follow

Isteriku 2 Alam-4



“Apa?! Lagi sebulan?” terjerit Lisa menanya.
Idris mengangguk tanpa riak terkejut langsung. Dia memang sudah agak ini respon anaknya.

Lisa menggeleng-geleng. “Tak abah. Nehi-nehi. Abah sedar tak siapa Lisa ni? Lisa nilah satu-satunya anak abah yang ada. Takkan abah sanggup kahwinkan dengan manusia yang Lisa tak kenal langsung tu? Abah tak takut ke, kalau-kalau anak Dato’ tu bapak ayam? Silap-silap hari bulan Lisa dah ada kat Siam!”

“Lisa! Jaga mulut kamu ya? Abah tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni!”

“Tapi abah yang buat Lisa jadi kurang ajar, bah!” balas Lisa berani. Dia memang marah tahap puting beliung apabila mendengar keputusan abahnya itu. Cuba bayangkan, lagi sebulan, aku akan kahwin. Kahwin beb! Bukan main masak-masak ni. Ini realiti, bukan cobaan. Bila dah jadi isteri, aku kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Dan masalah besarnya sekarang, aku tak SEDIA!!!

“Tengok! Inilah puncanya abah nak kahwinkan kamu secepat mungkin. Sebab abah dah tak larat nak ubah sikap kamu ni. bila dah kahwin, biar suami kamu yang jaga. Biar suami kamu yang ubah sikap kurang ajar kamu ni.” Idris yang duduk di kerusi rotan berdiri tegak di depan Lisa. Jelas wajah bengisnya saat itu. Terketap-ketap rahang giginya, menahan geram.

Lisa melopong. “Abah nak kahwinkan Lisa hanya sebab perangai Lisa? Okey, kalau perangai Lisa teruk sangat, Lisa akan ubah. Asalkan abah cancel keputusan gila ayah tu. Boleh?” Lisa mencabar Idris dengan menentang mata.

Idris terdiam. Mana mungkin dia nak batalkan perancangan ni. janji dengan Dato’ Fahami telah terpateri dan tidak boleh di mungkiri. Dia dah anggap Dato’ Fahami seperti adik-beradiknya. Dan dia jugak sebenarnya nak jauhkan Lisa dari berkawan dengan orang yang takde matlamat hidup. Sejujurnya dia risau jika Lisa menyintai Farid, mungkin hidup Lisa susah kelak. Walau sedingin iceberg layanannya terhadap Lisa, namun sayangnya sungguh tebal.

“Ha.. kenapa abah diam? Dah takde idea nak balas ke? Abah, harap abah batalkan semua....”

“Tak Lisa. Abah takkan tarik  balik kata-kata abah tadi. Abah tetap dengan keputusan abah. Bulan depan kamu akan bertunang dan nikah serentak!” sejurus itu Idris terus beredar dari situ. Menghadap wajah anaknya bukan boleh menyejukkan hati. Lagi bikin panas adelah!

Lisa terkaku di situ. Mendengar hujah ayahnya tadi, dia terasa yang masa depannya akan jadi gelap. Anak matanya hanya memandang Idris berlalu dari situ. Dia mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku saat ini. Namun seminit dua minit berlalu, tiada langsung suara abahnya kedengaran.

Lisa terduduk di kerusi. Lemah urat sendinya. Ya Allah, kenapa aku di beri dugaan sebegini? Dulu kau ambil ibu tanpa sempat aku melihat wajahnya. Kemudian abang tersayangku, antara manusia yang paling aku rapat. Kini, abah pula yang mendesak aku untuk berkahwin. Terlalu berat rasanya. Aku belum bersedia lagi. Benar-benar tak bersedia.

Tanpa sedar, air matanya menitis. Mengenangkan nasib diri, cukup membuat dia terluka. Dia terasa yang dirinya penyebab segala masalah yang datang. Ibu... walaupun tak pernah lihat depan mata, namun dia tetap menyayangi wanita itu. Kerana ibu, dia dapat melihat dunia. Jika bukan kerana ibu yang sanggup menggantikan nyawanya dengan dirinya, sudah tentu Lisa tak dapat melihat alam ini. Abang Malek... kerana dia juga abang meninggal. Abang sanggup buat apa saja demi adiknya. Namun malang tak berbau, waktu itu juga abangnya ditimpa kemalangan yang tragis.

