follow

Isteriku 2 Alam-11

BAB 11
Beg baju di jinjit menuruni tangga dan Lisa menapak terus ke pintu. Beg di letak di situ.

“Adnan mana? Tak siap lagi?” soal Datin Fatehah. Di tangannya terdapat beberapa tupperware yang diisi dengan lauk-pauk.

“Entah. Kejap kata nak ikut, kejap kata taknak.” Acuh tak acuh Lisa menjawab.

“Pulak. Habis Lisa pergi dengan apa ni?” Lisa hanya mengangkat bahu.

“Ni untuk Lisa bawak ke?” wajah Lisa berubah ceria apabila melihat bekalan makanan itu. lalu Datin Fatehah menyerahkan plastik itu.

“A’ah. Boleh makan untuk malam karang. Ni Lisa nak pergi dengan apa ni? nak mama call kan teksi tak?” soal Datin Fatehah lagi.

Lisa diam. Itu yang dia fikir sejak dari tadi lagi. Dah Adnan tak mahu ikut, habis aku nak pergi macam mana?

“Apa pulak nak call teksi? Anan hantarlah ma..” tiba-tiba Adnan bersuara dari arah belakang Datin Fatehah.

Seretak Lisa dan Datin Fatehah menoleh belakang. Terkejut Lisa apabila terlihat sebuah beg di tangan Adnan. Aik, dia ni bawak beg nak pergi mana pulak? Takkan nak ikut aku kut.

“Laa.. pening mama. Tadi kata Lisa Anan tak ikut. Ni Anan dah siap dengan beg pulak. Mana satu yang betul ni?” jelas kerutan di dahi Datin Fatehah.

Lisa terdiam. Dia menghantar pandangan pada Adnan dengan soalan, ‘Apa cerita ni? kata taknak ikut?’

Adnan buat tak tahu. dia terus meluru keluar. Beg baju Lisa turut di capainya. Kemudian bonet kereta BMW 320i di buka dan beg di masukkan.

“Siapa kata Anan tak ikut? Kau ni, memandai jekan?” bahu Lisa di tepuknya. Adnan tersengih. Lisa hanya memandang tanpa riaksi dengan sikap bersahaja Adnan. Pelik barangkali.

Sengihan Adnan memudar. “Okeylah ma. Kitorang bertlak dulu.” Adnan mencapai tangan Datin Fatehah lalu mengucupnya.

“Hati-hati drive tu. Jaga menantu mama elok-elok.” Nasihat Datin Fatehah dengan menyentuh lembut bahu Lisa.

“Hem, tengoklah kalau ada mood.” Bersahaja Adnan menjawab.

Lisa tahan geram. Datin Fatehah menggeleng kepala. Adnan sudah memboloskan diri ke dalam kereta di tempat memandu.

“Ma, Lisa pergi dulu tau. Kalau rindu, calling-calling la. Tak payah malu-malu. Nombor adakan?”

“Ada... Ha, kalau Anan buat pasal, kamu report je dekat mama. Biar mama sound dia.”

“Alar, tak payah tunggu mama. Lisa sendiri yang sound dia. Mama nak suruh Lisa rotan pun Lisa tak kisah.”

Datin Fatehah tergelak. Lalu dahi Lisa di kucup mesra. “Jaga diri elok-elok.” Lisa mengangguk seraya tersenyum. Lisa cukup tersentuh dengan tabiat mamanya yang satu itu.

“Lamanya. Kau sembang apa dengan mama?” soal Adnan setelah Lisa duduk di sebelahnya di dalam kereta. Jelas senyuman pada bibir Lisa.

“Tarappapa. Dah, jalan!” arah Lisa. Senyuman masih kekal di bibir. Adnan pelik. Namun begitu, dia tetap memandu dengan berhati-hati. Nak jaga menantu kesayangan mama la kan...

***

Perjalanan dari rumah Adnan di Teluk Intan ke rumah Lisa iaitu Bagan Datoh mengambil masa hampir satu jam. Rumah Lisa terletak di pendalaman. Lisa yang terlelap di sebelah di pandang Adnan. Adnan menggeleng-geleng. Naik kereta tak sampai satu jam pun dah boleh terlelap.

“Lisa... Lisa! Dah sampailah woit. Bangun!” bahu Lisa di goncang sedikit. Lalu Adnan keluar dari keretanya. Setelah itu badan di renggangkan, menghilangkan rasa sengal.

Terpisat-pisat Lisa bangun dari tidur. Mata digosok lalu dia melilau sekeliling. Dah sampai! Pantas Lisa keluar dari kereta.

“Assalamualaikum! Abah!” tinggi suara Lisa memanggil abahnya. Tangga di daki. Walaupun Idris telah membuatkan dia kecewa, dia tidak boleh menafikan yang dia teramat rindu pada abahnya. Mana taknya, sepanjang Lisa membesar belum pernah dia berjauhan dari abahnya. Tambahan pula, hanya Idris seorang tempat Lisa bergantung. Terlalu banyak jasa Idris padanya.

Idris yang baru keluar dari bilik sedikit tercengang. Sejuk hatinya tatkala melihat susuk tubuh Lisa berdiri di depannya. Rindu! Ya, dia rindu dengan anaknya. Satu-satu anaknya yang telah dikahwin paksa. Menyesal, memang sudah sebati dalam jiwanya apabila dia mula sedar akan khilafnya itu.

Lisa menghampiri Idris dan mengucup tangan tua abahnya. Idris tersentuh. Lalu dahi anaknya di cium, lama.

“Anak abah sihat?” penuh prihatin Idris bertanya.

Anak abah? Ah... dah lama aku tak dengar gelaran itu. pantas Lisa mengangguk. “Lisa sihat. Tapi lepas jumpa abah lagi sihat kut. Abah sihat? Abah dah makan? Tengah hari tadi abah masak apa?” tiga soalan di lontarkan pada masa yang sama.

Idris tergelak. “Banyak tanya pulak. Abah dah makan. Alar... masak orang bujang je.” Selorohnya. Lisa ketawa.

“Menantu abah mana? Tak nampak pun! Lisa tak ajak masuk ke?” tanya Idris sambil menjongketkan keningnya.

Lisa tergamam. Aduhh! Lupa pulak Adnan ada sekali. Lantas Lisa menepuk dahinya sendiri.

“Abah... Adnan ada dekat bawah la. Lisa lupa nak jemput masuk. kejap ek!” Lisa menapak ke pintu rumah. Ligat matanya mencari Adnan. Namun tiada. Tiba-tiba anak matanya terpaku pada satu arah. Aik, apa dia buat dengan mamat tu? Mesra alam rupanya laki aku ni...

