follow

Tomboi as Bodyguard III

Aku menghirup udara segar pada pagi ni. Dengan berdiri tegak di luar KLIA ni, sudah cukup untuk orang anggap aku ni orang giler. Kalau bukan ni tempat awam, dah lama aku jerit FREEDOM. Sebab aku dah habis studi setelah 3 tahun bertungkus-lumus demi kejayaan yang aku idamkan.

Kepulangan aku ke Kuala Lumpur hari ni dengan wajah baru. Sebelum ni aku pakai kemeja dengan seluar slack, tak pun baju-baju yang selalu orang laki-laki pakai. Tapi hari ni, aku dah ubah ketrampilan. Sepasang baju kurung tersarung pada tubuh dengan tudung yang sama warna.

“Husna?” tiba-tiba aku di sapa oleh seorang lelaki. Ternganga mulut aku memandang lelaki yang segak berdiri di hadapan.

“Husnakan?” tanyanya dengan senyuman lebar seraya membuka cermin mata hitamnya.
Aku diam. Alamak... aku belum ready lagi nak tunjuk muka kat dialah!

“Eh... taklah. Encik ni siapa? Encik dah salah orang ni.” segera aku berlalu meninggalkannya. Ya Allah, kalau dia tu muhrim dengan aku, dah lama aku serang dia. Cium dia, peluk dia. Allah je yang tahu betapa aku rindu dengan Azri tu. Suara dia tu, memang aku tak boleh lupakan.

“Husna dah lupakan saya ke?” sayu sekali suaranya. Aku berhenti melangkah. Aduhh... dia dah salah paham pulak.

“Err... eh! Ni Azri ye? Majikan saya 3 tahun lepas tukan? Sorrylah... ingatkan siapa tadi. So.. Bos apa khabar? Sihat? Tapi kenapa makin kurus ek?” bertalu-talu soalan aku berikan.

Wajah Azri bertukar serius. “Jom, ikut saya.” Arahnya dengan suara tegas. Aku pandang Azri yang sedang masuk ke dalam kereta Porsche-nya. Pergh! Akhirnya tercapai jugak aku nak naik kereta canggih ni. Punyalah dah lama aku teringin nak naik kereta ni, akhirnya dapat jugak. Tabik springlah kat bos ni. macam tau-tau je.

“Husna sihat?” soalnya sambil memandu kereta sport warna merah itu.

“Er.. Sihat, sihat! Terlebih sihat. Bos sihat?” dia tersenyum seraya mengangguk.

“Husna tau, masa saya sampai tadi macam tak percaya yang pakai baju kurung ni tomboi yang pernah jadi bodyguard saya dulu. You know, I like the changes you nowadays.” Pujinya ikhlas.
Aku hanya diam. Dalam hati, berbunga-bunga!

“Err.. mana bos tau yang saya balik hari ni?” aku pandang sebelah. Azri pula membalas pandangan aku, kemudian matanya turun ke tangan aku.

“Husna dah ada orang lain ke?”

“Hah? Orang lain?” Azri mengangguk.

“Tu... saya tak nampak pun cincin kat jari Husna.” Riak muka Azri merudum.
Aku diam. Mencari-cari ayat yang sesuai.

“Saya tak pakai cincin tu....” Aku tunduk membelek jari yang kosong.

Serta-merta kereta yang di pandu tadi berhenti “Why? Still not ready yet, huh? Sayang... sayang tau tak betapa saya terseksa menunggu jawapan dari mulut Husna sendiri? Saya hampir give-up, tapi selagi saya tak dengar kata putus, selagi tu saya tunggu.” Azri mendengus lalu meraup mukanya.

Mamat ni! gelojohlah. Aku belum habis cakap lagi....

“Husna, tell me why? Terus-terang pada.....”

“Sebab saya tunggu orang yang saya sayang sarungkan sendiri cincin tu.” Nah! Hamik kau! Tak sabar-sabar. Aku belum habis cakap, kau dah gelabah lebih. Hish!

Kelihatan azri diam di sebelah. Perlahan-lahan senyuman lebar terukir di wajahnya.

“Husna, sa.....”

“Kita balik jom. Laparlah..” aku tarik sengih sambil mengusap perut. Hidung tak berapa mancung aku di tariknya. Senyuman bahagia masih jelas terpampang pada wajahnya.

