follow

The Winners are...

Assalamualaikum... setelah berbulan-bulan Contest ini berjalan, akhirnya aku with partners dah decide siapa pemenangnya.


Aku bahagikan pemenang kepada 3 orang. Bukan sikit. Banyak woo. (99, banyak ke?)

Proses memilih gambar yang CUN KEBABOM ni bukan aku sorang je. aku pilih dengan dibantu my sister  dan Sepupu aku - Darjah 4! haha
Both of them aku lantik secara tak rasmi. =))


Okeh. direct pada senarai pemenang. aku bagi sikit. Pakai printscreen je. Gua malas nak salin berjela2, macam Afiqah tu.

--------Pemenang! Tahniah Guys!--------






Tahniah lagi sekali dan Terima Kasih kerana sudi JOIN contest tak seberapa ni. Akan datang, Aku dan Afiqah cadang nak buat contest lagi. Mungkin temanya berkaitan dengan semangat jiwa korang sebagai Rakyat Malaysia. Baru cadang okeh. Kita hanya Manusia yang mampu merancang, sudahnya Semua Kehendak Illahi yang menentukan.

Untuk lihat pemenang yang lain, atau nak tengok Full punya, korang boleh direct ke link ini.
Pada yang lain, jangan gibap dulu beb! Gambar di atas tu aku ambil separuh je. Entah2 nama korang tercalun dalam pemenang saguhati. Who knows! So better korang cekidaut link tu. 

OK, dah tahu dan tercalon sebagai pemenang, click HERE. Hantar Detail2 yang diperlukan seperti yang tertulis dalam blog minah tu. Ok? Sebarang kemushykilan, lampirkan di comment di bawah. OK Doki! 

TERIMA KASIH JOIN! KORANG TERBAIK! Sorry di atas kelewatan kami umumkan pemenang ni eh


Isteriku 2 Alam- 12

BAB 12


Setelah selesai mandi, Lisa keluar dari bilik air. Selalunya Lisa akan memakai baju dahulu memandangkan Adnan ada di rumah. Tapi untuk kali ni, Lisa terlupa pula hendak membawa baju spare. Jadi dia terpaksa keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

Lisa menoleh kiri dan kanan. Bilik airnya terletak di dapur. Sunyi sepi. Mungkin Adnan sedang bersembang dengan abah. Terjengket-jengket Lisa berjalan. Setibanya dia di depan pintu, pantas Lisa masuk ke dalam. Lisa tarik nafas lega. Nasib baik tak terserempak dengan dia.

Almari baju di buka. Baju seragam Lisa di capai. Kain batik juga tidak di lupakan. Malam-malam memang best pakai baju kurung kedah ni. Tak percaya? Try la dekat rumah. He he....

“Dah lama kenal Farid?”

Lisa yang baru memakai baju separuh itu, cepat-cepat menurunkan bajunya. Adnan yang berdiri berhampiran pintu yang tertutup di perhati. Merah mukanya saat itu. Ada dia nampak apa-apa tak?

“Woit! Kau ni apehal? Giler? Sewel? Suke suki kau je nak terjah bilik orang. Tak tahu ke bilik ni tempat privisi? Mana boleh orang asing masuk sesuka-hati mak BAPAK kau!!” bidas Lisa. Perkataan BAPAK di tekan sedikit. Biar berdesing tahi telinga dia!

Adnan mempedulikan kata Lisa. Dia duduk di tilam bujang Lisa.

“Sejak bila kenal dengan Farid?” soalnya lagi. Lisa yang berbaju dengan tuala di perhati. Dia tahu dia masuk salah timing. Tapi dah termasuk, nak buat macam mana? Boleh tengok free-show. He he he....

“Yang kau nak tau apesal? Ada nyusahkan kau ke?”balas Lisa.

“Ada aku mintak kau susahkan aku ke?” tenang Adnan berkata.

Wajah Adnan di pandang. Tak puas hati. “Ada aku suruh kau tanya ke?”

“Bila masa aku suruh kau tanya?”

“Kau boleh diam tak!”

“kalau tak boleh?”

“Aku sepak kau!”