Lisa turun dari rumah. Dia melangkah menghampiri Andan. Belakang Adnan di tepuk perlahan, “Weh, abah panggil kat atas tu. Pi lahh..” kata Lisa.

“Ha... okeh. Farid, saya masuk dulu ye. Oh ya, ni kenalkan. Lisa, isteri saya.” Kenal Adnan pada Farid.

Farid sedikit tercengang. Lisa di sebelah Adnan di perhatinya. Dia menguntum senyuman apabila ternampak Lisa mengenyitkan sebelah mata tanpa pengetahuan Adnan. Faham dah!

“Ohh.. ni isteri Encik Adnan. Cantik! Macam bidadari. Kalau saya dapat isteri macam Lisa, saya ikat dia ketat-ketat.” Gurau Farid. Lisa menjengilkan matanya.

Adnan kerut kening. Bini aku serupa jantan macam ni dia kata bidadari? Ada masalah kornea mata ke?

“Err... Lisa borak-boraklah dulu. Abang masuk kejap.” Ujar Adnan. Lisa mengangguk seraya tersenyum nipis.

Setelah yakin Adnan sudah masuk ke dalam rumah, dia menghampiri Farid yang duduk di atas motornya.

“Cehh... siap berabang-abang lagi kau ye?” Farid senyum mengutuk.

Mata Lisa membulat. Pantas lengan Farid di cubit dan di pulasnya.

Farid mengerang kesakitan. Dia yang duduk menyenget di atas motor terpaksa berdiri untuk menghentikan cubitan berbisa dari Lisa.

“Woit! Apa kena dengan kau ni? Sakit la! Dah jadi bini orang pun garang macam singa!” bidas Farid. Lengan yang memerah di usap kasar. Sakit! Pedih! Berbisa!

Lisa peluk tubuh. “Padan muka! Aku suruh kau layan je apa cakap Anan tu. Ni kau kasi tambah rencah pulak. Hamik tu! Sedap tak?!” Marah Lisa. Sememangnya Lisa malu apabila terdengar Farid mengatakan ‘ikat ketat-ketat’ tadi. Ahh... mengong kau Farid!

Farid duduk semula di atas motornya. “Laa... salah ke apa aku cakap tadi? Kalau aku dapat bini macam kau, aku ikat ketat-ketat tau. Tapi masalahnya, kau tu bukan bini aku. Kalau jadi bini aku, tahulah nasib kau.” Farid memandang Lisa dengan senyuman nakalnya.

Lisa jadi seriau melihat senyuman itu. Lalu kepala Farid di sekehnya. “Gila. Kau memang sewel. Dahlah, malas layan kau!” Lisa melangkah pergi. Namun di cantasnya apabila lengan Lisa di capai Farid.

“Beb, alah. Kau merajuk ke? Okey, sorry. Aku dah tak buat dah. Eeii... tak best la dayang aku buat muka masam kelat tu. Senyum la sikit.” Pujuk Farid. Pautan di lengan Lisa di lepaskan.

Lisa mendengus. “Aku benci kaulah!” katanya.

Farid tersenyum, “Aku sayang kaulah, Dayang.”

Lisa ketap bibir. “Aku benci-benci kau! Paham?” Lisa jeling Farid. Hanya Farid seorang yang kerap memanggilnya ‘Dayang’. Dah banyak kali ditegah, tapi makin dibuat lagi adalah.

“Aku sayang-sayang kau, DAYANG! Paham?” Farid membalas dan masih tersenyum. Walau sekasar mana pun Lisa tetap mempunyai sikap perempuan. Tengok! Sikit-sikit tarik muncung. Merajuk!

Lisa jeling maut. Farid angkat tangan, mengalah. “Okeylah. Sory ye adik. Abang janji tak buat lagi. Abang cuma rindu je dekat adik comel ni. Jom jenjalan? Naik motor kau.” Ajak Farid. Sempat dia menggosok kepala Lisa.

Wajah Lisa berubah ceria. “Jom! Tapi....” Lisa memusingkan tubuhnya. Muka pintu rumah menjadi sasaran. Lisa kaget saat terpandangkan susuk tubuh Adnan di muka pintu rumah itu. jelas wajah Adnan tampak masam. Eh, muka dia bukan ke sentiasa masam je. Apa nak kisahkan?

“Tak boleh la bro. Laki aku kat rumah. Aku baru je berbaik dengan abah aku. Kang aku lepak ngan kau, tinggalkan suami kat rumah, makin benci pulak abah kat aku. Sory ye, Rid?” wajah Lisa serba-salah.

Farid mengeluh. Lemah dia mengangguk. “Takpe, aku paham. Dah jadi isteri orangkan? Mana boleh lepak sesuka hati. Okeylah, aku gerak dulu. Besok kalau free, datanglah kedai ayah aku. Nanti boleh lepak dekat situ.” Sarannya dengan suara lemah. Tak dapat lepaskan rindu untuk hari ni, besok mesti jadi!

Lisa tarik sengih, “Okeh! InsyaAllah, aku pi.”
Lantas Farid berlalu bersama motorsikalnya. Lisa hanya memerhati Farid yang menghilang.

***


Isteriku 2 Alam-10

Adnan memisat-misat matanya dengan tangan kiri. Arghh.. taik mata menumpang pulak. Niat ingin menggosok mata terbantut apabila tangan kanannya seperti di sekat oleh sesuatu. Dalam mamai, dia masih mencuba untuk menggerakkan tangannya. Ish, batu apa yang tindih kat tangan aku ni. dalam kepayahan, dia cuba mengfokuskan matanya pada ‘batu’ itu.



Adnan terpana seketika. Berdetak-detuk jatungnya saat terpandang Lisa yang sudah di buai mimpi. Sungguh dekat, malah sangat hampir wajah itu dengan tubuhnya. Lisa tidur serupa macam baby. Lisa tidur gigit jari. Dia baru tahu begitu rupanya dia tidur. Tapi nasib baik malam ni Lisa tidur tak lasak. Semalam termasuklah hari sebelumnya, dia dipaksa tidur di sofa. Wajah polos ketika tidur itu di tilik.

“Kenapa kau?” soal Adnan perlahan. Rambut pendek Lisa di usap perlahan.

Ubun-ubun Lisa di kucup. Dia tak tahu kenapa dia jadi seorang suami mithali pulak malam itu. Tetapi dia merasa seperti bunga-bunga bahagia sedang menari di hadapannya. Dayang Marlisa. Apa ada kat kau sampai aku jadi macam ni? Aku tak cintakan kau, tapi kenapa aku rasa macam aku cintakan kau dan kenapa aku dah jadi macam ni?! Ahh.. aku dah giler!!!

