follow

Sempurna Bagiku 1

Jari-jemariku menghentak-hentak permukaan meja. Mata tertumpu pada skrin komputer riba, menanti balasan mesej dari teman maya. Jam di bucu paling bawah skrin leptop menunjukkan 8:00 p.m.. Dalam beberapa minit kemudian, mesej beserta buzz terpapar di skrin leptop.
MukrizCheer : Ami! Sorry lambat reply. Mukriz ada hallah. Kalau ada masa malam karang kita chat lagi ya? Salam...
Offline. Haih...penting sangat ke hal dia sampai tak nyempat-nyempat tunggu aku reply? Iyelah tu malam. Habis yang tengah chat sekarang ni bukan kira malam ke? Jari jemari aku mula bergerak di atas papan kekunci.
NuramiAsam : Tak apalah cik Mukriz. Malam ni tak payah chat lagi. Uruskan hal Mukriz dulu. Wa’alaikusalam..
Walaupun aku agak sebal dengan sikapnya yang ‘blah’ tiba-tiba tu, aku tetap menghantarnya pesanan. Supaya dia tidak terganggu dengan memikirkan hal dia lagi, dengan hal dah janji nak chat dengan aku lagi.
Komputer riba ditelangkupkan. Aku keluar dari kamar lalu menapak ke ruang tamu. Televisyen dihidupkan dan alat kawalan jauh ditekan-tekan untuk mencari siaran yang menarik. Kedengaran pintu bilik di tutup.
“Nak pergi mana anak dara oi malam-malam macam ni?” soalku tanpa mengalihkan pandangan dari skrin televisyen.
“Err...kedai makan. Kau nak ikut?” Bella mencapai topi keledar yang terletak di sebelah televisyen itu.
“Taknak. Kau pergi kedai makan nak makan ke nak cuci mata?” sindirku.
“Alaah...cuci mata tengok skrin besar je. Pakwe aku ajak. Betul ni kau taknak ikut? Nak tapau apa-apa ke?” Bella menyarungkan kasut pada kakinya sambil sebelah tangan menyarungkan topi keledar pada kepala.
“Tak mahulah...aku tak lapar. Tengok Euro ke?” aku memerhatinya yang sudah duduk di atas skuter pinknya.
“Exactly! Okey, aku cau dulu. Apa-apa, call je. Adios!” tangan kanannya melambai sekali dan kemudian bayangnya mula hilang dalam kepekatan malam.
*****
Aku duduk di meja yang kebetulan waktu itu hanya itulah satu-satunya meja yang tidak berpenghuni. Mungkin tempat ini agak tersorok. Tambahan pula sukar hendak melihat dan menyorak apabila melihat aksi-aksi pemain bola sepak negara itu.
Seorang pelayan datang untuk mengambil order. Setelah memesan makanan dan minuman, pelayan itu beredar. Aku duduk bersandar sambil melihat kekecohan yang dibuat oleh peminat bola sepak Euro itu. Kadang-kadang aku rasa pelik. Apa yang seronok sangat sampai semua manusia di dunia obses pada bola sepak? Dah tu, sokong sampai cat muka. Aneh sungguh. Yang disokong bukannya Malaysia pun. Tapi ialah... itu aku cakap. Dari mulut bukan penggemar bola. Tanpa sedar aku menggeleng kepala.
“Hoi makcik! Cuci mata tengok jantan ke?” sergahan dari Bella mengejutkan aku. pada masa yang sama, air minuman yang dipesan sampai.
“Banyaklah kau. aku datang nak makanlah.” Aku membetulkan duduk. Bella mula mengambil tempat di meja yang sama. Dia mencebik.
“Iyalah tu. Tadi aku ajak makan, kau taknak.”
“Boring. Tiba-tiba lapar pulak pepagi buta ni. Kau buat apa kat sini? Pergilah layan bola tu.” Ujarku sambil memuncungkan mulut pada skrin besar yang sudah dipenuhi dengan orang ramai.
“Malaslah. Aku bukannya minat bola-bola ni. Kalau bukan sebab si Zikri tu, takdenya kau nampak aku terpacak kat sini. Ni, baju Greece ni. Tak pasal-pasal aku bazir duit beli baju ni. Penangan Zikrilah ni. Lepas tu kau nak tahu? Kalau boleh dia nak aku hari-hari pakai jersi yang lawan hari tu jugak. Banyak cantik dia! Pokailah aku!” Bella mengeluh sambil menjeling Zikri yang khusyuk menonton skrin besar itu. Aku cuma tersenyum. Sayangkan pakwe punya pasal, harta pun sanggup digadai. Mujur Bella tak terlalu obseskan pakwenya itu. Jika tidak, memang betul-betul sahabat aku ni pokai.
