follow

Isteriku 2 Alam-6



Pagi ni, Lisa menemani abahnya ke pasar. Ikan di peti sudah ais licin, jadi kenalah isi balik. Sayur juga turut di belinya. Pasar yang sesak lagi hanyir melemaskan Lisa walaupun dia dah lali sebenarnya dengan keadaan ni.

Sewaktu Lisa berjalan, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Eh, tak pasti siapa langgar siapa. Tapi orang yang berlaga dengannya ialah seorang perempuan.

“Woit! Takde mata ke?” perempuan yang langgar Lisa menyergah dengan nada suara tahap lubang telinga boleh pecah.

Lisa ketap bibir. langsung tak beradab betul!

“Sorry. Mata tertinggal dekat rumah. Lupa pulak nak bawak. Takpe, besok lusa saya amik ya!” sejurus itu, Lisa meninggalkan perempuan tadi. Idris pula telah berjalan lebih 2 meter jarak darinya. Pakaian vogue habis. Tapi kalau takat nak buat free show kat sini, baik tak payah. Apek tua je yang terliur menengoknya. Baru dua langkah Lisa berjalan, tiba-tiba lengannya di rentap dari belakang. Lisa tahu siapa yang buat. Dan ini sudah lebih!

“Oit.. dah buat salah tak reti-reti ke nak mintak maaf?” tengking perempuan itu masih mahu memanjangkan sketsa dingin.

Lisa membeliakkan matanya. “Kau ada sound-troble ke makcik? Dari awal lagi aku dah cakap, ‘sorry’. kau nak aku cakap lagi? Okey, aku minta maaf jika terkasar bahasa, terguris hati saudari. Maaf zahir dan batin.” Kemudian Lisa melangkah pergi, namun lagi sekali di sekat apabila dirinya di panggil. Hish, apa kes lagi ni!


“Kau nak apa lagi hah makcik? Sekali aku debik....” ayat Lisa tergantung. Tangannya yang mahu di angkat terhenti. Melopong dia apabila terpandangkan wajah seseorang di hadapannya . Wajah yang persis cina itu kelihatan kelat. Apa pulak masalah dia kali ni? Perempuan tadi yang berdiri di sebelahnya tersenyum sinis. Lisa langsung tak tahu apa hubung kait antara orang tua di hadapannya dengan perempuan itu. Yang dia fikir sekarang, dia nak balik!

***

“Jemput minum Kak Rina.” Pelawa Idris. Lisa yang menatang dulang air itu terus beredar ke dapur. Malas mahu menghadap dua beranak itu.

Terkejut jugak dia tadi apabila mendapat tahu perempuan yang berlanggar dengannya tadi ialah Luna Maizura, sepupunya serta anak pada Mak Long. Sepanjang dia hidup, baru tadilah dia bertemu mata dengan sepupunya. Selalunya kalau singgah ke rumah, Mak Long dengan Pak Longnya saja. Itupun macam terpaksa.

“Takpe. Aku dah minum kat rumah tadi.” Dingin Zarina membalas. Anaknya yang di sebelah dari tadi sibuk mengipas dengan tangan. Alar... rumah buruk macam ni sentiasa je panas. Sebab tu dia pun jarang singgah. Nak-nak lagi bila-bila masa je rumah ni ‘selamat-jalan’.

Lisa yang terdengar mencebik. Eleh, dah minum kat rumah konon. Ingat aku tak tahu. sepanjang korang datang rumah, berapa kali je kau penah jamah atau minum makanan yang aku dan abah buat. Macamlah kami ni hina sangat.

Idris tersenyum hambar.

“Akak, sebenarnya saya ada benda nak cakap. Saya harap akak sudi hadir.” Berhati-hati Idris bersuara. Walaupun Idris muda setahun dari Zarina, namun dia tetap menggelarnya ‘kakak’ memandangkan pangkat Zarina padanya ialah kakak ipar.

“Apa kenduri pulak yang kau nak buat kali ni?” soal Zarina. Masih dengan rentak suara yang dingin.

“Awal bulan depan, Lisa akan bertunang dan nikah seretak. Sebagai ibu saudara Lisa, saya harap akak merestui niat suci saya ni.”

Dan seperti yang di jangka, Zarina dan Luna terperanjat mendengarnya. Luna ternganga, Zarina terbeliak.

“Lisa nak kahwin? Macam mana pulak budak tak serupa perempuan tu ada orang minat?” Zarina tak puas hati. Dia mengagak seperti ada yang tak kena. Anaknya yang persis gadis melayu (kononnya) pun takde pasangan hidup lagi. Inikan pula budak tomboi tu.

Lisa di dapur menahan geram. Gamak-gamaklah makcik oi! Nak kutuk aku pun cubalah guna ayat yang chanteek sikit. Aku rasa nak je ganyang-ganyang mulut orang tua tu dengan cili boh.

Idris tersenyum, “Allahkan Maha Kuasa, kak. Minat ke, suka ke, semua tukan kehendak Allah. Bukan paras rupa yang menjadi ukuran. Kalau sudah jodohnya, nak buat macam mana lagi. Kan?” Tenang Idris membalas.

Zarina mengetap bibir. terasa kata-kata Idris bebrbaur sindirian. Luna di sebelah sudah tidak tahan lagi. Dah la rumah panas macam oven. Hati pun nak di panggangnya sekali.

“Dahlah mami. Luna nak balik. Luna tak tahan duduk kat rumah ni. Panas. Macam oven. Hish!” sejurus itu Luna bergegas keluar sambil menghentak kaki. Nasib baik rumah masih kuat, kalau tak dah lama runtuh dek hentaman kaki  gergasi betina tu.

“Idris, aku balik dululah. Budak tu dah lama duduk oversea, balik Malaysia jadi tak selesalah.” Sebelum beredar, Zarina sempat lagi meng‘coverline’ keadaan.

Lagi sekali Idris tersenyum. “Takpe kak. Saya paham.”

Kemudian Zarina serta anaknya memboloskan diri ke dalam kereta. Beberapa saat saja kereta Waja itu hilang dari pandangan. Idris tarik nafas lega. Akhirnya niat untuk menyatukan Lisa sampai juga ke pengetahuan Zarina walaupun dia tidak mendengar kata setuju dari mulut Zarina. Memang niatnya untuk memberitahu Zarina memandangkan dia adalah ibu saudara Lisa.

Walaupun dingin layanan yang di terima, Idris tetap ikhlas melayan kerenahnya. Zarina tidak sukakan Idris, kerana dia menganggap Idris ni pembawa malang berikutan pemergian adik bongsunya, Zamilah. Lisa juga terkena tempiasnya, kerana pemergian Malek.

***

“Hah Lisa! Kamu nak pergi mana tu?” sapa Idris. Gerak-geri Lisa di perhatinya.

“Takde mana-mana. Nak jumpa Farid je...”

“Lagi-lagi budak tu. Macam dah takde orang lain nak di jumpanya!” pintas Idris.

Lisa merengus, “Habis, Lisa nak jumpa siapa lagi? Nak jumpa ketua kampung? Polis? Bomba?” Idris di jeling. Sejak pertelingkahannya tentang paksaan Idris ingin mengahwininya, hubungan Lisa dan abahnya makin dingin.

Idris ketap bibir. Terasa tersindir dengan kata-kata Lisa.

“Dahlah yah. Benci macam mana pun abah kat Farid, dia tetap kawan Lisa. Dia dah macam abang Lisa pun. walaupun tak boleh gantikan Malek.” Perlahan nadanya berbicara. Motor X5 di hidupkan enjinnya.

“Pergi dulu...” Lisa minta izin. Dia mengalah. Tak apalah jika itu pendirian abah. Aku dah tak kuasa nak layan. Tak baik berkasar dengan orang tua. Aku percaya, apa jua yang abah buat pasti ada baiknya. Aku yakin perkahwinan atas restu orang tua, InsyaAllah boleh bahagia. Aku yakin dengan Qada' dan Qadar.

