follow

Isteriku 2 Alam 1

 



Bengang! Sebal! Benci! Sebal!!!!
Itulah perasaan Lisa a.k.a Dayang Marlisa yang dapat di gambarkan waktu ini. Bengang dengan ayahnya sebab buat keputusan tanpa berbincang dengannya dulu. Dah tu bukan benda kecik hal yang abahnya minta, tetapi hal yang bersangkut-paut dengan hidup dan mati dia.

Selepas mandi pagi itu, Lisa keluar. Bukan nak lari rumah, cuma nak tenangkan diri. Teringat semula perbualannya dengan Idris, ayahnya malam tadi.

“Lisa, abah mintak satu ni je. Dan ini ialah permintaan terakhir abah. Tolong ya, terima cadangan ayah tu.” Pujuk Idris dengan nada selembut mungkin. Cuba mencairkan hati keras anak tunggalnya. Mana tahu dengan kaedah ini, Lisa boleh menurut.

Lisa berjalan mundar-mandir di depan Idris. Dia menggeleng beberapa kali.

“Abah, tolonglah jangan paksa Lisa. Abah tau tak cadangan abah tu soal masa depan Lisa sendiri. Lisa dah besarlah abah. Lisa dah reti nak tentukan mana yang betul, mana yang....”

“Lisa! Apa susah sangat kamu nak ikut cadangan abah ni? Oh, kamu ingat kamu tu dah besar, boleh hidup berdikari? Hidup pun masih bergantung bawah ketiak abah. Abah tak kira. Lisa kena terima. Abah tak nak dengar kata TIDAK lagi. Keputusan abah muktamad!” Idris bangkit masuk ke dalam biliknya. Merah padam mukanya melayan kedegilan Lisa. Bukan niatnya hendak memporak-perandakan hidup puteri tunggalanya, cuma dia risau jika Lisa akan mencari pasangan yang tidak secocok.

Satu hal lagi, dia sudah berjanji dengan Dato’ Fahami yang dia akan berusaha untuk menyatukan anak daranya dengan anak teruna Dato’ Fahami. Bagi mengeratkan hubungan persahabatan, dia berharap dapat menjadi besan kelak. Mungkin cadangan ini nampak terlalu kejam, tapi itulah yang di mahukan. Dia tahu mana yang baik dan yang buruk untuk masa depan anaknya.

Bunyi ayam berkokok menghentikan lamunannya. Ayam jantan milik Idris berjalan mundar-mandir di hadapannya.

Entah kenapa, Lisa merasakan yang ayam jantan itu sedang mentertawakannya. Berkokok tanda bersorak kegembiraaan melihat wajah cemberut Lisa.

“Kau diam Jalak! Kau berkokok lagi, aku sembelih kau nanti!” ugut Lisa. Tajam renungannya memandandang ayam jantan kesayangan abahnya.

Si Jalak tetap berkokok tanpa mempedulikan pandangan mata Lisa.

“Kau memang nak kena ye Jalak!” selipar pada kaki di cabut, sedia untuk menghentam ayam itu.

“Sia-sia je kamu nak marah ayam tu Lisa oi. Dia berkokok tanda setuju dengan cadangan abah. Ni kamu nak pergi mana ni? Nak lari rumah?” dingin suara Idris menyapa Lisa di pagi itu. Dia berdiri tegak di sebelah moto cabuk sambil menyilangkan tangan di dada.

Lisa mencebik.

“Kalau ya pun kenapa? Boleh batalkan cadangan abah tu nantikan?” motor Honda X5 di hidupkan enjinya.

“Kamu jangan nak buat pasal Lisa!” tegas Idris.

“Dahlah abah. Orang nak keluar kejap je. Nak cari ketenangan. Kat rumah panas. Assalamualaikum...” kemudian laju motor itu meninggalkan Idris.

Idris menggeleng kepala. Sikap keras kepala sama je macam aku. Haiss... kalaulah Zamilah ada lagi, mesti perangai Lisa tak jadi macam ni. Siang macam hantu, malam macam pontianak. Nak-nak lagi berkawan dengan Jin. Parah jadinya!

Tiba-tiba wajah arwah anak lelakinya menjengah. Bila siang, Lisa saling tak tumpah seperti abangnya. Sebab itulah Idris tak melenting apabila Lisa menukar imej menjadi tomboi. Sebab dalam masa yang sama, terubat juga rindu pada anak lelakinya duhulu.

***

Dia memerhati Farid yang sibuk menyelongkar motor yang perlu di baiki. Mindanya melayang ke merata tempat. Kompius! Kompius! Nak ikut kata hati atau nak ikut kata abah? Tapi ni soal masa depan aku.

Eh, siapa yang nak kahwin sekarang ni ek?

“Wau! Makcik Senah dah pandai berangan la sekarang? Dah sampai parit berapa kau melayang tu?” sergah Farid tiba-tiba. Lalu duduk di sebelah Lisa.

Lisa yang terkejut terus menyekeh kepala Farid.

“Sakitlah bodoh! Ingat kepala aku ni apa hah, nak sekeh-sekeh pulak. Aku bayar zakat tau!” marah Farid.

“Kau tu yang bodoh. Nasib baik aku tak ‘jalan’ tadi!”

Farid tergelak. “Kau apesal beb? Bermuram durjana je dayang aku ni? Kenapa, anak kucing kau beranak ke?”

Lagi sekali kepala Farid di sekehnya. Farid mengusap kepalanya. Dah biasa kena, tak heran pun!

“Abah akulah, dia suruh aku kahwin....” ujar Lisa dengan nada perlahan sambil menekur lantai.

“Hah? Apa dia? Aku tak dengar. Ce kau ulang balik!” telinga capang Farid di suakan. Rasanya dia tak silap dengar tadi.

