Sempurna Bagiku 3
“Ami... sediakan kopi dua ya?” pinta Dato’ Khalid di luar bilik pejabatnya sewaktu aku baru
balik dari tandas. Aku mengangguk seraya tersenyum. Dalam otak terfikir juga,
kenapa hendak dua cawan? Ada tetamu ke? Tapi seingat aku, tak ada pun sebarang
temu janji petang ini.
Pintu diketuk. Mendengar suara Dato’ Khalid, aku terus menolak pintu
bersama dua cawan kopi di tangan. Kelihatan Dato’ Khalid sedang bercakap di
telefon, di hadapannya pula ada seorang lelaki duduk bersandar.
“Dato’, airnya.” Aku menghidangkan air. Dato’ Khalid mengangguk dan
bergegas bangun seperti hendak keluar.
“Letak je kat situ Ami. Saya nak keluar kejap. Nak jumpa Dato’ Taufiq.”
Beritahunya.
“Dato’ Taufiq? Dia ada kat Malaysia ke?” Dato’ Khalid mengangguk. Kemudian
keluar dari bilik pejabat. Aku meletak satu cawan ditempat meja Dato’ Khalid
dan di depan lelaki itu. Dapat aku rasakan mata lelaki itu memandang aku tanpa
berkalih ke tempat lain.
“Jemput minum encik...” pelawa aku. Saat melihat wajahnya, mulut aku
ternganga sedikit.
“Thanks Ami.” Selamba dia berkata. Sakit pula hati aku melihat wajahnya
yang penuh dengan ‘tak kisah’nya.
“Its nice to meet you here..” aku mengukir senyuman sinis.
Amer memandang aku tanpa riak, “Yeah..its nice. Lagipun dah lama kita tak
jumpakan?”
Seminggu, lama ke? Bagi aku masa seminggu itu adalah kejap sangat. Malam
tempoh hari sewaktu aku menelefonnya, aku terus pulang. Nasib baik Bella belum
sempat order lagi. Dia pun dengan muka yang kelat terpaksa pulang dan aku
mengatakan yang aku senggugut. Dia pun percaya je bulat-bulat. Lagipun aku tak
sanggup makan satu kedai yang sama dengan lelaki itu.
“Ami... awak marah saya lagi ke?”
Aku memeluk dulang yang dibawa tadi. “Awak rasa?”
Amer bangun dari duduk dan berdiri di hadapan aku. “Ami...saya buat tu
bersebab..”
“Apa sebabnya?” pantas aku memintasnya.
“Arr...” seperti yang aku jangka, pasti dia akan menggosok belakang
tengkuknya. Matanya hanya berani memandang bawah.
"Amer, susah sangat ke awak nak cakap? Just tell me the reason, thats it!
Susah sangat ke permintaan saya? Ada apa dalam mulut awak eh sampai nak cerita hal
sebenar pun awak taknak? Awak takut rahsia terbongkar? Takpe, tak payah risau.
Lepas awak beritahu sebabnya, saya aku nyah dari mata awak. Dan awak tak payah
takut, saya tak akan serang awak atau nak masukkan awak dalam lokap. Saya tak
ada kuasa nak buat semua tu. Awak kena ingat, siapa saya, siapa awak. Awak tu
anak Dato’ Khalid, anak pada majikan saya. Saya memang tak mampu buat apa-apa
terhadap awak. Paling koman pun, tampar awak je.” Tajam mata aku menikam
wajahnya. Terkebil-kebil matanya mendengar kata-kataku.
Mulut Amer seperti hendak mengatakan sesuatu, tetapi dah lebih seminit aku
tunggu. Tetap tiada suaranya. Akhirnya aku mengeluh.
“Ohh...macam tu ceritanya. Bagus cerita tu. Saya faham sangat. By the way,
barang-barang yang awak bagi hari tu saya akan pulangkan.” Aku mula mengorak
langkah untuk keluar dari situ.
