follow

Si Nerdy vs Si Tomboi 1









"Aku NERD, sebab aku mahu dia ingat wajah aku sampai bila-bila" - Zaris Suffi



"Sekeras batu kerikil, keras lagi hati aku. Namun hanya satu insan
yang berjaya melenturkan hati batu ini" - Zara Imanina


15 tahun yang lalu...


Zaris Suffi, seorang budak lelaki yang berkaca mata serta berbingkai tebal sungguh asyik bermain PSPnya di taman permainan perhampiran dengan perumahannya. Selain dia, ramai lagi kanak-kanakyang berseronok di taman permainan itu. Ada yang bersama kawan, ada juga yang dengan keluarga.

Dalam keasyikan bermain, tiba-tiba PSPnya di rentap dari arah depan. Pantas Zaris mendongak dengan riak wajah yang terkejut. 3 budak lelaki yang di ketuai seorang budak yang berbadan gempal tersenyum sinis. 2 orang di belakangnya pula memeluk tubuh.
“Tengok kawan kita sorang ni. Dah ada barang baru, tapi taknak kongsi dengan kita. Woit, boleh kitorang pinjam tak?” dengan suara yang agak kasar budak berbadan gempal itu meminta.
Zaris menikus. Niat untuk bersuara hanya hati yang dengar. Itulah kelemahannya. Sungguh takut dengan pandangan tajam lagi-lagi yang berniat jahat seperti budak 3 ekor itu.
“Woit! Aku tanya jawablah!”
Zaris menunduk. Cermin mata sedikit melucut lalu di betulkannya.
“B...b...boleh. Tapi jangan la...lama s..sangat. sebab..sebab...” terketar-ketar Zaris berkata sambil menunduk.
“Sebab apa?!” jerit budak berbadan gempal itu.
“Sebab.... arrrr...” Zaris cuba untuk melawan mata budak itu.
“Aku tanya tu jawablah!” budak itu menolak kasar bahu Zaris hingga terlentang Zaris ke belakang.
Budak badan gempal itu merampas cermin mata Zaris. Rakannya ketawa terbahak-bahak. Lucu melihat Zaris yang mula teraba-raba mencari barangnya.
“Kau nak ni? nak ke? Nah...amiklah! wekk... Budak buta!” 3 budak itu mengelilingi Zaris yang masih meraba-raba. Cermin mata juga bertukar tangan, sengaja mahu mengacah Zaris.
“Woit!!!!” tiba-tiba satu suara mencelah sekaligus menghentikan aksi membuli.
Serentak semua kepala pusing ke arah suara itu. Semua kaku, termasuklah Zaris. Seorang budak perempuan bertocang kuda dan berseluar pendek bersama cap di kepala berdiri tegak sambil bercekak pinggang.
“Bagi balik barang dia!” sergah budak perempuan itu.
“Apesal pulak aku kena lepaskan dia? Kau siapa? Awek dia ke?” budak gempal itu tergelak sambil mara menghampiri budak perempuan tadi.
“Aku Zara, kakak dia. Baik kau bagi balik barang dia, sebelum aku sepak kau!” Zara menunding jari pada cermin mata di tangan budak lelaki itu.
Tiada respon. Yang ada hanyalah hilaian tawa dari budak-budak nakal tadi.
Zara berang. Belakang baju budak gempal itu di rentapnya. “Kau nak bagi ke tidak?” ujar Zara masih memegang belakang baju itu.
Budak itu ketakutan. Pantas tangan di hulur pada Zara. Zara menyambut huluran itu. Kemudian Zara menadah tangan pada kawan yang lain. Dan PSP terus bertukar tangan. Dengan kasar Zara melepaskan genggaman pada belakang baju budak itu.
“Dah! Korang blah sekarang!” Zara membuku sebuah genggaman dan di angkat. Pantas kilat budak-budak nakal itu lari.
Zara menghampiri Zaris. “Nah, spect kau.”
Zaris tersenyum. Cermin mata di pakai. “Ni pun barang kau jugakkan?” soal Zara lagi.
Zaris mengangguk laju seraya tersenyum lebar. “Terima kasih.”
“Sama-sama.” Zara beredar sejurus melambai tanpa sedikit pun membalas senyuman Zaris.
Zaris hanya memandang sepi pemergian budak perempuan yang menyamar sebagai kakanya. Dia tersenyum sendirian. Zara. Sungguh, sampai ke tua dia akan simpan nama itu dalam ingatan. She’s my Hero!