                ****

Dengan hanya sekali lafaz, aku sah menjadi isteri Azri Imran bin Tajuddin. Sungguh aku touching bila dia mengucup dahi aku. Walaupun aku jauh lebih muda dari dia iaitu dalam 8 tahun, mak langsung tak menghalang niat murni ni. Rupa-rupanya selama 3 tahun aku menetap di Sabah, Azri selalu singgah ke teratak buruk aku. Tujuannya nak menjaga makan minum mak dan adik bongsu aku. Dalam diam, keluarga aku terlebih dulu kenal dengan bakal menantu mereka sebelum sempat aku perkenalkan. Mengingatkan semua itu, terbit senyuman di bibir.

“Apa senyum sorang-sorang ni? Ingatkan orang asli kat Sabah ek?” aku yang duduk di depan meja solek terkejut dengan sapaannya.

“Bos ni. Monkey-shock tau!” aku usap dada. Alah... takut sebab benda lain sebenarnya. Paham-paham jelah...

Pinggang aku di rangkul dari belakang. “Sayang ni tak tahu ke buat-buat tak tahu hemm? Kita dah kahwinlah, tak jiwanglah kalau panggil bos-bos ni.” Aku mencebik. Dah tua nak jiwang-jiwang!

“Sayang.... thanks ye?” rambut aku di kucup dari belakang.

“Apesal pulak? Orang bukannya bagi duit pun.” pelukan di lepaskan. Lalu menarik aku ke birai katil.

“Sayang buat lawak bodoh ye? Thank youlah sebab dah serah hati Husna pada abang.” Aku tersenyum sambil mengangguk.

“Thanks kat abang jugak sebab tak buat Husna bertepuk sebelah tangan.” Perkataan ‘abang’ itu di selurkan. Janggal!

“Sayang panggil apa tadi? Tak dengarlah.” Seloroh Azri dengan senyuman nakal.

“Hah? Panggil? Ohh... Husna panggil tikus tadi.” Aku jeling padanya. Gatal, orang dah cakap sekali tu dahlah. Tak nampak ke yang aku kekok tahap gaban ni. Tak senang duduk tau!

“Panggil lagi. Kalau tak....”

“Kalau tak apa?”

“Kalau tak abang kiss nanti.... so, pilih. Nak panggil atau nak kiss? Atau nak kedua-duanya?” Azri mendekatkan mukanya dengan muka aku yang dah macam udang panggang tu.

“Okeh, okeh! Sekali je tau! A-B-A-N-G. Abang! Happy now?” Azri tersenyum lalu pipi aku jadi mangsa kucupannya.

“Thanks again, sayang.” Aku senyum bahagia. Azri memeluk tubuhku erat.

Begitulah salasilah hidup aku. Dari Tomboi, kepada Bodyguard. Dari Bodyguard, kepada PA. Dan dari PA kepada isteri untuk bekas majikan aku sendiri. Sungguh aku tak sangka. Begitu bijak Allah merencanakan sesuatu hingga aku sebahagia ini. Bila teringatkan kisah dulu, memang tak boleh lari dari tergelak. Dulu lain, sekarang lain. Dulu aku panggil Azri, bos. Sekarang, abang. Kekok tu memanglah kekok. Tapi redho jelah. Lawan cakap suami, kan dosa?!

Moga Allah merahmati hubungan aku dengan Azri, iaitu yang baru sah menjadi suami aku tak sampai 24 jam tadi.
*********

P/S: Mula-mula nak buat cerpen. Tup-tup jadi novel ketot. Nampak sangatlah yang aku ni tak reti nak buat cerpen. huhu

Tomboi as Bodyguard II

Sedar ke tak, dah hampir setahun aku kerja sebagai bodyguard pada Encik Azri Imran. Semakin lama aku semakin paham dengan kerenahnya. Setiap jadual yang dia tetapkan aku dah setkan dalam kepala otak. Segala aturan hidup dia, hampir kesemuanya aku yang ingatkan. Jawatan setiausaha tu macam dah kena kat batang hidung aku padehal setiausaha kat pejabatnya makan gaji buta.

“Ris, jom bertolak sekarang!” Azri yang hanya memakai baju sukan terus menyapa aku yang sedang mengelap kereta Mercedesnya. Sepanjang aku kerja dengannya, hampir semua kereta dia aku dah pulun. Semua jenama kereta dia ada. Kecuali kereta porsche satu tu. Dia langsung tak kasi aku can nak pandu. Hampeh sungguh!

“Alright bos! Err... bos nak jogging ke nak pergi gym?” tanyaku. Memang tu pun aktiviti dia bila hujung minggu.