“Ami...”
Aku berdiri betul-betul dihadapan pintu, bersedia untuk keluar.
“Sebab saya sayangkan awak. Saya buat semua tu sebab saya sayangkan awak,
cintakan awak. Sejak saya di tingkatan dua lagi. Bertahun-tahun saya tahan
perasaan saya untuk tidak berjumpa awak. Dan hanya tahun ini saja saya berani
muncul depan awak...”
Bagai mahu luruh jantung aku mendengarnya. Kenapa perasaan itu yang dia
rasa? Aku tak suruh pun dia simpan perasaan itu. Dia ni memang dah gila. Aku
berdiri dihadapnnya.
Pang!!
Ternyata Amer tergamam dengan apa yang berlaku. Dia langsung tidak
menyentuh pipinya yang kelihatan merah itu. Matanya sayu memandang aku.
Tiba-tiba hati aku dicuit satu perasaan aneh. Rasa simpati. Matanya yang sayu
lagi lembut itu membuat aku berdebar.
Ahh... tidak. Aku tak kasihan langsung pada dia! Pantas aku menyedarkan
diri.
“Amer. Pleaselah. Wake up! Awak sedar tak apa awak cakap tadi? Ingatlah
sikit, awak tu siapa. Saya ni siapa. Jurang antara kita terlalu banyak sangat.
Perasaan sayang, jauh sekali. Awak tu cuma layak jadi adik saya je. Adik,
faham? ohh...anyway, saya dah faham apa sebab awak berpura-pura jadi Mukriz tu.
Thanks sebab dah permainkan hati saya. Hampir je, Amer. Sikit je lagi saya
terjatuh hati pada Mukriz. Tapi saya tak sangka....betul-betul tak sangka...” aku
geleng kepala lalu kembali menyambung langkah untuk keluar dari bilik. Atau
lebih tepat menjauhi Amer.
“Saya tak berpura-pura. Saya benci kepura-puraan. Nama saya memang Mukriz.
Amer Mukriz bin Khalid Amran. And why not awak teruskan saja perasaan awak tu?
Tak salahkan saya bercinta dengan orang yang lebih tua dari saya? Jurang antara
kita tak banyak Ami. Cuma awak yang mencipta jurang tu. Awak yang menutup pintu
hati awak. Beza antara kita Cuma dua tahun je Ami. Jangan terlalu mengharapkan
kesempurnaan Ami. Kita hidup biar besederhana...”
“Cakap dengan Dato’ saya keluar kerja awal. Ada hal penting.” Terus aku
keluar dari situ. Serba-sedikit aku terasa juga dengan kata-katanya,
seolah-olah diri aku ni teruk sangat berbanding dengan diri dia.
Amer memang sudah gila. Aku dengan dia? Ahh..sangat mustahil. Aku mencapai
beg tangan untuk beredar dari situ. Kaki di buka luas seolah-olah aku merasa
Amer sedang mengejar aku dari belakang.
****
Aku duduk termenung di kerusi batu itu. Petang yang nyaman ini, ramai pula
orang yang beriadah di taman ini. Kisah di pejabat tadi langsung tidak dapat
aku lupakan. Ternyata berada di tempat sebegini pun tidak dapat menenangkan
minda aku.
Ketika aku melihat manusia-manusia yang sedang membuat Tai Chi, aku melihat
dua pasangan begitu mesra lalu di hadapanku. Suami isteri barangkali kerana
lelaki itu sedang menggendong seorang kanak-kanak perempuan dan yang perempuan
sedang sarat mengandung. Aku tersenyum nipis apabila perempuan itu tersenyum ke
arah aku.
Kemudian perempuan itu melangkah ke arah aku dan duduk di sebelah aku. Suaminya
di biarkan berjalan bersama anaknya.
“Haihh...penatnya. Sorry ye kak. Saya tumpang duduk sini. Tak larat nak
berjalan ikut husband.” Pintanya. Aku mengangguk sambil tersenyum manis.