“Ya Allah....”

Lisa meraup wajahnya. Dia tak perlu menangisi nasib diri. Dah memang tertulis hidupnya macam ini, siapalah dia hendak menolak. Dia perlu solat. Dia perlu meluahkan perasaan pada yang Maha Pencipta.

***

Lisa hanya bersiap ala-kadar. Seluar jeans lusuh yang juga bekas arwah abang dulu serta t-shirt hitam yang longgar. Simple kan?!

“Dah! Jom blah!” sapa Lisa pada Adnan yang bersandar di keretanya. Aik, hari tu BMW. Ni Honda pulak! Berapa banyak kereta daa...

Adnan yang tersedar terus memakukan matanya pada Lisa. Melongo dia melihat pakaian yang tersarung pada tubuhnya.

“Pergi macam ni je? Kau ingat kita nak tengok bola sepak ke? Kita nak pergi butiklah!” tegas Adnan. Macam manalah papanya boleh berkenan dengan perempuan macam ni? apalah agaknya riaksi mama nanti?

“Laa.... tak betul ke apa yang aku pakai ni? Seluar kat kaki. Baju kat badan. Betullah! Kenapa, nampak macam terbalik ke?” lurus Lisa menanya.

Adnan tercengang. Apa ke bendul sangat bakal bini aku ni? haishh.. nasib baik comel! Kalau tak dah lama aku sepak lelaju budak lurus ni!

“Err.. takde papelah. Dah, cepat masuk kereta. Mama aku dah tunggu kat butik tu.” Sejurus itu Adnan terus memboloskan diri ke tempat pemandu. Lisa pula di sebelahnya. Perjalanan mereka hanya di temani alunan muzik di corong radio. Masing-masing bisu sepanjang perjalanan.

***

Pelbagai jenis dan stail pakaian pengantin yang bergantung di situ. Hinggakan Lisa jadi rambang mata. Ni sah-sah balik mabuk baju pengantin je ni. apa-apa pun, dia serahkan semuanya pada Datin Fatehah, mama Adnan.

Lisa mengeluh. Adnan yang duk sibuk dengan handpohone di sebelah dipandang sekilas. Nampak sangat mereka berdua ni macam tak mahu kahwin. Memang taknak langung pun!

Dari duduk bersandar, dia duduk menegak. Geram dengan abah tak hilang lagi. Di tambah dengan paksaan dari abahnya waktu sarapan tadi. Tak senang betul! Pagi-pagi lagi dia dicemari dengan suara garau abah. Ni yang paling sibuk pun Datin Fatehah sorang. Bukan orang yang nak kahwin yang sibuk.

Datin Fatehah perasan sejak awal lagi. Dua anak muda itu seperti nak taknak je. Dia paham, ini semua keputusan suaminya jugak. Siapalah yang tak marah bila masa depannya di tentukan oleh orang tua.

“Lisa, Anan, kamu berdua ni macam tak mau kahwin je.” tiba-tiba suara Datin Fatehah kedengaran. Setelah bercakap-cakap dengan perunding tadi, dia terus menghampiri anak dan bakal menantunya.

Lisa dan Adnan tersedar. Serta-merta mereka mengukir senyuman untuk orang tua itu. Muka yang jelas tampak kebosanan di maniskan.

“Eh, datin dah selesai ke?” soal Lisa.

Datin Fatehah tersedar sejak tadi lagi Lisa memanggilnya datin. Rasa lain macam pun ada jugak bila bakal menantu memanggilnya sedemikian.

“Lisa, tak payahlah panggil datin. Panggil mama je terus. Lisakan bakal menantu mama.” Lembut suaranya sambil memegang tangan Lisa.

Lisa tersentuh dengan sikap Datin Fatehah. Untung Adnan dapat mama macam Datin Fatehah.

“Err.. okeh ma..” janggalnya rasa!