“Emm... kita lepak kat Taman Titiwangsa jelah.” Aku hanya mengangguk.
Setelah sampai, aku duduk di tempat yang di sediakan. Tugas aku sebagai bodyguard tak aktif bila hujung minggu, tapi di tukarkan jadi PA dia. Selamba badak dia je nak tukar tugas aku!

“Bos... saya ada benda nak cakap.” Sapaku pada Azri yang duduk di hadapan setelah penat keliling satu taman ni. Peluh-peluh di mukanya disapu dengan tuala yang di bawanya. Entah kenapa, rasa teringin sesangat nak tolong dia lapkan peluh tu.

Hah! Kau gila ke Faris?!

“Hemm... apa dia? Nak suruh saya upkan gaji ke?” Azri tersenyum seraya memandang tajam ke arah aku. Aduhh... dia senyum makin teserlah kekacakan dia.

Woit Faris! Kau ni ngigau ke hape?!

“Err... emm... Minggu lepas saya baru dapat surat.” Terkulat-kulat aku nak cerita satu benda ni. Rasa macam tak sanggup pun ada jugak. Yelah, nak pergi jauh dari dialah katakan. Dan perubahan itu bagai memberi satu impak besar dalam hidup aku ni.

“Surat? Surat cinta ke?” selorohnya. Lagi sekali buat aku tertawan melihat cara dia tersengih tu.

Argh! Kau dah parah ni Faris!!!

“Aishh... merepeklah. Siapalah nakkan saya ni. Saya dapat surat... surat sambung belajar.” Aku memerhati riak perubahan pada wajah Azri. Dan ternyata memang wajah dia berubah 100 peratus.

“Surat sambung belajar? So?” tanyanya dengan suara ‘moody’.

“So... maybe saya kena letak jawatan.” Aku pandang tempat lain bila mata tajam Azri di pakukan pada muka aku.

“Kenapa?” tanyanya lagi tanpa mengalihkan pandangannya.

“Hah? Kenapa? Kenapa apa?” aku konpius. Dia tanya kenapa aku sambung belajar ke? Dah terang-teranglah aku nak jadi orang pandai! Ape lar....

“No! I mean... When?” dia tergeleng-geleng membetulkan soalan. Matanya sudah dikalihkan memandang tempat lain.

“Minggu depan. Hari Jumaat saya daftar.” Suasana jadi senyap. Rasa janggal pun ada jugak bila dia termenung melayan perasaan. Agak-agak tengah pikir siapa yang boleh ganti tempat aku nanti kut. Memikirkan itu, rasa sedih menyelubungi diri.

“Kat mana?” soalnya tiba-tiba.

“Err.... kat Sabah. Alah.. dekat je bos. Bos pun boleh datang lawat saya hari-hari. Alamatnya lepas ni bos kena cari bodyguard lainlah ye? Hehe..” aku cuba ubah suasana, tapi macam takde kesan pulak bila dia pandang muka aku dengan serius. Aku salah cakap ke?

“You know, susah saya nak cari bodyguard macam awak. So, mustahil saya akan dapat pengganti.” Balasnya dengan suara yang serius.

“Err... ye ke susah? Ala... rileklah. Usaha tangga kejayaan. Mesti jumpa punya. Don’t worrylah. Saya kat sana nanti selalu doakan bos selamat.” Bahu Azri aku tepuk. Nak tutup rasa sedih sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa sesedih ni. Se’tomboi-tomboi’ aku, siapa kata aku takde perasaan? Tengoklah, nak berpisah dengan bos pun rasa macam nak meraung walaupun aku tak tahu kenapa aku kena ada perasaan macam tu. Pelik... pelik....

“Jomlah. Hantar saya balik.” Azri bangkit meninggalkan aku yang terpinga-pinga melihat perubahan sikapnya. Aik! Belah macam tu je? Langsung tak kasi aku kata semangat. Ni yang buat aku rasa malas nak sambung belajar ni.

                ******

“Masuk!” sahut Azri sebaik bunyi ketukan pintu kedengaran.

“Hai Bos!” aku angkat tangan lalu duduk di kerusi yang di sediakan di hadapan Azri. Azri membalas dengan senyuman hambar. Waktu itu dia sedang menulis sesuatu pada kertas yang aku langsung tak tahu apa ke bendanya.

“Err... Bos! Saya... saya nak kasi ni.” sepucuk surat di letakkan di hadapannya. Riak wajah Azri yang serius makin menjadi-jadi seriusnya tatkala terpandangkan surat itu.

“What is this?” tanyanya seperti tak puas hati. La... lu tak baca ka apa isi surat tu? Aduss...