Tidak lama kemudian, makanan yang aku order tadi sampai. Bismillah dibaca sebelum menyuap nasi ke mulut.
Tiba-tiba Bella menyelak kardigan aku. “Eh Ami, kau pakai baju Malaysia ke? Haha.. sorry kak. Kat sini takde team Malaysia yang lawan ya. Akak sesat ni.” seronok Bella menyakat aku. aku kembali membetulkan kardigan aku.
“Ah bedallah. Peduli apa aku. Dalam hati aku cuma ada Malaysia. Bukan macam kau. Hipokrit. Orang Malaysia, tapi sokong negara luar.” Bella mencebik.
“Dont get me wrong la, beb! Main-main je pun. Hak alahh.. tu pun nak touching-touching...” sindir Bella. Aku hanya mencebik.
Hampir satu jam aku banyak habiskan masa bersembang dengan Bella. Hinggalah saat aku berpaling melihat kesesakan orang di depan skrin besar itu, baru aku perasan ada seseorang sedang memerhati aku. apabila aku memandangnya, dengan pantas orang itu berpaling menghadap skrin besar. Hati aku mula syak sesuatu.
“Kenapa Ami? Kau kenal ke mamat tu?” pertanyaan Bella mengejutkan aku. pantas kepala digeleng.
“Tak... aku rasa macam...” lagi sekali aku memandang lelaki itu. Dan tepat seperti yang dijangka. Lelaki itu curi-curi skodeng aku.
“Rasa macam apa?”
“Hah? Emm...tak ada apa-apalah. Beb, aku nak balik. Dah lewat ni. Besok aku kerja lagi.” Aku bangun sambil menolak kerusi plastik kebelakang. Ternyata bunyi seretan kerusi itu berjaya menarik perhatian lelaki yang usha aku dalam diam tadi. Namu segera dia berpaling ke hadapan. Aku mula risau. Kenapa dengan pemuda itu?
*****
Sebelum pulang kerumah setelah pulang dari pejabat, aku sempat singgah di kedai telefon untuk membeli topup. Setelah duit dan kad topup bertukar tangan, aku meluru keluar dari kedai sambil menggores kad topup itu.
Tidak semena-mena, aku dilanggar oleh seseorang. Hampir sahaja telefon yang aku genggam waktu itu jatuh ke lantai, jantung aku juga mahu luruh jika benar-benar telefon ini jatuh lalu pecah berderai. Inilah satu-satunya telefon bimbit yang aku ada. Kalau benda alah ni takde, macam tak hidup jiwa aku.
“Sorry-sorry. Saya tak sengaja.” Ucapnya. Aku mendongak.
“Tak apa. Tapi kalau jatuh telefon ni awak kena bayar ganti rugi.” Kataku bersama senyuman tanda aku memaafkan sikap tergopoh-gapahnya. Eh tapi tadi aku yang langgar dia ke dia yang langgar aku?
“Okey, saya tak kisah.” Balas lelaki itu tanpa rasa janggal.
Mata aku terbeliak. “Seriously? Kalau macam tu saya jatuhkanlah telefon ni. boleh dapat telefon baru...” aku mula berura-ura hendak mencampak telefon bimbit ini.
“Eh, eh. Janganlah. Saya gurau je.” Segera dia menghalang. Aku mencebik. Tahu takut. Boleh tahan kedekut jugak.
Aku menapak ke tempat kereta Myvi aku diparkirkan berhampiran dengan kedai telefon tadi.
“Ami!”
Aku tersentak. Kepala di pusing ke kiri dan ke kanan. Tak ada pun orang.
“Ami...” lelaki itu muncul di sebelah aku.
“Mana awak tahu nama saya?” jari diacu pada dada bersama kerutan didahi.
Lelaki yang langgar aku tadi hanya tersenyum sambil membetulkan spect berbingkai hitamnya.
*****
“Amer?” tanyaku setelah pelayan restoran itu beredar.
“Haa...Amer. Takkan dah lupa?” lelaki itu menunjukkan muka penuh berharap agar aku mengingati nama dan pemilik nama itu.
Aku garu kepala yang berlapik dengan tudung. “Errr...tak ingatlah.” Aku tersenyum sumbing.
Wajah lelaki itu berubah keruh. “Serius! Saya tak ingat. Rasanya masa saya sekolah dulu, saya tak ada rakan bernama Amer.” Aku mempamerkan riak serius.
Amer menghulurkan telefon bimbitnya padaku. Aku menyambutnya dengan tanda tanya. Skrin telefon bimbit itu menunjukkan satu gambar lama.
“Gambar budak 2 Angsana. So, kenapa dengan gambar ni?” tanyaku. Memang aku ingat lagi wajah-wajah junior muda dua tahun di sekolah menengah aku dahulu.