Lisa merengus. “Kau pernah tak rasa korek telinga dengan spanar ni? Kalau tak, meh sini aku korek sampai lubang cacing.”

Farid menggeleng laju.

“Betullah. Aku tak berapa dengar sangat tadi. Cakaplah lagi,”

“Abah aku suruh aku kahwin. Ada paham?” kali ni suaranya makin tinggi dari tadi. Farid di sebelah mengangguk.

Hah? Kahwin? Matanya terbeliak serta-merta.

“Lisa, kau tipu akukan? Kenapa Lisa, kenapa? Kenapa kau kapel tak bagitau aku? Sia-sia je aku simpan perasaan aku kat kau!” Farid berpura-pura nangis.

“Tengkorak kaulah aku dah kapel. Kau pernah nampak ke aku berkepit dengan jantan lain selain dari kau?”
Farid diam tiba-tiba.

“Ohh.. jadi kau suka akulah ye?” keningnya di jongket-jongket.

Lisa menggeleng kepala. Hailah mamat ni. Perasan setinggi gunung Everest. Bila masa pula aku kata aku sukakan dia?

“Kau gilalah, Rid. Kau tau tak kau tak siuman sekarang ni? Dah, aku nak cau. Kat rumah panas, kat bengkel pula bikin panas.” Lisa bangkit lalu menghidupkan motornya.

“Laa... kau marah ke? Ni sejak bila kau reti touching² ni?” Farid menghampiri motor Lisa.

Lisa membiarkan soalan Farid. Dia terus berlalu meninggalkan Farid yang terkial-kial memanggilnya.

***

Motor X5-nya di tunggang tanpa hala tuju. Selagi ada minyak, selagi itulah motornya berjalan walaupun tak tahu kemana destinasinya. Pagi yang dingin menyapa tubuhnya. Tapi hati yang panas lebih mengatasi.

Sewaktu melepasi simpang, dia ternampak sebuah kereta mewah terdampar di bahu jalan.

Ni siapa pulak yang buat show car kat tepi sawah ni? Dah takde port lain ke sampai dekat bendang Pak Karim pun depa bedal?

Lisa mengintai di balik tingkap yang gelap sewaktu melepasi kereta itu. Di depan kereta itu pula kelihatan dua orang lelaki dengan muka seposennya.

Motor Lisa di berhentikan. Atas rasa simpati, niat nak tolong. Kut-kut lah kan. Depa nikan orang bandar, mesti tak tahu selok-belok kampung ni.

“Assalamualaikum... Pakcik! Ada masalah ke?” ramah Lisa menyapa.

Seorang lelaki tua itu terkejut dengan kehadiran perempuan Lisa. Dia tersenyum lalu menjawab salam.

“Kereta anak pakcik ni, tiba-tiba buat hal. Tayar pecah pulak.” Terdengar keluhan dari mulut orang tua itu. Mungkin baya-baya abah kut!

Lelaki muda di samping orang tua itu memandang jelik ke arah gadis yang berpakaian serupa jantan bersama motor cabuknya. Rasa kerek pulak tengok budak kampung tunjuk baik depan dia.

“Ohh... tayar pecah. No hallah pakcik. Biar saya tolong. Tang mana yang pecah tu?” Lisa turun dari motor setelah mematikan enjinnya.

“Betul ke ni? Alhamdulillah, ada jugak yang sanggup tolong pakcik.” Orang tua itu tersenyum gembira. Anak teruna di sebelah memang tak boleh harap. Harap nama je jantan, tapi kerja macam ni pun tak reti nak handle. Kereta besar macam gajah, tapi tuannya hancus!

Bagi Lisa pula, dia sudah lali dengan  masalah ini. Diakan selalu lepak di bengkel tempat kerja Farid, jadi dengan mata saja dia sudah paham apa yang patut di buat jika hal begini berlaku.

Lebih kurang 7 minit, tayar belakang kereta mewah itu sudah siap di tukarnya.

“Okey! Pakcik! Semua beres!” ujarnya sambil menepuk tangan menghilangkan habuk. Semua barang-barang di simpan semula di bonet belakang.

“Tak sangka budak perempuan pun handal bab-bab kereta ni. Bukan macam orang tu, jantan tapi tak tahu apa-apa. Entah apa yang dia belajar masa kelas memandu hari tu pun pakcik tak taulah.” Kata pakcik itu berbaur perlian. Lelaki muda di sebelah di jeling.

Lisa baru perasan dari awal hinggalah tayar kereta itu berjaya di baiki, sepatah pun lelaki itu tidak bersuara. Bisu ke?

“Err.. pakcik. Anak pakcik ni bisu ye?” bisik Lisa.

Pakcik itu tergelak, manakala lelaki itu menjeling geram. Apa punya soalanlah! Tak semestinya diam tu bisu!

“Entahlah, pakcik pun baru perasan yang dia ni bisu. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyaklah. Sebenarnya pakcik nak pergi rumah kawan. Janji pukul 9. Ni dah nak dekat pukul 10 pulak.”

Lisa mengangguk. “Okeh pakcik. Apa-apa hal panggil je saya. Kalau panjang umur kita jumpa lagi. Assalamualaikum...” enjin motor di hidupkan.

Orang yang yang tidak ketahui namanya menjawab salam perlahan. Sejak awal lagi, dia seperti pernah tengok wajah anak muda itu. Tapi dia tak ingat di mana dia pernah jumpa.

“Aik papa. Lamanya pandang anak dara? Ingat-ingat sikit mama kat rumah tu!”

Tersentap hatinya mendengar perlian dari anaknya sendiri. Tadi bisu, ni tetiba ada suara pulak. Jembalang dah ambil lidah dia ke tadi....??

0 Comments:

Post a Comment



<< home ?

Older Post | Newer Post