“Laa... bos tak tahu ke tu roti mamak yang saya beli tahun lepas? Bos ni...” aku geleng-geleng. Kesian... muda-muda lagi dah biul!

“No! Maksud saya, kenapa hantar surat letak jawatan ni? kitakan kontrak setahun.” Azri pandang aku dengan riak tak puas hati.

“Bos... mak saya suruh saya letak jawatan. Dia cakap pembelajaran saya lagi penting daripada cari duit ni. Lagipun memang saya nak resign sebab dah lama saya impikan tawaran ni. Harap bos paham....” Aku terangkan padanya. Apesal dengan bos aku ni? tak paham-paham lagi ke? Kan hari tu aku dah cakap pasal benda ni.

“Okeh.. you can go now...” pintanya perlahan. Aik! Halau aku macam tu je? Kau ni, langsung tak kasi aku kata-kata semangatlah. Sejak aku bagitau pasal benda ni hari tu, aku berharap sangat yang kau akan kasi kata taklimat walaupun sikit. Sekurang-kurangnya ada sikit semangat aku nak belajar. Kalaulah kau tau.......

Aku beredar meninggalkannya. Aku anggap pengusiran dia tu sebagai penerimaan surat perletakan jawatan itu.

                *****

Sudah hampir satu jam lebih aku jadi penghuni di KLIA itu. Motif aku? Aku pun tak berapa pasti. Flight aku pada pukul 8 malam. Tapi aku dah ada kat sini dari pukul 6 setengah. Separuh hati aku berharap sangat Azri dapat hadir setelah 2 hari tak berjumpa sejak surat letak jawatan di berikan padanya. Aku pelik, kenapa dia jadi sedingin itu bila berhadapan dengan aku. Nak kata aku buat salah, dah penat aku korek setiap benda yang aku dah buat pada dia. Akhirnya aku putus asa.

Masa berlalu begitu pantas. Aku kerja dengan dia hanya selama 8 bulan walaupun kontrak masih ada lagi 4 bulan. Masa yang ada sudah memadai untuk aku kenal Azri lebih mendalam. Kekadang sehari tak dengar arahan dia buat hidup aku huru-hara. Jadi sebab itu aku tak kisah kerja dengan dia setiap hari asalkan dapat ushar muka hensem dia.

Rindu ke aku? Yup! Memang aku rindu. Rindu dengan suara tegas dia. Rindu dengan wajah dan suara serius dia. Senyum tawanya langsung tak boleh aku lupa. Pandangan dia yang tajam bila aku buat salah, lagilah aku tak boleh lupa. Semua tentang diri dia tu, memang sangat mustahil untuk aku lupakan. Dan dalam diam, aku hanya mengaku aku cintakan dia dalam hati. Takde siapapun yang tahu termasuklah mak aku.

Jam di tangan di toleh. Lagi 15 minit sebelum jadual perlepasan tiba.

“Hai..” sapa satu suara. Ya.. suara tu yang nak sangat aku dengar selama ni. kalau boleh, aku nak dengar siang malam.

Aku pandang Azri yang duduk di sebelah dengan riak terkejut. Senyuman sinis terbit di bibirku. “Datang jugak boskan? Ingatkan dah taknak tengok muka buruk saya dah.” Aku pandang sekeliling bagi menghilangkan rasa sebak.

“Siapa kata taknak?” tanyanya dengan nada tegas. Ya, itu satu lagi yang aku rindu nak dengar. Suara tegasnya.

“Yelar... dah 2 hari bos langsung taknak.....” ayat aku tergantung apabila tangan kiri aku di sentuh lembut. Sapo yang berani sangat ni? Kuwang ajaq!!

“Husna... awak takkan paham. 2 hari tu betul-betul buat saya terseksa. Saya bukan taknak tengok muka awak, bahkan kalau boleh saya nak tengok hari-hari. Cuma saya tak boleh.  Saya takut saya tewas dengan perasaan saya. Saya takut saya akan nangis depan awak. Dan saya tak mahu awak tengok semua kelemahan saya tu.” Luahnya dengan nada yang tulus.

Mula-mula aku terkejut bila dia panggil aku HUSNA. Dan bertambah-tambah terkejut bila nampak hidung dan mata dia merah. Dia selsema ke? Atau.... nangis?!!

“Boss.....” ayat aku lagi sekali terbantut apabila mulut aku di tutup dengan jarinya. Tindakan dia tu langsung aku tak pernah alami. Rasa kekok!