“Gambar saya yang pakai spect, chubby, tie senget.” Terangnya sambil menundukkan kepala. Aku mencari ciri-ciri yang ada seperti yang Amer katakan tadi. Ada! Tapi macam kenal...macam tak..
“So, dah ingat?” wajahnya masih terukir penuh pengharapan. Aku mula berasa pelik, kenapa lelaki ini beria-ia benar ingin aku mengingati semua itu?
“Err...frankly speak, saya memang tak kenal Amer. Sorry to say. Saya betul-betul tak ingat, mungkin kita tak pernah sembang kut masa dulu. Gambar ni masa awak Form 2, and saya Form 4. Jadi antara kita berdua, awak muda dua tahun. Memanglah tak kenalkan? Lagipun masa saya form 4, saya sekolah 2 bulan je. Then saya pindah. Tapi apa yang saya boleh katakan, muka awak dalam gambar ni memang saya ingat. Pemalu, sememeh, pendiam, kadang-kadang nampak ben....”
“Ami. Emm ra...rasanya tak perlu kut sebut benda-benda tu. Tapi sekurang-kurangnya awak ingat pasal saya.” Senyuman terukir di bibirnya.
Aku mengangguk sedikit lalu mengembalikan telefon bimbit Amer. “Tapi kenapa ya awak beria-ia sangat nak saya ingat balik pasal diri awak?” soalku kehairanan.
Amer gelisah, “Tu...tu mungkin sebab saya excited sangat sebab jumpa kawan lama. Maksud saya, senior lama. Ha..yelah. Bukan selalu dapat jumpa senior lamakan?”
“Aaa...a’ah. Betullah tu.” Aku mengiakan walaupun berasa pelik. Tapi sikap Amer waktu ni benar-benar aneh. Gelabah semacam.
*****
Bunyi dentingan di skrin komputer beserta ‘Buzz’ membuat aku tersenyum lebar. Ingat jugak Mukriz ni dekat aku. Mesej yang terpapar di tepi ditekan lalu satu ‘conversation’ terpapar di skrin.
MukrizCheer : Assalamualaikum... dah lebih 24 jam tak sembang. Rindu pulak...
NuramiAsam : Wa’alaikumsalam... malam ni tak buzy pulak?
MukrizCheer : Belum lagi. Tapi pukul 12 karang baru ada hal.
Aku kerut dahi. Boleh pulak macam tu! Kenapa aku ada bau orang obses bola je? Aku keluar dari bilik dan masuk ke bilik Bella pula. Waktu itu Bella turut menghadap leptopnya.
“Bella, hari ni ada bola lagi ye?”
“Hah? Bola? A’ah..ada. kenapa? Kau nak pergi tengok ke?” Bella menopang dagu sambil matanya memandang skrin komputer riba.
“Tak kuasa aku. Pukul berapa lawannya?”
“Dua belas.” Ringkas dia menjawab. Jawapan itu cukup membuat aku yakin yang Mukriz ni memang fanatik bola. Ergghh...boringnya hidup!
NuramiAsam : dekat rumah ke dekat kedai?
MukrizCheer : Kedai. Baru gempak...
NuramiAsam : Ohh... I see... [/:) raised eyebrows]
MukrizCheer : Sorry... [:( sad]
NuramiAsam : Kenapa?
MukrizCheer : Mukriz dah tipu Ami...
NuramiAsam : Tak kisah. Lain kali buatlah lagi.
MukrizCheer : Marah?
NuramiAsam : Taklah. Kita suka. Sebab tu kita suruh awak buat lagi. [X( angry]
MukrizCheer : Comellah buat muka marah! Bila kita nak jumpa ni Ami?
Aku menggesek-gesek kedua-dua belah tapak tangan. Jumpa? Ni yang buat aku fobia ni. Sedangkan sekarang dah ada kes rogol dengan hanya berkenalan di Facebook. Inikan pula aku yang dah berzaman-zaman mesej, berkongsi rahsia, bercerita itu dan ini dengan dia.
MukrizCheer : Takut? Chill... saya tak makan orang. Ajaklah teman...saya tak kisah.
Dia memang seorang yang memahami. Kadang-kadang aku rasa aku macam kenal je dengan insan yang bernama Mukriz ini. Mungkin antara aku dan dia ada chemistry.
Buzz!!
Aku tersentak. Segera jari-jemari menari di atas papan kekunci.
NuramiAsam : Nantilah. Ami tak ready. Entahlah. Ami pun sebenarnya teringin nak jumpa Mukriz, tapi..
MukrizCheer : Tapi? Jangan risau... everything will be fine. Its okey kalau Ami tak ready. Take your time ok..
Mukriz offline. Aik..dia merajuk ke? Aku melihat jam yang tergantung di bilik. Lagi 10 minit nak dekat pukul 12. Hemm..dah agak dah. Bolalah tu.
*****

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post