“Nak sepak dengan apa? kaki? Tangan?”

Ayat terakhir Adnan berjaya menghentikan Lisa dari terus berkata-kata. Ahh... susahnya nak lawan kata dengan dia!

“Dahlah! Kau blah!” halau Lisa.

“Kalau aku taknak?” lagi sekali Adnan mengajukan soalan.

Lisa menjengilkan mata pada Adnan. “Kau nak apa ni?” kendur suaranya. Jika tadi, suara Lisa agak dingin.

“Berapa lama kau kenal Farid?”

Lisa memandang Adnan lama. Geram dengan soalan yang Adnan lontarkan. Dari tadi bertekak, Cuma nak tahu tu je? Haisshh... panas betul aku!

“Dah lama. Sejak aku kecik lagi.” Kata Lisa lalu duduk di sebelah Adnan.

“Ohh... dah lama. So tadi aku kenalkan kau kat dia, dia memang dah kenal kau la ya?” soal Adnan lagi. Eh, apesal aku rasa soalan aku macam tak logik je?

“Kau paham dak aku cakap tadi, aku kenal dia sejak kecil. Kau nak aku cakap tahunnya sekali ke?” sindir Lisa.

Adnan diam. Lisa di sebelah di pandangnya.

“Dah habis tanya? Jadi di persilakan berambus dari bilik aku!” Tegas Lisa mengarah.

Lisa kehairanan. Apesal mamat ni tak belah lagi? Aku nak pakai baju pun tak lengkap lagi. Adnan di sebelah di pandang. Lisa terkedu. Anak mata Adnan tepat mengena anak mata Lisa lalu terus menusuk hati. Lisa jadi berdebar tiba-tiba. Tangan jadi sejuk. Kaki yang hanya bertuala paras lutut menjadi sejuk. Ya Allah! Kuasa apa yang dah sampuk dalam tubuh aku ni? kenapa badan aku jadi sejuk tiba-tiba? Kenapa aku rasa macam nak demam sekarang?

“Lisa...” panggil Adnan.

Lisa tersedar. “Apa?!” tanya Lisa pantas. Kalau boleh biar semua ini berlalu dengan cepat. Dia tak sanggup hendak melalui saat-saat yang membuatkan jantungnya luruh tanpa sebab ni.

“Lisaa...” panggilnya lagi dengan suara yang agak perlahan.

Lisa terkedu. Adnan menundukkan wajahnya ke tepi. Lisa terpaksa menyengetkan badannya akibat jaraknya dengan Adnan sangat hampir.

“Aku...” Adnan berjeda. Dia mendekatkan lagi jaraknya dengan Lisa.

“Kau... kau nak apa?” tanya Lisa gelabah.

“Aku... nak...”

Lisa menanti. Tubuhnya makin rendah. Ish, apa dia nak cakap ni? Tak boleh ke cakap tak payah dekat-dekat macam ni?!

“Aku...aku... laparlah.” Sejurus itu Adnan tersengih sambil mengusap perut. Untuk seketika, lagi sekali Lisa terpana melihat senyuman di bibir Adnan. Hensem!

Lisa kembali sedar apabila mendengar Adnan ketawa terbahak-bahak sambil berdiri menekan perut.

Kurang hasam boi! Kau mainkan aku ya mangkuk!

“Tak guna! kau sengajakan nak sakitkan hati aku?!” Lisa bercekak pinggang. Adnan yang ketawa di perhatinya.

“Ha ha. Weh, apesal muka kau dah macam ayam berak kapur? Lawak habis!” Adnan sambung tawanya.

Lisa mengecilkan matanya. Bila-bila masa je Lisa akan terkam mangsa di depannya.

“Kau! Arghh!” Lisa menghampiri Adnan. Kaki Adnan di pijak kuat. Lantas Adnan mengerang kuat. Terduduk Adnan di situ sambil memegang kakinya.

“Weh, Weh! Kau nak buat apa ni?” Adnan seriau melihat senyuman Lisa. Apa lagi yang dia nak buat ni?