Adnan menggeleng-geleng. Lantas jam dirak sebelak katil di capai. Baru pukul 5 pagi. Tadi dia tidur lambat kerana menuggu Lisa tidur. Dia tahu Lisa pasti akan menyuruhnya tidur di sofa lagi. Dan dia tak sanggup untuk mendera tulang belakangnya. Lisa yang sedang tidur dengan nyenyak di pandang seketika. Lalu di bawanya ke dalam pelukan. Lisa menggerakkan sedikit tubuhnya dan Adnan makin mengeratkan pelukan itu. Untuk pertama kalinya, malam ni dia tidur berbantal peluk. Urhh.... bahagianya! Sekejap saja Adnan sudah di buai mimpi di iringi sebuah senyuman.

***

Mata kuyu Lisa menjadi bulat tiba-tiba. Terkejut beruk dia apabila buka-buka mata je, wajah Adnan yang di tayang terlebih dahulu. Tindakan drastik, Lisa terus menolak tubuh Adnan dengan sekuat tenaga.

“Apehal kau ni? tidur jelah!” Adnan berkata dalam suara malas. Tanpa sedar dia mengeratkan pelukan itu.

Lisa terkaku sebentar. Ya Allah. Aku tak boleh nafas dah ni!

“Anan!!” panggil Lisa dalam geram. Suaranya sedikit terbenam kerana mukanya di sembam pada dada Adnan dalam terpaksa.

Tiada respon yang di terima. Lisa geram. Dia cuba untuk mengeluarkan tangan yang tersepit dalam pelukan. Setelah itu, pipi Adnan di tarik sekuat mungkin. Ha ha... padan muka!

“Aarghhh! Woit, sakitlah!” Adnan melepaskan pelukan lalu kedua-dua belah pipi di usap-usap.

“Padan muka! Aniaya aku lagi!” pantas Lisa bangun dari baring dan segera masuk ke dalam bilik air. Rasa malu menebal saat itu. Dia terjaga pun gara-gara azan subuh dari masjid.

Adnan menyandar pada kepala katil. Sakitnya! Kuat betul cubit. Nasib tak tembam. Dalam mengusap pipi, terbit senyuman nakal pada bibirnya. Sekali tidur kena peluk, lepas ni mesti kau ketagih. He he....

***

“Mama, papa, hari ni Lisa balik rumah abah.” Beritahu Lisa. Tika itu semua penghuni rumah sedang menikmati sarapan. Adnan di sebelah tidak di pandang. Malah sejak keluar dari blik mandi untuk solat subuh tadi, Lisa langsung tak tegur dia.

“Balik rumah abah? Pukul berapa?” Datin Fatehah berhenti menyuap. Dia menumpukan perhatian pada Lisa.

“Emm.. petang karang kot. Lepas zohor...”ujar Lisa.

Datin Fatehah mengangguk. “Adnan ikut sekalikan?” soal Dato’ Fahami pula.

Lisa terdiam. Adnan di kerling sesaat. Kemudian wajah Dato’ Fahami dipandang. Teragak-agak Lisa tersenyum. Senyum ada dua maksud. Adnan ikut, atau tak. Pikir-pikirlah sendiri!

Adnan terus menyuap mee goreng ke dalam mulut. dia perasan sejak tadi lagi Lisa tidak bercakap dengannya. Malah nak tentang mata pun tak berani. Ish, ni baru buat sikit dah lari. Kalau aku buat lebih dari biasa, mahu lari masuk Siam kut. Entah-entah mintak cerai. Perlahan-lahan Adnan menggeleng.

“Anan!”

“Hah?”Adnan terkejut lalu wajah mamanya di tatap.

Datin Fatehah kerut kening. Wajah suaminya di pandang. “Kamu tak ikut?”

Giliran Adnan pula mengerutkan kening, “Ikut ke mana?”

Datin Fatehah menggeleng-geleng, “Kamu ikut Lisa sekali ke nanti?”

Adnan terdiam. Ikut kemana? Ha.. Adnan baru teringat. “Arr.. ikut kut.”

Datin Fatehah mengangguk. “Nanti nak pergi bawaklah sikit makanan. Ha.. semalam jiran ada bagi durian 2 plastik. Seplastik bawak balik ya? kat rumah ni pun bukannya makan sangat buah tu.” Saran Datin Fatehah.

Lisa yang mendengar menggangguk seraya tersenyum. Lagi sekali Adnan di sebelah di kerling. Jika di lihat sekali, terserlah kekakuan pasangan suami isteri ini. Datin Fatehah dan suaminya perasan akan keadaan itu. Biarlah, mungkin masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

***

Lisa sibuk mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg baju. ‘Cik-cik’ terpaksa di sorok-sorok untuk di masukkan sekali, malu jika Adnan ternampak. Waktu itu Adnan turut berada dalam bilik.

Setelah selesai mengemas, dia duduk di luar beranda. Nafas ditarik dalam. Kemudian dilepaskan.

Tiba-tiba wajah Farid terlayar di kotak fikiran. Lantas dia bangkit dan telefon bimbitnya dicapai. Mana tahu kut-kut Farid sudah membalas mesejnya malam tadi. Dan..... Yezz! Farid dah reply!

+ Sory, lmbt bls. Aku x buat apa2. Cuma tgah rawat hati yg terluka. Hehe... kau rindu aku, balik la sini.

Lisa tersenyum lebar membaca mesej itu. Poyo! Rawat hati konon! Lisa meniarap di atas katil. Lalu badan telefon itu di tekan-tekan.

-Poyo! Rawat hatilah sgt! Aku mmg nak balik kampung. Rindu nak sekeh kepala hotak ko. Mak ngan ayah sihat? Abah sihat? Motor aku macam mana?

+Ohh... nak balik? Baguslah. Ko rindu aq, aq rindu ko. Ni baru mcm swet kapel! Mak ngan ayah sihat. Abah pun. Motor ko, aq x tau. Ada ko suh aq jage moto ko? Bile mase?

-Apa? swet kapel? Yakkss! Aq dah kawin la nyet! Mmg la aq x suh ko jge moto aq tu, tpi paham2 jelar. Tu baby aku tau. Aq syg dia. Aq tatang dye bagai minyak yg penuh...

+Belahla ko! Mmgla ko tatang dgn minyak. Xkan dgn angin kut. Ckp psal baby, cept2 buat baby tau! Hahax

-Hello pakcik? Igt senang ke? Klo buat anak macm beli ptung kat Giant, dh lme aku buat. 

+Perghh... klo sng mcm beli patung, bes jgak. 

- Udahlah. layan ko jd senget otak aku. Weh, sat gi mesej lgi. Aku de hal nk buat la.. bai!

+alar.. nk lyn suami la tu. K k. Jumpa karang...