“Husna.... biar saya habis cakap dulu.” Aku diam lalu mengangguk. Tangan kiri aku masih di genggamnya.
“Husna tau tak kenapa saya suruh awak kerja dengan saya tiap hari? Sebab saya rindu! Saya rindu bila sehari tak nampak muka awak yang cute ni.” dagu aku di cuitnya. Aku hanya diam menanti bicara seterusnya.

“Bila malam, saya tahu yang awak tak boleh keluar sebab mak tak kasi. Jadi saya selalu tengok gambar ni bila saya teringin sangat nak lihat muka Husna.” I-phonenya di keluarkan dan terpampang jelas di skrin depan. kalau cun takpe jugak. Ni tak, ada ke dia tangkap muka aku tengah tidur dalam kereta sambil hisap ibu jari. Hampeh sungguh! Nasib baik air liur tak meleleh. Huish! Buruk benor rupanya.

“Nampak macam tak senonoh, tapi bagi saya awak nampak cute. Dan awak nak tahu, bukan satu je gambar yang saya ada. Banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak tu, nilah gambar feveret saya tau!” kelihatan Azri tersenyum memandang gambar aku pada skrin I-phonenya. Kalau aku tak waras, dah lama aku hempuk telefon tu. Biar pecah berderai. Tak patut betul, ada ke amik gambar tu?!!

Sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap melalui speaker di KLIA. Penerbangan ke Sabah bakal berlepas 5 minit lagi. Aku pula segera bangkit lalu luggage di capai.

Aku tak jadi melangkah bila tangan kiri di genggam lagi sekali oleh orang yang sama. “Husna... awak betul-betul nak pergi ke? Awak sanggup tinggalkan saya?”ujarnya dengan suara yang sungguh sayu.

“Mestilah bos. Kenapa pulak saya tak jadi? Kalau bos jadi saya, mesti bos akan pergi jugak. Peluang ni datang sekali je tau.” Balasku lalu pandang ke balai berlepas. Sudah ramai orang yang berbaris di disitu.

“Dan kalau saya jadi awak, saya takkan pergi. Sebab saya, Azri Imran dah jatuh hati pada bodyguardnya. Husna... saya sayang awak. Cintakan awak. Awak boleh bayangkan tak, betapa deritanya saya bila berjauhan dengan awak nanti.” Terpana aku apabila setitis demi setitis air mataya gugur jua. Dan juga terkejut mendengar ayat keramat yang baru diluahkannya.

“Bos... Bos nangis?” soalku. Terkejut beruk aku bila lelaki yang gagah kononnya,   mengalirkan air mata.

“Ya... saya menangis. Menangis sebab awak Husna.” Kedua tangan aku di genggam.

Dan kalau kau nak tahu, sungguh tak tergamak untuk aku tinggalkan kau. Aku baru sedar, yang aku bukan bertepuk sebelah tangan. Tapi takkan aku nak pilih untuk tinggalkan cita-cita aku, demi dia?

“Bos... saya... saya tak ready lagi untuk masuk dalam dunia cintan-cintun ni. So... harap bos paham.” Genggaman tangannya aku lepaskan. Lalu beredar segera. Aku berlari anak mendekati balai berlepas. Air 
mata aku jatuh. Malunya aku kalau dia nampak aku cengeng macam budak-budak ni.

 “Husna....!!!” mendengar jeritan itu, kaki aku terhenti serta-merta. Badan aku di pusingkan menghadapnya.

“Sayang.... kenapa nangis ni?” aku tersenyum dan tergeleng-geleng. Tak sangka, belum pernah lagi mana-mana lelaki panggil aku ‘sayang’ kecuali arwah ayah aku.

“Saya paham. Husna pentingkan cita-cita Husna.” Tangan aku di capai lalu sebentuk cincin di letakkan di tapak tangan.

“Saya bagi cincin ni, tanda penerimaan Husna terhadap saya. Kalau cincin ni tersarung kat jari Husna bila balik dari studi nanti, tandanya Husna terima saya seadanya. Dan kalau tak, maknanya Husna mungkin dah ada orang lain.” Aku tersenyum lalu memasukkan cincin itu ke dalam poket seluar jeans.

Tanpa banyak bunyik, aku terus pergi tinggalkan dia. Tak sanggup nak nangis depan dia. Selamat tinggal Bos Azri. Kalau ada jodoh, harap aku di beri kesempatan untuk menatap wajah Bos....

Tomboi as Bodyguard I

Nama aku Faris. Nak nama panjang? Aishh... malu nak cakap. Dari watak aku sekarang ni, mustahil orang akan fikir nama sebenar aku sesuai dengan orangnya.