Idris termenung di depan pintu. Bayang Lisa telah lama hilang. Kata-kata Lisa tadi bermain-main di mindanya. Dia seperti tersedar. Tersentuh dia apabila Lisa menganggap Farid seperti abangnya. Jika Lisa menganggap Farid abangnya, kenapa aku tak boleh anggap Farid tu anak aku jugak? Apa gunalah aku benci budak tu. Benci sampai mati pun Lisa tetap berkawan jugak dengan Farid walaupun Lisa sudah berumah tangga.

***

Lisa kehairanan. Motor yang sudah di matikan di hidupkan semula. Tempat yang ingin di tuju ialah rumah Farid.

“Assalamualaikum..” salam di beri setelah tiba di halaman rumah Farid. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah. Mungkin tak dengar kut.

“Woi... apa masuk rumah tak minta izin ni?” sapaan dari Farid mengejutkan Lisa. Farid yang duduk di tangga di pandang.

“Laa.. kat sini rupanya kau! Apesal tak bukak bengkel hari ni?” soalnya. Wajah lemah Farid di pandang. Ni apesal pulak ni? Siap bertampal koyok bagai lagi.

“Kau buta ke? Tak nampak aku berendam dengan koyok ni semua? Aku demamlah!” balas Farid. Dia hanya berkain pelikat dengan badan di sarungkan baju sejuk.

“Wohh.. baru tau aku kalau demam kena rendam dengan koyok. Tapi apesal muka kau tak serupa orang dah mandi? Tu... air liur fresh lagi kat mulut. Hush... tak senonohnya!” Lisa menepuk lengan Faris supaya ke tepi sedikit. Lalu dia duduk di sebelah Farid di tangga rumah.

Farid menyentuh bibirnya. Kemudian di sapu. “Takde pun. Kau tipu aku ya!” lalu kepala Lisa di tunjalnya. Pecah ketawa Lisa jadinya.

“Kau demam, apesal tak kasi Jiman yang jaga bengkel tu? Apelah, dah ada orang bawahan pun taknak pakai. Kalau aku dah ada Jiman tu, sebulan tak datang bengkel pun aku tak kisah tau!”

Farid menggeleng. “Tu kau. Aku tak boleh. Aku tak yakin lagi yang Jiman tu boleh handle sensorang bengkel tu. Takut jadi tsunami pulak.”

Lisa kerut kening, “Dah berapa tahun Jiman kerja dengan kau? Sejak kau bukak bengkelkan? Takkan itu pun kau masih tak percayakan dia? Dia punya baik setia je kat kau.”

Farid diam. Tak kisah apa orang nak kata. Tapi dia memang tak sedia nak bagi orang lain handle bengkel tu tanpa dia. Dia tak yakin orang luar boleh uruskan. Penat lelah dia membuka bengkel yang satu-satunya ada di kampung itu. Bagaimana jika bengkelnya jatuh pada tangan yang bukan kepercayaan Farid? Mungkin hancus jadinya. Padahal di situlah tempat dia mencari sesuap nasi.

“Kau apa hajat mai sini? Boringlah tu!” Farid mencebir.

Lisa tersengih kerang busuk, “Pandai kau teka!” Farid sudah agak. Memang tu jelar kerjanya. Mengharapkan duit bapak jelar.

Lisa termenung. Melihat perkarangan rumah Farid menyejukkan hatinya. Banyak jenis bunga ada. Kiri kanan ada je bunga yang berwarna-warni. Macam menyua tetamu hadir je gayanya.

Dalam melayan perasaan, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dan dia hendak menguji dirinya dengan menjadikan Farid sebagai bahan ujian.

“Fariiiidd....” lembut nada Lisa menggoda Farid.

Farid yang tersengguk-sengguk terus terjaga. Demam-demam ni dia memang ngantuk je sepanjang masa. Kalau boleh 24jam dia nak tidur.

“Apa?”

“Farid. Pandanglah aku!” manja saja Lisa meminta. Mata sengaja di kerdipkan. Muka di buat sehabis comel.

Farid menurut. Melihat gaya Lisa, dia jadi berdebar. Apesal aku rasa minah ni sakit ya? Dia ni saje jelah. Tak tahu ke aku memang cair tengok muka dia ni. boleh buat aku jatuh cinta lagi sekali tau!

“Kau... kau apehal minah?” Farid gelisah. Makin tak keruan dia apabila Lisa menyentuh lembut lengannya. Dahlah aku sakit ni. Layan minah ni terus masuk hospital aku di buatnya.

“Lisa... istighfar Lisa. Kau sedar tak apa kau buat ni?” Faris cuba menghentikan Lisa dari terus menerus menggodanya. Sejujurnya, dia suka Lisa buat gaya seperti itu. Tapi dia cuba mengendahkan perasaannya. Diakan sekarang sedang menjalani misi merawat hati gara-gara cinta di tolak.

Lisa menyentuh lembut lengan Farid. Di usap-usapnya. Dia hendak tergelak melihat muka cuak Farid. Tapi di tahan. Dia Cuma mahu pastikan sesuatu. Kemudian dia terhenti dari menggoda Farid. Habis bantai di gelaknya si Farid tu. Lawak tak tahan.

Farid tersedar. Tak guna! Kurang hasam betul adik sorang ni. nak ‘bang’ aku rupanya! Terus kepala Lisa di sekeh. Namun Lisa masih dengan gelaknya.

“Apesal kau beb? Muka cuak habis? Aku saje je la. Nak uji diri aku ni. tapi best jugak tengok muka kau macam tu. Bukan selalu nampak.” Lisa kembali sambung ketawa. Farid tersenyum. Lalu dia juga turut tergelak.

“Kau nak uji diri? Untuk apa?” soal Farid sesudah habis ketawa. Semput dia kerana terpaksa gelak dalam sakit-sakit ni.

Lisa tersenyum. “Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa.”

Farid menyekeh kepala Lisa lagi sekali.

“Ya, ya! aku cakap. Sakitlah weh, akukan adik kau! Macam ni kau layan aku ya..”

Farid mencebik.

“sebenarnya aku nak uji perasaan aku bila berhadapan dengan orang lelaki.”

“Hah? Sebab itu je?”

Lisa mengangguk.

“Hari tu bakal laki aku ada datang rumah. Lepas tu adalah dalam satu keadaan ni, aku jadi gabra semacam tau. Waktu dia pegang aku, aku dah rasa lain macam. Rasa berdebar je. Tangan jadi sejuk. Lepas tu aku rasa macam nak terbang melayang ke awan. Tapi bila dengan kau, aku takde feeling apa-apa. Aku rasa biasa je. Macam perempuan pegang perempuan.” Panjang lebar Lisa menjelaskan.
Faris memandang Lisa dari tepi. Kau takde feeling dekat aku, tapi cara kau goda aku tadi dah cukup menggoyahkan iman aku tau!

“Kau tau tak apa punca aku jadi macam ni?” soal Lisa memandang Farid.

Farid melarikan matanya apabila Lisa menoleh. Kemudian mengangkat bahunya.

“Tapi aku rasa kau dah jatuh cinta kut. Sebab macam aku, aku berdebar bila kau try nak goda aku tadi. Jadi kes kau, hampir sama macam aku la.”

Lisa pantas menggeleng. “Wooohoo... kau dah melalut tu Rid. Baru hari tu aku jumpa dia. Takkan dah fall-in-love kut. Gamak-gamak la bro. Kau jatuh cinta dekat aku pun sebab aku hari-hari berkepit dengan kaukan? Jadi tak heranlah. Tapi aku jumpa dia baru pestime(firstime). Takkan dah jatuh kut.” Lisa mengusap-ngusap dagunya.

Farid hanya membisu. Dia takde jawapan untuk kekeliruan Lisa. Dia cuma cakap apa yang dia tahu. Tapi dia pernah dengar, ‘cinta hadir tanpa kita sedari’. Adakah keadaan Lisa boleh di samakan dengan propaganda tu?

Isteriku 2 Alam-5




“Masuklah Lisa. Maaflah, rumah mama tak berapa kemas lagi ni. Tak rancang pun nak ajak Lisa datang tadi.” Datin Fatehah mengambil bantal kecil lalu di letakkan di sofa.

