follow

Sempurna Bagiku 2

Sewaktu jam menginjak ke pukul 10 malam, aku keluar dari rumah untuk ke kedai 7E. Stok meggi di dapur sudah habis. Jadi aku kenalah beli. Itulah makanan penting bila aku lapar ‘tak hengat’ pada tengah malam. Selain meggi, aku turut membeli Slurpe.
“Hai Ami..”
Aku pusing kepala ke sebelah. Dia lagi?
“Buat apa?” tanyanya. Aku mengangkat plastik yang berisi meggi aku beli tadi.
“Meggi? Mana elok.” Dia menunjukkan wajah prihatinnya.
“Tahu...tapi tu je cara cepat nak hilangkan lapar.” Balasku sambil menghisap air slurpe.
“Awak free?”
“Heemm? Saya tak free.” Jawabku. Sengaja memerli ayatnya yang tak berapa betul itu.
Amer tersenyum malu, “Okey. Awak free tak sekarang? Jom, saya belanja makan.” Pelawanya.
Hirupan aku terhenti. “Boleh je. Rezeki jangan ditolak.” Amer tergelak.
*****
Aku hanya memesan sekeping roti canai di kedai mamak dan air milo suam. Sambil menjamah roti canai, aku menadah telinga mendengar celoteh Amer.
“Ami. Saya nak tanya boleh?” pinta Amer sambil menyisip Teh O panasnya.
“Tanyalah Amer. Kali ni biar saya pulak bercakap. Asyik awak je berceloteh dari tadi.” Perliku.
Amer tergelak, “Masa Ami Form 4, Ami pindah rumah ya?”
“A’ah. Ikut papa Ami kerja kat Johor Bahru. Kat JB, Ami masuk sekolah teknik. Mana Amer tahu eh?” tanyaku sambil mengacau air milo dengan sudu.
Amer menggosok tengkuk belakangnya perlahan sambil tersenyum. “Saya check.”
“Check? Pasal saya? Amboi...rajin check menge-check’ ni ada apa-apa ke?”
Amer masih dengan senyumannya. Aku agak kehairanan dengan sikapnya yang pemalu dan suka senyum tiap kali aku memandangnya. Dan yang paling aku pelik, dia check pasal aku? Sebab apa? Jangan-jangan... Aku masih menanti dia membuka mulut menjawab persoalan aku tadi.
“Saja.”
Haihh... itu aje jawabnya. Saja? Unacceptable sungguh!
“Saja? Ke Amer ada sorok sesuatu dari saya ni?” aku memandangnya tajam.
“Errr...” Amer menggaru belakang tengkuknya. Kemudian dia mengintai jam tangan di bawah meja.
“Eh, dah nak dekat pukul 12 ni. Saya rasa baik Ami balik. Tak elok anak dara keluar malam-malam macam ni.” sejurus itu dia bangkit dan menghampiri kaunter. Aku mula syak sesuatu yang tidak enak. Nampak jelas yang Amer menyorokkan sesuatu dari aku. aku melihat jam di telefon bimbit. 11: 45 malam.
“Amer!” aku mengejarnya yang sudah pun berada di luar restoran mamak ini.
“Mana awak tahu saya masih anak dara? Awak tak tahu ke yang saya dah kahwin?” aku cuba mengujinya. Wajahnya mula berubah gelisah. Reaksinya membuatkan aku puas. dia masih belum tahu semua tentang diri aku.
Segaris senyuman terukir di bibirnya, “Saya tahu apa yang saya cakap. Sebab saya selalu check. Selalu selidik pasal diri awak. Saya sentiasa ambil berat pasal awak.” Amer menghulurkan sesuatu kotak bersaiz sebesar tapak tangan.
“Take care..” dia berlalu pergi. Senyuman manis yang dia hulurkan membuatkan aku terpana. Aku seolah-olah tenggelam dengan senyuman dan bicara terakhirnya tadi. Tangan menjadi sejuk tiba-tiba. Selalu check?
*****
“Asyik cakap selalu check je. Check apanya?!” aku menggaru kasar rambut yang tadinya diikat kemas mulai berubah serabai. Dia check aku buat apa? Macam doktor pulak nak check-check bagai. Kotak pemberian Amer aku capai. Dibuka pantas kotak itu kerana aku mengharapkan jawapan yang sebenar ada didalamnya. Namun apa yang diharapkan, tiada.
Aku tergamam melihat kerongsang yang dihiasi dengan batu yang bersinar-sinar. Diatas kerongsang itu terdapat nota kecil bewarna kuning. Huruf MU tertera diatasnya. Aku mencebik. Aku tak minat Manchester United. Bola sepak pun aku tak minat inikan pula, kelabnya. Aku membeleknya lagi. Di belakang kertas terdapat nombor 01. Apa bendanya ni? Manchester United dapat nombor satu ke? Ish...Amer ni bikin guwe sewellah!
*****
Seusai solat Asar di dalam pejabat, segera aku mengemas meja kerja kerana waktu kerja sudah pun tamat.
