follow

Tomboi as Bodyguard I

Nama aku Faris. Nak nama panjang? Aishh... malu nak cakap. Dari watak aku sekarang ni, mustahil orang akan fikir nama sebenar aku sesuai dengan orangnya.

Husna Farisya. Sedap ke? Ah... lantaklah. Yang penting nama tu bukannya boleh dimakan. Yang aku tak tahan sekarang ni, aku kena berdiri di bawah pancaran matahari yang terik. Di sebabkan panas yang melampau, terpaksa aku cover muka dengan tangan kanan bagi mengurangkan rasa silau. Tangan kiri pula memegang fail. Resume untuk temu duga sementara menunggu surat tawaran untuk sambung belajar.

Di sebabkan tempat duduk di perhentian bas penuh, aku terpaksa berdiri. Dengan kemeja yang basah lenjunnya, tak usah cakaplah. Takut orang nak dekat terus pengsan pulak.

Beberapa minit kemudian, sebuah bas menghampiri tempat perhentian bas tersebut. Aku yang punyalah dekat dengan pintu masuk bas tu, terus jauh bila seorang malaun yang tak bertamadun menolak aku hingga fail yang dipegang tadi terdampar jauh.

“Woit! Kuwang aja.... !!” Selepas je aku tengking malaun tadi, tiba-tiba lenganku di sentuh lembut.

“Cu, sabar ya. Takkan lari gunung di kejar. Nek tumpang lalu ya.” Nenek tadi terus masuk ke dalam bas dan bas itu jauh meninggalkan aku yang terpingga-pinga dengan hujah nenek tadi.

Memang gunung tu tak lari, sebab aku mana ada kejar gunung. Tapi bila pikir-pikit balik, apa motif orang tua tu cakap macam tu ya? Entah-entah saja je nak perdayakan aku supaya dia yang dapat naik bas tu. Ah, lantaklah. Wayar terputus kut. Orang tualah katakan.

Takde pilihan, terpaksalah aku tunggu di tempat yang sama. sewaktu mata melilau ke sekeliling, mata aku tertancap pada sorang mamat yang boleh di kategorikan golongan ‘hensem’ menghampiri tempat perhentian bas. Lelaki itu dengan rakus melonggarkan tali lehernya.

Aik, pakai baju branded habis. Takkan naik bas je bang oi?! Muka macam orang frust bercinta pun ada jugak. Kesian.... harap-harap tak masuk hospital sakit jiwa la ye?!

“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang hensem ke?” Tengking lelaki berkot itu.

Bulat biji mata aku dengar ayat ‘perah-santan’ dia. “what? Hensem? Bro... agak-agaklah. Kalau dibandingkan dengan aku, aku lagi macho dari kaulah samdul! Pakai kot, tapi naik bas je. Apa barang!!” aku silang tangan sambil memeluk fail tadi.

Lelaki tadi terus beredar. Bengang dengan akulah tu! Tulah, jangan pandang aku sebelah mata. Kan dah kena dengar ayat pedas aku tadi.

Belum jauh pun lelaki tadi beredar, tiba-tiba dia di sambar oleh dua orang makhluk kutu rayau yang menaiki sebuah motosikal. Briefcasenya di ragut tetapi agak susah sebab terpaksa lawan tenaga dengan lelaki tadi.

Aku yang terkejut tengok aksi bahaya itu terus menghampiri. Orang sekeliling tak berani masuk campur, yang tau hanya buat muka takut. Perempuan pulak taunya menjerit je. Cubalah usaha² ke, try call polis or anything.

Tangan pembonceng yang sedang memegang briefcase itu aku pukul hingglah dia terjerit serupa pondan. Manakala kawannya yang duduk depan turun dari motor untuk serang aku pulak. Aku yang dah tau sangat tektik lapuk dia terus mengelak. Satu tumbukan mengena perutnya. Lelaki ’perah-santan’ tadi hanya diam memeluk briefcasenya. Hampeh betul. Benda tak bernyawa tu jugak yang kau selamatkan.

Setelah kawannya tadi tu lunyai aku kerjakan, sekarang giliran pembonceng pula yang dah tercengang melihat kawannya yang terjelupuk menahan kesakitan. Aku menghampiri lelaki itu lalu leher bajunya di cekak.

“Apa pasal lu ragut handbag itu mamat hah? Bukan lu orang selalu ragut handbag makcik-makcik ka?” aku guna sleng cina di sebabkan lelaki itu berketurunan cina. Mana tahukan, dah kutu raya mana paham bahasa melayu.

“T.. tak... Wa.. bukan.. bukan...”