Lisa menarik pipi Adnan sekuat hati. Kuat sangat. Ish, aku pun tak tahu la, dalam banyak-banyak tempat kenapa kat pipi jugak yang aku cubit. Entahlah, mungkin pipi Adnan gebu kut. He he..

Adnan mengerang kesakitan. Dia tak dapat melawan tenaga Lisa saat itu kerana dia perlu menahan sakit. Akhirnya Lisa melepaskan cubitannya.

“Sakit?” soalan bodoh Lisa ajukan. Adnan menjeling geram pada Lisa. Pipi kiri dan kanannya di usap.

“Hemm.. baguslah sakit. Memang itu yang aku nak. Dah, baik kau keluar sekarang sebelum aku sepak anu kau pulak.” Ugut Lisa lagi.

Adnan segera keluar dari bilik. Lisa yang melihat tergelak sendiri.

***

Seperti kelazimannya, pagi-pagi Lisa akan keluar untuk mencari sarapan. Warung Pak Tam menjadi pilihannya.

“Pak Black! Nasi lemak tiga, meehun satu, kuih macam biasa ya!” sekali nafas Lisa meminta order. Pak Tam yang sedang mengemas dapur terperanjat apabila pagi yang gelap tiba-tiba disergah dengan suara tak semegah itu.

“Oh ya! Air milo panas satu ya!” tambah Lisa lagi. Pisang emas di atas meja di ambil lalu di kupas dan dimakannya.

“Hamboi-hamboi! Budak sekor ni makin cantik perangainya. Kamu panggil apa tadi? Pak Black? Bila masa Pak Tam jadi Black ni?” sembur Pak Tam sambil cekak pinggang. Sebelum itu, air milo yng di pesan Lisa tadi di letakkan di hadapan tetamu ‘terhormatnya’.

Lisa tarik sengih. “Marah ke Pak Tam? Rilek la. Abah Lisa cakap, pagi-pagi tak elok marah-marah tau. Nanti rezeki tak masuk. Ni nasib baik Lisa datang, kalau tak takde siapa yang nak beli makanan Pak Tam pepagi buta ni, kan?” Lisa menghirup air milo panasnya.

“Banyak la kamu. Eh, tadi kamu pesan tiga nasi lemak? Satu lagi untuk siapa? Selalu kamu mintak dua nasi lemak dengan meehun tu je. Ada tetamu ke?” Pak Tam cuba mengorek. Dia duduk di hadapan Lisa.

“Eh-eh, sejak bila Pak tam jadi wartawan ni?”

“Takdelah... Pak Tam pelik je.”

“Hemm... Pak Tam lupa la tu. Lisa kan dah kahwin. Jadi, satu lagi tu untuk suami tersayang Lisa la. Ada ngerti?”

Pak Tam menepuk dahinya. “Allah! Lupa pulak Pak Tam kamu dah kahwin. Ha ha. Jap. Pak Tam pi bungkus dulu.”

“Ha..nah!” makanan yang dipesan Lisa tadi di serahkan pada Lisa. Kemudian duit bertukar tangan. Setelah itu, Lisa kembali ke rumahnya.

***

Ngenggg! Ngengg! Ngenggg!!

Ngauman motor yang membingit satu rumah telah mengganggu tidur Adnan.

“Argh! Sape yang bukak sepang kat rumah ni!” rungut Adnan di atas tilam dengan mata yang di pejam. Akibat tidur yang ‘teramatlah’ selesa malam tadi, Adnan sambung tidur semula di atas tilam Lisa selepas solat subuh. Sungguh tak adil. Dia tidur di tempat selesa sokmo, aku tidur dekat bawah yang hanya beralaskan tikar mengkuang. Bukan kejam ke namanya?

Ngenggg! Ngengg!!

Lagi sekali bunyi enjin motor bergema. “Woi! Bingitlah!” jerit Adnan dengan mata terkatup. Adnan menutup mukanya dengan bantal.

“Hai Jalak! Good Moooowning! Dah bangun ya? Ohh, patutlah! Matahari dah tegak atas kepalakan? Ish, ish, ish. Teruk betullah kan siapa yang tidur lagi tu. Tengok, ayam pun reti bangun awal. Siap bawak anak bini lagi. So sweeeet...!!” Bunyi motor diganti pula dengan suara sumbang dari luar rumah.

