follow

Rahsia Jodoh 3

“Mak abang call tadi. Tarikh nikah abang dah ditetapkan.”
Suapan aku terhenti. Namun aku tetap cuba bereaksi selamba.
“So, bila?” tanyaku tanpa memandangnya.
“Hujung bulan ni.”
Aku senyum sedikit. Tiba-tiba nasi paprik yang aku makan menjadi tawar. Hilang terus seleraku. Tetapi aku kena juga berlakon supaya dia tak syak apa-apa.
“Fya.”
“Hmm.” Aku terus mengunyah makanan aku.
“Fya okey ke?”
Akhirnya aku mendongak memandangnya. Dia turut memaku anak matanya padaku. Aku segera berpaling ke arah lain.
“Okey. Fya okey. Kenapa, nampak macam tak okey ke?” aku cuba tersenyum. Tetapi sukar. Hambar sahaja.
“Fya tak rasa apa-apa?” tanyanya lagi.
Aku menggeleng. Sedaya-upaya aku cuba berpura-pura aku baik.
“Fya tahukan menipu itu lebih menyakitkan hati sendiri daripada bercakap benar? Lagi-lagi bila berkaitan dengan perasaan.” Ayman berkias.
Aku kerut dahi, berpura-pura tidak mengerti. “Means?”
“Abang tahu Fya tak happy. Tengok muka Fya pun abang dah tahu.” Jujurnya.
Ah, bijaknya dia meneka. “Apa pulak. Abang nak kahwin, nak bina masjid. Mestilah Fya happy. Ke abang yang tak happy sebenarnya?” aku cuba mengorek rahsia hatinya.
“As you see now, Fya nampak wajah abang berseri ke?” aku memandang riak wajahnya, namun hanya seketika. Ya, memang dia tak happy. Tiada langsung mata bersinar seperti aku menerima pelawaanya untuk makan malam di pintu lobi hotel tadi.
“Kenapa abang tak happy?” aku menguis nasi di atas pinggan.
“Sebab abang dah jatuh hati pada orang lain dan sekarang abang kena kahwin dengan orang lain.”
Ayat itu bagai menjerut hatiku. Jatuh hati pada siapa? Aku? Huh, jangan mimpilah Afya.
“Hmm, siapa yang bertuah tu ya? Mesti dia cantikkan, bang?” sakitnya hati aku bila terpaksa berpura-pura. Benar apa yang Ayman katakan tadi.
Ayman mengangguk. “Cantik. Cantik sangat di mata abang.” Matanya tepat menikam ke wajahku. “Pertama kali abang nampak dia, abang dah jatuh hati pada dia. Itulah kali pertama abang nampak wajah dia. Sebelum ni abang tak perasan pun kewujudannya. Abang suka tengok mukanya, berseri, dan yang paling penting ada wajah keibuan. Abang harap perempuan tu jadi isteri abang supaya dia dapat didik anak-anak abang dengan baik.”
Wajah aku memanas akibat panahan matanya yang begitu lama di wajahku.
“Habis tu, apa kurangnya kakak? Diakan dah jadi ibu. Dia lagi berpengalaman mendidik anak.”
Ayman menggeleng. “Walaupun barang tu kualitinya sama, tetap tak serupa.”
Aku terdiam. Air di atas meja di capai lalu di teguknya. Sewaktu aku memandangnya, matanya masih lagi pada wajahku.
“Kenapa pandang Fya macam tu? Ada nasi ke?” aku menyapu pipi dan mulut. Tak ada apa-apa pun.
“Fya tak nak tahu siapa orang yang bertuah tu?”
Sanggupkah aku? Tak mengapalah. Untuk kebaikan aku juga supaya aku berhenti berharap padanya.  Aku mengangguk, “Boleh juga.”
Ayman tersenyum. “Nama dia Afya. Nameera Afya. Adik pada Natirah Arya. Tapi abang tak tahu apa perasaan dia pada abang. Abang takut yang abang bertepuk sebelah tangan.”
Aku tergamam. Terkedu. Speechless. Jantung aku mula bergerak pantas lari daripada landasan.
“Fya rasa orang tu pun rasa tak apa yang abang rasa?” dengan selambanya dia menyoalku.
“Hah? Err...entah. bang, Fya nak balik hotellah. Abang hantar sekarang ya? Dah lewat ni. Besok Fya kena bangun awal.” Aku pura-pura tengok jam tangan dan segera bangun dari situ. Lambat-lambat dia mengikut aku dari belakang.