 ***
15 tahun kemudian....

Kelam-kabut Zara menghampiri rakan sehidup sematinya. Peluh betina merencik keluar dari dahi.
“Beb! We’re died! Mati kita! Diorang dah tau. Depa dah tau.” Bersungguh-sungguh Zara memberitahu Joji @ Fauziah dan Nikki @ Nik Maizura.
Joji dan Nikki berpandangan. Kerutan di kening jelas kelihatan. “Apa yang mati? Siapa yang tau?” lurus Joji menanya.
“Arghhh..! Lambat pick up la kome ni. Bebudak yang perasan glam tu la! Ingat tak apa yang kita dah buat kat depa semalam?” Jari di tunding pada wajah Joji dan Nikki.
Joji dan Nikki serantak mengangguk. “So?”
Zara meraup wajah. Sebal aku dapat kawan macam ni.
“Woit pengkid! Jangan lari!” tiba-tiba kafe yang dipenuhi dengan orang ramai (student) jadi riuh. Pantas Zara lari bagai tak cukup tanah.
Mata Joji dan Nikki membulat. Ahh.. baru paham! Lantas mereka juga berlari mengikut jejak Zara yang sudah lesap terlebih dahulu.
“Woit! Aku kata jangan lari! Siaplah korang besok! Sampai mati aku kerjakan!” jerit Tim a.k.a Fatimah sambil mencekak pinggang serupa mak nenek. Pelikkan? Dari Tim jadi Fatimah? Itula... dah kampung tu tetap kampung. Nama ala-ala gadis melayu ditukar jadi nama ala-ala barat. Perasan Glam.
Tim tersedar apabila bahunya di cuit oleh seseorang. Katrina.
“Dah lah Tim. Tak nampak ke orang ramai tengah usha kita ni? Aduhh.. malu aku dapat kawan macam kau ni.” Katrina tersenyum sipu pada orang di sekeliling. Tim juga tersenyum bagi menutup malunya. Ish, habis hilang keayu aku!

 ***
Kembang kencup hidung mereka kerana kekurangan nafas akibat berlari bagai tak jejak tanah. Nasib baik bebudak tu tak boleh berlari gara-gara high-heels nya. Kalau tak, al-mamposs!
“Za... kau cerita kat aku clearly. Macam mana bebudak tu boleh tau? Macam mana boleh kantoi? Kau jugak cakap, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.” kata Joji setelah nafasnya kembali reda.
“Aku tak tahu la! Kau ingat aku ni apa? Suka jiwa nak bukak pekung sendiri. Ni mesti ada yang dengki dengan kita ni. Maybe masa kita masukkan katak tu, someone ada yang nampak.” Sangkalnya. Ketika itu, mereka sedang duduk di bawah pokok rendang di padang.
“Maksud kau?” soal Nikki.
Zara membetulkan capnya. “Aku rasa aku tahu. Selama ni kerja kita kantoi, aku yakin mesti sebab budak ni. Sejak dia masuk dalam U ni, semua kantoi dalam masa terdekat tu jugak.”
“Maksud kau, budak Nerd tu? Apesal pulak?”
“Sebab, sebelum dia ada, projek kita berjalan lancarkan? Then bila dia masuk, semua hancus. Korang tak perasan ke?!” Zara jadi berang. Geram sebab dapat kawan lambat cam gini. Tapi nak buat macam mana, dah ini je insan yang sudi berkawan dengannya.
“Eh, iyelah! Bila Za cakap tu, aku baru perasan. Sebelum ni semua okey je. Tapi since budak nerd tu wujud, kerja kita semua tak menjadi.”
Joji mengangguk mengiakan kata Nikki. “Betul-betul. So, kita nak buat apa ni? Lepas ni mesti susah nak kenakan Budak Glam tu. Sebab diorang dah tau siapa yang buat. Korang pun taukan aku ni memang anti mati-mati dengan orang gedik cam gitu. Tak boleh hidup aku kalau seminggu tak ajar bebudak tu,” luah Joji.
Zara terdiam. Ligat otaknya mencari idea seterusnya. Nak CANCEL projek ni? Tersangatlah mustahil. Sebab hobi kene-mengenakan orang ni dah jadi darah daging kami tau!
“Beb, aku tahu. Meh sini...” joji dan Nikki merapatkan tubuh mereka dengan Zara. Dan bermulalah rancangan mereka untuk kesekian kalinya....