Adnan mendengus kasar. Adnan sudah agak, bunyi motor dengan suara itu milik orang yang sama. Shit! Dengki dengan aku apehal!

Tak lama kemudian, bunyi motor yang sengaja di press kuat lagi sekali menjerit. Dan bunyi itu makin perlahan seperti sudah lesap dari rumah. Motor dah lesap, minah gorila tu pun mesti dah lenyap.

Adnan menarik selimut hingga ke paras kepala. Rasa kantuk tadi bagai melayang pergi apabila tidurnya di ganggu bunyi-bunyian tadi. Haiiss... pantang nenek moyang aku orang kacau tidur!

Adnan keluar dari balik dan menapak ke dapur. Sasaran pertama, tudung salji di atas meja. Tudung salji di buka. Sebungkus nasi lemak dan kuih muih terhidang. Ini je?! Mana kenyang aku makan ni je.

“Baru bangun?” sapa Idris dari pintu dapur.

Adnan memaling lantas tersenyum. “A’ah.”

“Makanlah. Abah dengan Lisa dah sarapan tadi. Tinggal kamu je belum.”

Adnan tersenyum. Sebelum duduk, Adnan baru sedar kesakitan pada pinggangnya. Lantas dia membuat sedikit senaman bagi menormalkan semula urat sarafnya.

“Sakit pinggang ke, Nan?” soal Idris lalu duduk dimeja yang sama. Air teh yang suam-suam kuku di tuang ke dalam cawan.

Adnan tersengih. “Arr... a’ah. Sakit sikit je.” Beritahu Adnan. Bungkusan nasi lemak di buka. Bismillah di baca dan nasi bersambalkan ikan bilis di suap ke mulut.

“Kamu buat apa sampai sakit pinggang?” tanya Idris lagi bersama senyuman. Matanya melirik Adnan di sebelah.

Adnan tersedak. Dadanya di tepuk-tepuk. “Buat? Buat apa? Saya tak buat apa-apa pun.” Sangkal Adnan bersama gelengan. Kelihatan Idris masih dengan senyuman. Pulakk... dia tak caya cakap aku ke?

“Jangan nak soroklah. Abah tau kamu mesti tidur dibawah semalamkan? Lisa buli kamu ya?” Idris serkap jarang. “Malam tadi abah nampak kamu jalan terjengket-jengket. Kenapa? Ni tak lain tak bukan, mesti sebab Lisa. Betul tak?” tokoknya lagi.

Adnan terdiam. Perlahan-lahan nasi di dalam mulut di kunyah. Adnan tersenyum kelat.

“Abah paham. Korang belum ngam lagi. Takpelah Nan. Sikit masa lagi kamu kenallah macam mana perangai sebenar Lisa tu. Kasar tu memang tak boleh nak ubah. Tapi disebaliknya, hati dia tetap perempuan. Apa orang kata, dalam hati ada taman. Betul tak?” gurau Idris. Adnan ketawa.

“Silap abah jugak kahwinkan korang. Abah langsung tak pikir apa perasaan Lisa. Selain papa Anan yang paksa, Abah yang cadangkan rancangan ni. Abah Cuma tak mahu Lisa berkawan dengan orang takde matlamat hidup tu. Abah risua kalau-kalau Lisa kahwin dengan orang macam gitu.” Luah Idris. Pintu dapur yang ternganga di pandang sepi.

“Maksud abah, siapa kawan Lisa tu?” Adnan menghirup air teh yang baru dituangnya.

“Farid. Kamu kenalkan? Semalam kamu ada sembang dengan dia tak silap abah.” wajah keliru Adnan di pandang. Tak lama lepas itu, Adnan mengangguk.

“ha.. Ya ya. Saya ingat. Semalam tu ya?” Idris mengangguk.

“Tu pendapat abah masa sebelum Lisa kahwin. Tapi sekarang, abah sedar abah terlalu mengikut perasaan. Takde pekdah abah membenci si Farid tu. Abah ingat bila Lisa kahwin, takdelah dia berjumpa dengan Farid lagi. Rupa-rupanya abah silap. Tengoklah, lesap entah kemana. Si Farid la tu yang dia jumpa.”