*****
‘Abang nak Fya fikir sedalam-dalamnya. Cari apa yang tersirat di hati Fya. Abang tahu abang tak bertepuk sebelah tangan. Kita Cuma ada masa beberapa minggu je untuk ubah keputusan. Abang tak main-main, abang serius dengan perasaan abang dan niat abang untuk memperisterikan Fya. Abang harapkan jawapan yang positif dari mulut Fya. Sabtu nanti kita jumpa.”
Ya Allah. Beratnya keputusan yang harus aku buat. Lain yang di harapkan, lain pula yang jadi. Sudah tentu abah akan kecewa nanti. Kecewa yang amat sekali.
“Assalamualaikum kak...”
“Wa’alaikumsalam. Kenapa suara Fya ni? Macam sedih je!” katanya.
“Kak, Fya tak tahu macam nak explain kat akak. Fya serba-salah. Fya dah berdosa dengan akak. Fya tahu benda ni tak patut terjadi. Sepatutnya dari awal lagi Fya elak. Fya..Fya benci dengan perasaan Fya sekarang ni.” Aku luahkan segala yang terbuku di hati.
“Fya. Akak faham apa yang Fya rasa. Fya jangan cakap macam tu. Fya tak boleh tolak perasaan cinta Fya. Perasaan tukan anugerah Allah. Kita bukan mintak, ia terjadi sendiri. Fya tak boleh benci apa yang Fya rasa. Mungkin jodoh Fya dengan Ayman, bukan akak.”
Aku mengeluh. “Macam mana akak tahu?”
Terdengar suara kakak ketawa sedikit, “Akak tahulah. Tadi Ayman call akak, dia dah berjaya luahkan perasaan dia pada Fya. Fya tak marahkan kalau akak cakap selama ni akak jadi match-maker Fya dengan Ayman?”
What?! “Akak!! Jahatnya.”
“Apa jahat pulak. Fya sukakan?”
“Fya tak tahu. Fya Cuma terfikirkan pasal abah je. Fya risau dia marah, dia kecewa. Hari tu dia tanya Fya, Fya cakap Fya tak ada apa-apa dengan Ayman. Ni tup-tup, lain pulak jadinya. Lagipun tarikh pernikahan akak dengan Ayman hujung bulan nikan?”
“Fya jangan risau. Pandailah akak uruskan. Lagipun akak masih sayangkan arwah suami akak. Tak terbuka hati untuk terima orang lain.”
Aku mengeluh lagi, “Okeylah kak. Thanks sebab memahami Fya.”
“No problem. Apa-apa masalah, contact je akak. Tak mahu sorok-sorok, lagi-lagi pasal perasaan Fya pada Ayman. Akak tahu korang berdua ada ikatan yang kuat. Itu yang akak rasa. Okeylah, nite. Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumsalam.”
*****
Kereta yang dipandu Ayman sudah berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahku. Aku memandang rumahku, kelihatan kereta aku yang rosak sudah terletak di antara kereta abah dan kakak. Abah. Gusarnya aku hendak berhadapan dengannya. Aku tahu pasti abah akan kecewa.
“Fya okey?”
Aku memandang Ayman sekilas. “Entah. Fya serba-salah, takut, risau semua ada. Macam manalah penerimaan abah nanti.”
“Bertenang. Kalau takut, ingat Allah. Kita tak buat dosa Fya. Kita Cuma hendak berterus terang. Lagipun apa yang kita buat ni, Kak Rya tahukan? Abang tahu abah Fya jenis yang tak suka memaksa. Paling kurang pun, dia cuma marah sebab kita tak ikut cakap dia. Sebab tulah kita kena slow talk dengan abah, supaya dia faham situasi kita. Kak Rya ada call abang semalam. Dia dah bagitahu yang dia tak jadi kahwin dengan abang. Yang selebihnya, turn abang pula nak explain. At that time, I need your support.” Lembut matanya menikam wajahku. Aku kalihkan mata. Tidak elok melayan perasaan, takut terjebak dengan zina.
“Kalau abah tak terima keputusan ni, Fya rasa mungkin kita tak ada....”
“Fya. Dont mention it. Abang tahu kita boleh. Jodoh antara kita kuat, InsyaAllah.” Dia tersenyum. Sedikit-sebanyak aku berasa lega.
*****
Aku masuk ke dalam bilik meninggalkan Ayman di ruang tamu. Waktu itu abah berada di biliknya. Ayman yang pesan menyuruh aku menunggu di bilik dan tidak usah masuk campur. Katanya, semua ini berlaku berpunca darinya. Jadi dia mahu uruskan tanpa melibatkan aku walhal perkara yang dibincangkan itu ada kena-mengena dengan aku juga. Dia cuma meminta aku berdoa semoga abah akan lembut hati.
Hampir lebih setengah jam kemudian, aku terdengar pintu bilik aku di ketuk. Terjengul wajah abah dibalik pintu.