Tersengih Lisa membaca mesej terakhir dari Farid. Layan suami? Pleasee lah..... Lisa mencebik sedikit.
Adnan yang sedang membaca majalah di sofa itu di pandang. Kepala ditopangkan dengan tangan kiri. Lisa baring mengiring sambil memerhati Adnan. Kisah pagi tadi di luputkan dari ingatan. Sampai bila nak diam terus tanpa bertegur sapa. Di laknat malaikat pula sebab menderhaka suami.

“Weh!” tegur Lisa. Namun Adnan masih dengan majalahnya.

“Anan!” nama di panggil.

Adnan menutup majalah kasar. “Apehalnya kau ni! Anan.. Anan..”

Lisa tersengih. “Marah ke cik abang? Sorylah.” Lisa meminta maaf.

“Tak marah. Suka!” Lisa di jeling. Dia jadi marah tiba-tiba. Dalam masa yang sama, dia curious. Kenapa Lisa hapy semacam bila tengah berSMS? Chatting dengan siapa?

Lisa duduk bersila. “Kau seyes ke nak ikut aku balik ni?” tanya Lisa meminta kepastian. Mana tahu yang cakap tadi tu sekadar hendak menyedapkan hati mama dengan papa je.

“Entah!” sepatah Adnan berkata.

Lisa kerut kening. “Entah kau cakap? Eeii.. kau cakap la betol-betol. Kalau tak aku amik teksi je. Taklah susahkan kau nanti..”

Adnan memandang Lisa. “Apa yang best sangat kat rumah kau tu? Ada apa-apa ke sampai tak menyaba-nyaba ni?” syak Adnan.

Lisa sedikit tercengang. “Apa kau cakap ni? aku balik nak jumpa abah akulah. Dahlah, kau tak mahu ikut sudahlah.” Putusnya. Lalu segera keluar dari bilik dengan perasaan geram. Taknak ikut tak payahlah sampai nak syak bukan-bukan pulak!

Adnan memandang Lisa dari belakang hinggalah Lisa hilang di balik pintu. Setelah itu dia bangkit dan menghampiri katil. Telefon bimbit Nokia 1202 Lisa di capai. Adnan mencebik. Henset Cikai!

Di tekan-tekannya telefon Nokia itu. Ada sesuatu yang membuat dia tertanya-tanya dan dia harus cari tahu apa itu. inbox ditekan. Tertera nama ‘Abang’. Hampir kesemua mesej dalam inbox itu tertulis nama ‘abang’. Abang? Bukan abang dia dah meninggal ke? Adnan panas hati tiba-tiba. Mulalah dia berprasangka buruk terhadap Lisa. Salah-satu mesej di buka.

+ Ohh... nak balik? Baguslah. Ko rindu aq, aq rindu ko. Ni baru mcm swet kapel! Mak ngan abah sihat. Motor ko, aq x tau. Ada ko suh aq jage moto ko? Bile mase?

Swet kapel? Diorang kapel? Siapa ‘Abang’? rindu? Aik.... rindu kat bini aku nampak. Adnan membuka mesej yang lain pula. Mesej yang paling atas. Mungkin mesej terakhir tadi.

+alar.. nk lyn suami la tu. K k. Jumpa karang...

Ohhh... nak jumpa ya? balik rumah abah konon. Padehal, nak jumpa ‘abang’ ni. Tak boleh jadi. Nampaknya aku kena juga ikut minah tu balik.

“Anan! Turun! Mama panggil makan!” jerit Lisa dari luar bilik. Serta-merta telefon bimbit Lisa di campak pada katil

Fuhh... Adnan tarik nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Dia memutuskan untuk mengikut Lisa pulang nanti. Lantaklah apa nak dia fikir, yang penting dia harus tau siapa ‘abang’ tu.

Sebelum keluar dari bilik, dia mendail nombornya pada telefon bimbit Lisa. Apabila Blackberry berbunyi tanda ada panggilan, Adnan terus mencapainya. Lalu nombor Lisa di simpan dengan nama ‘Minah Gorila’. Adnan tersenyum tepi.

Isteriku 2 Alam-9



“Kau apehal hah?” herdik Lisa pada Adnan sebaik pintu biliknya terkatup rapat. Oh ya, tak dilupakan Lisa turut mengunci pintu itu. takut mama potong line pulak.

“Apehal apanya?” selamba Adnan membalas lalu duduk di birai katil. Lisa yang bercekak pinggang di perhatinya.

“Eh aku tanya kau dululah!”

“Tanya apa?” soalan demi soalan berbalas. Berang Lisa jadinya.

“Aku tanya, apesal kau buat macam tu? Suka hati datuk moyang ko je kan? Kalau bukan sebab mama ada kat situ, dah lama aku potong tangan kau dengan pisau tau!” naik turun nafasnya. Adnan ni macam bius. Aku tengah marah dia, tapi dia dah serupa orang kebal yang tak boleh rasa sakit. Tengok, muka selamba je!

Adnan senyum sinis. Dengar perkataan ‘potong tangan’, memang dia sudah jangka yang Lisa bakal melenting atas tindakannya tadi.

“Cuba kau cakap dekat aku, mazhab mana yang mengatakan suami tak boleh sentuh isteri yang sah di nikahi? Cuba cerita dekat aku, dosa ke? Dan kau sedar tak apa yang kau buat ni? tengking suami tu apa hukumnya?”tenang Adnan menyusun bicaranya. Wajah Lisa yang mula mengendur di tatap.

Lisa terkelu. Sedar akan kesilapannya menengking suami walaupun dia tidak mencintai lelaki itu.

“Err.. aku...” Lisa garu kepala yag tak gatal.

Adnan bangkit dan berjalan menghampiri Lisa. Dia berdiri tegak di sebelah Lisa tanpa memandang wajahnya.

“Aku harap kau jaga pertuturan kau depan famili aku. terutama sekali sepupu aku, Ruz. Aku taknak dia syak kita kahwin bukan atas dasar cinta. Rahsia ni hanya papa dengan mama aku yang tahu, termasuklah abah. Paham?” Adnan menoleh sebelah, menanti respon Lisa.

Pantas Lisa mengangguk. Dia takut untuk memandang Adnan. Orang bersalah, selalunyakan takut?

“Bagus. Jadi, keluar je dari bilik ni, kita tukar panggilan aku-kau tu. Aku taknak orang fikir bukan-bukan pulak..” Lantas Adnan melangkah keluar dari bilik itu.

Lisa berdiri kaku di situ. Kuku ibu jari di gigit.