Hai...muka aku ni nampak sangat ke tuanya? Sampaikan mak buyung pun gelar
aku kakak.
“Eh umur awak berapa ya? Sorry, saya terpanggil akak pulak. Entah-entah
saya lagi tua kut.” Wajahnya berubah serba-salah.
“Umur saya 25. Panggil je Ami. Terasa macam saya kena kahwin cepat pulak
bila orang panggil saya kakak.” Mesra aku berbual dengannya.
“Really? Ohh...macam tu sebayalah kita. Umur saya pun 25.”
“Ia?” wanita itu mengangguk.
“Saya Marlisa. Panggil je Lisa. Emm...Ami nampak tak suami saya tadi?”
Aku memandang depan, mencari kelibat suaminya tadi. “Nampak. Kenapa?”
Marlisa tersenyum, “Tak ada apa. Saja je saya tanya. Ami nampak antara saya
dengan dia, siapa lagi tua? Jangan salah sangka. Sebut pasal umur tadi,
tiba-tiba saya nak tanya Ami soalan tu.”
Aku berfikir sekejap.
“Suami Lisalahkan? Sebab selalunya umur suami lagi tua dari isteri.”
Marlisa mengangguk, “Ami rasa macam tu. So selama ini itulah prinsip Ami
kalau nak cari pasangan hidup?”
Aku mengangguk sikit.
“Dulu saya pun pernah terfikir macam tu. Kalau nak cari suami, kenalah cari
yang tua setahun atau 2 tahun atau mungkin lebih. Sebab kita nak cari suami
yang matang dalam menjalani hidup seharian. Tapi maaf saya cakap, prinsip macam
tu salah. Salah sangat. Sebab umur husband saya 21 tahun.” Tenang dia berkata.
Aku sedikit tercengang.
“jadi beza antara Lisa dengan suami Lisa...”
“Ya... 4 tahun. Tapi tulah, bila cerita dengan orang. Ramai yang cakap
husband saya nampak lagi tua dari saya. Saya adalah juga kembang sikit.
Rata-rata yang dengar terkejut bila dapat tahu suami saya lagi muda dari saya.
Tapi saya sikit pun tak kisah. Sikit pun tak terasa. Sebab setiap kejadian
Allah tu semuanya indah-indah belaka. Allah dah takdirkan suami saya ialah
insan yang muda 4 tahun dari saya. Mula-mula dulu saya susah sikit nak terima
yang saya dah jatuh pada seorang pelajar matrik. Tapi bila dah kena ceramah
dengan kawan and family, baru saya sedar. Bercinta dan berkasih dengan orang
yang lebih muda taklah teruk sangat.
“Nak lawan? Berdosa pula kalau kita melawan takdir. Lama-lama saya terima.
Bila tahu bukan saya je kahwin dengan orang muda, saya makin selesa dan boleh
terima.” Panjang lebar dia bercerita sambil matanya dipakukan pada suaminya.
Disitu aku nampak betapa kuatnya kasih sayangnya terhadap suami. Bahagia aku
melihatnya.
“Apa Ami rasa bila dengar cerita saya?” tiba-tiba Marlisa bertanya.
“Saya? Arr...entah.” dalam fikiran, aku terbayangkan Amer. Terasa juga aku
dengan kisah Marlisa ni. Terkena batang hidung sendiri. Haihh....
“Nak cari pasangan hidup ni, jangan mengharapkan yang baik je.