Butang lif ditekan. Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka. Betapa aku terkejut melihat Amer terpacak di dalam kotak lif. Amer turut menunjukkan reaksi yang sama.
“Ami? Awak buat apa kat sini?” tanyanya terlebih dahulu dari aku.
“Kerjalah. Awak buat apa kat sini?”
Amer keluar dari kotak lif. “Saya nak ambil barang papa dalam pejabat. Awak kerja sini? Sejak bila?”
“Haihh...kata check pasal saya. Takkan saya kerja kat mana pun awak tak tahu?” perliku. Amer tersenyum sambil menggaru belakang tengkuknya.
“Mungkin saya tak habis check lagi.”
“Awak kata tadi nak ambil barang? Maksud awak papa awak tu Dato’ Khalid ke?” memang Dato’ Khalid ada suruh aku carikan telefon bimbitnya dan letak di atas mejanya. Dia terlupa hendak membawa pulang. Tapi tak sangka pula lelaki ini yang mengambilnya.
“Yes. Okeylah... saya kena cepat ni. Ami baliklah dulu. Hati-hati tau drive...” Amer menekan lif. Serta-merta pintu lif terbuka lalu mengarahkan aku masuk ke dalam. Aku hanya menurut. Tak. Aku bukan mengikut arahannya. Memang aku nak blah dari situ pun. Entahlah. Teka-teki yang dia tinggalkan beberapa malam yang lepas membuatkan aku jadi menyampah melihatnya kerana satu jawapan pun aku belum dapat. Tapi kalau dia beri klu, mungkin aku akan jumpa apa maksud MU dan 01.
Amer!! Pleaselah beritahu apa maksud semua ni....
Sewaktu aku hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit memanggil nama aku.
“Kak Ami!” tercungap-cungap lelaki yang mungkin jauh lebih muda dari aku itu mendapatkan aku. Aku kembali menutup pintu kereta.
“Ya, adik cari akak kenapa?”
“Ni...untuk kak Ami.” Ujarnya tersekat-sekat akibat berlari tadi sambil menghulurkan kotak kecil bereben.
“Untuk akak? Siapa bagi?”
“Entah. Kata abang tu suruh akak tengok sendiri apa isinya.” Sambungnya lagi. Peluh-peluh jantan telah memenuhi seluruh wajah lelaki itu. Uishh...teruknya dia kejar aku tadi. Berpeluh-peluh!
“Abang? Hemm..terima kasihlah. Sorry susahkan adik.”
“Tak apa.”
*****
Aku merenung dua biji kerongsang yang dihadiahkan oleh Amer. Sememangnya aku benar-benar yakin bahawa ‘menatang’ yang aku terima petang tadi itu dari Amer. Kerana terdapat sehelai nota yang sama, berlainan isinya. Kali ini nota itu tertulis huruf KR dan 22.
Aku benar-benar tidak mengerti apa maksud semua ni. permainan apalah yang Amer ni main. Dah dasar budak-budak tu, memang buat apa pun macam tak matang. Apelah yang ada dalam minda Amer ni? Jangan dia anggap aku lebih dari seorang kawan sudah. Naya je. Amer ni layak aku jadikan adik angkat saja.
*****
Seminggu berlalu, dan semalam aku menerima hadiah.... bukan hadiah sebenarnya. Tapi klu treasure hunt kali ke 4. Aku tidak tahu sampai bilalah permainan yang betul-betul tidak masuk akal ini akan berakhir. Mungkin minda Amer masih terperangkap di zaman kanak-kanak hingga menyebabkan aku terjebak sekali. Haihh....
Empat kerongsang, namun berlainan jenis. Yang jelas kerongsang terakhir iaitu keempat itu merupakan kerongsang paling kecil berbanding kerongsang lain.
Sayup-sayup kedengaran suara orang memberi salam.
“Siapa tu Ami?” separuh menjerit Bella menanya kerana dia berada di dapur.
“Entah. Jap aku pi check.” Pantas aku mencapai tudung dan menyarungkannya ke kepala. Aku menghampiri pagar rumah. Kelihatan seorang lelaki memegang sejambak bunga ros bewarna merah, kuning dan putih.
“Nuramilina binti Asmadi?”
“Ya saya.” Aku melihat bunga yang ada ditangan lelaki itu. Cantik. Sememangnya, kombinasi bunga tiga warna itu padanan yang paling aku gemar sejak dahulu.
“Sila tanda tangan di sini.” Aku menurut katanya lalu bunga itu bertukar tangan. Wangi. Aku membawa masuk bunga itu.
“Eh Ami. Siapa bagi kau bunga ni?” tiba-tiba muncul suara Bella dari dapur.
“Entah. Secret admire aku kut.” Aku tersenyum bangga. Bella mencebik sambil membelek jambangan bunga ros itu.
“Untunglah... nanti separuh kasi kat aku ya? Suka pulak aku tengok warna-warni macam ni.” ujarnya. Aku tergelak. Bella kembali ke dapur untuk menyediakan makanan tengah hari. Minggu ini turn dia pula yang memasak.