“Apa bukan-bukan?! lu gagap ke hah?” tengking aku lagi. Lelaki itu segera menggelengkan kepala.

Tanpa di duga, tiba-tiba seseorang menarik bahu aku dengan kasar lalu satu tumbukan mengena perut aku yang langsing. Ahh... kalau banyak lemak, ada jugak pelindungnya!

Kedua-dua laki tadi terus mendapatan motornya lalu meninggalkan kawasan tadi. Aku pulak, terus terduduk menahan senak. Tak guna! Main kotor ya?

“Weh, kau.. kau okey tak? Meh sini aku checkkan.” Lelaki ‘perah-santan’ itu menyentuh bahu aku. Tetapi di tepisnya. “Tak payah. Bukan muhrim. Dosa!” aku cuba untuk bangun dan berjalan menjauhi lelaki itu.

“Oh ya!” aku berpaling menghadapnya yang macam blur. “Pada pandangan aku, kau ni mesti ramai musuh. Kalau tak takkan malaun² tadi nak ragut briefcase kau kan? Briefcase kau bukannya handbag. So, aku sarankan kau pasanglah bodyguard kiri kanan. Baru selamat. Okeh, cau dulu. Adios!”

“Kejap! Kau tinggal baranglah!” Aku berhenti. Barang? Oh ya. Fail akulah. Segera aku patah balik. Kelihatan lelaki itu membelek-belek fail itu. “Bak sini!” belum sempat fail itu di rampas, lelaki itu lebih pantas mengelak. Lu apehal? Fail akulah, takkan aku  nak berebut dengan barang sendiri!

“Kau cari kerja kan?” tanyanya. Aku sekadar mengangguk. “apesal? Nak carikan kerja untuk aku ke?”

“Pandai kau teka. Kau nak?” Lelaki itu tersenyum.

“Bro! Seyes ke bro? Pergh.... pucuk di cita, ulam mendatang bro! Thanks bro!” kalaulah makhluk depan aku 
ni perempuan, dah lama aku peluk. Happy gilak!

“Jadi body guard aku!” Gulp! Biar betik! Senyuman lebar tadi mati serta-merta. Aku memanglah suruh kau cari bodyguard. Tapi bukannya akulah, bodoh!

“Pardon! Apa dia? Bodyguard? Lu gilalah. Muka aku ni langsung tak sesuai jadi balaci kau okeh? Bak sini fail aku!” lagi sekali fail itu gagal di capainya. Hih! Main tarik talilah pulak.

“Gaji RM 2000.” Dia cuba tawar-menawar. “Tak naklah! Baklah sini!” masih gagal di capai.

“Okeh fine! Kau cakap je nak gaji berapa per month. Aku follow je. Asalkan tak keterlaluan. Deal?” keningnya di angkat-angkat.

Argh... memang tak paham bahasa betul! Tapi okey jugak, dari takde kerja langsungkan?

“Bila kau nak aku start ni?” terbit satu senyuman sinis pada wajah lelaki itu. Menyampah aku!

“Besok pagi. Ni alamat ofis aku. Okeh, i gotta go. See ya!” lelaki itu menahan teksi setelah fail serta kad niaganya di serahkan.

Nasib badan..... mulai besok, status aku bertukar menjadi bodyguard pada seorang lelaki yang tampak gentle dari luaran. Pada hakikatnya, lembik dari segi dalaman. Ada ke mintak orang perempuan jadi bodyguard dia? Hergh!

                *****

Terpegun aku tengok bangunan yang tesergam indah di hadapan. Mesti mamat ni kaya. Sebab aku tengok jawatan lelaki tu pada kad ialah CEO. Aku menghampiri pintu utama dan masuk. Seorang gadis tersenyum ke arahku. Penyambut tetamu kut.

“Yes encik. Boleh saya bantu?” Gadis itu tersenyum ramah. Encik dia panggil aku? Ah, lantaklah. Aku yang pakai macam ni siapa suruh. Lagipun aku dah biasa kena macam kes sekarang ni. panggil aku abang pun pernah!

“Err... Saya nak jumpa...” nama pada kad itu aku baca. “Encik Azri.. Imran. Dia ada tak?”

“Er.. Encik ada buat appointment tak?” tanyanya lagi. “lar... kena buat appoinment ke?” gadis itu tersenyum. 
Nak kasi nama pun, bukannya mamat tu kenai aku. Entah kasi ke tak aku jumpa dia nanti.

“Eh.. kau orang semalam tu kan?” tiba-tiba satu suara menyapa aku dari belakang. Aku memusingkan badan mengadapnya. “hah bro! Baru sampai ke? Sorrylah, aku datang awal sangat kut.” Aku menyeluk tangan ke dalam seluar slack hitam.