Husna Farisya. Sedap ke? Ah... lantaklah. Yang penting nama tu bukannya boleh dimakan. Yang aku tak tahan sekarang ni, aku kena berdiri di bawah pancaran matahari yang terik. Di sebabkan panas yang melampau, terpaksa aku cover muka dengan tangan kanan bagi mengurangkan rasa silau. Tangan kiri pula memegang fail. Resume untuk temu duga sementara menunggu surat tawaran untuk sambung belajar.

Di sebabkan tempat duduk di perhentian bas penuh, aku terpaksa berdiri. Dengan kemeja yang basah lenjunnya, tak usah cakaplah. Takut orang nak dekat terus pengsan pulak.

Beberapa minit kemudian, sebuah bas menghampiri tempat perhentian bas tersebut. Aku yang punyalah dekat dengan pintu masuk bas tu, terus jauh bila seorang malaun yang tak bertamadun menolak aku hingga fail yang dipegang tadi terdampar jauh.

“Woit! Kuwang aja.... !!” Selepas je aku tengking malaun tadi, tiba-tiba lenganku di sentuh lembut.

“Cu, sabar ya. Takkan lari gunung di kejar. Nek tumpang lalu ya.” Nenek tadi terus masuk ke dalam bas dan bas itu jauh meninggalkan aku yang terpingga-pinga dengan hujah nenek tadi.

Memang gunung tu tak lari, sebab aku mana ada kejar gunung. Tapi bila pikir-pikit balik, apa motif orang tua tu cakap macam tu ya? Entah-entah saja je nak perdayakan aku supaya dia yang dapat naik bas tu. Ah, lantaklah. Wayar terputus kut. Orang tualah katakan.

Takde pilihan, terpaksalah aku tunggu di tempat yang sama. sewaktu mata melilau ke sekeliling, mata aku tertancap pada sorang mamat yang boleh di kategorikan golongan ‘hensem’ menghampiri tempat perhentian bas. Lelaki itu dengan rakus melonggarkan tali lehernya.

Aik, pakai baju branded habis. Takkan naik bas je bang oi?! Muka macam orang frust bercinta pun ada jugak. Kesian.... harap-harap tak masuk hospital sakit jiwa la ye?!

“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang hensem ke?” Tengking lelaki berkot itu.

Bulat biji mata aku dengar ayat ‘perah-santan’ dia. “what? Hensem? Bro... agak-agaklah. Kalau dibandingkan dengan aku, aku lagi macho dari kaulah samdul! Pakai kot, tapi naik bas je. Apa barang!!” aku silang tangan sambil memeluk fail tadi.

Lelaki tadi terus beredar. Bengang dengan akulah tu! Tulah, jangan pandang aku sebelah mata. Kan dah kena dengar ayat pedas aku tadi.

Belum jauh pun lelaki tadi beredar, tiba-tiba dia di sambar oleh dua orang makhluk kutu rayau yang menaiki sebuah motosikal. Briefcasenya di ragut tetapi agak susah sebab terpaksa lawan tenaga dengan lelaki tadi.

Aku yang terkejut tengok aksi bahaya itu terus menghampiri. Orang sekeliling tak berani masuk campur, yang tau hanya buat muka takut. Perempuan pulak taunya menjerit je. Cubalah usaha² ke, try call polis or anything.

Tangan pembonceng yang sedang memegang briefcase itu aku pukul hingglah dia terjerit serupa pondan. Manakala kawannya yang duduk depan turun dari motor untuk serang aku pulak. Aku yang dah tau sangat tektik lapuk dia terus mengelak. Satu tumbukan mengena perutnya. Lelaki ’perah-santan’ tadi hanya diam memeluk briefcasenya. Hampeh betul. Benda tak bernyawa tu jugak yang kau selamatkan.

Setelah kawannya tadi tu lunyai aku kerjakan, sekarang giliran pembonceng pula yang dah tercengang melihat kawannya yang terjelupuk menahan kesakitan. Aku menghampiri lelaki itu lalu leher bajunya di cekak.

“Apa pasal lu ragut handbag itu mamat hah? Bukan lu orang selalu ragut handbag makcik-makcik ka?” aku guna sleng cina di sebabkan lelaki itu berketurunan cina. Mana tahukan, dah kutu raya mana paham bahasa melayu.

“T.. tak... Wa.. bukan.. bukan...”

“Apa bukan-bukan?! lu gagap ke hah?” tengking aku lagi. Lelaki itu segera menggelengkan kepala.

Tanpa di duga, tiba-tiba seseorang menarik bahu aku dengan kasar lalu satu tumbukan mengena perut aku yang langsing. Ahh... kalau banyak lemak, ada jugak pelindungnya!