 ***
Kelas Zara berakhir tepat pukul 11 pagi. Joji dan Nikki juga sekelas dengannya. Mereka menunggu di tempat perhentian bas, seperti yang dirancang semalam.
“Zar... mana budak nerd tu? Berjanggut aku tunggu ni. Betul ke dia selalu naik bas? Entah-entah naik kereta.” Ujar Joji sambil melabuhkan punggung di tempat yang tersedia di situ.
“Aku yakin la dia selalu naik bas. Sebab tiap kali aku naik bas, tang tu jugak muka dia ada. Alah... kita tunggu jelah.” Putus Zara.
Beberapa minit kemudian, tempat mereka itu didatangi oleh seseorang yang memang dinanti sejak tadi lagi.
“Haa.. Panjang pun umur member kita sorang ni. Kau tahu tak dah berapa lama kitorang tunggu?” Zara mara menghampiri budak nerd yang memeluk failnya.
Budak Nerd itu terkedu. Wajah yang dihadapannya itu cukup membuat hatinya tidak keruan. “Awak...awak... tunggu saya ke?” tanyanya. Terharu pula bila Zara sedang menantinya.
“Yep! Memang kami tengah tunggu. Kau duduk sekarang!” arah Nikki. Zara dan Joji terus menarik bahu pemuda itu.
“Err.... kenapa ni? Saya dah buat salah kat awak semua ke?” tergagap-gagap dia bertanya. Perasaannya tidak enak. Dapat dia mengagak pasti ada hal kenapa 3 makhluk itu menantinya.
“Kau Zariskan?”
Zaris mengangguk seraya membetulkan kaca matanya.
“Kau budak barukan?” soal Joji dan Zaris mengangguk lagi.
“Kau sekelas dengan kamikan?” Zaris mengangguk.
“Kau yang kantoikan kerja kamikan?” Zaris mengangguk lagi. Kemudian dia tergamam. Lantas menggeleng pula. Aisemen, aku terkena pulak!
“Angguk geleng. Angguk geleng. Baik kau cakap betul-betul.  Kau yang hancurkan kerja kitorangkan?” Zara menegakkan jari pada wajah Zaris.
Zaris menunduk. Takut dengan panahan mata Zara.
“Woit, aku tanya tu jawablah. Apa? Bebudak glam tu dah upah kau suruh jahit mulut ke? Berapa dia bayar? Cakap? Eh, kalau kau nak, aku pun boleh bayar lebih la.” Zara menolak bahu Zaris kasar.
Joji memujuk Zara supaya bersabar. “Haiss... aku panas betul dengan budak nerd ni. Aku paling pantang bila bercakap dengan patung macam dia ni.” Zara menunjal kepala Zaris pula.
Zaris masih lagi tunduk. Kaca matanya di betulkan lagi. “Maaf. Tapi ini amanah. Saya tak boleh bagitahu siapa-siapa. Maaf sekali lagi.” Ujarnya terketar-ketar.
“Banyaklah kau punya amanah.  Sebab kau kami kantoi. Punya syok kitorang buat kerja, tetiba kau mencelah. Eh, apa perasaan kau bila tengah syok bercinta, tiba-tiba orang luar mencelah rampas awek kau? Kau sakit hati tak?” soalan Nikki di balas dengan anggukan. Hati Zaris berdebat dengan hujah dari Nikki. Aku sakit hati bila orang yang aku suka, sakitkan hati aku.
“So, berapa bebudak tu bayar kau jadi stalker ni?” soal Joji sambil membetulkan kaca mata Zaris.
Zaris teragak-agak untuk berkata. Pada masa yang sama, dia juga tidak selesa bila dirinya begitu hampir dengan perempuan itu.
“Err... mereka tak bayar saya...”
“Habis, ugut?”
Zaris diam. Mustahil dia akan memberitahu hal yang sebenar. Aib diri sendiri, sanggup ke hendak diceritakan pada orang luar?
“Ohh... kau taknak cakap. Kau pernah tak merasa jadi hamba abdi?” Zara membicarakan rancangan mereka. Joji dan Nikki tersenyum tepi.
Zaris angkat muka. Wajah Zara di pandang. “Hamba abdi? Untuk siapa?”
Zara tersenyum. Dia memeluk tubuh. “Hamba abdi kitorang la. Kau pilih, nak bagitahu atau jadi hamba kitorang?”
Zara menikam anak matanya pada wajah Zaris. Dia tahu budak nerd ini tidak akan sanggup untuk jadi hamba abdinya. Dia juga sendiri maklum dengan perangai Zara and da’geng ni. Banyak songeh. Brutal pulak tu. Jadi, dia yakin Zaris pasti akan memberitahu rahsia yang begitu sulit itu.
Zaris mengeluh. “Saya...saya lebih sanggup jadi hambi abdi kalian.” Zaris menunduk. Takpelah, demi menjaga aib sendiri, dia sanggup lakukan apa saja. Haihh.. sampai bilalah aku diperlakukan sebegini? Mana-mana senang saja kena buli.
Zara mengetap bibir. Joji dan Nikki sudah ternganga. Sanggupnya dia jadi hamba abdi demi merahsiakan hal tersebut. Zara seakan-akan tidak percaya. Benda yang dirancang semalam, lain dengan apa yang berlaku sekarang ini.
Kau betul-betul nak jadi hamba abdi ya? Okey fine! Nampaknya kau tengah main game sekarang ni. Dan aku akan ikut rentak permainan kau. Kau tunggu jela besok! Kata hati Zara.