“It’s okey. Jom, masuk dalam ofis aku.” Mamat itu atau lebih sopan, Azri melangkah laju ke pejabatnya. Setiap pekerja dia hadiahkan dengan senyuman. Aku yang di belakang dia hanya tunduk dan senyum. Apa da... macam adat orang jepun pulak. Kejap-kejap tunduk kepala. Dan ada satu minah ni, boleh pulak main kenyit mata dengan aku? Tak tahu pulak minah cun dan seksi tu ada sakit mata ye? Ish, ish, ish...

Setelah menjejakkan kaki di dalam pejabat Azri, mulut yang terkatup terus terbukak. Cunnya bilik dia. Luas! Anggaran akulahkan, agak-agak luas bilik ni sama je macam rumah sewa aku.

“Jemput duduk.” Aku hanya menuruti Azri yang duduk di sofa di ruang pejabatnya. “So, nama kau....”

“Faris...” Azri mengerutkan dahi. “Aku nak nama penuhlah. Aku tau kau perempuan, takkan mak kau kasi nama lelaki kut.” Wah... sungguh pedas kata-kata mu itu, Encik Azri!

“Aish... nama perempuan mestilah ada. Mak saya yang terchenta yang kasi. Nama saya...  Husna Farisya.” 

Azri mengangguk-ngangguk. “Ada bawak resume?” tanyanya lagi.

“Hah? Resume? Lah.... aku ingat...”

“Wait! Aku rasa dalam pejabat seelok-eloknya kita guna bahasa formallah. Okeh, boleh saya tengok resume Cik Husna?”

Aku dah mula tercengang. Selain kaum kerabat aku, mamat ni sorang je yang panggil aku Husna. Aishh... rasa kekoklah pulak. “Bos... Sorrylah. Saya ingatkan kerja bodyguard ni tak payah temu duga macam ni.  so, saya tak bawaklah. Sorry again...” Mata Azri membulat.

“Whateverlah Husna oi...”

“Bos! Jangan panggil saya Husna. Panggil Ris cukup. Tak biasalah..” aku tersenyum sumbing. Seyes, aku memang tak biasa lagi-lagi orang lelaki yang sebut. Meremang bulu roma aku tau!

“Hemm... Up to youlah! Here... semua tugas saya dah senaraikan malam tadi. Kalau ada penambahan, nanti saya akan maklumkan. So, awak studylah ya.” Azri bangkit menghampiri meja kerjanya.

-pandai bawak kereta
-pandai dalam hal mekanikal.
-pandai dalam mempertahankan diri. (melindungi Bos yg terChenta)
-pandai menguruskan waktu.
-tidak mencampur adukkan hal peribadi dengan kerja
-menurut perintah arahan Bigbos.
-tidak mengkhianati kepercayaan bos.
-jujur pada amanah yang di berikan
-sentiasa peka pada keadaan sekeliling dan keselamatan bos.
-pandai masak (bila terdesak je)

Aik! Memasak pun termasuk sekali ke dalam tugas ni? Seumur hidup, nilah first time aku jumpa tugas macam ni bila jadi bodyguard. Pelik... pelik...

“Nak study kat rumahlah. Ni, sain kontrak. Kontrak kita hanya selama setahun. Kalau saya hendak lebih lama, saya akan diskus dengan awak. Okeh?!” aku mengangguk. “Bos, saya rasa memang patut pun setahun je. Sebab saya kerja ni pun sebab nak tunggu surat tawaran belajar.” Aku terus menurunkan tandatangan pada kertas A4 itu.

“Sambung belajar? Awak umur berapa?”

“saya? Baru habis SPM Bos.... tu sebab saya tengah tunggu tawaran belajar. Tengah tunggu-tunggu tu, takkan nak lepak kat rumah membesarkan perut je kan? Nak jugak saya cari duit makan sendiri.” Sambil berceloteh tu, sempat lagi aku membaca lagi syarat-syarat yang seterusnya.

“Oh... Okeh!” Azri mengangguk-ngangguk.

“So, jom! Kita breakfast. Saya tahu awak belum makan lagi. Oh ya, reti bawak kereta tak?”

“Hah? Er.... humm.... saya dalam proses sebenarnya bos. Tu yang susah tu.” Aku garu kepala.

“Hemm... takpe. Awak buat tugas lain dulu. Drive, biar saya je yang buat. Karang nyawa-nyawa ikan pulak kalau awak yang drive.” Perlahan je kata-kata Azri pada ayat terakhirnya. Tapi tak bermakna aku tak dengar langsung. Boleh tahan jugak kepedasan mulut bos aku ni!

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

| Newer Post