Aku membawa masuk bunga itu ke dalam bilik aku. Kemudian mencari nama pengirim bunga yang menghantar bunga ini. Kertas warna kuning yang terselit di celahan bunga itu aku ambil. Saat aku membacanya, hanya satu keluhan yang terluah dari bibir.
AMER! You are too much! Apa yang tertulis pada kertas itu cukup meyakinkan aku bahawa Amer yang menghantarnya. Apa sebenarnya yang ada dalam minda dia? Kalau dia nak buat aku stress, okey! Aku memang dah stress dan bengang dengan permainan yang entah apa-apa ni. Sejujurnya aku tidak puas hati kerana satu apa pun aku tidak faham. ER dan 05. Apa ni?
Mula-mula, MU dan 01. Kedua, KR dan 22. Ketiga, IZ dan 34. Keempat, CHE dan 79. Dan yang terakhir, ER dan 05. Aku menyusun nota kecil itu mengikut urutan. Hampir dua puluh minit aku merenungnya. Ternyata tiada satu pun yang dapat membantu. Tapi kejap...
MU + KR + IZ + CHE + ER.... MUKRIZCHEER. Aku tahu nama ni. Teman maya aku. Tapi mana Amer tahu semua ni? Kemudian aku mencantumkan yang nombor pula. 01 + 22 + 34 + 79 + 05....  0122347905. Nombor telefon? Nombor MukrizCheer. Atau mungkin ini nombor Amer.
Damn! Siapa mereka berdua ni sebenarnya?!
*****
Aku menarik hand-break setelah kereta diparkingkan berhampiran dengan restoran. Bella yang ajak, katanya malam ini dia malas hendak masak.
Sewaktu enjin kereta dimatikan, bebola mata aku menangkap satu susuk tubuh yang amat aku kenal. Dia di sini? Tapi macam mana pula? Ah...mungkin rakan dia yang ajak ke sini.
“Ami, kau kenapa? Jomlah keluar, takkan nak makan dalam kereta kut.” Bella sudah berdiri di sisi kereta.
Aku memandangnya. “Arr...aku nak call orang kejap. Kau masuk dululah. Cari tempat. Malam ni ada bola, mesti tempat dah sesakkan?” Bella mengangguk. Aku menyelongkar beg tangan. Satu kertas yang tertera nombor telefon yang aku salin dari kertas-kertas kuning di capai, nombor telefonnya aku taip.
Sebelum butang hijau ditekan, aku mencari kelibat Amer. Kelihatan dia duduk di luar kedai. Almaklumlah, diluar lagi besar skrinnya. Jadi ramai yang memilih untuk duduk di situ. Aku menarik nafas seketika sebelum telefon bimbit di bawa ke telinga.
“Hello...” orang disana menjawab terlebih dahulu.
Aku sabarkan diri aku saja tatkala melihat Amer menjawab panggilan pada masa yang sama aku sedang bercakap melalui telefon. Jadi betullah ini nombor Amer.
“Mukriz?” soalku.
“Ami? Amilina...” terdengar dia ketawa perlahan. Aku makin sakit hati. Apa motif dia ketawa? Nak gelakkan aku sebab dah berjaya memperdayakan aku?
“Apa motif awak?”
“Motif?”
“laughing. Smiling. And pretend yang awak tak buat salah langsung. Honestly, awak memang dah rancang nak kenakan sayakan?” soalku terus tanpa dapat ditahan. Sakit hati melihat dia duduk dengan tenang di meja makan.
“What? Ami... awak dah salah sangka ni. I’m laughing just because I’m happy. Kenapa pula awak cakap saya rancang nak kenakan awak. Saya ikhlas...”
“Huh, ikhlaslah sangat. Who are you and what do you want from me?”
Aku yang melihat dari dalam kereta sudah tidak senang duduk. Amer menggosok belakang tengkuknya. Serba-salah barangkali.
“Ami.... Let me explain. Saya ikhlas nak kenal dengan awak. Tak ada niat buruk pun. Please. Jangan salah sangka.”
“Cakap tu jangan nak belok kiri kanan sangatlah. Cakap je awak ni siapa? Mukriz ke Amer? Apa motif awak buat saya macam ni? Bertahun-tahun tau saya kenal dengan Mukriz. Ini yang saya dapat? Sampai hati awak mainkan saya?” aku tidak tahan lagi. Berdas-das soaalan aku lemparkan pada dia. Kali ini jika dia masih mahu mengelak lagi, sekarang juga aku pergi serang dia di situ.
Amer bangun dari kerusinya. Dia berdiri di tempat yang agak gelap dan jauh dari rakan-rakanya. “Ami...macam saya cakap tadi. Saya ikhlas nak kenal dengan awak...”
Aku keluar dan berdiri di sisi kereta. “Then?”
“Ami...saya..saya..” makin gagap, makin kerap tangannya berada di belakang tengkuk. Ketara sungguh jika dia melakukan kesilapan. Sesaat kemudian, dia terus terdiam. Dalam gelap, aku dapat lihat dia berdiri kaku memandang ke arah aku.
“Awak dah nampak saya ke Ami?” perlahan suaranya.
“Yes Encik Amer.” Panggilan aku matikan.
*****

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post