Apa maksud dia ni? Tukar panggilan aku-kau? Tapi nak tukar dengan apa? tukar dengn duit ke? Ahh.. bungul la kau ni! apa kena mengena dengan duit. Ish, apa maksud dia ni? okey apa panggilan tu. Sempoi lagi simple. Eh, tadi dia ada guna perkataan ‘abang’ tak silap aku?

“Lisa, turun, makan.” Sapa Adnan tiba-tiba. Lisa tersentak. Adnan di balik pintu di pandang.

“Arr.. ya, ya. jap gi aku turun.”

“Aku dah katakan tadi, tukar perkataan aku-kau tu?” Adnan mengingat Lisa.

Lisa angkat kening? Tukar? Kena tukar sekarang ke? “Kata lepas keluar bilik je...”

Adnan terdiam. A’a kan, tadi aku jugak yang cakap macam tu. Lalu Andan beredar tanpa membalas kata Lisa.

Lisa angkat bahu. Macam-macamlah suami aku ni. cepat sangat lupanya. Tapi aku masih lagi tak tahu nak tukar dengan nama apa. Aishh.. macam masalah besar plak!

***

“Weehh... apa ni? Tak aci ar..” rungut Lisa pada Adnan.

“Aishh.. Aci kat Indialah. Dah kalah tu buatlah cara kalah.” Balas Adnan pula. Puas dia dapat mengalahkan Lisa dalam permainan video.

“Ah... tak kira. Tak puas hati. Jum start balik semula!” pinta Lisa.

“E’eh. Masuk ni dah dekat 5 kali aku menangkan?” bangga Adnan berkata. Ceh! Kembang la tu!

“Seronoknya... join boleh?” tiba-tiba kedengaran suara halus mencelah.

Adnan dan Lisa serentak menoleh belakang. Seorang gadis ayu menghampiri mereka dengan senyuman manis. Muka pun manis!

“Eh Nisa! Bila sampai?” soal Adnan. Seronok dia dapat berjumpa Nisa, adik pada Fakhruzi.

“Baru je. Ni Nisa datang pun nak jumpa abang lagi sekalilah. Tak puas bersembang dengan kak Lisa.”

Lisa tersenyum. Teringat dia waktu kenduri berlangsung. Boleh dikatakan, dia hanya bersembang dengan Nisa je berbanding berkepit dengan Adnan. Dia juga tahu Nisa ini adik pada Ruz.

“Ni mana satu yang betul ni? Nak jumpa abang ke nak jumpa isteri abang?” sindir Adnan.

Nisa tersengih lalu duduk di sofa. “Alar... senang cerita nak jumpa dua-dua. Kak Lisa, jom jenjalan?” ajak Nisa.

“Eh, nak bawak isteri abang kemana ni? tak boleh. Abang tak izinkan.” Pintas Adnan.

Nisa tarik muka. Lisa hanya membisu. Aishh... aku dah macam tali dah. Kejap tarik kiri, kejap tarik kanan.

“Alaar... abang dah 24 jam mengadap Kak Lisa. Bagilah Nisa pulak. Kak, siap cepat. Kita shopping!” teriaknya.

Lisa tercengang. Suruh aku siap? Ajak shopping! Argh... tak mahu. Aku tak suka shopping dengan orang yang giler shopping.

Lisa menghantar pandangan pada Adnan. Berharap supaya Adnan tidak mengizinkan.

“Okey! Abang izinkan.” Putus Adnan.

Lisa ternganga. Mengong sungguh! Tak paham ke panahan mata aku ni? aku tak nak!

Nisa berteriak gumbira.

“Tapi... abang kena ikut sekali.” Sambung Adnan. Nisa mengangguk laju. Lagi best!

Lisa mengalah. Lain yang aku nak, lain pulak yang jadi. Kau memang tak reti bahasalah Anan!

***

Mereka singgah di Giant. Entah apa barang yang Nisa tu nak, Lisa pun tak tahu. Lisa berpakaian agak  ringkas waktu itu. Baju t-shirt longgar dengan seluar jeans yang tidak menampakkan susuk tubuh. Pada mulanya Nisa sedikit tercengang dengan penampilan Lisa, tetapi Adnan telah mem-backup Lisa terlebih dahulu. Dia mengatakan Lisa sudah biasa perpakaian seperti ini.

Sepanjang membeli-belah itu, Lisa tidak banyak cakap. Kebanyakannya dia cuma tersenyum apabila di tanya. Adnan pula sibuk melayan kerenah adik sepupunya.

“Kak, lepas ni kitorang nak makan. Akak okeykan?” sapa Nisa yang berjalan di hadapannya.

Lisa mengangguk seraya tersenyum. “Akak okey.”

Adnan perasan sejak tadi lagi Lisa tak banyak bersuara. Muka masam kelat. Macam tak ikhlas je nak teman Nisa shopping. Dia memperlahankan langkah kakinya supaya dapat bersaing dengan Lisa yang berjalan di belakang.

“Senyap je. Bisu dah ke?” sindir Adnan.

Lisa menoleh sebelah sesaat. “Tak bisu. Boring. Bila nak balik ni?” perlahan Lisa bertanya.

“Aik, tadi kata okey?”

Lisa jeling geram.

“Alar.. lepas makan ni baliklah. Aku janji. Dahlah, tak payah nak buat muka cuka tu. Nisa nampak kecik hati pulak dia. Dahlah datang jauh-jauh.”

Lisa memandang Adnan, “Jauh? Nisa tu orang mana?”

“Orang Perak. Stay kat KL.” Ringkas dia menjawab. Lisa mengangguk perlahan.

Kelihatan Nisa sudah jauh berjalan di hadapan. Tinggallah Lisa dan Adnan di belakang. Adnan yang perasaan akan keadaan itu segera menggamit jari-jemari Lisa.

“Jomlah, Nisa dah jauh tu..” ujarnya seraya meluaskan langkah agar dapat menghampiri Nisa yang sudah berada di pintu utama.

Bagai renjatan elektrik meresap dalam tubuh. Lisa terpana apabila tangan kanannya berada dalam genggaman Adnan. Dia juga terpaksa menyaingi langkah Adnan. Dia menunduk sedikit. Mak aih.. eratnya! Dia ni risau aku hilang ke? Woit pakcik, aku boleh jalan sendiri la.

Baru je Lisa hendak membuka mulut, tiba-tiba dia membatalkan niatnya. Teringat semula pertelingkahan kecil tengah hari tadi.

‘Cuba kau cakap dekat aku, mazhab mana yang mengatakan suami tak boleh sentuh isteri yang sah di nikahi?’

Oleh sebab itu Lisa hanya membiarkan tangannya di genggam Adnan. Dalam diam, dia berasa selesa. Terasa seperti diri di lindungi, rasa seperti selamat tika di sampingnya. Seyuman kecil di ukir. Entahlah, sukar ditafsirkan perasaanya saat ini. Yang pasti, hatinya jadi sejuk apabila Adnan mengeratkan lagi genggamannya.