 ***
Gembiranya melihat wajah-wajah milik 3 ekor ni. Zara, Joji, dan Nikki begitu senang hati bila ada yang sanggup membawa barang-barangnya. Zara dan Joji sengaja membawa barang banyak demi menyusahkan Zaris untuk membawanya. Manakala si Nik hanya membawa mana yang perlu. Katanya, dia terlupa yang hari ni mereka dah ada hamba abdi. Apa-apa jela Nik oii...
“Zar, Zar. Tu..tu..” tiba-tiba langkah mereka terhenti. Joji memuncungkan mulutnya ke satu arah. Zarah yang pelik hanya mengikut arah itu. Serta-merta matanya bulat.
“Waahh..hensemnya.” luah Zara tanpa sedar.
Joji dan Nikki yang mendengar saling berpandangan. “Normal rupanya kawan kita ni. Aku ingatkan suka kaum sejenis.” Tawa mereka pecah.
“Woit! Kuang hajaq!” Zara menampar bahu Joji dan Nikki serentak. Tu la padahnya bila kutuk aku depan-depan.
“Weh..sory lah. Aduhh.. patah tulang aku.” Zara mencebik. Matanya kembali melekat pada wajah kacukan melayu-perancis itu. Daniel. Antara pelajar senior dan yang terhensem dikalangan terhensem di sini. Namun begitu, Zara juga sedar Daniel merupakan buaya darat lagi karat yang aktif 24 jam. Bagi Zara, melihat wajah Daniel dah jadi satu hobinya setiap kali datang kuliah. Ahh.... sweetnya dia. Tapi tak bermakna aku suka dia. Di ulangi, AKU TAK SUKA DIA. Cuma suka lihat wajah ‘baby-face’ nya.
“Ehem... lagi 5 minit kelas nak start.” Tiba-tiba satu suara mencelah. Zara memaling belakang. Wajah Zaris di tikam tajam. Zaris terus menunduk. Habis lenguh bahu-bahunya kerana mengangkut beg Zara dan Joji. Entah apa yang di letak pun tak tahu lah. Nasib baik hari ni Nik tidak membawa muatan lebih. Kalau tidak, berjalan pun tak larat gamaknya.
“Aku tahulah. Sibuk je!” mereka kembali sambung perjalanan ke dewan kuliah.