Kadang-kadang tak boleh jugak terlalu mengharapkan kesempurnaan. Cuba
bayangkan, kalau suami dan isteri tu terlalu perfect. Dalam rumah tangga senada
je. Tak ke boring? Suami perfect sangat sampai si isteri tak tahu nak buat apa
lagi. Begitu juga sebaliknya. Sebab itulah apa yang Allah buat tu, ada
hikmahnya. Macam suami saya. Dia sekarang pun masih belajar kat U. Saya dah
kerja. Kadang-kadang saya tolong suami saya kalau dia tak tahu dalam beberapa
subjek. Tapi ialah...budak U kan? Kadang fikiran pun tak matang. Sikap cepat
putus asa tu biasalah bagi seorang pelajar. Tapi ada satu masa, saya rasa saya
pulak yang kebudak-budakkan. Overall, di mata saya, husband saya tu terlalu
sempurna bagi saya. Bila dia buat salah, saya tegur. Bila saya buat salah, dia
betulkan. See? Nampak tak peranannya di situ?”
Aku yang leka mendengar hujahnya tersenyum sedikit sambil mengangguk.
Mengharapkan kesempurnaan. Ayat yang Marlisa sebut tadi mengingatkan aku pada
Amer Mukriz.
“Dah berapa tahun Lisa kahwin?”
“Lebih kurang 3 tahun kut. Kenapa?”
Aku tersenyum, “Nampak macam dah sepuluh tahun kahwin. Lisa cerita macam
dah banyak sangat pengalaman. Lisa cakap-cakap ni, Lisa tahu tak yang saya ni
dah kahwin ke belum?” aku cuba mengujinya.
Ternyata riaksi Marlisa berubah. Aku tergelak melihatnya. “Cuak ke? Saya
memang belum kahwin pun. Apa-apa pun, thanks sebab dah bagi info yang berguna
tu. Akan saya menfaatkan dimasa akan datang.”
Marlisa tersenyum manis. “Sama-sama. Sorry kalau saya terlalu banyak cakap.
Cikgu kaunselor, memang macam ni. Suka bagi ceramah kat orang.”
Laa... guru kaunselor ke? Patutlah. Aku senyum padanya.
“Husband saya dah datang tu. Saya mintak diri dululah ya? Thanks sudi
dengar cerita saya. Ni kad saya, ada masa lapang calllah saya.” Aku mengambil
kad bisnesnya. Sempat dia memberi salam sebelum berlalu berpimpinan tangan
dengan suaminya.
Suka aku melihatnya. Aku mula terfikirkan nasib diri aku, mula terfikirkan
tentang Amer. Jarak antara aku dengan dia hanya dua tahun. Tetapi Marlisa 4
tahun, tu pun dah beranak-pinak. Betul ke aku anggap Amer macam adik aku?
Terbayang babak aku menampar pipinya. Rasa bersalah menguasai diri. Hati
aku juga bergetar hebat sewaktu memandang wajah sayunya. Kejam sangatkah aku?
*****
Aku dan Bella keluar untuk makan malam di restoran yang aku tak jadi nak
makan tempoh hari gara-gara Amer turut berada disitu. Tetapi malam ini entah
kenapa aku mengharapkan dia wujud disini.
Aku yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulut terkejut apabila dicuit
oleh Bella. “Apa?”
“Ami...aku rasakan orang tu dari tadi usha kaulah.” Bisik Bella sambil
matanya memakukan ke arah belakang aku.
“Mana?”
“Tu, belakang tu.”
Aku pusing kepala. Terkejut aku melihat lelaki itu rupa-rupanya ada di
sini. Dia yang duduk dua meja di belakang cepat-cepat memandang ke arah lain.
“Kau kenal ke?”
“Amer. Amer Mukriz.”
“What? Amer? Itulah Amernya?”
Aku mengangguk. Lagi sekali aku terkejut apabila bahu aku pula ditolak.
“Go la! Go to him. Aku tahu kau memang tunggu dia.”
“What? Bila masa aku tunggu dia.” Aku tarik muka, menutup kebenaran itu.
Ada ke aku yang kena pergi kat lelaki tu?
“Tengok tu. Dia usha kau lagi beb. Ami, open your mind. Dari mata Amer tu
aku tahu dia tu sayang gila kat kau.” Begitu yakin Bella mengasak aku untuk
meluahkan perasaan.