“Ni yang sepah-sepah semua kerja Ananlah ni. Dah tua, perangai macam budak-budak!” dalam mengemas sempat lagi merungut. Lisa tersenyum lalu turut membantu mengemas ruang tamu itu.

Ini kerja kau ya, Anan! Menyusahkan mak bapak je! Muka hensem, tapi perangai mengalahkan budak tadika. Majalah apa entah berselerak kat meja ni. Ni belum kira kulit kacang yang terselit kat celah sofa lagi. Tiba-tiba dia terbayangkan saat dia menjadi isteri Adnan nanti. Mesti dia di kerah untuk mengemas rumah. Argh... belum apa-apa lagi dah tunjuk perangai tak senonoh dia. Ni lah sebab aku tak mahu kahwin!

“Mesti susahkan mama jekan Lisa datang ni.” Lisa merendah diri. Tadi dia memang di suruh Datin Fatehah untuk ke rumah sewanya di Teluk Intan. Katanya ini rumah saja-saja, rumah sebenar ada di Kuala Lumpur. Di Ipoh pun ada. Alar.. tak heran sangatlah. Dah ada pangkat Dato’-Datin tu, mestilah banyak duit.

“Eh, takdelah. Mama lagi suka Lisa datang. Ada masa panjang mama nak berkenalan dengan bakal menantu mama ni.”

“Eh, nampak Anan tak?” tiba-tiba Datin Fatehan menanya. Lisa yang mendengar tiba-tiba gementar. 

Ahh.. aku lagi suka dia takde. Tapi mama pulak yang sibuk cari mamat tu. Rasa malu berbekas lagi tau!

“Entahlah ma. Kat luar kut.” Perlahan Lisa membalas sambil mengemas majalah serta surat khabar di meja yang ada di tengah-tengah ruang tamu itu.

“Emm.. takpelah. Mama nak ke dapur, masak untuk makan tengah hari nanti. Lisa keluarlah, sembang dengan Anan. Sebelum jadi suami isteri nanti, baik Lisa kenal dulu Anan tu macam mana,” sejurus itu, Datin Fatehah terus melesap ke dapur. Lisa malu sendiri. Tak mau aku kenal. Kenal dengan jiran sebelah ni lagi bagus.

Lisa duduk di sofa ruang tamu itu. Surat khabar semalam di selak. Dia bukan minat membaca pun. Tapi dah takde kerja, terpaksalah jadi rajin membaca. Tapi lama-lama, jadi bosan pulak. Akhirnya dia keluar juga. Dia ingin mencari Adnan untuk menjadi teman sembang. Malu tak malu. Buat bodoh jelah.

Adnan yang duduk termenung di kerusi di pandang dari pintu rumah. Kemudian dia menghampirinya. Tiba-tiba idea ‘heart-attack’ menjengah. Lisa tersenyum tepi.

“Arghh... rumah terbakar! Rumah terbakar! Call abah! Call abah cepat!”

Adnan tersentak. Lalu segera dia bangkit. “Hah, mana-mana?!” spontan dia menyoal. Tangan kanannya mula menyeluk ke dalam poket. Agaknya nak keluarkan handphone kut.

Lisa ketawa terbahak-bahak sambil menekan perut. Suka tengok wajah kalut Adnan. Nampaknya ni dah jadi satu hobi baru. Mengejutkan bakal suami guna taktik ‘heart-attack’.

Tiba-tiba telinga belah kirinya di piat ke atas hingga menyebabkan Lisa terjengket.

“Mana kau belajar rumah terbakar panggil bapak? Eeii.. kalau kau ni betul-betul jantan, dah lama aku sepak anu kau tau!” Adnan melepaskan tangannya dengan kasar. Hamik kau, sekali merah telinga tu!

Lisa tarik muncung. Telinga yang merah di usap. Aku buat sikit je, dia balas kaw-kaw pulak. Lisa melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Adnan.

“Sakit?” Lisa mengangguk.

“Bagus, memang tu yang aku nak!” selamba Adnan menjawab. Lisa naik geram. Hantu betul! Ingatkan nak ubatkan ke. Ni makin menyakitkan telinga aku ada ar!

“Sakit sangat ke?” tanyanya lagi. Risau juga dia tengok Lisa tak habis-habis mengusap telinga.

Lisa menggeleng. Lalu masing-masing senyap, melayan perasaan.

“Anan, aku nak tanya sikit boleh?” tiba-tiba Lisa bersuara. Adnan membalas dengan mendongak sedikit.

“Macam mana papa kau cakap kat kau pasal kita ni? Maksud aku, kau tak melenting ke bila di suruh kahwin. Dengan pilihan orang tua pulak tu.”

Adnan diam. Kemudian dia angkat bahu. “Kau pulak macam mana?”

“Aku? Aku hanginlah. Bila batu api dengan batu gajah bergabung, memang jadi batu belah batu bertangkuplah rumah aku tu. Aku dengan abah aku memang tak sebulu sejak....” Lisa berjeda.

“Sejak?” Adnan menanti hujah Lisa.

“Sejak abang aku dah takde.” Perlahan dia menyebut. Serta-merta wajah yang mirip sepertinya menjengah.

“Aku pun ada soalan jugak. Aku tanya jangan marah ye?” Adnan turut meminta izin.

“Apa?”

“Abang kau meninggal sebab apa?” berhati-hati Adnan bertanya. Takut hati Lisa terguris.

Lisa tidak menyangka soalan itu yang terpacul dari mulut Adnan walaupun dia tahu suatu hari nanti pasti Adnan akan bukak mulut tentang hal ni. Lisa tarik nafas sebelum bersuara.

“Accident....” ringkas. Sepatah itu pun sudah cukup jelas menyatakan punca kematian abang kesayangannya.

Adnan mengangguk. “Papa aku pernah cakap kau ada kembar. Jadi abang kau tulah kembar kau ye?”

Lisa mengangguk. “Kalau kau nak tahu macam mana muka abang aku, kau anggap je aku ni Malek. Kitorang punya muka banyak persamaan. Cuma badan je lain.” Adnan mengangguk paham.

“Tadi kau cakap abah tak sebulu dengan kau sejak abang kau meninggal. Tapi aku tak paham apesal pulak macam tu?”

Lisa tunduk. Nampaknya Adnan betul-betul nak korek hal peribadinya. Tak pelah. Simpan lama-lama pun nanti dia tahu jugak.

“Sebab abang aku meninggal puncanya dari aku.”

“Puncanya dari kau?” Lisa mengangguk.

“Dulu abah aku suruh aku pergi beli barang. Tapi aku taknak. Jadi Maleklah yang gantikan aku. bila hampir 2 jam aku tak nampak batang hidung abang aku, aku dah rasa lain macam. Aku pun keluarlah cari dia....” lagi sekali Lisa terhenti. Tiba-tiba dia jadi sebak apabila mengingati kisah dulu. Degil punya pasal, abang yang kena tempias.

“Lisa... takpelah kalau kau taknak cerita. Aku tak paksa. Aku paham keadaan kau. Dahlah. Kita masuk jom. Mama aku dah siap masak tu.” Adnan cepat-cepat menutup kisah tadi. Dia jadi kesian melihat muka Lisa mendung tiba-tiba.

Lisa mengangguk. Lalu mereka bangkit untuk masuk. Tengah panas-panas macam ni pun aku boleh meleleh. Adnanlah. Nak suruh aku buat drama, tak kena masa. Tak kena tempat pulak tu. Hish!

***

“Assalamualaikum...”

Semua yang ada di meja makan terhenti dari menyuap. Suara yang di luar rumah seperti di kenali, tetapi tidak bagi Lisa.

“Anan... tu Ruz kan?” soal Dato’ Fahami kepada Adnan. Datin Fatehah turut memakukan matanya pada Adnan.

“Rasanyalah. Kejap...” Adnan bangkit untuk melihat siapa gerangan itu. Dan ternyata tekaan mereka mengena. Memang Ruz a.k.a Fakhruzi, sepupu pada Adnan.