Adnan kerut kening, “Lisa keluar tadi, jumpa dengan Farid la?” Idris membalas dengan anggukan. Adnan terdiam. Keluar rumah tanpa izin suami. Tak tahu hukum ke?

Eh, sejak bila aku kisah sangat dengan betina tu? Desis Adnan.

“Okeylah. Abah naik dulu. Nak mandi. Tadi abah pergi dusun. Banyak rambutan. Selalu kalau musim durian, tang tulah ada musim rambutan. Nanti kalau kamu nak, pergilah dengan Lisa ke dusun abah tu.” Saran Idris.

Adnan mengangguk, “Baik, bah.” Idris naik ke rumah lalu masuk ke dalam biliknya.

Ingatan Adnan kembali pada Lisa. Ohh.. dating belakang aku ya? Takpe, takpe. Satgi kau dating dengan aku pulak ya!

***

Senak perut Lisa sebab terlebih ketawa. Farid pun sama. Dua-dua sama je. Baik dikahwinkan dua ekor ni. Upss! Lisa dah kahwin, mana boleh kahwin lagi.

“Jadi betullah aku cakapkan? Orang nak tackle kau pun kena fikir 100 kali. Sebab? Sebab mana-mana kau pergi mesti tak lari dengan minyak hitam. Farid..Farid.. Fatimah tu cun kau tolak. Gigi putih bersih, muka putih, ala-ala Chinese. Apa lagi yang kau nak? Semua pakej dah ada kat Fatimah tu.” Lisa tergelak.

Farid menepuk bahu Lisa hingga terdorong Lisa ke hadapan. “Kau kata Si Fatimah tu cun? Kau nak hamik lah. Hih, tak hingin aku. Gigi jongang macam tu kau boleh kata cun? Gigi putih, belum tengok dalam-dalam lagi. Orang pakai kayu sugi, dia pakai kayu balak. Pakej hape cam gitu?!” Farid jeling Lisa yang masih dengan gelaknya. Bukan takut kita yang tengah marah, lagi di gelakkan adalah. Sengal!

“Buat apa aku nak hamik dia? Aku perempuan, dia perempuan. Kalau aku jadi laki, baru boleh di pertimbangkan. Kau jangan kutuk dia lebih-lebih beb. Besok lusa mana tahu jodoh kau depan batang hidung je. Haru hidup kau nanti.” Balas Lisa dengan menahan senyum. Matanya terarah pada depan kedai runcit ayah Farid.

“Batang hidung aku? Kau ke? Kau tu dah kahwin, macam mana aku nak masuk jarum.”

Lisa pandang muka Farid. Serius. Lantas di sekehnya kepala Farid. “Bukan aku la bengong. Tu, bidadari dari kayangan dah sampai. Ayah takdekan? So kau lah kena layan spesel custumor tu.” Ketawa yang di tahan tersembur juga. Tiba-tiba poketnya bergetar lantas menghentikan tawa Lisa. Telefon bimbitnya di raih dari poket. Tertera nama ‘mama’ di skrin.

“Lisa, weh. Gila la! Tak mahu aku layan. Kau pi lah!” Farid mula gelabah. Serius mati tenuk Farid takut dengan Fatimah yang juga di kenali sebagai, Minah Jongang. Gatal tahap kemenyan perempuan tu. Ingatkan malu-malu kucing, reti jaga adab. Ni tak, tergesel-gesel, macam kucing jantan mengawan.

“Syhhh! Diamlah. Mak mentua aku call. Kau layan la sana.” Lisa mengibas-ngibas tangan menghalau Farid. Lalu panggilan itu di jawabnya.

“Assalamualaikum mama...” sapa Lisa dahulu.

“Wa’alaikumsalam. Anak mama apa cerita? Sihat?”

“Semestinya sihat. Hidung masih ada. Mata aktif. Tangan kuat lagi nak libas Adnan. Mama macam mana? Ada baik?”