***

Zara tarik nafas lega setelah kelas tamat. Di mindanya terbayangkan lauk pauk di kantin. Perut mula berdendang lagu ‘lapar’ sejak dalam kelas lagi.
“Nik, Joji, jum makan!” ajak Zara. Barang-barangnya di serahkan pada Zaris yang baru saja menghampiri mereka, diikuti oleh Joji.
“Ok!” mereka sama-sama keluar dari dewan kuliah itu dan diekori oleh Zaris. Di tengah perjalanan, tiba-tiba  telefon Nik berbunyi. Lalu mereka berhenti menunggu Nik menjawab panggilan.
Setelah itu, Nik memandang wajah-wajah rakannya. “Beb...so sorry. Aku ada hal. Ibu aku suruh balik sekarang la. Sorry, tak dapat makan sama-sama..” Nik serba-salah.
Zara mengeluh. “Sokey la. Takpe, aku ada Joji.” Sejurus itu Nik terus menghilangkan diri.
Setelah tiba di kantin, tiba-tiba telefon Joji pula yang berbunyi. Lalu Zara memandang Joji. Joji hanya tersengih seraya menjawab panggilannya.
“Hah? Dah nak bersalin? Sekarang? Okeh okeh...” lantas Joji mematikan panggilan. Wajah Joji berubah gelisah.
“Zar... aku pun nak blah la. Kakak aku dah nak bersalin. Sorry bebilion kali cause tak dapat temankan kau. Bai!” Joji mengambil barangnya yang ada pada Zaris lalu segera beredar dari situ.
Zara tercengang. Belum sempat dia berkata apa-apa, tup-tup Joji sudah lesap dari pandangan. So, sekarang takkan aku nak makan dengan budak nerd ni? Perut dah lapar ni weh... Hish!
Ah, peduli apa aku! Yang penting perut harus di isi. Dia terus menapak ke kantin. Zaris hanya diam sambil mengekori Zara.
Zara berhenti tiba-tiba. Dia pusing ke belakang. “Aku nak makan. Kau kalau nak makan, makanlah. Tapi.... jangan duduk semeja dengan aku. Paham?!” mata Zara bulat menikam wajah Zaris. Zaris gelabah lalu mengangguk. Zara mengorder makanan lalu mulalah sesi bersantap.
Brrr...... selamba Zara sendawa tanpa mempeduliakn pandangan orang sekeliling. Dari jauh dia perasan Zaris tersengih sendirian. Dia menjengilkan mata pada Zaris. Ohh...kau gelakkan aku ya?! Zara jeling geram. Dia menghabiskan sisa air minumannya.
Entah kenapa, hati Zara rasa tak sedap sejak awal makan lagi. Seperti dirinya di perhati. Teragak-agak Zara memandang sekeliling. Dah ternyata tekaanya tepat. Sah aku di perhati. Amboi! Berani main mata dengan aku ya! Zara mendengus lalu bangkit meninggalkan kantin itu. Makin menyampah pula dia melihat muka Zaris itu.