“Bro, Ya Allah! Lamanya aku tak jumpa kau. Kau apa khabar, sihat?” dua tubuh bersatu apabila berpelukan, melepaskan rindu setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Aku alhamdulliah. Macam biasalah, makin hensem. Kau apa cerita? Dah berapa bini? Anak berapa deret?” gurau Fakhruzi.

Adnan ketawa. “Aku takde bini, takde anak. Still kesunyian. Tapi apesal perut kau makin ke depan ya sekarang? Hati senang ka?” lagi sekali bunyi ketawa bergema. Riuh jadinya.

“Company makin maju. Hati siapa yang tak senangkan?” gelak tawa mereka bersatu.

“Aik, nak sembang sampai tengah malam ke? Anan, ajak Ruz makan sekali.” Tiba-tiba Datin Fatehah mencelah.

“Ha, Ruz. Sila duduk. Hari ni Mak Ngah kamu masak specel sikit. Jemput makan.” Pelawa Dato’ Fahami setelah ternampak kelibat Fakhruzi di meja makan.

Fakhruzi duduk di sebelah Datin Fatehah, berhadapan dengan Lisa yang duduk di samping Adnan. Melihat Lisa, dia jadi tertanya-tanya.

“Err... Mak Ngah. Siapa lelaki ni?” soalnya sambil memandang Lisa. Eh, lelaki ke? Apesal aku rasa dia perempuan?

“Eh Ruz. Kamu buta ke? Tu bukan lelakilah. Itu Lisa, bakal menantu Mak Ngah.” Ceria Datin Fatehah berkata.

Fakhruzi melopong. “Are you serious? Anan, kau dah nak kahwin? Hamboi, senyap-senyap rupanya dah berisi ya?”

Adnan hanya senyum. Lisa di sebelah di pandang sekilas. Dari tadi lagi minah ni khusyuk sangat melantak. Nampak sangat kebulurnya sampai sepupu aku datang pun dia buat dunno je!

Lisa tidak ambil peduli tentang keadaan sekeliling. Yang penting perutnya harus di layan. Sejak terpandangkan lauk-lauk di atas meja, dia jadi jatuh cinta. Masakan mama memang superb la!

“Anan, tak nak kenalkan aku dengan bakal bini kau ni ke?”

Lisa yang sedang minum terus tersedak. Dada di tepuk perlahan. Nasib baik nasi dah habis di telan. Kalau tak free je aku kena kick dek mamat depan aku ni. Ek, bila masa orang depan aku ni wujud?

Lisa jadi gabra bila semua mata memaku padanya. Apa yang tak kena? Ada nasi kat mulut ke? Eh, takde pun. Lisa hanya tersenyum lalu tunduk. Lantaklah apa diorang nak pandang pun. Lalu Lisa kembali sambung menyuap.

***

“Terima kasih ya ma, sebab dah masakkan makanan yang superb da’bomb tadi. Sedap! Ni yang buat Lisa rasa nak datang hari-hari ni.” selorohnya.

“Eh, lagilah mama suka. Duduk sini terus pun takpe.” Lisa ketawa senang.

“Hah Anan. Hantar Lisa elok-elok. Jangan di jual pulak anak orang ni.” gurau Dato’ Fahami pula. Fakhruzi di sebelah tersenyum. Wajah Lisa menjadi santapannya. Dari tadi asyik memerhati wajah bersih itu. Tak tahu kenapa, tapi dia suka.

“Yelah. Anan tahulah. Kalau nak jual pun belum tentu laku.” Selamba Adnan berkata.

“Eh Anan! Aku pakar taek wan do spanar tau. Nanti kat rumah siaplah kau aku kerjakan.” Ugut Lisa di sambut ketawa.

“Okeh ma. Lisa balik dulu ya!” tangan Datin Fatehah di kucup lembut. Dia terpana apabila mukanya di tarik. Dua belah pipinya di kucup oleh Datin Fatehah. Sukar di gambarkan perasaannya saat ini. Tapi yang dia tahu, dia jadi tenang.

“Hati-hati ya. Mama sayang Lisa.”

Lisa mengangguk seraya tersenyum. Sebelum memboloskan disi ke dalam kereta, sempat dia melambai papa, mama, dan siapa tah yang sebelah tu. Tapi apesal dengan dia? Aku dah buat salah ke sampai dia pandang aku macam nak tembus dinding tu?


Isteriku 2 Alam-4



“Apa?! Lagi sebulan?” terjerit Lisa menanya.
Idris mengangguk tanpa riak terkejut langsung. Dia memang sudah agak ini respon anaknya.

Lisa menggeleng-geleng. “Tak abah. Nehi-nehi. Abah sedar tak siapa Lisa ni? Lisa nilah satu-satunya anak abah yang ada. Takkan abah sanggup kahwinkan dengan manusia yang Lisa tak kenal langsung tu? Abah tak takut ke, kalau-kalau anak Dato’ tu bapak ayam? Silap-silap hari bulan Lisa dah ada kat Siam!”

“Lisa! Jaga mulut kamu ya? Abah tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni!”

“Tapi abah yang buat Lisa jadi kurang ajar, bah!” balas Lisa berani. Dia memang marah tahap puting beliung apabila mendengar keputusan abahnya itu. Cuba bayangkan, lagi sebulan, aku akan kahwin. Kahwin beb! Bukan main masak-masak ni. Ini realiti, bukan cobaan. Bila dah jadi isteri, aku kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Dan masalah besarnya sekarang, aku tak SEDIA!!!

“Tengok! Inilah puncanya abah nak kahwinkan kamu secepat mungkin. Sebab abah dah tak larat nak ubah sikap kamu ni. bila dah kahwin, biar suami kamu yang jaga. Biar suami kamu yang ubah sikap kurang ajar kamu ni.” Idris yang duduk di kerusi rotan berdiri tegak di depan Lisa. Jelas wajah bengisnya saat itu. Terketap-ketap rahang giginya, menahan geram.

Lisa melopong. “Abah nak kahwinkan Lisa hanya sebab perangai Lisa? Okey, kalau perangai Lisa teruk sangat, Lisa akan ubah. Asalkan abah cancel keputusan gila ayah tu. Boleh?” Lisa mencabar Idris dengan menentang mata.

Idris terdiam. Mana mungkin dia nak batalkan perancangan ni. janji dengan Dato’ Fahami telah terpateri dan tidak boleh di mungkiri. Dia dah anggap Dato’ Fahami seperti adik-beradiknya. Dan dia jugak sebenarnya nak jauhkan Lisa dari berkawan dengan orang yang takde matlamat hidup. Sejujurnya dia risau jika Lisa menyintai Farid, mungkin hidup Lisa susah kelak. Walau sedingin iceberg layanannya terhadap Lisa, namun sayangnya sungguh tebal.

“Ha.. kenapa abah diam? Dah takde idea nak balas ke? Abah, harap abah batalkan semua....”

“Tak Lisa. Abah takkan tarik  balik kata-kata abah tadi. Abah tetap dengan keputusan abah. Bulan depan kamu akan bertunang dan nikah serentak!” sejurus itu Idris terus beredar dari situ. Menghadap wajah anaknya bukan boleh menyejukkan hati. Lagi bikin panas adelah!

Lisa terkaku di situ. Mendengar hujah ayahnya tadi, dia terasa yang masa depannya akan jadi gelap. Anak matanya hanya memandang Idris berlalu dari situ. Dia mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku saat ini. Namun seminit dua minit berlalu, tiada langsung suara abahnya kedengaran.

Lisa terduduk di kerusi. Lemah urat sendinya. Ya Allah, kenapa aku di beri dugaan sebegini? Dulu kau ambil ibu tanpa sempat aku melihat wajahnya. Kemudian abang tersayangku, antara manusia yang paling aku rapat. Kini, abah pula yang mendesak aku untuk berkahwin. Terlalu berat rasanya. Aku belum bersedia lagi. Benar-benar tak bersedia.