Aku tak tahu apa perasaan aku terhadap dia. Aku pandang belakang sekali
lagi. Pada masa yang sama dia turut memandang aku. Aku telan air liur. Matanya,
lembut dipandangan mata aku. Cepat-cepat aku pandang ke hadapan semula. Dapat
aku rasakan detakan jantung yang semakin rancak.
“See! Kau sendiri pun dapat rasakan? Aku tahu Ami. Aku tahu kau pun sayang
kat dia. Cuma hati kau yang menidakkan...”
“Bella, dahlah.” Aku menghirup jus oren untuk menenangkan hati aku.
“No Ami. I’m not enough selagi kau tak pergi kat dia, minta maaf kat dia,
and luahkan perasaan kau kat dia. Ami, tak teruklah bila kita bercinta dengan
orang yang lebih muda. Aku tengok Amer tu matching apa dengan kau, tak nampak
langsung yang dia tu muda dua tahun.” Kata Bella lagi.
Aku mengeluh. Patut ke aku pergi kat dia?
“Tapi nak mintak maaf sebab apa?”
Bella bulatkan matanya. “Lupa? Kan kau pernah tampar dia? Ingat dia tak
terasa ke?”
Aku tersenyum sedikit. Memang aku patut pun minta maaf darinya. Aku tarik
nafas sebelum bangun dan melangkah kebelakang. Amer aku lihat sedang melihat
skrin besar di luar restoran ini tanpa sedikit pun memandang aku yang sedang
berjalan ke arahnya. Pura-pura! Hari tu kemain kata benci kepura-puraan.
“Hai...” sapaku.
Amer memandang aku tanpa riak. Dia tersenyum nipis.
Aku memandang Bella. Bella bagi isyarat suruh aku duduk sebelah Amer. Aku
pun ikut sajalah.
“Amer...”
“Kalau Ami tak ikhlas tak payahlah. Ingat saya tak tahu kawan awak yang
provok awak ke sini?” katanya menyentap hati aku. Sedikit pun matanya tidak
berkalih dari skrin besar itu. Hina sangat ke aku? Tiba-tiba aku jadi touching
gila bila dengan lelaki ni. Aku mengeluh.
“Dari cara awak cakap nampaknya awak dah mula bencikan saya, right? Ok
fine. Saya akan pergi. Nampaknya perasaan awak tu cuma sekejap je kan? Bila
saya dah rasa apa yang awak rasa tu, tiba-tiba pula saya kena hapuskan perasaan
tu. Saya dah penat Amer. Penat bila hati di permainkan...” aku bangkit untuk
bangun. Terasa mata aku seperti berkaca. Tolonglah! Kenapa aku cepat sangat emo
bila dengan lelaki ni?
“Ami! Don’t go..” lirihnya.
Aku kedip mata berkali-kali kemudian kembali duduk. Wajahnya ku pandang.
“Sorry. Saya terlalu ikutkan hati sangat tadi.”
Aku geleng kepala. “Tak apa. Dah lama buat kerja ni?”
Amer kerut dahi, “Kerja apa?”
“Usha anak dara orang.” Sindirku.
Amer menggosok tengkuknya sambil tersenyum. “Lama jugaklah.”
Terbeliak biji mata aku mendengarnya.
“Eh tapi bukan sebarangan anak dara. Saya cuma usha Ami je.” Dia tersengih.
Amboi...dengan muka tak bersalahnya. “Dah lama tu dari pukul berapa?”
“Err...sebenarnya dah lama. Sejak Ami start makan kat kedai ni.”
“What?!”
Lelaki itu mengangguk kepala.
“Dah tu rumah saya pun awak tahulah?”
“Mestilah. Kalau tak macam mana saya hantar bunga tu.”
Ya tak ya jugak.
“Ami...”
“I’m sorry..” pantas aku memotongnya.
“Hah?”
Aku tarik nafas sekali, “Saya kata, saya minta maaf.”