***

Zara yang duduk di perhentian bas terpaksa patah balik ke kantin. Aduss.. macam mana barang-barang aku boleh terlupa nak amik kat mamat nerd tu? Ni semua Zaris punya pasal. Di sebabkan aku menyampah tengok muka dia, terus aku lupa semuanya. Yang dia tu pun satu, bukan nak ingatkan aku. Dari tadi panggil akukan boleh?!
Dalam perjalan Zara ke kantin, dia lalu melepasi tangga. Telinganya dapat menangkap suara orang merayu. Dan selepas itu suara mengaduh kesakitan. Suara yang berbaur ugutan juga didengarinya. Hati Zara tak sedap. Dia menghampiri tangga. Bulat mata Zara apabila melihat adegan pukul-memukul oleh tiga orang di bawah tangga itu. Kaki mereka seperti sedang menyepak sesuatu. Siapa mangsanya, Zara sukar untuk memastikan kerana di halang oleh malaun-malaun itu.
“Woiit!” Zara menjerit. Entah kenapa, dia terasa caranya itu seperti pernah dialaminya dulu. Tetapi gagal untuk mengimbas semula.
Sera-merta kaki mereka terhenti dari menyepak. Semua mata terarah pada Zara.
         “Apehal? Kau ada yang tak puas hati dengan aku ke?” tiba-tiba seseorang diantara mereka itu bersuara dan mara ke hadapan.
Zara berang apabila dirinya di tegur dengan kasar. Dia melangkah menghampiri lelaki yag berbadan sasa itu. Lantas satu tumbukan padu dilempiaskan pada pipinya. Lelaki itu berpaling sedikit. Dan Zara memukul pada perutnya pula. Terduduk lelaki itu jadinya.
2 lagi rakannya sedikit tercengang. Mereka tidak berdiam diri saja apabila rakan mereka di lenyek sebegitu rupa. Zara tahu apa tindakan seterus oleh mereka. Untung dia pernah mempelajari taek kwan do. Jadi mudahlah Zara hendak mengangkap tindakan mereka itu.
Malaun itu cuba untuk menumbuk muka Zara. Pantas Zara mengelak ke tepi.
“Berani kau nak rosakkan muka cun aku ni?!” pantas Zara mencapai tangan kanan lelaki yang masih statik berada di sebelah kepalanya. Di tariknya lalu perutnya di tumbuk dengan hanya menggunakan lutut. Terduduk jadinya seperti lelaki yang tadi.
Lelaki yang terakhir hanya tercengang. Zara menghampiri lelaki itu. Telinganya di piat kuat.
“Kan Mak dah cakap, jangan suka buli orang. Tengok sekarang, siapa yang susah. Sakit?” Zara memandang lelaki yang di piat telinganya, seolah-olah ingin di telan hidup².
“Korang ni siapa hah? Apa tujuan kau sepak budak tu?” Zara menyoal. Tangan masih setia di telinga lelaki itu. Tiada apa yang mampu di buat melainkan menahan sakit dan mengaduh pada Zara.
Tanpa sepatah kata, mereka terus berlalu dari situ. Lelaki yang di piat teliganya terus menyiku perut Zara yang berdiri di belakangnya. Automatik Zara melepaskan piatannya dan terduduk menahan senak. Ahh... macam mana aku boleh lalai ni!
“A..awak tak apa-apa ke?” satu suara menyapanya dari belakang.
Zara menoleh. Dia belum sempat lagi melihat siapa mangsa yang kena sepak tadi. Saat matanya bersabung dengan mata itu, Zara tercengang.

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post