Tanpa sedar, air matanya menitis. Mengenangkan nasib diri, cukup membuat dia terluka. Dia terasa yang dirinya penyebab segala masalah yang datang. Ibu... walaupun tak pernah lihat depan mata, namun dia tetap menyayangi wanita itu. Kerana ibu, dia dapat melihat dunia. Jika bukan kerana ibu yang sanggup menggantikan nyawanya dengan dirinya, sudah tentu Lisa tak dapat melihat alam ini. Abang Malek... kerana dia juga abang meninggal. Abang sanggup buat apa saja demi adiknya. Namun malang tak berbau, waktu itu juga abangnya ditimpa kemalangan yang tragis.

“Ya Allah....”

Lisa meraup wajahnya. Dia tak perlu menangisi nasib diri. Dah memang tertulis hidupnya macam ini, siapalah dia hendak menolak. Dia perlu solat. Dia perlu meluahkan perasaan pada yang Maha Pencipta.

***

Lisa hanya bersiap ala-kadar. Seluar jeans lusuh yang juga bekas arwah abang dulu serta t-shirt hitam yang longgar. Simple kan?!

“Dah! Jom blah!” sapa Lisa pada Adnan yang bersandar di keretanya. Aik, hari tu BMW. Ni Honda pulak! Berapa banyak kereta daa...

Adnan yang tersedar terus memakukan matanya pada Lisa. Melongo dia melihat pakaian yang tersarung pada tubuhnya.

“Pergi macam ni je? Kau ingat kita nak tengok bola sepak ke? Kita nak pergi butiklah!” tegas Adnan. Macam manalah papanya boleh berkenan dengan perempuan macam ni? apalah agaknya riaksi mama nanti?

“Laa.... tak betul ke apa yang aku pakai ni? Seluar kat kaki. Baju kat badan. Betullah! Kenapa, nampak macam terbalik ke?” lurus Lisa menanya.

Adnan tercengang. Apa ke bendul sangat bakal bini aku ni? haishh.. nasib baik comel! Kalau tak dah lama aku sepak lelaju budak lurus ni!

“Err.. takde papelah. Dah, cepat masuk kereta. Mama aku dah tunggu kat butik tu.” Sejurus itu Adnan terus memboloskan diri ke tempat pemandu. Lisa pula di sebelahnya. Perjalanan mereka hanya di temani alunan muzik di corong radio. Masing-masing bisu sepanjang perjalanan.

***

Pelbagai jenis dan stail pakaian pengantin yang bergantung di situ. Hinggakan Lisa jadi rambang mata. Ni sah-sah balik mabuk baju pengantin je ni. apa-apa pun, dia serahkan semuanya pada Datin Fatehah, mama Adnan.

Lisa mengeluh. Adnan yang duk sibuk dengan handpohone di sebelah dipandang sekilas. Nampak sangat mereka berdua ni macam tak mahu kahwin. Memang taknak langung pun!

Dari duduk bersandar, dia duduk menegak. Geram dengan abah tak hilang lagi. Di tambah dengan paksaan dari abahnya waktu sarapan tadi. Tak senang betul! Pagi-pagi lagi dia dicemari dengan suara garau abah. Ni yang paling sibuk pun Datin Fatehah sorang. Bukan orang yang nak kahwin yang sibuk.

Datin Fatehah perasan sejak awal lagi. Dua anak muda itu seperti nak taknak je. Dia paham, ini semua keputusan suaminya jugak. Siapalah yang tak marah bila masa depannya di tentukan oleh orang tua.

“Lisa, Anan, kamu berdua ni macam tak mau kahwin je.” tiba-tiba suara Datin Fatehah kedengaran. Setelah bercakap-cakap dengan perunding tadi, dia terus menghampiri anak dan bakal menantunya.

Lisa dan Adnan tersedar. Serta-merta mereka mengukir senyuman untuk orang tua itu. Muka yang jelas tampak kebosanan di maniskan.

“Eh, datin dah selesai ke?” soal Lisa.

Datin Fatehah tersedar sejak tadi lagi Lisa memanggilnya datin. Rasa lain macam pun ada jugak bila bakal menantu memanggilnya sedemikian.

“Lisa, tak payahlah panggil datin. Panggil mama je terus. Lisakan bakal menantu mama.” Lembut suaranya sambil memegang tangan Lisa.

Lisa tersentuh dengan sikap Datin Fatehah. Untung Adnan dapat mama macam Datin Fatehah.

“Err.. okeh ma..” janggalnya rasa!

Datin Fatehah tersenyum, “Anan... kamu pilih baju kamu. Lisa ikut mama ke belakang ye. Kita test.”

15 minit kemudian...

“Lisa... muat tak?!” tanya Datin Fatehah dari luar bilik persalinan. Lisa mengeluh. Wajahnya di hadapan cermin di pandang. Muat tu memang muat. Tapi....

Lisa menjenguk sedikit di balik pintu. Datin Fatehah yang setia menanti di pandang.

“Err... mama..”

“Hah.. Lisa. Macam mana? Muat tak? Kalau tak, kita boleh alter. Kalau tak berkenan, boleh pilih yang lain. Mama dah pilih....”

“Chop, chop! Mama...bukan itulah.” Cepat-cepat Lisa memintas percakapan bakal mak mentuanya.

“Habis tu apa?”

“Err... mesti ke pilih gaun yang paras dada ni? Lisa rasa macam tak selesalah.” Akhirnya terluah juga. Jujur dia cakap, walaupun dia tak baik mana tapi aurat tetap di jaga. Kecuali rambut. Belum sampai seru lagi!

Datin Fatehah tersenyum.

“Laa... awat tak cakap dari awal tadi? Ingatkan Lisa tak kesah. Dah, meh sini. Lisa pilih mana yang berkenan.” Datin Fatehah menarik Lisa yang menyorok di balik pintu itu.

Lisa terpaksa keluar jugak walaupun tak selesa. Dia selalu berkemban macam ni dalam bilik air je. Mana pernah kat luar. Ni kalau abah tau ni, habis dia kena pancung! Lisa menutup dadanya dengan tangan di silangkan. Mungkin mama orang bandar, jadi dia terbiasa sangat dengan benda yang terdedah ni.

“Ni, mama ada pilihkan 5 baju. Lisa pilih antara satu ni.” Baju lip-lap yang tergantung di situ di pandang. Ahh... aku tak tahu nak pilih yang mana. Sebab semuanya cantik belaka.

“Err.. mama pilihlah. Lisa tak retilah. Tapi tak mahu yang terdedah sangat tau!” Lisa mengingati Datin Fatehah.

Datin Fatehah ketawa lucu lalu pipi Lisa di cubit manja. “Iyelah sayang oi!”

Tanpa mereka sedari, sepasang mata ralit memerhati seseorang dari atas ke bawah di bahagian belakang badan itu. Belakang tubuhnya yang terdedah menampakkan warna kulit yang putih gebu. Adnan telan air liur.

“Eh, Anan. Dah ke?” tiba-tiba Datin Fatehah menegurnya. Cepat-cepat Adnan tersedar. Lisa pula makin kalut. Dia lupa yang Adnan turut berada di situ. Baju di tangan Datin Fatehah segera di capai lalu pantas menyembunyikan diri di dalam bilik persalinan. Dia tahu setiap pergerakan yang sukar akibat kain gaun itu sentiasa menjadi perhatian Adnan.

“Hem.. dah okeh dah ni. Baju untuk nikah, mama suggest warna putih ya?” cadang Datin Fatehah. Adnan hanya mengangguk tanpa banyak bicara. Mindanya masih teringatkan Lisa. Dia bukan je comel, tapi cantik!

“Mama, Lisa dah!” beritahu Lisa setelah keluar dari situ. Sesudah mencuba baju tadi, dia terus menukar dengan pakaian asalnya. Adnan yang berdiri di situ di anggap tak wujud. Muka yang penuh keselambaan di ukir walaupun hati taklah selamba mana.

“Eh, Lisa dah cuba ke belum baju tadi?” soalan Datin Fatehah dibalas dengan anggukan.

“Muat?” lagi sekali Lisa mengangguk beserta senyuman.

“Takde longgar-longgar?” soalnya lagi.