***

Pintu bilik air di kuak. Rambut yang basah di lap dengan tuala kecil. Adnan yang duduk di beranda menjadi perhatiannya. Setelah di sisir rapi rambutnya, dia melangkah ke beranda. Kerusi yang tersedia di sebelah Adnan di duduki. Humm.. nyaman. Malam-malam macam ni memang sesuai nak hilang stres. Dalam masa yang sama, boleh hilangkan rasa sengalnya akibat berjalan lama bersama Nisa tadi.

“Anan....” panggilnya.

“Hemmm...” sahut Adnan tanpa memandang Lisa sambil menaip sesuatu pada leptop.

“Kau cuti kerja berapa hari?” Adnan di sebelah di pandang.

“2 minggu.”

Lisa menjuih bibir sedikit. Aku cakap bukan nak pandang.

“Kita dah kat sini berapa hari?” tanyanya lagi.

Adna diam sejenak. Kemudian dia berkata, “dalam 3-4 hari kut..”

Lisa mengangguk perlahan. hish, bukan nak pandang aku. Aku ada hajat ni!

“Sedar tak sedar dah 100 hari kita nikahkan...” selamba Lisa berkata. Lisa melirik sebelah. Cuba memancing reaksi Adnan dengan berkata begitu.

“Hemm...” responnya.

Lisa jadi geram. “Anan!” hish, dia memang tak fokus pada akukan?!

Adnan mendongak. Berkerut dia memandang Lisa. “Kau ni apehal? Memekak je dari tadi. hish!” rungutnya lalu kembali menghadap skrin leptop.

Lisa tarik muncung. “Anan!” makin tinggi suaranya memanggil Adnan.

Adnan mendengus. Lisa dipandang geram. “Kau nak apa ni, Minah?!” Adnan jadi berang pula. Dari tadi Anan.. Anan. Sedap sangat ke nama tu?

“Aku nak balik rumah abah besok. Ek?” matanya di kerdip-kerdipkan.

Adnan terpaku. Comel pulak gorila ni buat muka cam gitu.

“Nak buat apa?” dingin suaranya.

“Nak buat bodoh....” balas Lisa selamba. Apeda... orang nak balik rumah abah, nak jumpa abah la. Ape ke mengong laki aku sorang ni.

“Hemmm..” Adnan kembali menghadap Leptopnya.

“Apa hem-hem? Dah tak reti nak bercakap ke?”

“Ye, pi jelah.”

Lisa jongket kening. Macam tu je?

“Okeh!” Lisa mengangguk. Ahh... tak sabarnya nak tunggu besok. Rindu pulak dekat Farid a.k.a abang angkat aku tu. Lama tak sekeh kepala dia. Apa dia buat sekarang ek?

Lantas Lisa bangkit untuk mencapai telefon bimbitnya. Badan Nokia 1202 di tekan-tekan dan mesej di hantar pada Farid. Sambil menunggu respon, dia meniarap di atas tilam.

20 minit masa berlalu. Namun tiada respon dari Farid. Mana mamat ni? Aku mesej tak balas pon. Takkan tak rindu kat aku kut!

Lisa menguap luas. Arghh... dari tunggu mesej yang tak sampai² tu, baik aku tido! Lagi Syokkk!


 Post tanpa di semak.

Isteriku 2 Alam-8



Sengal seluruh tubuhnya. Dari kepala hinggalah hujung jari kakinya terasa penat sesangat. Dalam banyak-banyak hari, hari inilah antara hari yang palik teruk baginya.

Dia harus mandi. Ya, wajib mandi. Dari pagi sampailah sekarang dia langsung tak basahkan diri. Dalam otaknya terbayangkan betapa segarnya bila badannya di belai dengan air sejuk. Lalu tuala pada penyangkut di capai dan melangkah terus ke bilik air yang ada di dalam billik itu.

Hampir 20 minit kemudian, Lisa selesai membersihkan diri. Dia yang hanya memakai t-shirt serta tuala dengan selambanya melangkah keluar dari bilik air. Beg bajunya di selongkar untuk mencari tracksut.

“Best pakai tuala aku?”

Lisa terpana sesaat. Perlahan-lahan badan di pusing ke belakang. “Mak!!!! Ada pencuri!”

Lisa menyilangkan tangan pada dadanya. Nasib baik dah pakai baju. Bila masa orang ni masuk? Macam mana boleh masuk? Dan yang paling penting, dia tak tahu ke ni bilik aku? Mana boleh dia sukasuki nak terjah bilik aku?!

Adnan terkejut apabila mendengar jeritan Lisa. “Oit! Diam sikit boleh tak? Aku nak curi apa pada kau dalam bilik aku ni?” balas Adnan dalam nada tegas.

Lisa terdiam. Bilik dia? Lisa kehairanan sambil menggaru kepala.

“Dah, bak sini tuala aku. Aku nak mandi.” Adnan turun dari tilam lalu menghampiri Lisa.

Lisa cepat-cepat tersedar. Yeh! Aku dah ingat. Aku baru je nikah semalam dan hari ini kenduri di rumah Adnan. Aduss... benda penting macam ni pun aku boleh lupa ka? Lisa menepuk perlahan dahinya.

“Kau nak aku amik sendiri ke atau kau yang bagi kat aku?” soal Adnan menyedarkan Lisa.

“Hah, amik apa?” lurus Lisa membalas.

“Amik tuala akulah. Aku nak mandi la, makcik!” herdik Adnan. Muka Lisa membahang tiba-tiba. Lisa pejam mata saat telinganya hampir pecah mendengar suara Adnan.

 “Ish.. nantilah! Aku nak pakai seluar kejap. Tak menyaba-nyaba....” rungut Lisa. Gila ke nak amik sendiri? Ingat aku ni sape pada dia?

“Nah... selamat menggunakan tuala berkulat tu ya? sorryla, aku terpakai tadi. Lupa pulak ni bilik kau. Ingatkan ni bilik aku!”

Panas telinga Adnan mendengarnya. Dia melangkah ke bilik air dengan perasaan sebal.

Lisa menguap besar. Itu tandanya dia dah ngantuk tahap tak boleh bukak mata dah. Lalu dengan gaya yang tersendirinya, dia merebahkan tubuh pada tilam yang empuk lagi mengasyikkan. Ya Allah.... nikmatnya. Kat rumah aku tilam berapa inci je. Kat sini berpuluh-puluh inci. Empuknya tak usah kata. Sekali baring, terus terlelap. Dan Lisa terus tak sedarkan diri sambil tidur dengan gaya teady-bear terkangkang. Dia terlupa yang di bilik itu ada suaminya dan dia juga terlupa ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

***

“BANGUN!!!!!”