Kedua-dua laki tadi terus mendapatan motornya lalu meninggalkan kawasan tadi. Aku pulak, terus terduduk menahan senak. Tak guna! Main kotor ya?

“Weh, kau.. kau okey tak? Meh sini aku checkkan.” Lelaki ‘perah-santan’ itu menyentuh bahu aku. Tetapi di tepisnya. “Tak payah. Bukan muhrim. Dosa!” aku cuba untuk bangun dan berjalan menjauhi lelaki itu.

“Oh ya!” aku berpaling menghadapnya yang macam blur. “Pada pandangan aku, kau ni mesti ramai musuh. Kalau tak takkan malaun² tadi nak ragut briefcase kau kan? Briefcase kau bukannya handbag. So, aku sarankan kau pasanglah bodyguard kiri kanan. Baru selamat. Okeh, cau dulu. Adios!”

“Kejap! Kau tinggal baranglah!” Aku berhenti. Barang? Oh ya. Fail akulah. Segera aku patah balik. Kelihatan lelaki itu membelek-belek fail itu. “Bak sini!” belum sempat fail itu di rampas, lelaki itu lebih pantas mengelak. Lu apehal? Fail akulah, takkan aku  nak berebut dengan barang sendiri!

“Kau cari kerja kan?” tanyanya. Aku sekadar mengangguk. “apesal? Nak carikan kerja untuk aku ke?”

“Pandai kau teka. Kau nak?” Lelaki itu tersenyum.

“Bro! Seyes ke bro? Pergh.... pucuk di cita, ulam mendatang bro! Thanks bro!” kalaulah makhluk depan aku 
ni perempuan, dah lama aku peluk. Happy gilak!

“Jadi body guard aku!” Gulp! Biar betik! Senyuman lebar tadi mati serta-merta. Aku memanglah suruh kau cari bodyguard. Tapi bukannya akulah, bodoh!

“Pardon! Apa dia? Bodyguard? Lu gilalah. Muka aku ni langsung tak sesuai jadi balaci kau okeh? Bak sini fail aku!” lagi sekali fail itu gagal di capainya. Hih! Main tarik talilah pulak.

“Gaji RM 2000.” Dia cuba tawar-menawar. “Tak naklah! Baklah sini!” masih gagal di capai.

“Okeh fine! Kau cakap je nak gaji berapa per month. Aku follow je. Asalkan tak keterlaluan. Deal?” keningnya di angkat-angkat.

Argh... memang tak paham bahasa betul! Tapi okey jugak, dari takde kerja langsungkan?

“Bila kau nak aku start ni?” terbit satu senyuman sinis pada wajah lelaki itu. Menyampah aku!

“Besok pagi. Ni alamat ofis aku. Okeh, i gotta go. See ya!” lelaki itu menahan teksi setelah fail serta kad niaganya di serahkan.

Nasib badan..... mulai besok, status aku bertukar menjadi bodyguard pada seorang lelaki yang tampak gentle dari luaran. Pada hakikatnya, lembik dari segi dalaman. Ada ke mintak orang perempuan jadi bodyguard dia? Hergh!

                *****

Terpegun aku tengok bangunan yang tesergam indah di hadapan. Mesti mamat ni kaya. Sebab aku tengok jawatan lelaki tu pada kad ialah CEO. Aku menghampiri pintu utama dan masuk. Seorang gadis tersenyum ke arahku. Penyambut tetamu kut.

“Yes encik. Boleh saya bantu?” Gadis itu tersenyum ramah. Encik dia panggil aku? Ah, lantaklah. Aku yang pakai macam ni siapa suruh. Lagipun aku dah biasa kena macam kes sekarang ni. panggil aku abang pun pernah!

“Err... Saya nak jumpa...” nama pada kad itu aku baca. “Encik Azri.. Imran. Dia ada tak?”

“Er.. Encik ada buat appointment tak?” tanyanya lagi. “lar... kena buat appoinment ke?” gadis itu tersenyum. 
Nak kasi nama pun, bukannya mamat tu kenai aku. Entah kasi ke tak aku jumpa dia nanti.

“Eh.. kau orang semalam tu kan?” tiba-tiba satu suara menyapa aku dari belakang. Aku memusingkan badan mengadapnya. “hah bro! Baru sampai ke? Sorrylah, aku datang awal sangat kut.” Aku menyeluk tangan ke dalam seluar slack hitam.