“Mama... longgar lagi bagus.  Nanti Lisa mati sebab tak cukup nafas, macam mana? Karang anak mama jugak yang jadi duda berhias.” Selorohnya. Datin Fatehah ketawa. Betul jugak kata bakal menantunya. Ketat-ketat pun buat susah orang je.

Adnan tersenyum lucu. Duda berhias, macam kelakar je!



Isteriku 2 Alam-3



Lisa menyeka peluh di dahi. Dia baru saja membantu Pak Ajis mengemaskan kedai runcitnya. Bukan free, berbayar tau. Lisa dengan Pak ajis ni dah kamcing giler. Sebab Pak Ajis ni bapak pada Farid. Kesimpulannya, Lisa memang dah ngam macam gam dengan famili Farid.

“Ni Lisa. Upah untuk kamu. Terima kasih la banyak². Kalau kamu tak ada, mau patah pinggang ayah di buatnya,” ucap Pak Ajis dengan senyuman lebar. Lisa juga menggelarkan Pak Ajis sama yang Farid gunakan.

“Eh, no hallah yah. Lisa dah biasa pun.” beberapa not 50 di capainya. Alhamdulillah. Masyuk aku hari ni!

“Nampaknya kedai ayah pun dah kemas ni. agak-agak tikus pun takut nak buat rumah agaknya,” selorohnya.

Lisa ketawa.

“Ha.. itu jelah. Terima kasih lagi sekali ya!” untuk kesekian kalinya, Pak Ajis mengucap terma kasih untuk Lisa.

“Kasih di terima!” tangan di angkat lalu dia beredar dari situ. Duit tadi di simpan di dalam poket seluar jean lusuhnya. Seluar jean yang pernah abangnya pakai waktu dahulu.

“Uit Senah! Banyak duit! Meh la belanja aku se cawan!”

Tiba-tiba satu suara menyergahnya. Lisa tau siapa gerangan itu. Dia berpaling, kelihatan Farid sedang duduk di bawah pondok berhampiran kedai runcit ayahnya. Di tangan Farid terdapat gitar. Mamat ni tak kerja ke hari ni? bengkel siapa jaga?

“Weh, hang ponteng kerja ka?” sapa Lisa setelah menghampiri Farid.

“Kau ni pelik bin ajaib lah. Kau lupa ya hari ni hari apa?”

Lisa terdiam. Hari ni hari apa?

“Hari ni hari ahad ya? so, kau cutilah? Ewah, ewah. Ingat bengkel kau tu bengkel kerajaan ke?!” Lisa turut melabuhkan punggungnya di sebelah Farid.

Farid tersengih. Namun tak lama kemudian mukanya mengendur. Lama wajah Lisa di tatapnya.

Lisa jadi tak selesa. “Kau demam ke, Rid?”

Pertanyaan Lisa di balas dengan gelengan.

“Beb, aku nak mempersembahkan satu lagu. Lagu yang bagi aku sangat menyentuh hati dah touching giler hingga tangkap lentok. Ikhlas dari hati yang tak berapa suci ini, terima lah....” gitar di petik sekali

Lisa kehairanan. Apesal ayat Farid tetiba skema ni? “Kau dah check-in Hospital Bahgia ke, Rid?”

“Ish! Kau dengar jelah.” Gitarnya di petik, memulakan sebuah lagu yang di nyanyikan oleh Ungu-untukku.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuat ku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya cinta terindah 
Saat kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata 
Yang tak mampu kuungkapkan 
Kepada dirimu 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Ku slalu milikmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu

Sejurus tamat menyanyi di iringi bunyi gitar itu, wajah Lisa di hadapan di pandangnya. Sedih rasanya apabila mendapat tahu yang abah Lisa menyuruhnya kahwin.

Aku tahu, abah Lisa tu tak berapa suka kat aku. Aku tahu, aku siapa. Sampai abah Lisa tu pandang hina sangat kat aku. Tapi aku tak pernah ajar benda yang buruk pada Lisa. Dia dah macam adik aku. MACAM SAHAJA! Tapi hati aku tak boleh menolak dari menyimpan perasaan terhadap Lisa.

Lisa berdehem apabila perasan yang Farid terus menerus menatap wajahnya.

“Err... sedap lagu kau weh. Boleh buat konsert tu! Aku suka! Kalau buat album kompom laris.” Cadang Lisa.

Farid kerut dahi. “Kau ngigau ke? Lagu ni dah terbitlah. Nak buat album pun dah tak laku lagi,”

Lisa tersengih sambil menggaru kepala. Manalah aku tahu pasal muzik² tu semua.

“Tapi apa-apa pun, memang best la! Aku suka!”

“Kau suka?”

Lisa mengangguk dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi mesti kau ingat aku nyanyikan lagu ni saja-saja je kan? Tapi aku betul-betul serius. Bukan untuk saja-saja, bukan untuk buat persembahan semata-mata. Setiap lirik lagu tu menunjukkan perasaan aku pada kau.” Sambung Farid dengan nada serius. Kali ni dia tak berlawak lagi walaupun dia memang jarang hendak serius kalau berhadapan dengan Lisa. Hal perasaan ni beb, mana boleh buat gurau!

Lisa terkedu. Memang dia ingat setiap patah perkataan yang Farid nyanyikan tadi. Tapi ayat-ayat tu untuk pasangan kekasih je. Takkanlah Farid nyanyikan untuk aku sebab... sebab dia sukakan aku?

“Lisa, aku tahu kau anggap aku macam abang kau je memandangkan Malek dah takde lagi. Tapi bagi aku lain. Aku dah try anggap kau sebagai adik aku, tapi tak boleh. Perasaan aku tetap nak sayang kau lebih dari seorang adik dan abang.”

Lisa memaling dari memandang wajah Farid. Entah kenapa hatinya terasa sebak pula mendengar Farid seperti merayu padanya. Jadi selama aku berkepit dengan Farid, rupa-rupanya Farid menyimpan perasaan yang tak sepatutnya seorang abang rasai.

“Bila kau cerita pasal abah kau nak kahwinkan kau semalam, aku macam tak percaya. Aku agak mesti abah kau taknak kau berkawan dengan aku lagi. Yelah, abah kaukan memang dari dulu tak berkenan ngan aku. aku belajar pun tak tinggi mana, setakat SPM je....” Farid merendah diri.

“Rid, apa kau merepek ni? abah aku suka kaulah. Kalau tak dari dulu lagi dia dah halang dari kita berkawan tau. Aku dengan kau pun dah macam satu famili.” Lisa meningkah hujah Farid. Pada hakikatnya, memang dia tahu yang abahnya tidak gemar dia berkawan dengan orang yang takde matlamat seperti Farid.

Farid tersenyum sinis.

“Tak payahlah kau nak coverline balik lisa. Aku tak bodoh walaupun belajar tak tinggi mana. Cara layanan abah kau, muka abah kau pun aku dah boleh agak.” Farid menunduk. Gitar di tangan di petik perlahan. bila di pikir balik, kali pertama dia memainkan gitar untuk seorang perempuan. Walaupun perempuan di hadapannya takde rupa perempuan sangat.

Lisa memandang Farid dengan rasa simpati. Kenapalah abah tak suka Faris? Bukannya Farid pernah mengkhianati kehormatan aku pun. Farid sama jugak manusia, macam abah jugak. Tapi abah pulak yang over sangat.

“Lisa, kalau aku kata aku sayang kau lebih dari segala-galanya, kau percaya tak?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulut Farid.

Mata sepet Lisa membulat saat mendengar soalan itu. Lidah jadi kelu. Tak tahu apa yang harus dia balas. Takkan aku nak balas perasaan dia, sedangkan takde sekelumit pun perasaan cinta sebagai kekasih aku pada Farid.

“Aku... err...” Lisa cuba mencari idea. Farid masih setia menunggu.

Akhirnya Lisa mengeluh. Dia harus berterus-terang. Biarlah semuanya selesai sebelum dia menjadi isteri orang nanti.

“Rid, kalau kau nak aku jawab aku terima perasaan kau, aku memang tak boleh. Kau pun tahukan, aku memang dah anggap kau sebagai abang. Aku cintakan kau, tapi sebagai abang. Aku sayang kau, tapi sebagai bestfriend. Tak lebih dari tu.”

