adnan sendirian. Fikirnya Lisa tidak dengar. Padahal Lisa masih setia berdiri di luar biliknya.

Lisa tahan geram. Menyampah dengan sikap Adnan yang kadangkala seperti keanak-anakan. Kalau tak puas hati tu, cakap jelah direct terus. Tak payah la nak kutuk belakang-belakang. Sekarang ni aku rasa aneh. Marah kat Farid, apesal?

***

Setelah air milo dan mee goreng di hidangkan di hadapan Adnan, Lisa terus melangkah pergi ke dapur menyambung tugas membasuh pinggan yang tergendala kejap tadi. Belum sempat Lisa sampai di sinki, tiba-tiba namanya di seru.

“Duduk sini kejap.” Pelawan Adnan. Dan sudah tentu Lisa kehairanan. Wajah Adnan di perhati lama

“Duduk aku cakap!” suara lembut tadi berganti dengan suara tegas apabila Lisa masih berdiri di situ.
Lisa akur dan menarik kerusi di sebelah Adnan yang duduk di kepala meja. Wajah serius itu di pandang pelik. 

“Nak apa?”

Adnan diam. Setelah air milo di hirup, wajah Lisa di perhatinya.

“Pasal abah kau tu, aku rasa... aku tak boleh ambil la. Hujung minggu ni ada futsal. So.... macam mana?” riak selamba Lisa menjadi tatapan.

Lisa angguk sedikit. “Tak apa la kalau tak boleh. Aku tak paksa. Kau yang sua diri nak ambilkan? Nak harapkan aku,  aku tak reti bawak kereta. Nak naik motor, aku tak ada motor. Jadi, abang aku jelah yang hantar. Tak payah pening-pening.” Lisa mula tersenyum lebar. Terbayang wajah Farid, membuatkan hatinya girang. Rindu tahap gaban dah aku  kat abang aku tu.

“Abang?” soal Adnan pelik.

“Farid lah...” Lisa mula bangun dari duduk.

“Eh, aku kata duduk tu duduk jelah.” Sergah Adnan. Lisa kaget mendengar suara tegas Adnan. Tiba-tiba nak marah ni apesal? Lisa akur.

“Tak payah susahkan si Farid tu. Nanti aku suruh drebar papa amik.” Putusnya. Air milo di teguk lagi.

Dahi Lisa bercantum. “Drebar papa? Papa ada kat sini ke?” pelik. Drebar papa, dengan papa la. Dan semestinya drebar papa ada di KL. Ke papa ada kat sini?

Adnan tersedar. Dia berdehem sekali. “Takde. Tapi aku boleh upah orang lain amik abah. Dah dah. Ni keputusan aku. Jangan nak bangkang.” Adnan bangun sambil mencapai kot yang di sangkut di kerusi sebelah. Briefcase turut dicapainya sekali. Lisa mengekor Adnan yang berjalan ke pintu utama.

“Aku tak kisah. Yang penting abah sampai. Tapi... Farid tetap ikut tau!” Nekadnya.

Menyirap darah Adnan mendengar kata Lisa. Dia pun tidak tahu kenapa hatinya sakit tiap kali nama Farid terbit di bibir Lisa. Dia cuba untuk bersuara, tetapi pantas Lisa memotong.

“Aaa..Aaa.. Farid kena ikut. Dia akan teman abah ke sini. Tiada bantahan.” Lisa masuk ke dalam meninggalkan Adnan yang terpinga-pinga di situ. Apelah, Farid nak ikut pun tak bagi. Bukan buat apa pun, cuma nak teman abah je.


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post