follow

Isteriku 2 Alam-5




“Masuklah Lisa. Maaflah, rumah mama tak berapa kemas lagi ni. Tak rancang pun nak ajak Lisa datang tadi.” Datin Fatehah mengambil bantal kecil lalu di letakkan di sofa.

“Ni yang sepah-sepah semua kerja Ananlah ni. Dah tua, perangai macam budak-budak!” dalam mengemas sempat lagi merungut. Lisa tersenyum lalu turut membantu mengemas ruang tamu itu.

Ini kerja kau ya, Anan! Menyusahkan mak bapak je! Muka hensem, tapi perangai mengalahkan budak tadika. Majalah apa entah berselerak kat meja ni. Ni belum kira kulit kacang yang terselit kat celah sofa lagi. Tiba-tiba dia terbayangkan saat dia menjadi isteri Adnan nanti. Mesti dia di kerah untuk mengemas rumah. Argh... belum apa-apa lagi dah tunjuk perangai tak senonoh dia. Ni lah sebab aku tak mahu kahwin!

“Mesti susahkan mama jekan Lisa datang ni.” Lisa merendah diri. Tadi dia memang di suruh Datin Fatehah untuk ke rumah sewanya di Teluk Intan. Katanya ini rumah saja-saja, rumah sebenar ada di Kuala Lumpur. Di Ipoh pun ada. Alar.. tak heran sangatlah. Dah ada pangkat Dato’-Datin tu, mestilah banyak duit.

“Eh, takdelah. Mama lagi suka Lisa datang. Ada masa panjang mama nak berkenalan dengan bakal menantu mama ni.”

“Eh, nampak Anan tak?” tiba-tiba Datin Fatehan menanya. Lisa yang mendengar tiba-tiba gementar. 

Ahh.. aku lagi suka dia takde. Tapi mama pulak yang sibuk cari mamat tu. Rasa malu berbekas lagi tau!

“Entahlah ma. Kat luar kut.” Perlahan Lisa membalas sambil mengemas majalah serta surat khabar di meja yang ada di tengah-tengah ruang tamu itu.

“Emm.. takpelah. Mama nak ke dapur, masak untuk makan tengah hari nanti. Lisa keluarlah, sembang dengan Anan. Sebelum jadi suami isteri nanti, baik Lisa kenal dulu Anan tu macam mana,” sejurus itu, Datin Fatehah terus melesap ke dapur. Lisa malu sendiri. Tak mau aku kenal. Kenal dengan jiran sebelah ni lagi bagus.

Lisa duduk di sofa ruang tamu itu. Surat khabar semalam di selak. Dia bukan minat membaca pun. Tapi dah takde kerja, terpaksalah jadi rajin membaca. Tapi lama-lama, jadi bosan pulak. Akhirnya dia keluar juga. Dia ingin mencari Adnan untuk menjadi teman sembang. Malu tak malu. Buat bodoh jelah.

Adnan yang duduk termenung di kerusi di pandang dari pintu rumah. Kemudian dia menghampirinya. Tiba-tiba idea ‘heart-attack’ menjengah. Lisa tersenyum tepi.

“Arghh... rumah terbakar! Rumah terbakar! Call abah! Call abah cepat!”

Adnan tersentak. Lalu segera dia bangkit. “Hah, mana-mana?!” spontan dia menyoal. Tangan kanannya mula menyeluk ke dalam poket. Agaknya nak keluarkan handphone kut.

Lisa ketawa terbahak-bahak sambil menekan perut. Suka tengok wajah kalut Adnan. Nampaknya ni dah jadi satu hobi baru. Mengejutkan bakal suami guna taktik ‘heart-attack’.

Tiba-tiba telinga belah kirinya di piat ke atas hingga menyebabkan Lisa terjengket.

“Mana kau belajar rumah terbakar panggil bapak? Eeii.. kalau kau ni betul-betul jantan, dah lama aku sepak anu kau tau!” Adnan melepaskan tangannya dengan kasar. Hamik kau, sekali merah telinga tu!

Lisa tarik muncung. Telinga yang merah di usap. Aku buat sikit je, dia balas kaw-kaw pulak. Lisa melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Adnan.

“Sakit?” Lisa mengangguk.