Farid memalingkan mukanya. Nafas dalam di tarik.

“Ya, aku tau. Aku memang dah agak ayat tu yang akan keluar. Aku kena sedar diri yang selama ni aku tak layak mencintai seseorang. Aku tahu aku memang tak layak langsung pun...”

“Rid, kau jangan cakap macam tu. Kecik hati aku dengarnya. Kau tak teruk langsunglah. Kau ada rupa, hidung mancung, pipi takdelah tersorong sangat. Cuma.... kau tu je, selekeh sangat. Sememeh! Awek kat pekan nak ngorat pun kena pikir 25 kali. Was-was nak ayat kau, sebab pakaian kau ni,” dalam menegur, sempat lagi Lisa bergurau. Memang teruk pun pakaian Farid ni. tahulah kerja bengkel. Tapi takkanlah nak keluar mana-mana pun perlu ada tompok-tompok hitam. Dalam erti kata lain, minyak hitam.

Hati Farid tercuit sedikit dengan gurauan Lisa.

“Kau kalau nak kritik, sampai lubang cacing kau komen!” rambut pendek Lisa di usap kasar. Persis gaya seperti abang bergurau dengan adiknya.

Lisa terharu dengan tindakan spontan Farid tadi, “Rid, kau buat aku macam tu tadi, tiba-tiba aku teringat dekat abang aku. kalau aku buat gurau sikit, dia selalu usap kepala aku macam tu. Aku rindu sangat kat abang aku,” Lisa menyeka air mata yang masih belum menurun di pipi. Dia memang sensitif tiap kali kisah abangnya dibuka.

Farid jadi serba-salah.

“Lisa, aku mintak maaf ek. Tapi kalau kau nak aku buat hari-hari pun, aku tak kisah. Mungkin dengan cara tu boleh tukar perasaan aku dari cinta pada sayang seorang abang,” Cadang Farid dengan wajah ceria. Dia memang berharap suatu hari nanti perasaannya akan beralih arah memandangkan tak lama lagi Lisa akan menjadi hak orang lain.

Wajah yang mendur bertukar cerah. Lisa tersenyum lebar mendengar cadangan itu. Comel je mukanya.

“Betul ke beb? Wahh... kaulah abang aku yang aku sayang! Kalau kau muhrim dengan aku, dah lama aku peluk kau ketat-ketat! Hehe...” Lisa ketawa senang. Dan Farid juga senang hati apabila melihat wajah Lisa kembali ceria.

Tak apalah. Kalau memang dah ditakdirkan aku bukan untuk dia, aku redha. Jika tertulis aku jodoh dengannya, aku gembira. 


Isteriku 2 Alam-2



Lisa duduk termenung di pangkin rumah Farid. Seharian dia berda di rumah Farid. Masa yang terluang dihabiskan dengan bersembang dengan mak Farid, Kamsah.

“Hailarr makcik sorang ni. asyik termenung je. Kau taknak balik ke? Dah nak senja ni,” Farid menegur Lisa. Dia baru je balik dari bengkel.

Lisa mencebik, “Gaya macam nak halau aku je! Yelar.. yelar.. aku nak balik. Dah orang tu tak suka kita lepak sini, nak buat macam mana.” Perlahan-lahan Lisa bangkit.

“Pulak! Kau ni tadi penyakit termenung. Ni dah penyakit merajuk pulak. Ishh... penat aku layan minah touching-touching ni. tak reti den nak memujuknya,” Farid turut melabuhkan punggungnya di pangkin itu.

“Duduklah. Mak aku mana?” Farid mencari-cari maknya di luar rumah. Tak ada, mungkin kat dalam kut.

“Mak kat dalam. Katanya nak mandi. Dahlah weh, aku nak cau dulu. Kang bapak aku cari pulak.” Lisa menghampiri motornya. Panggilan ‘mak’ untuk mak Farid sudah biasa di gunakan. Malah sejak kecil lagi kerana Lisa dan Farid bagaikan adik beradik. Kemana saja pergi, mereka tetap bersama. Oleh itu Makcik Kamsah menyarankan Lisa supaya memanggilnya dengan gelaran ‘mak’. Lagipun, Makcik Kamsah ni takde anak perempuan. Lisa pula takde mak. Memang sesuai sangat pun.

Farid tidak menghalang. Memang patut pun Lisa ni balik, bukan niatnya hendak menghalau. Tapikan sekarang dah senja, tak elok pulak berduaan macam ni. Hello! walaupun aku belajar tak sampai universiti, aku tahulah hukum-hukum Islam ni.

Enjin motor di hidupkan. Sejurus melambai, Lisa terus menghilang bersama motor cabuknya.

***

Motor di parkingkan di bawah rumah. Sejak sampai lagi matanya masih melekat pada kereta mewah di depan rumahnya. Dia seakan pernah tengok je kereta tu. Tapi kat mana ya?

Dagu yang tak berjanggut Lisa usap. Sedang memerah otak yang hampir 4 tahun dia tak usik.

“Hah! Aku dah ingat. Tapi kenapa pulak nak lepak kat rumah aku?” Lisa kata sendirian. Ingat lagi, tadi tayar belakang kereta BMW tu dia yang baiki.

Lisa masuk melalui pintu depan di bawah rumah yang menyambungkan ke dapur. Tekak yang haus terus di isi dengan air sejuk dari peti ais. Ahh... nyaman...

“Baru balik?”

Lisa yang sedang minum tersedak. Dadanya di tumbuk perlahan. Kus semangat aku! Badan yang mengadap peti ais di pusingkan ke belakang. Mungkin terlalu dahaga, hinggakan keadaan sekeliling pun dia tak perasan.

Dia ingin memarahi abahnya. Tapi niatnya tak jadi. Muka yang tegang jadi kendur. Terkejut bukan kepalang tatkala terpandangkan 3 manusia di meja makan.

“Kamu tau tak sekarang dah pukul berapa? Dah pukul lapankan?” tegang nada suara Idris menegur. Kemana sajalah anak dara tak serupa perempuan ni merayap. Risau jugak mana tahu dia ni betul-betul lari rumah.

Lisa memandang sekilas jam di dinding. Kalau tak merayap satu kampung selepas pulang dari rumah Farid tadi, mungkin dia dah sampai rumah pukul 7 suku.

Lisa hanya diam. Selepas minum, dia terus naik ke atas. Tetamu di meja makan tadi tidak di pandangnya. Malu sebab kena marah depan orang asing.

“Maaf lah Mi. Anak dara aku tu memang cam gitu. Siang dia macam hantu sikit, malam ni tak tau rupa apa pulak dia.” Ujar Idris mahu meng‘coverline’ anaknya.

Dato’ Fahami tersenyum, “Takpelah. Aku paham. Budak muda, macam tu lar. Sama je macam anak aku ni.”

Idris ketawa, “Memang padan pun depa ni di gandingkan. Perangai pun hampir sama.” tawa Idris dan Dato’ Fahami bersatu. Adnan Harez, anak pada Dato’ Fahami tersedak mendengarnya. Hampir tersembur nasi dari mulutnya. Cepat-cepat gelas berisi air sirap di capainya.

“Apa papa cakap ni? malam-malam macam ni pun buat lawak lagi!” balas Adnan. Dia tahu niat lelaki tua di hadapannya. Ingat aku tehingin ke? Dengan orang tak cukup sifat tu, huh! Mintak di simpangkan lah!

Idris dan Dato’ Fahami terdiam. Kemudian tersenyum. Perangai memang sebijik. Masing-masing keras kepala.

***

Baju kurung kedah warna biru dan kain batik tersarung pada badannya. Selepas solat tadi, dia terus baring di tilam bujangnya. Tak terniat langsung hendak keluar.

Majalah PC di selak satu persatu. Kemudian di tutup semula. Tak ada mood!!!

“Lisa, keluar sekarang. Kawan abah nak jumpa tu!” suara tegas di luar bilik kedengaran. Lisa membatu. Tak mahu kasi respon. Buat-buat tidur lagi bagus. Kedengaran bunyi pintu biliknya dikuak dari luar.