“Abah nak cakap sikit dengan Fya.”
Aku mengangguk. Hati ini meronta-ronta ingin tahu apa perasaan abah setelah bertemu dengan Ayman. Abah mengambil tempat di sebelah aku.
“Fya cintakan Ayman?”
Aku terkedu. Kelu hendak menjawab dan malu hendak menyatakannya rahsia hati pada abah.
“Sepatutnya dari awal lagi abah patut sedar semua ni. Kalau abah tahu semua ni bakal terjadi, abah tak akan tunjuk Ayman depan Fya.”
“Abah...”
“Abah tahu. Kata-kata abah terlalu mengikut perasaan.”
Tahu tak apa. Jika perkataan ‘kalau’ itu di sebut, ia menunjukkan kita tidak redha.
“Abah tak tahu apa perasaan abah sebenarnya. Ibu diam, mungkin dia boleh terima. Abah rasa kecewa, sedih sebab apa yang abah inginkan tak menjadi, tambahan pulak abah dah janji dengan Pakcik Zikri.” Wajah abah penuh dengan kekesalan.
Aku turun dari birai katil dan duduk bersimpuh di hadapannya. “Abah. Fya minta maaf sebab dah kecikkan hati abah. Fya janji, lepas ni Fya tak akan jumpa dengan Ayman lagi. Fya akan jauhi dia. Supaya dia dapat kahwin dengan kakak seperti yang abah harapkan. Fya tak nak pentingkan diri sendiri, abah tahukan perangai Fya macam mana? Fya sayang abah, sayang ibu, sayang kakak. Kalau cinta Fya kuat untuk Ayman sekalipun, kasih sayang Fya untuk keluarga Fya tetap yang teratas. Fya akan ikut cakap abah. Fya tak sanggup nak tengok abah kecewa macam ni.” Mataku mula bergenang. Wajah abah di hadapan kelihatan kabur di mataku.
Abah tersenyum sedikit. Dia memegang kepalaku lalu ubuh-ubunku di kucupnya. Saat itu air mataku mengalir laju menuruni pipi.
“Abah nak yang terbaik untuk anak abah. Bila anak abah tak suka, abah tak boleh nak paksa. Tetapi abah akan menilainya dari sudut pemikiran abah sama ada ia baik untuk anak abah atau tidak. Jadi abah dah buat keputusan....” abah menyapu pipiku yang di basahi air mata.
“Abah tetap terima Ayman jadi menantu, tapi bukan dengan Rya. Dengan Fya.”
Air mataku menitis lagi. Lantas kedua belah tangannya aku gapai lalu kukucup. Ah, kasih abah memang tak berbelah-bahagi. Bertuahnya aku mendapat seorang ayah seperti abah. Sangat-sangat memahami.
“Terima kasih kerana memahami perasaan Fya. Fya tahu abah akan buat keputusan yang terbaik. Fya tak tahu macam mana Fya boleh balas jasa abah selama Fya menjadi anak abah.” Aku menyeka air mata di pipi.
“Eh, apa pulak tak tahunya?”
Erk?!
“Abah nak cucu lagi.”
Kata-kata abah membuat aku ketawa. Abah ni, jauhnya pemikiran. Kahwin pun belum!
“InsyaAllah, bah.” Aku ketawa. Abah juga. Aku duduk di sebelah abah lalu memeluknya erat. Sayang abah!
*****
Aku membelek jari-jemari yang merah menyala di tanganku. Kemudia mata di hala ke cermin di hadapan. Beberapa minit sahaja lagi aku akan menjadi haknya, hak Ayman secara mutlak. Syukur Alhamdullillah.
“Bakal pengantin termenung?”
Sapaan kakak tiba-tiba di pintu mengejutkan aku. Aku tersenyum kelat.
“Awat macam tak suka je ni?” kakak berdiri di belakang aku sambil menghadap cermin.
“Mana ada tak suka. Orang nervous je.” Jujurku.
Kakak tergelak. “Samalah macam akak dulu sebelum nikah. Cuak je memanjang.”
Aku tersenyum memandangnya pada pantulan cermin hadapanku.
“Sebelum Fya jadi isteri, aku nak cerita sikit pasal Ayman. Macam mana Ayman kenal akak dan macam mana Ayman tak kenal Fya.” Kakak duduk di birai katil yang bewarna krim itu.
Aku memusingkan tubuh ke belakang menghadapnya. “Hmm.. sounds good. Silakan!”