“Bagus, memang tu yang aku nak!” selamba Adnan menjawab. Lisa naik geram. Hantu betul! Ingatkan nak ubatkan ke. Ni makin menyakitkan telinga aku ada ar!

“Sakit sangat ke?” tanyanya lagi. Risau juga dia tengok Lisa tak habis-habis mengusap telinga.

Lisa menggeleng. Lalu masing-masing senyap, melayan perasaan.

“Anan, aku nak tanya sikit boleh?” tiba-tiba Lisa bersuara. Adnan membalas dengan mendongak sedikit.

“Macam mana papa kau cakap kat kau pasal kita ni? Maksud aku, kau tak melenting ke bila di suruh kahwin. Dengan pilihan orang tua pulak tu.”

Adnan diam. Kemudian dia angkat bahu. “Kau pulak macam mana?”

“Aku? Aku hanginlah. Bila batu api dengan batu gajah bergabung, memang jadi batu belah batu bertangkuplah rumah aku tu. Aku dengan abah aku memang tak sebulu sejak....” Lisa berjeda.

“Sejak?” Adnan menanti hujah Lisa.

“Sejak abang aku dah takde.” Perlahan dia menyebut. Serta-merta wajah yang mirip sepertinya menjengah.

“Aku pun ada soalan jugak. Aku tanya jangan marah ye?” Adnan turut meminta izin.

“Apa?”

“Abang kau meninggal sebab apa?” berhati-hati Adnan bertanya. Takut hati Lisa terguris.

Lisa tidak menyangka soalan itu yang terpacul dari mulut Adnan walaupun dia tahu suatu hari nanti pasti Adnan akan bukak mulut tentang hal ni. Lisa tarik nafas sebelum bersuara.

“Accident....” ringkas. Sepatah itu pun sudah cukup jelas menyatakan punca kematian abang kesayangannya.

Adnan mengangguk. “Papa aku pernah cakap kau ada kembar. Jadi abang kau tulah kembar kau ye?”

Lisa mengangguk. “Kalau kau nak tahu macam mana muka abang aku, kau anggap je aku ni Malek. Kitorang punya muka banyak persamaan. Cuma badan je lain.” Adnan mengangguk paham.

“Tadi kau cakap abah tak sebulu dengan kau sejak abang kau meninggal. Tapi aku tak paham apesal pulak macam tu?”

Lisa tunduk. Nampaknya Adnan betul-betul nak korek hal peribadinya. Tak pelah. Simpan lama-lama pun nanti dia tahu jugak.

“Sebab abang aku meninggal puncanya dari aku.”

“Puncanya dari kau?” Lisa mengangguk.

“Dulu abah aku suruh aku pergi beli barang. Tapi aku taknak. Jadi Maleklah yang gantikan aku. bila hampir 2 jam aku tak nampak batang hidung abang aku, aku dah rasa lain macam. Aku pun keluarlah cari dia....” lagi sekali Lisa terhenti. Tiba-tiba dia jadi sebak apabila mengingati kisah dulu. Degil punya pasal, abang yang kena tempias.

“Lisa... takpelah kalau kau taknak cerita. Aku tak paksa. Aku paham keadaan kau. Dahlah. Kita masuk jom. Mama aku dah siap masak tu.” Adnan cepat-cepat menutup kisah tadi. Dia jadi kesian melihat muka Lisa mendung tiba-tiba.

Lisa mengangguk. Lalu mereka bangkit untuk masuk. Tengah panas-panas macam ni pun aku boleh meleleh. Adnanlah. Nak suruh aku buat drama, tak kena masa. Tak kena tempat pulak tu. Hish!

***

“Assalamualaikum...”

Semua yang ada di meja makan terhenti dari menyuap. Suara yang di luar rumah seperti di kenali, tetapi tidak bagi Lisa.

“Anan... tu Ruz kan?” soal Dato’ Fahami kepada Adnan. Datin Fatehah turut memakukan matanya pada Adnan.

“Rasanyalah. Kejap...” Adnan bangkit untuk melihat siapa gerangan itu. Dan ternyata tekaan mereka mengena. Memang Ruz a.k.a Fakhruzi, sepupu pada Adnan.