Tergelak Datin Fatehah mendengar gurau Lisa. “Sihat. Papa pun sihat. Lisa, Anan mana? Mama call tak angkat pun. Anan okeh ke?” tanya Datin Fatehah gelisah.

“Sihat je. Ada apehal ma? Penting ke mama nak cakap dengan dia? Kalau boleh, biar Lisa je yang kirimkan nanti.”

“Ha, memang itu pun yang mama nak cakap. Ni, mama dengan papa terpaksa balik ke KL. Syarikat papa ada masalah sikit. Nanti Lisa cakap dengan Anan, mama suruh dia ambil kunci dari jiran sebelah kita ni.”

Lisa kerut kening, “Kunci apa ma?”

“Kunci rumah dekat Ipoh. Hari tu papa upah orang untuk bersihkan laman rumah tu sebelum Lisa dengan Anan duduk situ.”

Lisa hanya mengangguk walaupun dia ada soalan yang hendak di tanya. Bila masa Anan beli rumah? Bila masa aku dengan Adnan merancang nak duduk rumah sendiri? Ish, buat plan tanpa pengetahuan aku pulak tu, “Baik ma. Nanti Lisa bagitahu dia.”

“Okehla Lisa. Mama gerak dulu. Mama kena pergi sekarang. Bai sayang. Jaga diri elok-elok tau. Jaga Anan sekali. Kirim salam sayang mama dengan papa dekat dia.” Pesan Datin Fatehah lalu memutuskan talian tanpa sempat mendengar balasan dari Lisa.

Lisa memandang telefon bimbit yang tak bernyawa. Busynya! Aku nak cakap sikit pun tak sempat dah.

Kemudian Lisa menghampiri motor X5nya. Enjin di hidupkan, lalu pulang ke rumah.

Setibanya dia di rumah, Lisa terus mencari Adnan. Di dapur, takde. Dia ruang tamu pun tiada. Kat luar rumah, haraaamm. Terakhir sekali, bilik tidur. Memang tepat Adnan ada di situ. Kelihatan Adnan baring di atas katilnya sambil pejam mata. Lantas lengan Adnan di cuitnya. Adnan membuka mata sedikit.

“Weh, mama call tadi. Mama suruh kau amik kunci rumah dari jiran.” Ujar Lisa senada. Namun tiada respon dari Adnan. Matanya terkebil-kebil memerhati Lisa yang berdiri itu.

“Woit! Kau dengar tak aku cakap ni?” negatif. Adnan buat muka blur. Earphones di telinga Adnan tarik.

Patutlah aku cakap kau buat pekak?! Telinga sumbat?!! Arghh... bazir air liur aku je cakap dengan dia ni. Lisa mendengus lalu melangkah keluar dari situ.

Adnan cepat-cepat mencapai lengan Lisa. “Kau ulang balik apa kau cakap tadi. Sorry, aku tak dengar.” Tenang Adnan berkata.

Zappp!  Bagai kena renjatan elektrik tatkala Adnan menyentuh tangannya.Lisa berdebar tiba-tiba.

“Helloooo?!” tangan di awang-awangkan depan muka Lisa. Lisa yang tersedar pantas menarik tangannya. Fuhh... kurang sikit debaran.

“Err... tadi mama call aku sebab call kau, kau tak angkat. Mama kata dia tinggalkan kunci rumah yang kat Ipoh tu pada jiran.” Lisa mula melangkah pergi dari situ.

“Jiran kau ke jiran aku?” soal Adnan menghalang Lisa dari keluar bilik. Lisa berpaling.

“Jiran kau la mengong! Jiran aku bendang. Ada apa kat bendang? Lintah ada la.” Lisa menyambung langkahnya. Setelah pintu bilik di tutup, dia bersandar di dinding papan sebelah pintu tadi.

Dada yang berombak kencang sudah reda. Tangan kanan menyentuh dada. Masih bergetar pantas, tapi tidak sekencang tadi. Tangan sejuk tiba-tiba. Apa kena dengan aku ni? Dia baru pegang tangan sikit, aku dah kalut semacam. Sengal la aku ni! Lisa menggeleng-gelengkan kepalanya.

Older Post