“Untuk apa?”
“Hemm... pasal ni.” Aku menyentuh pipi aku sambil mata aku memandang
pipinya yang pernah aku sentuh dahulu.
Amer senyum lalu menggelengkan kepalanya, “It’s okey. Saya memang dah agak
waktu tu Ami akan sepak saya. Mula-mula lagi Ami dah cakap, paling koman pun
tampar je. So, saya tak ambil hati pun. Bukan senang nak dapat belaian dari
Ami.” Katanya bersama tawa.
Aku tergelak. Belaian? Sikit punya sakit macam tu pun dia boleh kata
belaian? Dia ni memang dah gila.
“Ami...”
“Hmm?”
“I love you...”
Ringkas, namun sudah cukup membuat aku tergamam.
“I really do..” lembut saja anak matanya menikam wajahku. Aku pantas
menunduk lantaran senyumannya telah membuatkan hati aku tidak keruan. Tak pasti
apa yang aku rasa. Suka? Mungkin...
“Jangan senyap je Ami. Say something.... supaya saya tahu yang saya tak
bertepuk sebelah tangan.” Wajah berharap Amer aku tatap.
“Macam mana kalau saya kata tak? Apa awak akan buat?” aku cuba mengujinya.
Amer mengeluh lalu bersandar pada kerusinya. “Saya akan nyah dari hidup
awak.”
“Ok? Then do it.”
“What?” separuh jerit Amer bertanya.
Aku tersenyum.
“Awak serius ke Ami? Tadi awak kata awak dah rasa apa yang saya rasa...”
“Dah tu, kenapa tanya lagi kalau dah tahu jawapannya?” kata-kataku
membuatkan dia terdiam.
“Dah terang lagi bersuluh Amer. Lagipun takkan saya nak cakap ayat-ayat
jiwang tu. Saya perempuan, saya pun ada maruah. Takkan saya senang-senang nak
cakap ayat yang penuh tersirat tu pada orang yang bukan muhrim saya. Am I right
Mr Amer Mukriz?”
Amer mengukir senyuman sambil mengangguk kepala beberapa kali, “Yes, you
are right Mrs Amer Mukriz.”
Membulat mata aku mendengarnya. Belum apa-apa lagi dah gelar aku Mrs Amer
Mukriz? Dia tersenyum bahagia. Aku turut merasa bahagia dan lega.
“Err...Amer. Pasal Dato’ Khalid...”
“Papa gonna be alright. Trust me. Ami kan kerja under papa? Mesti tahukan
perangai papa macam mana? Sporting...friendly...” katanya menyakinkan aku.
Aku mengangguk, “Your mom?”
“Mama dah lama tunggu calon menantu anak terunanya. Dia terima je pilihan
saya. Awak belum jumpa lagi mama saya. Dia lagilah sporting gila.”
Aku tarik nafas lega. Amer senyum padaku, aku turut membalasnya dengan
senyuman.
“So, bolehlah saya jumpa your mom?” pintanya.
“Sure. Itu lagi bagus.” Aku mengizinkannya. Ibu juga pasti menanti siapa
bakal menantunya. Harap-harap ibu menerima Amer dengan hati yang terbuka.
Aku memandang Bella di meja yang aku duduki tadi. Dia angkat tangan membuat
‘thumbs up’. Aku kenyit mata padanya.
Aku mula teringatkan Marlisa yang pernah memberi ceramah padaku.
Kata-katanya amat berguna sehingga aku berani sampai ke tahap ini. Semoga
pilihan aku tepat. Dan jika jodoh aku adalah pemuda di hadapan aku ini, aku
terima. Mungkin sudah ditakdirkan pasangan dunia akhirat aku adalah insan yang
muda setahun. Well... baru aku sedar. It is not bad actually!
Setiap yang Allah jadikan itu, ada hikmahnya.
******
0 Comments:
Post a Comment
<< home ?