“It’s okey. Jom, masuk dalam ofis aku.” Mamat itu atau lebih sopan, Azri melangkah laju ke pejabatnya. Setiap pekerja dia hadiahkan dengan senyuman. Aku yang di belakang dia hanya tunduk dan senyum. Apa da... macam adat orang jepun pulak. Kejap-kejap tunduk kepala. Dan ada satu minah ni, boleh pulak main kenyit mata dengan aku? Tak tahu pulak minah cun dan seksi tu ada sakit mata ye? Ish, ish, ish...

Setelah menjejakkan kaki di dalam pejabat Azri, mulut yang terkatup terus terbukak. Cunnya bilik dia. Luas! Anggaran akulahkan, agak-agak luas bilik ni sama je macam rumah sewa aku.

“Jemput duduk.” Aku hanya menuruti Azri yang duduk di sofa di ruang pejabatnya. “So, nama kau....”

“Faris...” Azri mengerutkan dahi. “Aku nak nama penuhlah. Aku tau kau perempuan, takkan mak kau kasi nama lelaki kut.” Wah... sungguh pedas kata-kata mu itu, Encik Azri!

“Aish... nama perempuan mestilah ada. Mak saya yang terchenta yang kasi. Nama saya...  Husna Farisya.” 

Azri mengangguk-ngangguk. “Ada bawak resume?” tanyanya lagi.

“Hah? Resume? Lah.... aku ingat...”

“Wait! Aku rasa dalam pejabat seelok-eloknya kita guna bahasa formallah. Okeh, boleh saya tengok resume Cik Husna?”

Aku dah mula tercengang. Selain kaum kerabat aku, mamat ni sorang je yang panggil aku Husna. Aishh... rasa kekoklah pulak. “Bos... Sorrylah. Saya ingatkan kerja bodyguard ni tak payah temu duga macam ni.  so, saya tak bawaklah. Sorry again...” Mata Azri membulat.

“Whateverlah Husna oi...”

“Bos! Jangan panggil saya Husna. Panggil Ris cukup. Tak biasalah..” aku tersenyum sumbing. Seyes, aku memang tak biasa lagi-lagi orang lelaki yang sebut. Meremang bulu roma aku tau!

“Hemm... Up to youlah! Here... semua tugas saya dah senaraikan malam tadi. Kalau ada penambahan, nanti saya akan maklumkan. So, awak studylah ya.” Azri bangkit menghampiri meja kerjanya.

-pandai bawak kereta
-pandai dalam hal mekanikal.
-pandai dalam mempertahankan diri. (melindungi Bos yg terChenta)
-pandai menguruskan waktu.
-tidak mencampur adukkan hal peribadi dengan kerja
-menurut perintah arahan Bigbos.
-tidak mengkhianati kepercayaan bos.
-jujur pada amanah yang di berikan
-sentiasa peka pada keadaan sekeliling dan keselamatan bos.
-pandai masak (bila terdesak je)

Aik! Memasak pun termasuk sekali ke dalam tugas ni? Seumur hidup, nilah first time aku jumpa tugas macam ni bila jadi bodyguard. Pelik... pelik...

“Nak study kat rumahlah. Ni, sain kontrak. Kontrak kita hanya selama setahun. Kalau saya hendak lebih lama, saya akan diskus dengan awak. Okeh?!” aku mengangguk. “Bos, saya rasa memang patut pun setahun je. Sebab saya kerja ni pun sebab nak tunggu surat tawaran belajar.” Aku terus menurunkan tandatangan pada kertas A4 itu.

“Sambung belajar? Awak umur berapa?”

“saya? Baru habis SPM Bos.... tu sebab saya tengah tunggu tawaran belajar. Tengah tunggu-tunggu tu, takkan nak lepak kat rumah membesarkan perut je kan? Nak jugak saya cari duit makan sendiri.” Sambil berceloteh tu, sempat lagi aku membaca lagi syarat-syarat yang seterusnya.

“Oh... Okeh!” Azri mengangguk-ngangguk.

“So, jom! Kita breakfast. Saya tahu awak belum makan lagi. Oh ya, reti bawak kereta tak?”

“Hah? Er.... humm.... saya dalam proses sebenarnya bos. Tu yang susah tu.” Aku garu kepala.

“Hemm... takpe. Awak buat tugas lain dulu. Drive, biar saya je yang buat. Karang nyawa-nyawa ikan pulak kalau awak yang drive.” Perlahan je kata-kata Azri pada ayat terakhirnya. Tapi tak bermakna aku tak dengar langsung. Boleh tahan jugak kepedasan mulut bos aku ni!

| Newer Post