Lisa terus terduduk apabila terdengar semboyan bangun. Terbeliak matanya saat terpandangkan Adnan dengan wajah tegangnya. Tak lama lepas itu matanya kembali terkatup. Perlahan-lahan badan direbahkan semula pada tilam.

“Degil ya! Karang ada jugak yang mandi atas tilam ni. Lisa, bangunlah. Solat subuh sama-sama.” tubuh Lisa di goncang kasar.

“Emmm... aku tak...” Dalam mamai Lisa menjawab.

“Tak apa? Tak reti solat? Eiy, apa jenis manusia kau ni? Solat tu tiang agama. Berdosa tau tinggal-tinggalkan!” Adnan beri ceramah percuma pada Lisa. Namun tiada respon.

“Eh Lisa. Aku kata bangun, bangunlah. Mama dengan papa dah tunggu tu.” Adnan menarik Lisa supaya duduk. “Tunggu buat apa? Nak solat, solat jelah. Tak payahlah nak tunggu aku.” Lisa baring semula.

“Masalahnya....” Adnan cuba untuk bersuara namun pantas Lisa mencelah.

“Aku uzurlah. Dah, kau blah. Kacau je!” Lisa menghalau Adnan lalu kembali sambung tidur. Bantal golek dipeluk erat.

Adnan terdiam. Merah mukanya. Penat je aku kasi ceramah. Ingatkan bini aku ni tak reti solat. Rupa-rupanya ABC. Dia melangkah keluar untuk solat bersama orang tuanya.

***  

“Lisa, pergi panggil Anan. Kita sarapan sama-sama.” suruh Datin Fatehah pada menantunya. Lisa akur.

Pintu bilik di ketuk. Tanpa menunggu balasan, pintu di tolak dari luar. Kelihatan Adnan sedang baring di tilam.

“Ya Allah... tidur lagi? Malam tadi tak tidur ke hape?? Weh Anan, bangunlah. Mama ajak breakpes tu.” Tubuh Adnan di goncang sedikit. Dengan menggunakan jari telunjuk.

“Weh Anan. Bangunlah. Malam tadi kau tak tidur ke sampai dah tegak matahari pun kau nak sambung membuta lagi...”

Adnan yang mendengar terus dudk dari baring, “Apa kau cakap? Matahari tegak? Tak cukup tidur? Ya, memang aku tak cukup tidur. Malam tadi tu aku rasa macam tidur dengan gorila je.” Dingin Adnan menjawab lalu kembali rebah.

Lisa garu kepala. Dia langsung tak tau menahu yang Adnan bekerja di zoo. Sampaikan tidur pun dengan gorila.

Ahh... baru aku teringat. Malam tadi dia tidur kat mana ya? Kalau aku dah kongker satu katil tu, kat mana lagi ruang dia nak tidur? Takkan la kat lantai? Eisshhh... kat sofa kut dan mustahil la satu tilam dengan aku. Ya. dia tidur kat sofa. Aku yakin tak ada apa-apa yang berlaku malam tadi. Yeh, aku suci lagi! Hu hu..

Lisa pantas menggeleng. Dia kembali sedar apa tujuannya ke mari.

“Anan, bangunlah. Nak tidur sambunglah malam karang. Mama tengah tungggu tu.” Lisa tetap berusaha memujuk Adnan supaya turun. Namun Adnan kaku tak bergerak.

“Huh, lantak kaulah. Kau tak lapar, tidurlah situ. Aku yang lapar terpaksa tahan lapar pulak...” Lisa ingin cepat beredar dari situ. Masakan mama memanggil-manggil ni weh!

“Eh Lisa. Anan mana?” soalan pertama diaju selepas ternampak kelibat menantu turun dari tangga.

Lisa angkat bahu, “Hemm.. tidur lagi.” Lisa melabuhkan punggung pada kerusi. Yummy! Nasi goreng dengan mihun. Wahh... jarang aku dapat sarapan sampai dua jenis ni. Tu belum kira kuih-muih lagi.

“Memandai je kata tidur ya!” sergah Adnan lalu duduk di sebelah Lisa. Hampir je sudu terlepas dari pegangan Lisa.

Kurang asam boi betul laki aku ni. Aku kasi telan garpu baru tau!

“Laa... tak tidur ke? Tadi kata tak cukup tidur...” Lisa pura-pura tak tahu.

“Hah... Anan tak cukup tidur? Aik... apa la yang kamu buat sampai tak cukup tidur tu!” celah Datin Fatehah sambil menuangkan air pada cawan Dato’ Fahami.

Lisa tersedak. Adnan terkedu. Lalu mereka memandang antara satu sama lain. Masing-masing dengan muka merahnya.

“Eh ma. Siapa kata Anan tak cukup tidur. Cukuplah! Cuma rasa macam tidur dalam kandang gorila je malam tadi...” nasi di suap tanpa memandang Lisa yang tercengang.

Apesal mamat ni dari tadi duk sebut gorilla je? Ke dia memang betul-betul tidur dalam zoo malam tadi?

“Kandang gorila? Hish... apesal ganas sangat korang ni? Cubalah berlembut sikit. Takkan lari gunung di kejarlah.” Dato’ Fahami pula yang mencelah.

Giliran Adnan pula yang tersedak. Nasi terasa seperti tersekat di kerongkong. Dia berdehem beberapa kali.

“Eh ma. Sedap pulak nasi goreng mama hari ni. Cukup rasa je. Lain kali buat macam ni lagi ye?” teruja Adnan meminta. Lain pula respon Datin Fatehah.

“Kamu ni ngigau ke mabuk? Sepanjang kamu hidup, nasi goreng ni jelah yang mama reti masak. Sepanjang tahun rasanya sama je. Kan bang?”

Dato’ Fahami mengangguk setuju, “A’ah. Sama je. Aik, sejak dah kahwin ni lidah dah tukar citarasa ke?”

Adnan terkelu. Lagi di layan makin menjadi-jadi pulak dua orang ni meyakat. Lisa di sebelah di pandang sekilas. Hampeh betul! Selamba badak sumbu je melantak. Argh... pandang muka Lisa buatkan dia rasa nak je patah-patahkan tulang Lisa sampai lunyai.

Sakit hati dia bila mengingatkan kisah malam pertamanya malam tadi.Indah yang diimpikan, penyeksaan yang diterima. Dahlah tidur terkangkang, habis satu tilam di jadikan hak mutlaknya. Dia punya ruang hanya nun dihujung katil. Tanpa pedulikan keadaan itu, dia terus baring di sebelah Lisa. Namun malang, dia ingat dia dapat tidur dengan nyenyak. Rupa-rupanya ada gorila yang menumpang mencantas segala keselesaannya. Lisa tidur lasak. Hingga sakit pinggangnya akibat sepakan padu Lisa.