“Kamu tidur? Eh, bangun Lisa. Kamu jangan nak buat pasal ya? Nak tunjuk protes pulak dia. Cepat, abah tunggu kat luar. Adnan pun ada sekali tu.” Idris keluar dari bilik Lisa.

Lisa mencebik. Biarlah kawan abah tu. Apa kena-mengena dengan aku. si Adnan tu pulak siapa? Kenapa abah sebut nama tu kat aku? Macamlah aku tertunggu-tunggukan sangat si Adnan tu.

Lisa melangkah malas ke ruang tamu. Dia duduk di sebelah abahnya. Langsung tidak dipandang tetamu yang terpacak di situ. Cuma pada Dato’ Fahami saja di hadiahkan senyuman.

“Pandai Lisa baiki tayar tadi. Mana belajar?” tanya Dato’ Fahami.

Lisa tersenyum senang, “Takdelah pandai mana. Abang Lisa yang ajar.” Selamba Lisa membalas.

Dato’ Fahami kehairanan. “Lisa ada abang? Bukan abang Lisa dah takde ke?” Idris di sebelah Lisa di pandang. Idris tersenyum hambar.

Abang apa macam tu? Perangai tak serupa manusia. Lagi menyesatkan anak aku adalah. Kutuk Idris dalam hati. Wajah Farid yang selekeh tiba-tiba menyapa mindanya.

“Taklah uncle. Lisa takde abang, tapi Lisa angkat abang adalah.” Lisa ketawa. Seronok dapat tengok muka kompius Dato’ Fahami.

Dato’ Fahami turut ketawa. Ohh.. abang angkat. Ingatkan apa tadi.

“Lisa, pergi buat air.” Suruh Idris. Lisa hanya menurut.

Dia turun ke bawah menuju dapur. Cerek di ambil untuk menjerang air panas. Sementara menuggu, Lisa hanya duduk diam di meja makan.

“Kau ni pelikkan?”

Terenjut bahu Lisa apabila suara garau menegurnya dari belakang. Apesal hari ni banyak kali aku terkejut? Ni mahu aku mati kojol jugak karang.

“Ehem... Wa’alaikumsalam..” Adnan yang menghampirinya di jeling geram. Salam tak kasi, tiba-tiba muncul kat belakang.

Adnan mencebik. Lisa mengutuk Adnan dalam hati.

“Apesal pulak pelik? Nak kata aku alien, aku sama je manusia macam abah aku. Entah-entah kau kut yang pelik!” bidas Lisa.

“Aku pulak. Kau tu, apesal siang lain, malam lain. Nampak sangat yang kau ni hipokrit. Kau datang dari planet mana ek? Neptun? Marikh?” Adnan tarik kerusi lalu duduk di depan Lisa pada meja makan yang sama.

“Kalau aku kata datang dari Planet Neptun, kau percaya ke? Banyak bunyi pulak. Suka hati akulah nak jadi pelik ke tak. Yang kau nak see-book sangat apekehalnya!” suara Lisa mula naik. Geram dengan mamat ni. nak tegur pun, beradablah sikit. Ya aku tau. Memang aku pelik. Siang macam jantan, malam macam gadis melayu tak hengat. Tapi dah itu cara hidup aku, nak buat macam manakan?

Adnan jongket bahu. Apa-apa jelah!

“Kau terima ke keputusan abah kau?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulutnya.

Lisa memandang Adnan di depannya. Hensem jugak!

“Huh, dalam mimpilah aku nak terima. Aku tau kau pun macam aku. Kita ada hidup masing-masing. Bagi aku, memanglah tak boleh terima dek akal idea abah aku tu. Ingat ni zaman retro ke, nak pilihkan calon pasangan untuk anak sendiri. Eei.. aku rasa abah aku tu tersekat kat zaman 60-an kut.” Selamba Lisa mengutuk abahnya.

“So, kau nak buat apa? Aku taknak kahwin dengan orang tak cukup sifat ni. Kalau kau normal, mungkin boleh di pertimbangkan lagi.” Ujarnya yang terselit kata-kata sindiran untuk Lisa.

“Kau punya mulut, manyak wangi selupa longkang ar. Banyak la kau tak cukup sifat! Eh, kau tak teringin, aku 100 kali ganda pun tak teringinlah. Perasan!” puas hati Lisa dapat membalas kata Adnan.

Tiba-tiba air yang di jerang berbunyi nyaring tanda air sudah masak. Cerek di angkat dan di tuangkan dalam jag.

Entah mana silapnya, tiba-tiba air panas itu tersalah aliran. Selama ni, langsung dia tak pernah cuai seperti ini. Habis tumpah air panas itu. Yang jadi mangsa, tangan Lisa jugak.

“Argh! Bungul punya air. Aku dah mandi pun kau nak mandikan sekali lagi ke?” bebel Lisa perlahan. Tangan yang merah di tatapnya. Fuuhhh, merah menyala. Tapi sakit woook!

Tiba-tiba tangan kirinya di tarik ke singki. Lalu paip air di buka dan tangan di tadahkan di bawah air yang mengalir itu. Tersentuh hati Lisa melihatnya. Bagai ada perasaan halus menyentuh tangkai hatinya apabila tangannya disentuh Adnan.

“Cuka mana?”

“Hah?!” Lisa tersedar dari lamunan. Rasa sakit yang hilang tadi kembali menyakiti. Berangan sampai tak hengat!

“Aku tanya cuka mana? Dah pekak ke?” marah Adnan. Orang tengah risau, dia boleh pulak layan blues dia.

Ekk... aku.. Risau? Biar betul!!! Jerit hati Adnan.

“Err... kat situ!” mulut Lisa di muncungkan pada suatu arah. Kemudian sekejap saja botol cuka berada di tangan Adnan. Perlahan-lahan cuka itu di tuangkan pada tangan Lisa.

“Thanks..” ucap Lisa perlahan setelah duduk di bangku. Tangannya di pandang lagi. Masih merah tapi kurang sedikit rasa pedihnya. Entah apa guna cuka tadi pun aku tak tahulah. Terus-terang sebenarnya rasa pedih di tangan saat ini tak la sesakit mana pun kalau di bandingkan dengan pemergian abang aku dulu. Setakat tangan melecur ni, bangun tidur besok pun dah sembuh. Tapi kalau abang dah pergi, bangun pagi besok boleh lagi ke aku tatap wajah abang aku?

“No hallah. Tulah, lain kali jangan cuai. Baru buat air untuk bapak mentua, dah melecur.” Jawab Adnan dengan tenang.

Lisa memandang Adnan. Aik, mengaku pulak bapak dia tu bapak mentua aku. Macam dah setuju je!

“Manalah aku tau benda ni nak jadi. Tapi apa fungsi cuka tu?” terpacul jugak soalan yang bermain di mindanya tadi.

“Ohh.. tu nak kurangkan rasa sakit dan elakkan dari kulit meninggalkan kesan akibat melecur tadi. Paham?” mata di tunakkan pada wajah bersih Lisa.

Lisa mengangguk. Kemudian dia bangkit. Kerjanya tergendala untuk membancuh air.

“Eh, tak payah buat. Kau rehat je. Biar aku je yang buat.” Adnan tawar diri. Lisa mengangguk lalu naik dan masuk ke bilik. Tilam nipisnya di henyak. Tangan yang masih merah di pandang lama. Terbit senyuman di bibir.

Kenapa rasa lain macam je ek bila dia pegang tangan aku? Ke sebab dia lelaki, jadi aku gabra lah. Eh, si Farid tu pun selalu gak pegang tangan aku. tapi aku rasa biasa je.

'Sebab apa ek?' kata hati Lisa. Namun begitu, dia rasa selesa pula apabila bersembang dengan Adnan. Pelikkan? Kenal tak sampai 1 jam, aku dah boleh rasa se-selesa begini. Selain itu, aku juga rasa selamat Perasaan ni sama macam aku rasa bila berdiri sebelah Abang Malek. Malek... aku rindu tahap mampos kat ko!



Older Post | Newer Post