Datin Fatehah tersenyum, “Anan... kamu pilih baju kamu. Lisa ikut mama ke belakang ye. Kita test.”

15 minit kemudian...

“Lisa... muat tak?!” tanya Datin Fatehah dari luar bilik persalinan. Lisa mengeluh. Wajahnya di hadapan cermin di pandang. Muat tu memang muat. Tapi....

Lisa menjenguk sedikit di balik pintu. Datin Fatehah yang setia menanti di pandang.

“Err... mama..”

“Hah.. Lisa. Macam mana? Muat tak? Kalau tak, kita boleh alter. Kalau tak berkenan, boleh pilih yang lain. Mama dah pilih....”

“Chop, chop! Mama...bukan itulah.” Cepat-cepat Lisa memintas percakapan bakal mak mentuanya.

“Habis tu apa?”

“Err... mesti ke pilih gaun yang paras dada ni? Lisa rasa macam tak selesalah.” Akhirnya terluah juga. Jujur dia cakap, walaupun dia tak baik mana tapi aurat tetap di jaga. Kecuali rambut. Belum sampai seru lagi!

Datin Fatehah tersenyum.

“Laa... awat tak cakap dari awal tadi? Ingatkan Lisa tak kesah. Dah, meh sini. Lisa pilih mana yang berkenan.” Datin Fatehah menarik Lisa yang menyorok di balik pintu itu.

Lisa terpaksa keluar jugak walaupun tak selesa. Dia selalu berkemban macam ni dalam bilik air je. Mana pernah kat luar. Ni kalau abah tau ni, habis dia kena pancung! Lisa menutup dadanya dengan tangan di silangkan. Mungkin mama orang bandar, jadi dia terbiasa sangat dengan benda yang terdedah ni.

“Ni, mama ada pilihkan 5 baju. Lisa pilih antara satu ni.” Baju lip-lap yang tergantung di situ di pandang. Ahh... aku tak tahu nak pilih yang mana. Sebab semuanya cantik belaka.

“Err.. mama pilihlah. Lisa tak retilah. Tapi tak mahu yang terdedah sangat tau!” Lisa mengingati Datin Fatehah.

Datin Fatehah ketawa lucu lalu pipi Lisa di cubit manja. “Iyelah sayang oi!”

Tanpa mereka sedari, sepasang mata ralit memerhati seseorang dari atas ke bawah di bahagian belakang badan itu. Belakang tubuhnya yang terdedah menampakkan warna kulit yang putih gebu. Adnan telan air liur.

“Eh, Anan. Dah ke?” tiba-tiba Datin Fatehah menegurnya. Cepat-cepat Adnan tersedar. Lisa pula makin kalut. Dia lupa yang Adnan turut berada di situ. Baju di tangan Datin Fatehah segera di capai lalu pantas menyembunyikan diri di dalam bilik persalinan. Dia tahu setiap pergerakan yang sukar akibat kain gaun itu sentiasa menjadi perhatian Adnan.

“Hem.. dah okeh dah ni. Baju untuk nikah, mama suggest warna putih ya?” cadang Datin Fatehah. Adnan hanya mengangguk tanpa banyak bicara. Mindanya masih teringatkan Lisa. Dia bukan je comel, tapi cantik!

“Mama, Lisa dah!” beritahu Lisa setelah keluar dari situ. Sesudah mencuba baju tadi, dia terus menukar dengan pakaian asalnya. Adnan yang berdiri di situ di anggap tak wujud. Muka yang penuh keselambaan di ukir walaupun hati taklah selamba mana.

“Eh, Lisa dah cuba ke belum baju tadi?” soalan Datin Fatehah dibalas dengan anggukan.

“Muat?” lagi sekali Lisa mengangguk beserta senyuman.

“Takde longgar-longgar?” soalnya lagi.

“Mama... longgar lagi bagus.  Nanti Lisa mati sebab tak cukup nafas, macam mana? Karang anak mama jugak yang jadi duda berhias.” Selorohnya. Datin Fatehah ketawa. Betul jugak kata bakal menantunya. Ketat-ketat pun buat susah orang je.

Adnan tersenyum lucu. Duda berhias, macam kelakar je!



0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post