Aishh... sabar jelah dapat isteri Minah Gorila ni!

***

Riuh dapur itu dengan gelak tawa Lisa dan Datin Fatehah. Lucu pula mendengar cerita Datin Fatehah hingga senak perut Lisa dibuatnya.

“Habis tu, mama soroklah ye?” tanya Lisa masih dengan sisa ketawanya.

“Huh, mahunya mama tak sorok. Sampai ke tualah budak tu hisap puting je. Susah tau nak ubah sikap dia tu. Dulu masa hari pertama tadika, mama tak tahu langsung yang dia bawak botol susu dalam beg. Balik-balik, cikgu dia mengadu yang Anan bawak botol susu ke tadika.”

Lisa ketawa terbahak-bahak sehabis Datin Fatehah menceritakan kisah Adnan waktu dolu-dolu. Lawak tak boleh tahan bila dapat tahu kisah Adnan masa kecil dulu. Manja!

“Hamboi. Sukanya dua beranak ni!”

Datin Fatehah dan Lisa terhenti ketawa. Susuk tubuh seorang lelaki yang terpacak di dapur menggamit mereka.

“Eh Ruz. Bila sampai? Tak perasan pulak Mak Ngah Ruz dah terpacak kat sini.” Datin Fatehah menghampiri Fakhruzi lalu bersalaman.

“Taklah lama. Baru je. Macam mana Mak Ngah nak perasan kalau dah seronok sangat mengumpat orang dengan menantu kesayangan dia.” Fakhruzi memerli.

“Alar. Mana ada mengumpat. Sembang kosong-kosong je. Kan Lisa?” Lisa yang duduk di meja dapur di pandang.

Lisa mengangguk bersama segaris senyuman.

“Mama Ruz cakap, Ruz dekat KL masa Anan nikah. Betul ke?” tanyanya. Dia kembali menyambung menyiang ikan di sinki.

“A’ah. Ada kerja penting. Pekerja Ruz tak dapat attend sebab bini dia dah nak bersalin. Jadi Ruzlah yang ganti.” Terangnya. Dia melabuhkan punggung pada kerusi semeja dengan Lisa.

“Ohh.. Takpe. Mak Ngah paham. Tapi rugilah, tak dapat tengok Anan bersanding.”

Fakhruzi tersenyum, “Takpe. Gambarkan ada..” katanya. Datin Fatehah mengangguk menyetujui kata Fakhruzi.

Kemudian Lisa di depan di pandang. Khusyuk betul potong bawang. Dari hari pertama jumpa, tak pernah pun perempuan itu menoleh pada aku. Cuma pandang sekilas je. Tapi aku? Kenapa aku tak macam dia? Kenapa aku rasa nak pandang lagi lama, tanpa berfikir untuk menoleh ke arah lain?

 “Eh, Ruz makan tengah hari kat sini jelah. Hari ni menu spesial sikit. Menantu Mak Ngah yang tolong masak.” Pinta Datin Fatehah tersenyum lebar.

Fakhruzi tersedar dari berkhayalkan Lisa. Dia mengangguk seraya tersenyum.

“Err.. Mak Ngah! Pengantin lelakinya mana ni? Tak muncul-muncul pun...”

“Ehem... apesal sebut-sebut nama aku ni?” celah Adnan tiba-tiba lalu duduk di sebelah Lisa.

“Hah Nan. Baru nampak muka kau. Ni ha... aku ada ole-ole sikit dari Kandang Lembu(Kuala Lumpur). Hadiah untuk perkahwinan kau.” Sebungkus beg kertas di serahkan pada Adnan.

“Banyak la kau Kandang Lembu. Kat KL apa hade...” lalu isi beg kertas itu di lihatnya. Terdapat 2 helai baju Polo bewarna merah di dalamnya. Lisa memerhati gelagat Adnan sambil terus mengupas bawang.

“Sorrylah bro. Aku tak pernah beli hadiah untuk pengantin. So aku tak tahulah apa benda yang sesuai untuk korang. Ni pun aku beli last minutes,” Fakhruzi merendah diri. Jujur dia kata yang dia tak pernah beli hadiah untuk pengantin. Adnanlah orang yang pertama dalam rekod hidupnya.

“Takpelah. Ni apesal satu baju kecik ni?” sehelai baju bersaiz kecil di angkat tinggi.

“Tu untuk akulah tu..” sampuk Lisa. Fakhruzi tersengih. Adnan malu sendiri. Dah hadiah untuk pengantin, mestilah sang isteri pun dapat habuannya.

“Thanks bebanyaklah Ruz. Susah-susah je. Nanti kau kahwin aku beli seluar pendek pulak.” Seloroh Adnan. Dia dengan selambanya mendepangkan tangan kiri ke belakang Lisa.

Lisa terhenti dari mengupas bawang. Bagai renjatan elektrik saat Adnan menyentuh bahunya. Tiba-tiba dia jadi berdebar. Mukanya merah serta-merta. Ada rasa geram di hatinya. Benci dengan aksi spontan Adnan. Tak pasti sama ada spontan atau sengaja, tapi ini sudah mendatangkan marah! Suke-jiwa mak bapak kau je kan?!!

Fakhruzi yang melihat kemesraan itu tersenyum tepi. “Agak-agaklah. Beli seluar tak cukup kain buat apa? Kat rumah aku pun melambak lagi.”

Adnan tergelak. Tangannya masih setia terlekap pada bahu Lisa. Dia tak tahu jin mana yang merasuknya saat itu. Apa yang dia tahu, dia seperti punya hak untuk berbuat demikian. Dia tahu Lisa pelik. Dan entah kenapa terasa egonya tercabar saat Fakhruzi memandang isterinya lama tadi. Dia perasan semua itu!

“Err... nak masuk bilik kejap..” Lisa bersuara dan sebuah jelingan maut di hadiahkan pada Adnan. Adnan mengerti dengan pandangan itu. Tanda marahlah tu...

“Abang ikut..”Adnan berjalan membuntuti Lisa. Lisa yang mendengar gelaran ‘abang’ seriau jadinya. Apehal mamat ni? Kena sampuk ke hape?

Datin Fatehah tersenyum mekar dengan kemesraan anak-menantu nya. Fakhruzi pula dengan senyuman kelatnya. Tak pasti kenapa hatinya merudum tatkala melihat kemesraan pasangan itu. Aku jeles ke? Tapi kenapa?


Older Post | Newer Post