“Bro, Ya Allah! Lamanya aku tak jumpa kau. Kau apa khabar, sihat?” dua tubuh bersatu apabila berpelukan, melepaskan rindu setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Aku alhamdulliah. Macam biasalah, makin hensem. Kau apa cerita? Dah berapa bini? Anak berapa deret?” gurau Fakhruzi.

Adnan ketawa. “Aku takde bini, takde anak. Still kesunyian. Tapi apesal perut kau makin ke depan ya sekarang? Hati senang ka?” lagi sekali bunyi ketawa bergema. Riuh jadinya.

“Company makin maju. Hati siapa yang tak senangkan?” gelak tawa mereka bersatu.

“Aik, nak sembang sampai tengah malam ke? Anan, ajak Ruz makan sekali.” Tiba-tiba Datin Fatehah mencelah.

“Ha, Ruz. Sila duduk. Hari ni Mak Ngah kamu masak specel sikit. Jemput makan.” Pelawa Dato’ Fahami setelah ternampak kelibat Fakhruzi di meja makan.

Fakhruzi duduk di sebelah Datin Fatehah, berhadapan dengan Lisa yang duduk di samping Adnan. Melihat Lisa, dia jadi tertanya-tanya.

“Err... Mak Ngah. Siapa lelaki ni?” soalnya sambil memandang Lisa. Eh, lelaki ke? Apesal aku rasa dia perempuan?

“Eh Ruz. Kamu buta ke? Tu bukan lelakilah. Itu Lisa, bakal menantu Mak Ngah.” Ceria Datin Fatehah berkata.

Fakhruzi melopong. “Are you serious? Anan, kau dah nak kahwin? Hamboi, senyap-senyap rupanya dah berisi ya?”

Adnan hanya senyum. Lisa di sebelah di pandang sekilas. Dari tadi lagi minah ni khusyuk sangat melantak. Nampak sangat kebulurnya sampai sepupu aku datang pun dia buat dunno je!

Lisa tidak ambil peduli tentang keadaan sekeliling. Yang penting perutnya harus di layan. Sejak terpandangkan lauk-lauk di atas meja, dia jadi jatuh cinta. Masakan mama memang superb la!

“Anan, tak nak kenalkan aku dengan bakal bini kau ni ke?”

Lisa yang sedang minum terus tersedak. Dada di tepuk perlahan. Nasib baik nasi dah habis di telan. Kalau tak free je aku kena kick dek mamat depan aku ni. Ek, bila masa orang depan aku ni wujud?

Lisa jadi gabra bila semua mata memaku padanya. Apa yang tak kena? Ada nasi kat mulut ke? Eh, takde pun. Lisa hanya tersenyum lalu tunduk. Lantaklah apa diorang nak pandang pun. Lalu Lisa kembali sambung menyuap.

***

“Terima kasih ya ma, sebab dah masakkan makanan yang superb da’bomb tadi. Sedap! Ni yang buat Lisa rasa nak datang hari-hari ni.” selorohnya.

“Eh, lagilah mama suka. Duduk sini terus pun takpe.” Lisa ketawa senang.

“Hah Anan. Hantar Lisa elok-elok. Jangan di jual pulak anak orang ni.” gurau Dato’ Fahami pula. Fakhruzi di sebelah tersenyum. Wajah Lisa menjadi santapannya. Dari tadi asyik memerhati wajah bersih itu. Tak tahu kenapa, tapi dia suka.

“Yelah. Anan tahulah. Kalau nak jual pun belum tentu laku.” Selamba Adnan berkata.

“Eh Anan! Aku pakar taek wan do spanar tau. Nanti kat rumah siaplah kau aku kerjakan.” Ugut Lisa di sambut ketawa.

“Okeh ma. Lisa balik dulu ya!” tangan Datin Fatehah di kucup lembut. Dia terpana apabila mukanya di tarik. Dua belah pipinya di kucup oleh Datin Fatehah. Sukar di gambarkan perasaannya saat ini. Tapi yang dia tahu, dia jadi tenang.

“Hati-hati ya. Mama sayang Lisa.”

Lisa mengangguk seraya tersenyum. Sebelum memboloskan disi ke dalam kereta, sempat dia melambai papa, mama, dan siapa tah yang sebelah tu. Tapi apesal dengan dia? Aku dah buat salah ke sampai dia pandang aku macam nak tembus dinding tu?


0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post