Mata kakak menghadap syiling, cuba mengingat sesuatu. “Masa akak dua tahun, itulah pertama kali akak jumpa Ayman. Ayman empat tahun. Lepas tu parents Ayman selalu singgah rumah kita. Jadi waktu tu, akak kenal Ayman dan mula rapat. Akak tak ingat, tapi itulah yang ibu cerita. Waktu tu Fya belum lahir lagi. Bila difikir balik, logik juga apa yang ibu cerita. Memang padanlah Ayman tak kenal Fya. Sebab waktu Fya lahir, Ayman dan famili dia dah tak pernah jenguk kita. Pindah ke Singapore. That’s why la Ayman cakap dia kenal akak je. Ibu cakap, Ayman tu nak cari isteri yang boleh mengajar, mendidik, boleh jadi babysitter....”
Aku tergelak mendengarnya.
“....dan boleh beri kasih sayang yang melimpah ruah padanya. Yang terakhir tu, akak tak mampu. Sebab tu akak tolak lamaran dia. Kasih sayang akak, arwah Afiq dah bawa pergi. Mana lagi akak nak kaut. Jadi akak ambil Fya jadi pengganti. Mula-mula cuba try jadi match-maker Fya. Lepas tu, akak tengok Ayman pun macam minat dengan Fya. Jadi bermula dari situlah akak plan nak satukan Ayman dengan Fya, bukan akak.”
Kasihan aku pada kakak. Setia sungguh cintanya pada arwah suami.
“Bila fikir sekali, agak jahat rancangan akak tu. Tapi bila difikir sedalam-dalamnya, rancangan akak tu hebat jugak. Thanks akak...” aku memeluk bahunya.
“Ohh...baru sekaranglah nak peluk-peluk, nak thanks-thanks. Kalau bukan sebab Ayman, tak adanya. Kan?” perli kakak. Aku tarik muncung.
“Apa kakak ni? Mana ada!”
Kakak ketawa. Tak lama kemudian, terdengar keriuhan di luar bilik. Aku dan kakak bertatapan.
“Fya dah sedia?”
Aku mengangguk, “InsyaAllah.”
*****
“Aku terima nikahnya, Nameera Afya binti Ahmad Fatah dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai beserta telekung dan al-Quran.”
“Sah?”
Semua wali mengangguk dan menyebut ‘sah’. Begitu jelas semua itu di telinga aku walaupun aku berada di dalam bilik.
Kakak memberi isyarat supaya aku sedia. Aku mengangguk. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Entah kenapa ruang udara di bilik seperti tidak cukup. Terasa sempit.
Pintu di tolak. Terjengul Ayman dengan baju melayu sedondon dengan baju kurung moden aku. Baju yang aku pakai ini adalah pemberiannya pada aku sewaktu aku menemani kakak membeli-belah ditemani Ayman bulan lepas. Sememangnya aku tak sangka langsung yang dia awal-awal lagi dah beli baju itu pada aku untuk pernikahan ini seolah-olah dia tahu kami akan bernikah hari ini.
Sungguh kuat firasatnya yang jodohnya adalah dengan aku. Patutlah dia pernah cakap kalau aku tidak sukakan hadiahnya itu, beri pada kakak.
Kakak ke tepi sikit, memberi laluan pada Ayman.
Sejuk tanganku saat jari-jemari kasar Ayman menyentuh tanganku. Itulah kali pertama dia menyentuh aku. Sungguh. Sebelum aku nikah dengannya, dia benar-benar menjaga batas antara aku dengannya.
Nikmatnya selepas bernikah. Bahagia dan bebas melakukan apa-apa tanpa rasa berdosa. Cincin bertahkta berlian elok tersarung di jari manisku. Kemudian giliran aku pula menyarung cincin di jarinya. Lalu aku gapai tangannya dan aku kucup. Sebak rasanya. Sudah tergalas kini tanggungjawab seorang isteri di bahuku.
“Sejuk.” Bisiknya. Aku tersipu malu.
“Take your time. Akak keluar dulu ya Fya, Ayman.” Lantas pintu bilikku tertutup rapat.
Aku cuba mengintai wajahnya. Dia tersenyum bahagia.
Tiba-tiba aku merasa dahiku sejuk. Wajah Ayman begitu dekat denganku. Syahdunya saat bibirnya menyentuh dahiku.
“Terima kasih sayang...”
Aku mengukir senyuman manis padanya. Tubuhku di peluk erat. Semoga hubungan ini kekal hingga ke Jannah. Amin...
Tidak semua yang dirancang bakal menjadi. Tidak semua kehendak kita, kita dapat. Tidak semua yang di pinta, akan wujud di depan mata. Tapi, sesungguhnya kuasa Allah melebihi segalanya. Inilah bukti Kebijaksanaan Allah pada setiap perjalanan hidup untuk penciptaNya kerana.... Allah lebih Mengetahui Segala-galaNya.
*****

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post